Beberapa hari lepas menyemak e-mail yang lama terperap yang dikirim oleh rakan dalam group. Terjumpa satu artikel pasal makanan. Hari ni tok nak kongsi kepada mereka yang belum pernah baca. Yang mana elok kita ikuti, yang tak elok kita tinggalkan. Selera kita ni berbagai-bagai.
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik di masak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum di makan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan manis banyak khasiatnya, ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Roti
Jintan Manis (anisun)
Epal (tuffah)
Asparagus (hiyawn)
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Pisang yang terbaik ialah pisang yang banyak jeragat (kulitnya banyak bintik-bintik).
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam. Kita pula di galakkan minum air barli janganlah tunggu datang demam baru nak minum. Agaak-agak badan terasa panas minumlah.
Barli (sya'ir)
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu akan menjadi sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. Betul atau tidak cubala cari sendiri faktanya dari maklumat yang lain.
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan, terutama pada musim sejuk.
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Ta'ala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Memudahkan penghadaman. Membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur atau belum bertelor dan sudah pastinya yang terbaik ialah ayam kampong.
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. Sebab itulah terung hitam sering dijadikan ramuan dalam masakan dalcha.
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit. Tapi telor yang terbaik ialah telor ayam kampong kan !
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "Makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas). Tapi kita kat Melaysia terutama orang Melayu menyebutnya sebagai 'Halba'.
Mentega (zubdah)
Bunga kubis (qunnabit)
Chamomile (babunaj)
Lobak merah
Biji kopi (qahwah)
Biji hitam (habb al sauda)
Ayam (dajaj)
Kulit kayu manis (darchini)
Timun (qitta')
Jintan putih (kammun)
Tamar kering (tamr)
Terung (badhijan)
Telur (baydah)
"Endive" (hindiba)
Fenugreek (Hulbah)
Setelah meneliti 22 jenis makanan, bagi tok sendiri ada yang baik dan ada yang tidak baik. Barangkali anda pun begitu juga, ada yang anda ambil dan ada yang anda pewrlu tinggalkan atas sebab tertentu bukan sebab citarasa.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan