Bacaan Popular

Jumaat, 7 September 2012

Solah Tasbih


Hazrat 'Abdullah bin 'Abas r.a. meriwayatkan bahawa sekali Rasulullah s.a.w. bersabda kepada 'Abbas bin Abdul Muttalib r.a. "Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku, mahukah aku berikan kepadamu sesuatu ? Mahukah aku berikan kepada kamu sesuatu yang kamu boleh mengambil munafa'at daripadanya. Mahukah aku memberitahu kepada kamu sesuatu? Mahukah aku memberitahu kepada kamu sepuloh perkara itu maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosa kamu. 

Dosa-dosa yang dahulu dan dosa-dosa yang kemudian, dosa-dosa yang baru dan dosa-dosa yang lama, dosa-dosa yang di lakukan dengan tidak sengaja atau dosa-dosa yang di lakukan dengan sengaja, dosa-dosa kecil atau dosa-dosa besar dan dosa-dosa yang dibuat di depan khalayak ramai (semua dosa tersebut akan di ampunkan). 

Iaitu hendaklah engkau kerjakan solah empat raka'at (dengan niat solah tasbih) dan disetiap raka'at dibacakan al Fatihah dan surah. Setelah selesai membaca surahpada raka'at pertama ketika engkau masih berdiri bacalah;


Subhan Allah, walhamdulillah, wa lailahail Allah, Allahu akbar

sebanyak 15 kali. Kemudian dalam ruko' 10 kali, sesudah bangun dari ruko' 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa duduk antara dua sujud 10 kali, (sambil duduk sebelum bangun untuk raka'at kedua). Ini berjumlah 75 kali. Di lakukan yang sedemikian dalam empat raka'at. 

Jika mampu kerjakanlah solah ini sekali dalam setiap hari, jika tidak maka sekali pada setiap hari juma'at, ataupun sebulan sekali, jika tidak maka setahun sekali. Sekiranya ini pun tidak dapat maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup."

Hadith riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain.

kredit: Fadhilat Amal


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan