Santau umpama baling batu dan sorokkan tangan
Kali ini nak kisahkan sedikit pasal SANTAU!
Semua orang terutamanya orang Melayu memang familiar dengan perkataan
SANTAU ni.. sebab memang kebanyakkan orang Melayu lah yang suka mengenakan orang lain. dengki sesama sendiri dengan mengenakan atau menghantar santau
pada orang lain. Santau dihantar kepada orang tertentu dengan niat mahu
membalas dendam atau kerana mahu melihat orang tersebut
menderita akibat santau malah ada yang terbunuh juga.
Memang ia tidak bermoral dan semestinya
salah di sisi ISLAM.
Dengan kata lain santau ni ibarat mahu membunuh orang dalam diam.
Balingkan batu sorok tangan!
Sumber ini dari MASTIKA OKTOBER 2010. Dari Datuk Dr. Amran Kassim,
Ahli lembaga Pengarah UKM. Tapi sudah ditukar kepada bahasa yang mudah faham
dan bukan ayat sepenuhnya dari MASTIKA.
APA ITU SANTAU??
Santau tidak dapat dikesan oleh para doktor.
Malah istilah santau sendiri tak ada dalam perubatan moden.
Kalau orang datang ke hospital, mereka akan di 'diagnose' sebagai penyakit TB@Tibi (TUBERCULOSIS), paru-paru dijangkiti kuman atau lebih teruk Kanser. KENAPA? kerana kebanyakkan mereka datang dengan simptom batuk kering yang serius. Tetapi ini semua adalah kerana tindakbalas atau kesan daripada bahan ramuan santau tersebut.
Boleh dikatakan SANTAU MENYEBABKAN TB.
Terdapat 3 elemen Santau:
1) Melukakan
(biasanya dari sumber seperti mentol lampu kalimantang yang ditumbuk sehingga menjadi serbuk yang sangat halus @ penyental periuk @jarum halus )
2) Gatal
( miang buluh @ bulu-bulu binatang @ ulat bulu )
3) Beracun
( getah beracun dan berbisa seperti getah pokok ipoh @ bisa ular @ kalajengking etc )
Ada juga yang menggunakan salah satu elemen sahaja,
Tetapi kebanyakkannya mencampurkan ketiga-tiga elemen tadi supaya santau lebih menjadi. Setelah diadun, maka "SANTAU" terhasil apabila diletakkan ke dalam makanan seseorang. Hmm kejam kan?
Terdapat juga yang dipanggil santau kategori BATIN.
Campuran masih sama, maksud BATIN di sini adalah bahan-bahan santau ini akan ditapa selama 40 hari 40 malam atau lebih, terlebih dahulu selepas dibacakan jampi serapah. Selepas ditapa bahan ini akan dikirimkan kepada seseorang melalui perantaraan jin atau khadam. sebab itulah tidak terbatas. bukan sahaja dalam makanan
malah di mana-mana tempat pon boleh.
Kebanyakkan kesan santau bukan sekali gus, ia terjadi bila dah bertemu dengan 'seteru' atau 'regu'. Maksudnya bila orang tersebut dah makan makanan seperti nanas muda, rebung dan cuka.. hah barulah santau itu ada kesan!
Apa simptom-simptomnya?
1) Gatal-gatal anak tekak,
2) Batuk kering yang teruk berlarutan terutama pada tengah malam.
3) Sakit kepala berdenyut-denyut
4) Bisa-bisa pada sendi
5) Pesakit jadi pelupa dan pemarah
6) Nafas berbau busuk
7) Kemungkinan gigi mangsa akan tercabut satu persatu ( tindakbalas racun)
8) Hujung kuku tangan jadi hitam.
9) Gangguan tidur dan mimpi aneh
Santau biasanya dikaitkan dengan sihir atau ilmu hitam. hal ini sudah tentu akan merosakkan iman dan akidah seseorang.. percaya kepada ilmu hitam sudah jatuh syirik terhadap ALLAH s.w.t. Kekadang tak faham kita mengapa wujudnya manusia berhati dengki dan busuk.. setiap salah dan silap ada balasannya. jangan dibuat hukum sendiri...Allah mampu bayar sekarang juga cash!!
Kekadang ada pengamal yang tak berniat nak kenakan santau pada orang.. tetapi akibat perjanjian dengan jin atau khadam tertentu, dia terpaksa mengenakan ilmu tersebut kepada orang lain. Jika dia tak berbuat demikian, santau itu akan memakan dirinya. Sebab itulah wujudnya SANTAU ANGIN!! Pengamal ini akan meletakkan santau di tempat-tempat tertentu contohnya simpang-simpang jalan, jadi sesiapa yang kurang bernasib baik. akan terkena!! malang sungguh..
Ishhh...Nauzubillah min zalik.
Semoga kita sama-sama dijauhkan dari hasad dengki manusia
dan perbuatan khianat manusia. amin.
Yakinlah Allah s.w.t. itu Maha Adil dan Maha Kuasa.
Segala apa pun Dia yang tentukan.
Antara cara elakkan santau:
Bacakan ketika kita dapat makanan atau air.. kalau ada santau
insyaAllah pinggan atau gelas itu akan pecah.
Setelah sampai ke tempat makan
bacalah ayat Al Quraish
sebanyak sekali.
Setelah di bacakan ayat-ayat tersebut
perhatikan wajah kita di dalam air tersebut
jika
tidak ada bayang maka ada lebih baik jangan minum.
Sekiranya masih ada bayang maka
yakinlah dan minumlah.
Akhir-kata
jauhilah perkara-perkara
yang boleh mendekatkan diri kita
dengan syirik.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan