Bacaan Popular

Selasa, 27 November 2012

Persamaan Dalam Agama Islam Dan Sikh


Melihat gambar di atas teringat satu poster yang tok sendiri pernah nampak dalam rumah orang Islam kita di Malaysia. Tapi gambar tersebut di tukar kepada gambar masjid dan gambar 10 orang Guru Sikh itu di gantikan dengan Wali Sembilan (Wali Songo). Jadi dengan kata ringkas gambar tersebut dengan gambar diatas memang ada persamaan.

Untuk maklumat pembaca sekelian gambar diatas ialah gambar Gordwala Emas di Amritsar India yakni tempat paling suci bagi penganut agama Sikh. Agama Sikh ini banyak persamaan dengan agama Hindu dan Islam. Sebab itu ia mempunyai kubah seperti masjid kita. Barangkali juga agama sikh ini adalah campuran antara Islam dan Hindu.

Secara kebetulan pada hari ahad lepas (25.11.2012 / 11 Muharam 1434) tok berkesempatan berjumpa dengan seorang sikh yang telah bertukar kepada agama Islam. Itu secara kebetulan kerana sewaktu tok meminta tanda-tangan Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid pada buku yang tok baru beli lalu terpandang dengan kawan baru ini. Mulanya nak sembang sikit-sikit, macam sembang perkenalan sahaja namun sudah jadi panjang dan harus duduk bersama-sama dengan Cikgu Azmi. Dia menceritakan pengalamannya ... haaaa!! ... inilah yang tok nak belajar serta nak tahu apa yang menyebabkan dia masuk Islam padahal dia dulu adalah Imam dalam Gordwala ditempatnya di Ipoh Perak.

Memang dia dulu Benggali Singh kaw-kaw. Perkataan Singh bagi orang Punjab ini bermakna singa manakala Kaur pula bermaksud puteri. Tapi kali ini tok bukan nak bercerita tentang singh dan kaur.

Apa yang tok dengar dari mulut rakan ni memang memeranjatkan tok sendiri sebab selepas dia memeluk agama Islam pandangannya jauh berbeza dari kita yang sedia lahir dalam keluarga Islam. Inilah yang spesel yang tok nak ceritakan kepada kalian.

Katanya dia melihat Islam sangat indah walaupun dulunya dia menjadi Imam dalam Gordwala (rumah ibadat kaum Sikh) dan dia juga membaca khutbah, membacakan talqin bagi simati dan mengkafankan jenazah. Rupa-rupanya pengurusan jenazah orang Sikh dengan Islam sama. Mereka juga menggunakan kain putih dan sebelum di kafankan terlebih dulu jenazah di mandikan. Cuma orang Islam di kebumikan sementara orang Sikh di bakar, sama seperti Hindu dan abu mayat di hanyutkan ke sungai atau laut.

Sebelum memeluk agama Islam dia sungguh hairan apabila pada suatu hari seorang rakannya yang beragama Islam yang datang kepejabatnya dan meminta izin untuk mengambil air sembahyang. Bila keluar dari bilik air, kawannya tak membawa air. Kemudian keesokannya dia bertanya kepada pekerja di pejabatnya yang beragama Islam. Pekerjanya mentertawakannya kemudian menerangkan bukan ambil air sembahyang tapi sekadar membersihkan beberapa anggota untuk sembahyang sahaja, barulah dia faham. Sangkanya air akan diambil dan dibawa ke tempat sembahyang.


Seorang Imam Sikh sedang membacakan khutbah. 
Lihat jemaah wanita dan lelaki diasingkan.

Suasana dalam Gordwala juga ada persamaan dengan dalam masjid kita, tidak ada sebarang patong persembahan dan kaum lelaki serta perempuan diasingkan sebelah menyebelah. Sudah pasti kaum wanita sikh akan menutup kepala atau rambut mereka seperti orang Islam juga. Dan persamaan yang memeranjatkan rakan ini ialah bilamana dia mula membaca buku terjemahan al Quran dalam bahasa Inggeris yang dibelinya. 

Dia menjumpai banyak persamaan dalam al Quran dan Granth Sabt (kitab suci agama Sikh), lalu dia bertanya kepada Imam yang lebih besar darinya untuk bertanyakan siapa yang tiru siapa. Adakah al Quran meniru Granth Sabth atau Granth Sabt yang meniru al Quran. Nyata al Quran telah ujud 1400 tahun yang lampau sementara Granth Sabt cuma sekitar 500 tahun. Dan akibat terlalu banyak mengkaji sambil mencari persamaan dalam al Quran dan Granth Sabt maka dia mengambil keputusan Islam agama yang benar. Agama Sikh meniru agama Islam dan kemudian mencampur-adukkan dengan agama Hindu.

Kami terus berbual sehingga Cikgu Azmi terpaksa minta diri untuk bertolak balik ke Pulau Pinang malam itu juga (jam 11.30 malam). Cikgu Azmi ialah orang kuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang. 

Perbualan kami berkisar perbezaan seterusnya. Lalu saudara baru ini memberi pandangannya tentang Imam dan khutbah jumaat.

Pada hari jumaat dicadangkan Imam menyambut jemaah yang masuk ke masjid dengan senyuman serta salam. Ini bertujuan agar Imam dapat mengenal wajah-wajah yang sudah lama tak datang solah jumaat. Dimasa ini Imam boleh bertanya kepada jemaah, contohnya,'Kenapa lama tak datang?' Dengan cara ini masyarakat Islam akan lebih mengambil berat tentang solah. Dan sebelum memulakan khutbah sepatutnya Imam bertanya khabar kepada semua jemaah. Ini pendapat yang baik, tapi kena tanya Jabatan Agama dulu. Dan walaupun rukun khutbah yang ada 5, tak perlu ditambah rukun dan tak perlu tukar rukun tersebut, jika di usik rukun tersebut maka tidak sah pula solat jumaat nanti.

Dan lagi kita harus memikirkan cara bagaimana melawan mubaligh Kristen yang selalu memenangi hati orang-orang Islam yang tidak memdapat haknya sebagai orang Islam melalui bantuan Baitulmal. Pernah terjadi sekeluarga yang tidak berumah dan tinggal dalam khemah tidak dapat di bantu oleh kaki-tangan yang bertugas di baitulmal kerana mereka tidak mempunyai alamat. Kalau dah tinggal dalam khemah bagaimana nak ada alamat, jadi jawapannya tak boleh nak tolong kerana setiap permohonan mesti mempunyai alamat walaupun tak ada rumah. Inilah masalah yang kita semua kena fikir.

Lagi satu kes seorang ibu tunggal membawa anak kecil pergi ke Baitulmal untuk meminta bantuan kewangan, namun Baitulmal tak dapat nak menolong kerana 2 keping gambar yang wajib dibawa tidak dibawa. Nak makan pun dah tak ada duit bagaimana pula nak mendapatkan 2 keping gambar bagi memenuhi keperluan borang permohonan?

Adushh...berbual sambil memcari kesilapan atau kesalahan pihak lain memang leka. Tapi tok sendiri tengah dok fikir bagaimana mengatasi masalah ini.

Islam itu indah, saudara baru tok ini nampak begitu. Bagaimana tak indahnya sebab kita ada sistem zakat dimana zakat yang dikumpulkan itu dapat diedarkan kepada asnaf yang memerlukan dan sistem ini tidak terdapat dalam agama lain di dunia ini. Begitu juga dalam hal kematian, jenazah tidak di simpan lama. Paling tinggi dua hari, tidak seperti agama lain yang kadang-kadang sampai seminggu. So nak ringkaskan cerita cuma Islam dan Yahudi sahaja yang cepat-cepat nak menghantar jenazah di kubur. Memang kita dengan Yahudi ada persamaan terutama dalam solah dan jenazah sebab agama ini adalah agama wahyu dari Allah s.w.t., cuma sebahagian Yahudi telah menelewengkan ajaran masing-masing untuk kepentingan diri.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian penganut agama Yahudi Ortodok tidak makan babi. Mereka juga makan binatang sembelihan orang Islam kerana seorang lagi rakan tok yang bekerja di New Zealand pernah menceritakan kepada tok bahawa orang Yahudi Ortodok meminta rakan tok ini sembelih kambing untuk di makan kerana sembelihan orang Islam halal untuk dimakan oleh mereka.

Berbalik kita kepada penganut agama Sikh ini. 

Kalau dilihat dengan sekali pandang rupa bentuk Gordwala mereka menyerupai masjid. Lambang agama mereka sama seperti lambang Negara Iran, cuma Iran ada tambah gambar api pada Jata mereka. Pakaian orang Sikh juga menyamai orang Islam yakni berserban dan berjanggut. Apalagi kalau kita bandingkan lelaki Islam di Pakistan dengan lelaki Sikh di Amritsar. Pakaian, serban serta janggut mereka sama belaka. Tapi kalau dibuka serban kedua-dua lelaki ini pasti kita kenal yang mana Sikh yang mana Islam. Dan warna kubah Gordwala pastilah warna kuning sementaraa warna kubah Masjid berbagai warna dengan lambang bulan sabit diatasnya.


Melihat kepada pedang serban serta janggutnya
teringat kita pahlawan-pahlawan Islam zaman kegemilangan Islam dulu.

Dari perbualan kami yang berlarutan sehingga jam 12 malam itu barulah terbuka sedikit lagi tingkap dunia tok berkenaan agama Sikh. Jadi kesimpulan kami agama Sikh telah meniru agama Islam termasuk kitab suci al Quran kemudian mencampurkannya dengan agama Hindu maka terlahirlah satu agama baru yakni Sikh.

Mungkin pengasas asalnya berkeinginan untuk popular maka diambil agama Islam sikit dicampur agama Hindu lalu di perkenalkan kepada kaum Punjab di India. Hari ini penganut agama Sikh sudah mencecah 23 juta orang di seluruh dunia. Mereka hidup dan berkembang biak dalam banyak negara termasuk Mexico, Veenezuela, Austria, USA dan lain-lain.

Kita yang Islam ini pun ada ramai di serata dunia tapi kita meragui Islam mereka yang di sesetengah tempat. Di Malaysia sendiri kita melihat orang Melayu yang beassal dari keluarga Islam sudah tidak Islam. Mereka meninggalkan solah 5 waktu yang Allah perintah. Hanya dengan solah dan cara mereka bersolah dapat kita mengenali mereka yang Islam atau tidak.

Hendak kita gubal undang-undang yang lebih keras untuk orang Islam supaya wajib pergi jumaat takut parti politik yang mewakili orang Cina kata apa pulak. Jadi hakikat sebenarnya kita takut orang Cina tak sokong kita di Parlimen daripada takutkan Allah. Inilah yang selalu kita dengar semasa khutbah 'Ittakhullah', 'Takutlah kamu kepada Allah' yang memang bwerasal dari al Quran. Dan dalam al Quran ada dua sebutan takut. Yang pertama 'Ittakhullah' yang bermaksud takutlah kamu kepada Allah dan yang kedua bermaksud' Hendaklah kamu takut meninggalkan zuriat di belakang kamu'.

Ini bermaksud kita harus takut kepada anak-cucu yang bakal kita tinggalkan nanti. Mampukah mereka mengekalkan pegangan ahli sunnah wal jemaaah seperti yang kita pegang sekarang ini?

Marilah kita berusaha untuk menghilangkan ketakutan yang kedua itu dengan cara memperkukuhkan ukhuwah sesama kita disamping memberi idea yang baik untuk Jabatan Agama serta Baitulmal di negeri masing-masing agar menjadi lebih efisyen sesuai dengan kecanggihan zaman serta undang-undang sivil yang sentiasa membuli undang-undang syariah kita.



Salam Ukhuwah..~

10 ulasan:

  1. salam TokWan,
    Sapa nama sedara Islam tu?
    Saya baca kisah ni saya teringat dulu2 thn 92/93 saya ada menumpangkan seorang(guru)Sikh yg baru menganut Islam masa tu..Kami tinggal bersama2 di Baling, Kedah setahun jugakla. Lepas tu dia berpindah ke Pahang dan berkahwin di sana. Khabarnya perkahwinan pertamanya bubar. Kami memanggilnya sebagai Cg. Azmi. Dah lama terputus hubungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama dia Azim Daniel...ada kenal ker. Kalau nak boleh cari nama dia tu dalam facebook sekarang tinggal di Kuala Lumpur..~

      Padam
    2. Terima kasih TokWan.... akan saya usahakan, insyaAllah

      Padam
  2. Teringat ustaz saya yang berkahwin dengan seorang sikh...

    BalasPadam
  3. saya suke dengan topik tok nie... tp pada saya tidak perlu kite cari siapa tiru siapa, siapa salah siapa betol.. ape yg saya tahu masih belum jelas agama sikh berasal dari agama ada segelintir yang mengatakan Guru Nanak's berasal dari islam dan ada yang berpendapat dia adalah hindu.. di sebabkan itu terdapat persamaan antara 3 agama ini... utk pengetahuan tok saya berkahwin dengan seorang saudara baru yang juga berasal dari agama sikh.. saya mempelajari sedikit sebanyak berkenaan agama bukan untuk di anuti tetapi untuk menghormati kepercayaan keluarga mertua saya, berkenaan baitulmal.. terlalu banyak yang mereka perlu ubah sebenarnya.. saya dan suami sendri pernak mengalami masalah dan tidak mendapat perhatian dari baitulmal.. syukurlah keimanan suami saya masih kuat...walaupun mendapat layanan buruk dari pekerja baitulmal.

    BalasPadam
  4. hambatuhan
    bagi saya,tak perlu kita cari agama mane benaratau tidak kerana hanya Tuhan Yang Maha Esa mampu adili keimanan setiap hambanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Godschild, apa maksud keimanan? Keimanan ialah kepercayaan.Manakala kepercayaan berkait rapat dengan agama. Jadi kita perlu mencari agama yg benar sebagai pegangan. Kegagalan mencari agama yg benar menyebabkan kita sesat.

      Padam
    2. janganlah takut mencari kebenaran..

      Padam
  5. Assalamualaikum Tokawan.
    Sya mahasiswa program study agama2,sya tertarik untk peneliti agama sikh ni,mcm mane nak jumpe saudara Islam ni, sbab beliau pun dulu Imam besar dlm agame sikh ni, syukran...

    BalasPadam
  6. Terima kasih tokwan .. blog ni bnyk membantu .. kdg2 naluri manusia ni.. terdetik dalam hati kita.. nak mencari kebenaran sesuatu.. ilmu milik Allah . Ilmu perlu ditimba.. biar kita diam2 ubi berisi.. asalkan .. tk pernah berhenti menuntut ilmu .

    BalasPadam