Bacaan Popular

Rabu, 26 September 2012

Awas, Ajaran Sesat...Ajaran Juruzon


Masihkah anda ingat lagi dengan kisah tanah runtuh yang melibatkan
Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat,
Selangor pada 21 Mei tahun lalu?


Tragedi yang menyayat hati itu telah mengorbankan seramai 16 orang anak yatim. Hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas kejadian itu menemui sesuatu yang amat memeranjatkan. Madrasah itu dikesan sebagai markas penyebaran ajaran sesat yang diberi nama "Ajaran Juruzon".

Pihak berkuasa juga mendapati bahawa pengasas madrasah itu adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif iaitu individu yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan.

Melalui tinjauan, pendedahan mengenai Madrasah Al-Taqwa menjadi pusat ajaran sesat itu telah didedahkan dalam khutbah pada Jumaat lalu (21 September 2012) dan disiarkan dalam laman rasmi JAIS di link;
 SINI


"Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,


Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011 tahun lalu. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.



Menyingkap kisah bermulanya ajaran Juruzon, pengasas itu telah membina Madrasah Al-Taqwa dengan bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.

Ajaran Juruzon telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 23 Februari 2012 yang lalu.

Ajaran itu juga telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan lebih awal lagi iaitu pada 5 September 1996.

Siasatan JAIS mendapati, antara ajaran yang disampaikan di madrasah itu adalah penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak dengan meyakini akan kehadiran "Guru Ghaib" yang turun melalui badan Juruzon.

Selain itu, mereka mengamalkan amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau.




Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibu bapa.

Pengasas itu akan menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibu bapa mereka sendiri.

Mereka yang mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar dengan ancaman yang menakutkan.

Jadi, pihak JAIS mahu umat Islam untuk sentiasa peka dan membuka mata dengan kejadian yang berlaku di madrasah itu serta dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran agar tidak mudah tersesat.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tok Wan..

    Alangkah baiknya kalau Tok Wan tidak mengepit rokok daun nipah selaras dengan nawaitu Tok Wan yang mulia itu.Maaf jika sekiranya kenyataan ini menyinggung Tok Wan..

    BalasPadam
  2. Askum wrth, Jika begitu 'tagline' Tokwan bahagia diakhirat.. jgnlah menfitnah dan mengaibkan anak2 yatim ini tanpa mengetahui cerita sebenar..
    sesuap nasi yg masuk kedlm mulut anak2 ini..tidak ada sebutir pn dtg drpd rezki Tokwan sedangkn mereka lebih berhak terhadap rezki Tokwan walau hanya sebutir nasi itu..kerana ianya akan dipersoal diakhirat nnt..kemana Alfatihah Tokwan nnt perginya
    "sedangkan Rsaw itu sendri membentangkn serbanNYa yg mulia utk diduduki oleh anak2 yatim..kenapa begini kejam Tokwan menhina dan mengaibkan mereka..sedangkn tiada pengetahuan itu didada Tokwan..
    Jikalau seluas lautan ini dijadikan tinta, seluruh pokok2 djadikan pena nya..belum cukup lg utk menggambarkan kebesaran ilmu Allah itu..
    dimana kedudukan Tokwan pula...
    Semoga Allah merahmati Tokwan dan menjauhkn Tokwan daripada dosa2 fitnah dan menutup aib Tokwan diakhirat nnt..semoga Alfatihah yg dihadiahkn oleh pengunjung blog ini tidak membalik-balikan hati Tokwan kerana menulis tiada ilmunya.. berbicara tiada kematangannya..AMIN

    BalasPadam
  3. http://www.sinarharian.com.my/semasa/paym-nafi-terlibat-ajaran-sesat-juruzon-1.90538

    BalasPadam
  4. https://www.youtube.com/watch?v=BReZqmmj9rg

    BalasPadam
  5. Tuan,
    JEMPUTAN KE SIDANG AKHBAR PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA (PAYM) PADA 21 OKTOBER 2012
    Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
    2. Satu sidang akhbar akan diadakan seperti berikut:
    Tarikh : 21 Oktober 2012 (Ahad)
    Masa : 2.30 pm
    Tempat : Executive Meeting Room 2, Level 2, De Palma Hotel Ampang
    3. Tujuan sidang akhbar adalah seperti berikut:
    (a) Memaklumkan perkembangan terkini berhubung “FITNAH PENYEBARAN AJARAN SESAT JURUZON MENGAITKAN PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA” selepas mendapat makumbalas daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    (b) Menjelaskan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak PAYM
    4. Pihak tuan dijemput kesidang akhbar tersebut.
    Sekian terima kasih
    Semoga Allah merahmati Tuan. AMIN

    BalasPadam