Hukamah ada menyebut bahawa pejuang Islam
terbahagi kepada beberapa golongan.
Di antaranya adalah saperti berikut:
1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam. Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan. Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka. Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka bersedia menghadapi sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan. Syahid adalah cita cita mereka. Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini. Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah s.w.t.
2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi. Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga. Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa. Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah s.w.t. masih belum beri dia kemenangan. Golongan ini terserahlah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.
3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil. Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat-semangat. Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada. Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas. Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia. Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka. Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.
4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam. Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya. Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya. Golongan ini memang tertolak. Mereka ini zalim, fasik atau bolih jatuh kafir.
5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan. Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri. Golongan ini memang elok menyendiri.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan