Bacaan Popular

Jumaat, 27 Januari 2012

10 Gulongan Yang Solatnya Tidak Diterima


10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. ORANG PEREMPUAN YG TIDAK MENUTUP AURAT.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Mungkin tanpa kita sedar ada diantara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..

Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung "aku tak pakai tudung pun, aku tak pernah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat, kalau solatnya pun tunggang langgang".

Pernah tak mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanya lah sia-sia jika ia tak diterima oleh Allah. Tapi, aurat perempuan bukanlah hanya rambut, tapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna. Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

(Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

4 ulasan:

  1. Nampaknya ramai golongan macam ni ya Tok Wan....

    BalasPadam
  2. Memang ramai dan semakin menghampiri hujung zaman semakin bertambah ramai gulongan ini. Sama2 kita doakan agar mereka dapat balik kejalan yang benar serta bertaubat. Amiinn..~

    BalasPadam
  3. assalamualaikum Tok Wan...menarik hati bila masuk ke blog Tok Wan ni bermacam2 pengajaran,info agama yg terdpt di dlm blog ini....saya dah letakkn link Tok Wan dlm blog link saya n saya akan sentiasa akan mengikuti setiap n3 Tok Wan ni nanti...moga semua pembaca mendpt pengajaran dr setiap n3 yg terdpt di dlm blog dan akan membawa keinsafan dlm kehidupan kita di dunia yg fana ini...

    p/s boleh saya mohon keizinan Tok Wan ingin berkongsi n3 menarik dr blog ini utk tatapan kekawan saya n akan saya kreditkn blog Tok Wan ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W salam wbt...tidak menjadi masalah, silakanlah..~

      Padam