Bacaan Popular

Isnin, 21 Januari 2013

Sujud Syukur



Ramai juga yang bertanya tentang sujud syukur. Bukan tak tahu tapi keliru sebab selalu tengok pengantin lelaki apabila selesai akad nikah akan melakukan solat sunat syukur 2 rakaat. Solat sunat syukur dengan sujud syukur memang berbeza, Kerana yang satu ialah solat 2 rakaat memanglah memerlukan ruku' i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan ulang lagi dari mula dan diakhiri dengan tahaya akhir serta salam, sementara yang lagi satu ini cuma sujud sahaja. Lepas angkat takbir terus sujud.

Cuba lihat rakaman video Ustaz Azhar Idrus ini sebagai rujukan.




DEFINASI 

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar.


Waktunya 

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya.


Dalilnya 

Daripada saiyidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah ta'ala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.


Rukunnya 

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam


Syarat-syaratnya 

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 

a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat


Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat


Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Wallahu'alam...


Salam Ukhuwah..~

10 ulasan:

  1. TQ, blog Tok Wan lebih detail. Senang saya faham.

    BalasPadam
  2. Terima kasih diatas perkongsian. Ramai yang tak tahu apa yang perlu dilakukan selepas sujud.

    BalasPadam
  3. Seorang sahabat menyarankan sujud yg dilakukan setelah selesai solat subuh (tujuan untuk kebaikan darah mengalir denga sempurna) diniatkan Sujud Syukur. Sedangkan Ustaz Azhar menyatakan Nikmat itu perlu yang Besar dan Jarang Datang. Terima Kasih atas perkongsian ini. Saya semakin jelas tentang perkara ini.

    BalasPadam
  4. Terima kasih di atas perkongsianilmu.

    BalasPadam
  5. Wajib takbiratul ihram dalam keadaan berdiri ke utk sujud syukur? Tq.

    BalasPadam
  6. 2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

    Mohon Pencerahan ayat di atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya berdoa dlm hati shja bila menyebut doa dlm bahasa melayu...jika disebut dgn kuat seperti baca doa kuat2 akn batal sujud syukur itu..

      Padam
  7. Alhamdulillah ... Lebih jelas Dan mudah difahami

    BalasPadam