Bacaan Popular

Jumaat, 4 Januari 2013

Bagaimana Manunaikan Nazar Atau Bayar Kaffarah

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar seperti mana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

Ada beberapa soalan secara lebih terperinci mengenai perkara ini yang kita harus ambil tahu. Contoh soalan dibawah;

Saya pernah bernazar untuk lulus peperiksaan. Namun sehingga kini saya lupa nazar saya. Maka berpandukan kenyataan agar disedekahkan makan atau pakaian kepada 10 orang miskin. Bagaimana kalau saya bersedekah kepada 10 anak yatim dalam bentuk pakaian? Bagaimana syarat untuk bersedekah baju itu dan bagaimana pula syarat untuk bersedekah makanan?

________________________________



Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah s.w.t. yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama setahun. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib.

Nas al-Quran yang bermaksud:
 

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
(Surah al-Haj:29). 

Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib. Manakala dalam surah yang lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 

Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
(Surah al-Insan: 7)

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah s.w.t. yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah s.w.t. dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah s.w.t, firmanNya yang bermaksud: 

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.
(Surah al-Maidah:89).

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.

2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3- Memerdekakan seorang hamba

4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan ruji sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan. Adapun cadangan saudara untuk memberi pakaian kepada 10 orang anak yatim adalah tidak tepat dan tidak terlepas dari menebus nazar. Ini kerana tidak semua anak yatim tergolong dalam golongan fakir miskin.

Dalam masa yang sama menjaga anak yatim dan kebajikan mereka tidak semestinya dengan bantuan tebusan nazar. Sebaiknya ialah saudara mencari 10 orang fakir miskin dan memberi mereka pakaian yang lengkap. Pakaian lengkap maksudnya seluar panjang dan baju, atau baju melayu sepasang atau baju melayu dengan kain pelekat. Kalau penerimanya perempuan maka hendaklah pakaian yang diberi itu boleh menutup aurat. Menebus nazar adalah tuntutan yang wajib ditunaikan, ia dikira ibadat kepada Allah s.w.t.

Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah s.w.t. mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah s.w.t, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti ” melepaskan
batok* di tangga”, natijahnya Allah s.w.t. tidak akan terima.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah.

*batok ialah tempurong untuk mencedok air dari tempayan bagi membasuh kaki sebelum naik keatas rumah yang ada tangga di kampong-kampong.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum tokwan. terima kasih. sheila nak tanya, kalau terlupa nak bayar nazar ataupun sudah lama nazar tersebut tak dibayar. wajib puasa atau merdekakan seorang hamba diwaktu sekarang?

    http://sheilashahfiekry.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. W Salam wbt...sebaik-baiknya bayarlah juga nazar tu. Berpuasa 3 hari pun boleh atau kalau tak mampu buat jamuan bagi orang kat surau atau masjid makan dengan niat bayar nazar yang tergantung tu Sheila Salam..~

      Padam
  2. salam,tok wan saya kurang jelaslah.contohnya kalau kita bernazar "kalau kaki aku ni baik sepenuhnya,aku bernazar puasa 2 hari"sekarang kaki yang sakit tuh dah sembuh dalam 2 minggu yang lepas.kiranya saya terlewatlah dan saya kena denda lah yer?

    -kalau saya nak bayar denda puasa 3 hari.adakah perlu di tambah 2hari yang kita nazarkan itu?

    BalasPadam
  3. assalam tok wan....pada 7 tahun lepas....semasa isteri saya mengandung anak ke-3...saya ada bernazar"jika anak lelaki akan saya khatamkan alquran...."tetapi hingga ke hari ini sy masih belum melakukan.apa yg perlu saya lakukan dan minta jasa baik tok wan sertakan niatnya...terima kasih

    BalasPadam
  4. Niat nk bayar puasa nazar 3 hari tu ?

    BalasPadam