Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Selasa, 31 Januari 2012
Kita Semakin Jahat
Kadang2 bila tok fikirkan hal2 dunia pada masa kini maka datanglah rasa menyampah kepada dunia, kepada orang yang berada diatas muka bumi ini. Waktu itulah timbul keinginan nak kurungkan diri dalam bilik dan tak mahu keluar kemana-mana. Sebab bila keluar saja akan bertemu dengan ramai orang yang jahat. Asal keluar saja berbagai perkara maksiat terpaksa ditonton.
Mulut serasa ringan nak menegur perkara2 maksiat didepan mata, namun hati berbisik 'Baik tegur dari dalam hati saja', sambil mata memberi isyarat.
Berkurung diri dalam rumah atau bilik pun sama juga, bila waktu solah pergi surau dan jumpa para jemaah berbual hal-hal dunia dalam surau atau perkarangan surau. Waktu azan berkumandang pun sibuk nak berbual lagi, tambah menyakitkan hati. Nak ditegur dah tua2 belaka.
Nampak seolah2 tiada lagi keikhlasan dalam beribadah kerana Allah snt. Pemberian dari seseorang pun nampak sangat tidak ikhlas.
Contoh yang nyata ialah pemberian pingat kebesaran untuk seseorang yang telah meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya maka diberikanlah pingat yang membawa gelaran Tan Sri, walhal pemberian tersebut tidak bermakna apa-apa selain sebuah nama. Nampak sangat kita ini semakin jahat sebab bagi pingat pada orang yang dah meninggal.
Harta wakaf pun sama,. Jarang kita dengar tanah wakaf tersebut diberi oleh pemberi wakaf semasa dia masih sehat bugar. Selalunya bila dia dah tua, badan dah sengal sana sengal sini ditambah sikap anak2 maka waktu itulah hartanya dijadikan wakaf. Nampak sangat kita ini semakin jahat. Tidak seperti orang dulu2 yang mana setiap pemberian mereka samaada dalam bentuk hadiah atau harta wakaf sangat2 ikhlas pemberian mereka.
Hazrat Anas r.a. berkata,"Hazrat Abu Talhah Ansari r.a. ialah seorang yang mempunyai kebun yang paling banyak dan paling luas di Madinah al Munawwarah. Beliau mempunyai sebuah kebun yang bernama Bairaha'. Kebun itu sangat2 disayangi oleh beliau. Kebun ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabi. Perigi yang terdapat dalam kebun itu dipenuhi air yang sedap. Rasulullah saw pun selalu masuk ke dalam kebun itu dan minum air dari perigi tersebut.Apabila ayat al Quran yang mulia diturunkan, yang mana ayat terbut membawa maksud;
"Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian apa-apa yang kamu sayangi."
Surah Ali 'Imran ayat ke 92
Maka Hazrat Abu Talhah r.a. menemui Nabi saw dan berkata, "Saya sangat kasihkan kebun saya Bairaha' dan Allah snt telah berfirman, "Belanjakanlah harta yang kamu sayangi di jalan Allah snt." Oleh itu saya memberikan kebun saya itu pada jalan Allah snt maka tuan belanjakanlah di jalan yang tuan fikir sesuai".
Rasulullah saw sangat gembira dan bersabda, "Ini ialah harta yang sangat berharga. Saya fikir sangat sesuai jikalau kamu mambahagi-bahagikan kepada kaum kerabatmu."
Hazrat Abu Talhah r.a. pun membahagi-bahagikan kebun itu kepada kaum keluarganya. (Durrul Manthur)
Pada hari ini adakah kita sanggup menyedekahkan harta yang paling kita sayang tanpa sedikitpun rasa ragu-ragu dihati setelah mendengar satu ceramah yang bagus atau selepass membaca sepotong ayat al Quran atau selepas mendengar sebuah kisah seperti diatas?
Sekiranya terfikir untuk memberi wakaf pun biasanya wakaf dilakukan apabila sudah tidak ada lagi peluang untuk hidup ataupun setelah merujuk kepada waris-waris dengan niat supaya mereka tidak akan mendapat bahagian mereka. Itupun dirancang bertahun-tahun lamanya supaya selama masih hidup hanya dia sahaja akan memperoleh munafaat daripada harta itu.
Apa-apa yang akan terjadi setelah dia mati, terserahlah. Sebaliknya untuk perkara yang dapat menaikkan nama atau kemasyuran atau untuk kenduri perkahwinan kita tidak menolak untuk berbelanja sehingga sanggup berhutang dengan bayaran bunga sekalipun.
Lihatlah betapa semakin hari semakin jahatnya kita.
Kenduri perkahwinan kita buat secara besar-besaran sebab duit tersebut kita sandarkan kepada anak menantu kita untuk mendapatkannya. Cara bagaimana mahu mendapatkan wang kenduri termasuk hantaran yang berbelas-belas ribu atau adakalanya berpuluh-puluh ribu terseah kepada anak menantu kita.
Adakah kita masih tidak jahat jika kita sendiri yang berbuat demikian? Marilah kita perbaiki diri kita untuk jadi orang yang baik dikalangan orang yang baik-baik.
Salam Ukhuwah..~
Kisah Abu Ali Labib Al Abib , Berubah Kerana Patukan Ular
Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid.
Dia datang ke pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah tempat yang menjadi laluan banyak orang.
Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang hamba Rom, milik salah seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa.
Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalannya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal bersamanya beberapa tahun.
Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu berpatah balik menyerangku dan berjaya mematuk tanganku hingga menjadi lumpuh.
Setelah tanganku yang satu mengalami lumpuh, selang beberapa waktu kemudian tanganku yang satu lagi menyusul lumpuh pula tanpa sebab- sebab yang jelas. Seterusnya kedua kakiku juga lumpuh, mataku menjadi buta dan terakhir aku menjadi bisu. Kemalangan ini ku alami selama satu tahun.
Demikianlah keadaanku yang sangat buruk, kecuali hanya telingaku yang masih mampu menangkap segala percakapan. Aku terbaring tiada berdaya:
Aku selalu diberi minum semasa aku merasa tidak dahaga, sementara itu dibiarkan kehausan semasa aku kenyang, dan dibiarkan ketika aku merasa lapar. Setelah berlaku satu tahun, datanglah seorang wanita menjumpai isteriku.
Dia bertanya kepada isteriku, Bagaimana keadaan Abu Ali Labib? Dia tidak hidup dan tidak juga mati, sehingga hal ini membuatku bimbang dan hatiku menjadi sangat sedih, jawab isteriku.
Mendengar hal itu, dalam hatiku lalu mengadu kepada Allah dan berdoa. Dalam keadaan menderita sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak merasakan sesuatu.
Pada suatu hari, aku merasa seakan-akan menerima pukulan sangat kuat yang hampir membuatku binasa. Hal itu terus berlaku hingga tengah malam atau mungkin sudah lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku ini mula hilang, akhirnya aku dapat tidur.
Keesokan hari ketika terjaga dari tidur, kurasakan tangan ini telah berada di atas dada, padahal selama ini kaku tidak berdaya di atas tempat tidur kerana mengalami kelumpuhan.
Kucuba untuk bergerak dan ternyata berjaya. Melihat hal ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa Allah akan memberikan kesembuhan.
Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata dapat kugerakkan pula. Aku juga mencuba memegang salah satu kakiku dan berjaya memegangnya, dan kukembalikan tanganku pada keadaan semula, hal ini kulakukan pula pada tanganku yang lain.
Selepas itu aku ingin mencuba membalikkan tubuhku dan ternyata dapat kubalikkan dan bahkan aku mampu duduk lagi.
Kemudian, aku bermaksud untuk berdiri dan ternyata aku juga mampu melakukannya, lalu ku cuba lagi turun dari pembaringan, yang selama ini tubuhku terbaring. Tempat tidurku itu berada di sebuah bilik yang ada di rumahku.
Dalam kegelapan aku cuba untuk mencari pintu bilik dengan meraba-raba dinding bilik, sebab mataku belum dapat melihat dengan terang. Akhirnya aku berjaya mencapai teras rumah dan di sana aku dapat memandang langit dan bintang-bintang yang berkedip.
Kerana perasaan kegembiraan yang tiada terkira hampir menghentikan detik jantungku, dan segera terlontar dari bibirku rasa syukur kepada-Nya: Wahai Zat Yang Maha Kaya Kebaikan-Nya! Hanya Milik-Mulah segala puji.
Setelah itu aku pun berteriak memanggil isteriku dan dia segera datang menemuiku lalu berkata, Abu Ali? Sekarang inilah aku menjadi Abu Ali yang sebenarnya. Dan kini nyalakanlah lampu, kataku kepadanya.
Isteriku segera pula menyalakan lampu, dan kemudian kuperintahkan kepadanya untuk mengambilkan sebuah gunting. Dia pun datang dengan membawa gunting yang kumaksud, dengan gunting itulah kupotong misaiku.
Isteriku lalu berkata kepadaku, Apa yang hendak kamu lakukan? Bukankah teman-temanmu telah mencelamu? Selepas ini, aku tidak akan melayani seorang pun kecuali hanya Tuhanku semata-mata, jawabku.
Seterusnya kugunakan seluruh waktuku untuk menghadap kepada Allah SWT. dan tekun beribadat.
Al-Qadhi Abu Ali meneruskan ceritanya kembali, bahawa Abu Ali Labib Al Abib adalah seorang yang mustajab doanya.
kredit: Tulahan
Salam Ukhuwah..~
Isnin, 30 Januari 2012
Kesihatan Dalam Sunnah : Jangan Duduk Antara Pancaran Matahari dan Bayang
Daripada Abu Iyyad daripada lelaki dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah saw., sesungguhnya Rasulullah saw. melarang duduk di antara pancaran cahaya matahari dan naungan (bayang dan sebagainya) dan bersabda:
" (itu) adalah tempat duduk syaitan."
(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan Isnad yang baik dan al-Bazzar dari hadis jabir dan Ibnu Majah dari hadis Buraidah sepertimana yang dinukilkan di dalam at-Targhib oleh al-Mundziri)
Keterangan di ambil dari Ustaz Faiez Lee:
1-- Memang telah dilarang untuk duduk diantara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari, sebab itu merupakan tempat duduk syaitan. Hal ini dengan terang dijelaskan oleh Imam Ahmad dan Imam Ishaq sebagaimana yang tercantum dalam kitab Masaa'il al-Marwazi halaman 223.
2-- Duduk di antara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari berbahaya untuk kesihatan. Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Zaadul Ma'aad (IV/242) berkata;
"Tidur di bawah sinar matahari dapat mengakibatkan sakit panas dan tidur di antara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari dapat menimbulkan penyakit."
Al-Manawi berkata dalam kitabnya Faidhul Qadir (VI/351),
"Duduk di tempat tersebut berbahaya untuk kesehatan. Sebab jika seseorang sengaja duduk di tempat itu, kondisi tubuhnya akan rusak akibat adanya suhu yang bertolak belakang pada tubuh."
Apabila seseorang duduk di tempat teduh, lantas cahaya terpancar ke sebahagian tubuhnya yang berada di tempat teduh dan sebagian lagi di tempat panas maka hendaklah ia berpindah ke tempat yang teduh.
Diriwayatkan dari Abu Hazim, ia berakta,
"Rasulullah saw. melihatku sedang duduk di bawah sinar matahari lantas beliau menyuruhku agar pindah ke tempat yang teduh," (Ash-Shahihah [833]).
3--- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata,
"Abu Qasim berkata, 'Apabila salah seorang dari kalian berada di bawah teduhan lantas teduhan tersebut berubah sehingga separuh tubuhnya berada di tempat panas dan separuh lagi di tempat teduh maka hendaklah ia bangkit dari tempat tersebut',"
(Ash-Shahihah [837]
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Ketakwaan (Sifat Berhati-hati)
Setiap kelakuan dan sifat para sahabat r.a. patut kita miliki dan ikuti. Kenapa tidak? Sedangkan merekalah orang yang telah dipilih dan diambil oleh Allah ta'ala untuk bersahabat dengan RasulNya yang dikasehi lagi dicintai. Rasulullah saw bersabda,
"Aku dihantar pada zaman dan kurun bani Adam yang terbaik." (Shifa)
Oleh kerana itu, zaman tersebutlah yang terbaik dari setiap segi dan sebaik-baik manusia ialah mereka yang telah dipilih untuk bersahabat dengan Rasulullah saw.
Kepulangan Rasulullah saw dari satu pengurusan Jenazah dan Jemputan Seorang Wanita
Semasa Rasulullah saw pulang daripada satu pengurusan jenazah, utusan daripada seorang wanita telah datang untuk menjemput Baginda saw makan. Baginda saw telah pergi bersama para sahabatnya. Makanan telah dihidangkan dihadapan mereka. Para sahabat r.a. melihat Rasulullah saw menyuap sesuap makanan lalu mengunyah tetapi Baginda saw tidak dapat menelan makanan itu. Baginda saw bersabda,
"Nampaknya daging kambing ini telah dibeli tanpa keizinan tuannya."
Wanita itupun menerangkan,
"Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seseorang ke pasar untuk membeli kambing tetapi dia tidak mendapati kambing di sana. Kebetulan jiran saya telah membeli seekor kambing. Saya telah menghantar orang kesana untuk membeli kambing itu tetapi dia tidak ada dirumah. Isterinya yang telah menjualkan kambing tersebut."
Rasulullah saw bersabda,
"Berikan makanan ini kepada tawanan."
Keterangan
Bukanlah suatu perkara yang menakjubkan apabila makanan syubhat yang dikunyak oleh Rasulullah saw terlekat di halkum Baginda saw memandangkan kedudukan Baginda saw yang tinggi. Sedangkan peristiwa-peristiwa seumpama ini turut dialami oleh umat yang biasa pun.
Rasulullah SAW Berjaga Sepanjang Malam Kerana Risau Termakan Tamar Sedekah
Pada suatu hari Rasulullah saw tidak dapat tidur sepanjang malam dan asyik membolak-balikkan lambungnya sahaja. Salah seorang isteri Baginda saw telah bertanya,
"Ya Rasulullah, mengapa tuan tidak dapat tidur?"
Baginda saw menjawab,
"Ada sebiji tamar terletak di suatu tempat, saya telah mengambil tamar itu lalu memakannya supaya tidak membazir. Sekarang saya bimbang mungkin tamar itu ialah tamar sedekah."
Keterangan
Kemungkinan besar tamar itu ialah kepunyaan Rasulullah saw sendiri. Oleh kerana harta sedekah pun dihantar ke rumah Baginda saw maka kesangsian itu menyebabkan Rasulullah saw tidak dapat tidur sepanjang malam bimbang tamar itu ialah tamar sedekah. Jika demikian, berarti Rasulullah saw telah makan harta sedekah.
Inilah keadaan penghulu kita, hanya kerana sedikit kesangsian Baginda saw tidak dapat tidur, berbolak-balik gelisah sepanjang malam. Sementara itu lihatlah keadaan umat Baginda saw dengan perasaan bangga mereka melaungkan bahawa mereka ialah pengikut Nabi Muhammad saw sedangkan mereka masih terus mengambil rasuah, memakan riba, merompak dan memakan pelbagai jenis harta yang haram.
kredit: Fadhilat Amal
Salam Ukhuwah..~
Ahad, 29 Januari 2012
Teguran Rasulallah SAW Kepada Sahabat Yang Ketawa
Suatu ketika Rasulallah saw dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda saw ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.
" Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yangsaya lihat ini; Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu haripun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah kesaorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat".
Apabila seseorang mukmin dimasukkan kedalam kubur maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku".
Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yeng berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka-bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku"
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghemburkan bisa keatas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga kehari khiamat. Selepas itu Rasulallah saw bersabda,
"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka".(Misykat)
Keterangan
Takutkan Allah snt ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulallah saw sering merenung. Mengingati maut akan menamakan sifat takut kepada Allah, oleh sebab itulah, Rasulallah saw menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi munafaat.
Salam Ukhuwah..~
Kubur Tempat Menyimpan Amal
Hazrat Kumail r.a. berkata.
"Aku bersama Hazrat Ali r.a. dalam satu perjalanan. Setelah tiba disatu kawasan beliau telah berpaling kearah satu kuibur lalu berkata".
"Wahai kamu ahli kubur. Wahai kamu yang tinggal dikalangan orang yang telah binasa. Wahai kamu yang kesunyian lagi kesaorangan. Apakah berita kamu dan apakah keadaan kamu?"
Kemudian beliau berkata lagi,
"Berita kami pula selepas kematian kamu, harta-harta kamu telah dibahagi-bahagikan. Anak-anak kamu menjadi yatim dan isterimu telah berkahwin lain. Itulah berita daripada kami. Ceritakanlah berita kamu pula".
Kemudian beliau berpaling kearah saya dan berkata,"
" Wahai Kumail, kubur adalah tempat menyimpan amal dan hanya disedari setelah seseorang itu mati".
kredit: Muntakhab kanzul 'Ummal
Salam Ukhuwah..~
Kisah Meninggalkan Khianat Mendapat Rahmat
Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi bin Muhammad Al-Bazzar Al-Anshari berkata: "Dulu, aku pernah berada di Mekah semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu menjaganya, suatu hari aku merasakan lapar yang sangat.
Aku tidak mendapatkan sesuatu yang dapat menghilangkan laparku. Tiba-tiba aku menemui sebuah kantung dari sutera yang diikat dengan kaus kaki yang diperbuat dari sutera juga.
Aku memungutnya dan membawanya pulang ke rumah. Ketika aku buka, aku dapatkan didalamnya sebuah kalung permata yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.
Aku lalu keluar dari rumah, dan pada masa itu ada seorang bapa tua yang berteriak mencari kantungnya yang hilang sambil memegang kantung kain yang berisi wang lima ratus dinar.
Dia mengatakan, 'Ini adalah bagi orang yang mahu mengembalikan kantung sutera yang berisi permata'.
Aku berkata pada diriku, 'Aku sedang memerlukan, aku ini sedang lapar. Aku boleh mengambil wang dinar emas itu untuk aku manfaatkan dan mengembalikan kantung sutera ini padanya'.
Maka aku berkata pada bapa tua itu, 'Hai, kemarilah'. Lalu aku membawanya ke rumahku. Setibanya di rumah, dia menceritakan padaku ciri kantung sutera itu, ciri-ciri kaus kaki pengikatnya, ciri-ciri permata dan jumlahnya berikut benang yang mengikatnya.
Maka aku mengeluarkan dan memberikan kantong itu kepadanya dan dia pun memberikan untukku lima ratus dinar, tetapi aku tidak mahu mengambilnya.
Aku katakan padanya, 'Memang seharusnya aku mengembalikannya kepadamu tanpa mengambil upah untuk itu'.
Ternyata dia berkeras, 'Kau patut menerimanya', sambil memaksaku terus-menerus. Aku tetap pada pendirianku, tak mahu menerima.
Akhirnya bapa tua itu pun pergi meninggalkanku. Adapun aku, beberapa waktu setelah kejadian itu aku keluar dari kota Makkah dan berlayar dengan perahu.
Di tengah laut, perahu tumpangan itu pecah, orang-orang semua tenggelam dengan harta benda mereka. Tetapi aku selamat, dengan menumpang potongan papan dari pecahan perahu itu. Untuk beberapa waktu aku tetap berada di laut, tak tahu ke mana hendak pergi!
Akhirnya aku tiba di sebuah pulau yang berpenduduk. Aku duduk di salah sebuah masjid mereka sambil membaca ayat-ayat Al-Qur'an.
Ketika mereka tahu bagaimana aku membacanya, tidak seorang pun dari penduduk pulau tersebut kecuali dia datang kepadaku dan mengatakan, 'Ajarkanlah Al-Qur'an kepadaku'. Aku penuhi permintaan mereka. Dari mereka aku mendapat harta yang banyak.
Di dalam masjid, aku menemui beberapa lembar dari mushaf, aku mengambil dan mulai membacanya. Lalu mereka bertanya, 'Kau boleh menulis?', aku jawab, 'Ya'.
Mereka berkata, 'Kalau begitu, ajarilah kami menulis'. Mereka pun datang dengan anak-anak juga dan para remaja mereka. Aku ajari mereka tulis-menulis.
Dari itu juga aku mendapat banyak wang. Setelah itu mereka berkata, 'Kami mempunyai seorang puteri yatim, dia mempunyai harta yang cukup. Mahukah kau menikahinya?' Aku menolak.
Tetapi mereka terus mendesak, 'Tidak boleh, kau mesti terima'. Akhirnya aku menuruti keinginan mereka juga. Ketika mereka membawa anak perempuan itu kehadapanku, aku pandangi dia.
Tiba-tiba aku melihat kalung permata yang dulu pernah aku temui di Mekah melingkar di lehernya. Tak ada yang aku lakukan pada masa itu kecuali hanya terus memperhatikan kalung permata itu.
Mereka berkata, 'Sungguh, kau telah menghancurkan hati perempuan yatim ini. Kau hanya memperhatikan kalung itu dan tidak memperhatikan orangnya'.
Maka saya ceritakan kepada mereka kisah saya dengan kalung tersebut. Setelah mereka tahu, mereka meneriakkan tahlil dan takbir hingga terdengar oleh penduduk setempat. 'Ada apa dengan kalian?', kataku bertanya.
Mereka menjawab, 'Tahukah engkau, bahawa orang tua yang mengambil kalung itu darimu pada masa itu adalah ayah anak perempuan ini'.
Dia pernah mengatakan, 'Aku tidak pernah mendapatkan seorang muslim di dunia ini (sebaik) orang yang telah mengembalikan kalung ini kepadaku'.
Dia juga berdoa, 'Ya Allah, pertemukanlah aku dengan orang itu hingga aku dapat menikahkannya dengan puteriku', dan sekarang sudah menjadi kenyataan'.
Aku mulai mengharungi kehidupan bersamanya dan kami dikurnikan dua orang anak. Kemudian isteriku meninggal dan kalung permata menjadi harta pusaka untukku dan untuk kedua anakku.
Tetapi kedua anakku itu meninggal juga, hingga kalung permata itu jatuh ke tanganku. Lalu aku menjualnya seharga seratus ribu dinar. Dan harta yang kalian lihat ada padaku sekarang ini adalah baki dari wang 100 ribu dinar itu."
kredit: Tulahan
Salam Ukhuwah..~
Sabtu, 28 Januari 2012
Durian Belanda
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Maruah Wanita Dimana Nilainya?
Artikel ini ditulis oleh seorang perempuan. Jadi bahasanya tentulah bahasa perempuan. he he...
“SAYA terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya,” demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini.
Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya.
Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah.
HARAM DALAM ISLAM
“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.
“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.
“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.
Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.
Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.
“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.
“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.
Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.
WANITA JADI BARANG SEWAAN
“Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata, sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi.
“Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran, malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak,” katanya.
Menurutnya , jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan, situasi yang sinonim dengan 'pelacuran'.
Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan.
Berdasarkan prinsip Islam, setiap individu, sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan." (surah al-Nahl ayat 14:97)
“Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan, dan tidak salah jika saya katakan ia adalah 'pelacuran yang terancang' dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad.
RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA
"Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?," soalnya.
Nabilah berkata, sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami, tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.
Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna, nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki.
“Besar implikasinya terhadap keturunan, cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya," katanya.
kredit: SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
Salam Ukhuwah..~
Jumaat, 27 Januari 2012
Lawatan Setiap 21 Minit
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
10 Gulongan Yang Solatnya Tidak Diterima
10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. ORANG PEREMPUAN YG TIDAK MENUTUP AURAT.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Mungkin tanpa kita sedar ada diantara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..
Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung "aku tak pakai tudung pun, aku tak pernah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat, kalau solatnya pun tunggang langgang".
Pernah tak mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanya lah sia-sia jika ia tak diterima oleh Allah. Tapi, aurat perempuan bukanlah hanya rambut, tapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna. Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Khamis, 26 Januari 2012
Antara Maruah Dan Gambar Pakwe
gambar hiasan
Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.
Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.
SYARI’ATULLAH
Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.
Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.
Tetapi apa akan terjadi, jika kesemua peraturan itu diabaikan?
Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?
Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.
Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.
Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?
MARUAH
” Sayang papa sampai mati “
” My beloved one..forever n ever “
” Cayang kamuuu ..”
Ya. Itu antara ayat-ayat cinta ciptaan mereka. Pernah saya cuba menyelidik, adakah si lelaki turut melakukan perkara yang sama. Dan menyedihkan, kerana banyak yang saya lihat, si lelaki tidak pun meletakkan gambar teman wanita mereka bahkan seboleh-bolehnya kelihatan seperti mahu berlagak single dan belum berpunya.
Pernah juga saya lihat di facebook. Gadis muslimah tersebut, beriya-iya menukilkan madah cinta di wall teman lelakinya. Bahkan menggunakan aplikasi tulisan yang pelik-pelik penuh warna warni semata-mata untuk menyatakan ‘ saya sayang pakwe saya ‘. Di wall si lelaki, berderet ucapan yang sama, setiap hari. Tetapi aneh, si lelaki langsung tidak membalas. Si lelaki seolah ‘rimas’ dan seboleh-bolehnya mahu ‘berlepas diri’ dari kesemua perkara tersebut. Hanya post dari rakan-rakannya sahaja yang dibalas dengan ‘rela’.
Saya terfikir, si gadis seperti itu sebenarnya mengapa? Sakit jiwakah dia? Sudah hilang rasa malukah dia?
Oh, gambar profil facebook gaya arab. Pakai niqab hitam. Status-status yang ditulis, mengajak cinta kepada Allah. Ajak berburu Lailatul Qadr. Tetapi dia sanggup menghabiskan masa yang banyak ( pada hemat saya ) untuk membuat editing gambarnya dan dicantum dengan gambar si lelaki. Ditambah dengan pelbagai effect dan tulisan. Berhabis masa pula untuk membuat tulisan kelip-kelip , dedikasi untuk orang yang dia sayang. Apa sebenarnya yang dia cari?
Apa sekalipun rasa hati, mereka yang berada dalam situasi seperti ini harus segera sedar. Anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.
MULIANYA ANDA
Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah. Pakaian anda, tudung atau jubah, tidak memberi sebarang makna jika anda sanggup merendahkan darjat anda ke tahap itu di alam maya.
Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?
Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.
” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”
Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.
Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.
Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?
JALAN PULANG
Mungkin masih ramai menganggap, gambar teman lelaki kesayangan mereka itu sumber inspirasi. Dan kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.
Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.
Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.
Kembalilah pulang.
Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.
Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.
kredit: myilham.com
Salam Ukhuwah..~
Rabu, 25 Januari 2012
Kopi Atau Teh... Mana Yang Lebih Baik..?
Kopi dan teh sama-sama minuman yang sudah dikenal sejak berabad silam. Keduanya memiliki penggemar fanatiknya sendiri. Tetapi jika dibandingkan mana yang paling menyehatkan, kopi atau teh, jawabannya cukup sulit.
Sebagian besar memang kopi lebih menyehatkan tubuh. Kopi bukan hanya merangsang aliran darah ke otak dan mengurangi mood negatif, bukti ilmiah juga menyebutkan kebiasaan minum kopi boleh mengurangi risiko penyakit Parkinson.
Zat-zat yang terkandung di dalam kopi juga mengandungi antioksidan kuat yang akan melawan radikal bebas dalam tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rusak akibat ulah si radikal bebas. Seperti diketahui zat oksidatif dalam radikal bebas juga dikaitkan dengan terjadinya penyakit diabetes, artritis dan kanser.
Kopi memang kaya dengan antioksidan flavonoid. Komponen tersebut memiliki efek perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dengan cara mengurangi oksidasi kolesterol jahat (LDL). Dengan kata lain kopi akan membantu kita mengurangi risiko penyakit stroke dan juga serangan jantung.
Pada sukatan yang normal kopi juga baik untuk ibu yang hamil. Sejauh ini belum terbukti kopi meningkatkan risiko keguguran atau pun risiko cacat bawaan pada bayi.
Meski pun kopi boleh meningkatkan aktiviti perut dan seringkali menyebabkan perut terasa tidak nyaman, tetapi di lain pihak kopi menguntungkan kesehatan saluran cerna. Kopi diketahui mengurangi kanser kolon dan kolorektal.
Bagaimana dengan teh? Kebanyakan orang menyukai teh hitam, padahal teh hijau merupakan teh yang belum difermentasi dan boleh dikatakan ia adalah minuman paling sehat. Kandungan antioksidan polifenol dalam teh akan berkurang ketika teh difermentasi.
Kesimpulannya, jika bercakap tentang kopi dan teh, maka kopi adalah pilihan yang sehat. Jika anda peminat teh hijau, maka minuman ini adalah pilihan yang jauh lebih sehat.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Orang Bukan Islam Menemui Keajaiban Solat
(Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok )
Ng Siew Chok; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Melaya (UM), bersama dua orang lagi Professor di UM telah menjalankan kajian saintifik terhadap solat yang pertama di Malaysia. Menurut Siew Chok, otak dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Dalam bidang kejuruteraan perubatan, ketenangan fikiran (otak) dapat diukur menggunakan EEG (electroencephalography)-sejenis alat untuk mengukur gelombang otak.
Gelombang otak jenis Alfa(813hz) merupakan keadaan tenang. Siew Chok mendapati, semasa I’tidal (berdiri selepas solat sebelum sujud dengan thoma’ninah); isyarat Alfa daripada gelombang otak orang yang bersolat meningkat dengan mendadak.
Peningkatan mendadak isyarat Alfa membuktikan otak sangat tenang pada ketika itu. Beliau merumuskan semasa I’tidal dengan thoma’ninah adalah masa yang paling tenang dalam solat.
Pada setiap akhir sesi ujikaji, Siew Chok mendapati keadaan fizikal dan mental selepas seseorang mendirikan solat berada dalam keadaan segar dan tenang seperti baru bangun dari tidur yang cukup.
Siew Chok merumuskan solat boleh menjadi sesi refreshment untuk seseorang sebelum meneruskan rutin kehidupan yang memerlukan banyak tenaga baik fizikal dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dan masalah hidup.
Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati:
1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal.
2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul.
3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian.
4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk.
5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima.
Lebih daripada itu, banyak lagi penemuan oleh pakar-pakar Islam mahupun bukan Islam yang membuktikan keajaiban, kepentingan dan kebaikan solat terhadap manusia.
Antaranya ialah penemuan Dr Moh Sholeh; seorang doctor perubatan di Indonesia yang mendapati solat sunat tahajjud boleh merawat barah. Lagi, penemuan tiga orang doktor di Jepun yang mendapati solat mencegah dan merawat sakit sendi dan tulang pada umur tua.
Kesimpulannya; Melakukan solat belum tentu dapat memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut andai solat kita tidak tepat dalam perlaksanaannya.
Kebaikan hasil solat itu tentu hanya dapat diperolehi dan dirasai dengan solat yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya. Selebihnya; matlamat solat itu (sebagaimana yang dikehendaki Allah) hanya dapat dicapai oleh orang yang menghadirkan seluruh dirinya menghadap Allah semasa solat.
Bagaimana yang dikatakan orang yang menghadirkan seluruh dirinya manghadap Allah ketika solat? Itulah orang yang hadir jasadnya, mindanya, akalnya, hatinya dan jiwanya ketika solat. Akhirkata, hanya dengan ilmu kita akan memahami dan memperolehinya. Ingat, amalan tanpa ilmu ibarat pokok tidak berdahan dan tidak berbuah.
nota kaki...
Gambar diatas ialah gerhana matahari yang di rakam pada 4 Januari 2010 menggunakan SWAP dari atas kapal PROBA2 (yang telah dilancarkan dari bumi pada November 2009) menggunakan micro-satellite . Bayang yang kelihatan hitam itu adalah bulan.
Salam Ukhuwah..~
Selasa, 24 Januari 2012
Positifkan Diri Dalam Masalah Furuk Atau Khilaf
Soalan
Knapa kita perlu hafaz quran, hadith, tinggi ilmu agama utk guna mazhab selain shafie? klu xde ilmu,dan kita guna mana2 mazhab yg kita suka, knapa dkatakan kita ni 'taqlik buta'? Maknanya semua org malaysia (selain ustaz, ulamak) ni taqlik buta kpd imam shafie ke? Sy rasa sbb kt xde ilmu la kita ikut mazhab, sbb semua persoalan dah terjawab, so sbgai msyrakat awam,xperlula kita kaji quran dan hadis bg semua persoalan, ikut buta je la.
klu ustaz kata kita mringankan hukum allah dgn mmilih mana2 mazhab yg senang bg kita, maknanya scra xlgsung ustaz mengatakan imam2 mazhab tersebut pun meringankan hukum allah..? Maaf ustaz, bkn sy against ustaz, tapi hanya mcari jawapan kpd persoalan dlm benak sy ni..
Jawapan Ustaz
Awak salah faham dengan kenyataan saya, asas Islam adalah Al-Quran dan Hadis, setiap perkara yang dibahaskan mesti dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis. Sumber perundangan kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Saya tak ada tulis tak boleh ikut mazhab lain. Kalau nak ikut kena belajar dulu, sebab Asas nak dapat ilmu kena belajar dan kena sentiasa tambah ilmu di dada.
Saya tak kata orang lain selain saya dan ulamak taqlik buta, kalau belajar itu bukan taqlik buta. Sampai bila kita nak beramal dengan ikut cakap orang lain. Jadi kenalah cari ilmu, kalau ada ilmu terpulanglah nak ambik yang manapun. Sebab ini masalah furuk dan khilaf sahaja...jangan sensitif dalam masalah khilaf. Sepatutnya kita kena berlapang dada, kalau berbalah jadi berdosa sebab para sahabat dulu mengelakkan diri dari berkhilaf untuk mengelakkan perbalahan dan takut perpecahan.
Kalau kita nak ikut Al-Quran nak kaji Hadis bagus, teruskan itu amalan yang baik, tapi persoalan disini, cukupkah ilmu kita untuk mengkaji semua benda itu, untuk mengkaji dia mempunyai disiplin ilmu yang tinggi. Kita kena bandingkan kitab-kitab tafsir dan pendapat ulamak yang berkaitan dengan disiplin ilmu tersebut, barulah kita keluarkan kesimpulan. Sebab itulah saya kata kena ada ilmu, ilmu asas dalam amalan.. Hadis Nabi saw. "Tuntutlah Ilmu kerana wajib ke atas setiap muslim. Kata lain "Berilmu dan beramal" kenapa tak letak beramal baru berilmu, itu perlu difikirkan..
Mazhab maksudnya jalan untuk memandu kita ke jalan kebenaran, atau memandu kita kearah Al-Quran dan hadis... disebabkan kita kurangnya ilmu, maka di sini mazhab itu diperlukan untuk membantu kita melaksanakan amalan Islam. Kalau tidak jadi seperti sekarang, disebabkan doa qunut bercerai suami isteri, disebabkan kenduri arwah bergaduh sesama jiran, di sebabkan hal-hal khilaf berlaku pergaduhan perbalahan dan sebagainya.
Setiap mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengeluarkan hukum dan pendapat... jadi setiap pendapat yang dikeluarkan berbeza di antara satu sama lain... boleh kah kita kata mereka salah dan sesat, sebab mengeluarkan pendapat atau ijtihad sendiri. Asas setiap ijtihad dikeluarkan oleh ulamak, kadang-kadang mereka tengok keadaan tempat, zaman, masa dan keadaan penduduk dan sebagainya.
Masalah kita di Malaysia, kerajaan dan ulamak negara ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan semua perundangan dan hal2 yang berkaitan dengan syariat dirujuk dalam mazhab syafie kecuali ada perkara yang menghalang atau dharurat, maka mereka akan mengeluarkan fatwa yang tersendiri berdasarkan 4 sumber perundangan Islam.
Apa jadi kalau kita biarkan orang awam ini buat sesuka hati dia dan boleh ikut yang mana dia suka. Saya rasa mesti berlaku perbalahan dan pergaduhan seperti negara-negara lain. Kenapa berlaku semua ini? Sebabnya ialah jahilnya dan tidak ada ilmu, kalau ada ilmu tak jadi begini, sebab semua tahu ini adalah masalah khilaf ada berbagai pendapat.
kredit: Ustaz Nor Amin
Salam Ukhuwah..~
Kes Rasuah...Pada Suatu Peristiwa Lain
Pada suatu peristiwa yang lain, Abdullah ibn Dinar menceritakan bahawa pada suatu hari, beliau berjalan-jalan keluar ke Kota Makkah bersama Saidina Umar al-Khattab.
Sewaktu sedang berehat di tepi sebatang jalan dikota itu, tiba-tiba seorang gembala kambing turun dari bukit berhampiran dan Saidina Umar berkata kepada pengembala itu:
"Wahai penternak, jualkan saya seekor kambing itu."
Pengembala itu menjawab:
"Saya sendiri seorang hamba."
Mendengar kata-kata itu, maka Saidina Umar terus menguji hamba itu dengan katanya:
"Cakapkan saja kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala!"
Lalu pengembala itu pun menjawab:
"Tetapi di mana Allah?"
Maka Saidina pun Umar terus menangis teresak-esak mendengar kata-kata hamba itu.
Beliau kemudian mengikuti hamba itu berjumpa tuannya dan terus membeli hamba itu serta memerdekakannya.
Saidina Umar ketika membebaskan hamba berkenaan , berkata kepada gembala tersebut:
"Kata-katamu itu telah memerdekakan kamu di dunia dan aku harap kata-kata yang sama juga akan memerdekakan kamu di akhirat nanti!"
Itulah kekuatan akidah yang ditunjukkan oleh Muazzin Rasulullah dan gembala kambing berkenaan yang sewajarnya menjadi inti pati kepada perubahan ke arah kebaikan.
Salam Ukhuwah..~
Isnin, 23 Januari 2012
**Mama.. Aku Mulai Melupai Wajahmu.. **
Ini adalah cerita pendek yang tok jumpa dalam kotak e-mail. Sebenarnya e-mail tu dah lama sangat dok kat situ, hari ini sempena CNY ada masa sikit baru sempat baca. Sesudah membacanya tok dapati cerita ini bagus cuma bahasa dan ejaan tunggang-langgang. Jadi tok amek masa edit semula dan hasilnya seperti dibawah ini.
Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi.
Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku sedang rasai sekarang?
Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.
Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal.
Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.
Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan pada anak, aku pun terus bergegas ke pejabat.
Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.
Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nyenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.
Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.
Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut, mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.
Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.
Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak".
"Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu".
"Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya maafkan saya ayah". Itulah kata anakku.
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi, tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke bilik mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku disitu.
Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.
Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, aku berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika.
Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.
Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, "Maafkan saya ayah".
Selepas mendengar bukti-bukti, aku menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng
sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca.
Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, aku pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.
Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.
Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan.
Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, "maafkan saya ayah", dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Aku begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, "Surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.
Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "Tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"
Kemudia anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus.."
Mendengar ini, aku hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, tak tahu nak kata apa-apa.
Kemudian aku memberitahu anakku, "Nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi".
Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Aku membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu.
"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.
Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu juga dan menangis sekali lagi.
Untuk menghilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di merata tempat.
Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.
Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mama dan setiap kali ayah teringatkan mama, dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya atau dibilik mandi. Saya fikir kami berdua amat merindui mama.
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu mama. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?
Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.
Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja.
Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri.. Hubungi majikan anda.
Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munasabah sebagai jawapan kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda.
Kesihatan adalah harta terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang `si kecil' yang lebih berharga.
Kepada lelaki berkhawin:
Jangan minum minuman keras, kalau boleh jangan berkawan dengan orang yang minum minuman keras! Kurangkan merokok, kalau boleh berhenti terus! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.
Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda?
Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga `si kecil' yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.
Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda.
Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda yang ada ini.
kredit: Riku Kobasyi
Salam Ukhuwah..~
Perkara Yang Diharuskan Mengumpat
Mengumpat adalah perkara yang dilarang melainkan pada salah satu berikut:
1. Dizalimi.
Maka harus seorang yang dizalimi mengadu kepada orang yang boleh menghukum atau mengubah kezaliman yang dialami. Orang yang dizalimi boleh menyebut kezaliman yang berlaku kepada orang yang berkuasa.
2. Mencegah kemungkaran.
Harus minta tolong orang lain dengan menyebut keburukan dan kejahatan seseorang manusia dengan tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat Islam.
3. Minta Fatwa.
Harus seseorang itu menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau orang alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum. Ini berdasarkan kepada Hadis berikut:
Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu Sufyan seorang laki yang amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untuk ku dan anakku. Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi saw menjawab:
(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untuk keperluanmu dan anakmu dengan baik.(HR Bukhari dan Muslim)
4. Memberi peringatan pd org Islam.
Boleh memberi peringatan pada orang Islam lain dengan menyebut kejahatan seseorang yang boleh memberi kemudaratan orang tersebut. Contohnya seperti orang diminta nasihat untuk memilih jodoh, untuk mengamanahkan sesuatu dan lain2.
5. Gelaran seseorang.
Jika seseorg itu terkenal dengan sesuatu gelaran yang tidak elok seperti pendek dan dia pun redha dengan panggilan itu maka boleh menyebut nama tersebut untuk mengenalinya.
6. Orang yang buat jahat secara terang2.
Boleh mengumpat orang tak malu buat jahat di halayak ramai.
Jadi berdasarkan 6 perkara sebagai rujukan diatas bolehlah kita mengumpat atau memperkatakan keburukan seseorang dengan syarat tujuan kita itu ialah untuk mendapatkan kebaikan. Dan ingatlah setiap sesuatu perkara yang hendak kita lakukan samaada dengan lidah atau anggota yang lain hendaklah kerana Allah ta'ala.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Ahad, 22 Januari 2012
Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita
Apabila penyerang mula menyerang anda sila kehadapankan sedikit kaki kanan anda dan mulai memasang kuda2 atau memperkukuhkan kaki terutama betis dan paha anda. Dalam erti kata lain memperkukuh hentaman dari penyerang.
Bongkokkan badan sedaya mungkin agar penyerang tidak dapat memegang bahu atau kepala anda dan dalam masa yang sama perkukuhkan penumbuk kebahagian dada anda.
Kemudian lonjakkan kepala anda agar terkena bahagian dagu penyerang. Ini hendaklah dilakukan dengan pantas agar dia tidak sempat memeluk anda.
Selepas menyerang bahagian dagu penyerang segeralah menggunakan lutut kanan atau kiri (yang mana sempat) untuk menghentak bahagian sulit penyerang. Ingat...hentakan mestilah kuat jika penyerang terlalu tinggu maka gunakan sedikit lompatan untuk menambah upaya serangan.
Biasanya apabila terkena hentakan kuat dibahagian sulit, penyerang akan membongkokkan sedikit badannya bagi mengurangi rasa sakit. Dimasa ini gunakan siku untuk menghentam bahagian belakang penyerang. Jika siku anda tidak cukup kuat anda boleh menambah kekuatan dengan membuat lompatan dan pada masa yang sama menghentak belakngnya dengan siku (lompat dan hentak). Kaedah ini sebenarnya kuasa hentakan ditambah dengan berat badan yang ada pada anda.
Pukulan seterusnya ialah menyerang bahagian kepala dengan lutut dan menampar kuat2 bahagian telinga penyerang. Gunakan tenaga semua otot2 untuk penyerangan tersebut, dan jangan mengharapkan cuma otot2 lutut dengan tangan sahaja yang menyerang. Tenaga tambahan anda boleh dapatkan dari pinggang. So...gerakkan pinggang agar tenaga lebih dapat anda curahkan kepada penyerang.
Apabila penyerang terjatuh atau lost balance inilah peluang anda untuk menyerang dengan menggunakan tumit kaki atau tumit kasut ke bahagian tulang rusuk penyerang tersebut.
Selagi mana penyerang masih menggelupor selagi itulah anda harus serang dia dengan serangan yang bertubi2 dibahagian tulang rusuk. Tapi ingat...anda mungkin memerlukan pertolongan orang lain untuk memberkas penyerang yang cuba menyerang anda itu.
Tapi jika tiada siapa2 berhampiran anda untuk membantu anda memberkas penyerang ini, cukuplah sekadar lari meninggalkan penyerang tersebut. Atau dengan kata lain terserah kepada anda apa nak buat.
Salam Ukhuwah..~
Resepi Ubat Bagi 1001 Macam Penyakit
Gambar hiasan ialah Kayu Gaharu.
Untuk tajuk kali ini, beberapa kaedah resepi pengubatan sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis akan dihuraikan. Ini kerana, ada sesetengahnya hanya disebut tetapi tidak tahu pula bagaimana cara penyediaannya, apakah pula rupanya. Sebagaimana tajuk tamar hindi, ramai yang tidak tahu tamar hindi itu ialah asam jawa (tamarind).
Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya. Barang siapa di kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya. Benar, tidaklah seorang Muslim yang tertimpa musibah melainkan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya. "
Allah berfirman; "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan penyakit pada kedua matanya, kemudian ia mampu bersabar, maka Aku akan menggantinya dengan syurga. Sesungguhnya sakit itu adalah kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan adzab adalah yang tidak minta diruqyah, dikay dan tidak melakukan tathayyur serta bertawakkal kepada Rabb dengan sempurna.
"Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan;
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.
Orang yang tidak minta diruqyah itu redha dengan ujian Allah dan menganggap semua sakit yang dialami adalah sebagai kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Lagi lama menderita sakit, lagi banyak dosa terhapus termasuk dosa-dosa besar. Oleh sebab itu, ia masuk syurga tanpa dihisab. Namun ada syaratnya iaitu apabila sakit, ia tidak mencela sakitnya walaupun perkataan "aduh, sakitnya! Kenapalah sakit yang amat ini!" atau selalu menurut nafsu amarahnya, contohnya apabila ia sakit gigi, ia tidak minta diruqyah mahupun pergi berjumpa doktor gigi, tetapi pantang rasa terganggu, mula melenting tak tentu fasal.
Jenguklah saudara yang sakit
Rasulullah saw telah memerintahkan kita untuk menjenguk pesakit tak kira bangsa dan agama. Ketika Abu Thalib hendak meninggal, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang menjenguknya.
Mendoakan pesakit
Letakkan tangan di atas keningnya kemudian usap wajah dan perutnya sambil berdo'a:
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanahdari Manshur dari Ibrahim dari Masruq dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada beliau, beliau berdoa:
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit)."(Hadis Riwayat Bukhari)
Setiap penyakit ada ubatnya.
Sebaik-baik sesuatu yang digunakan untuk berubat adalah bekam dan terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ).
Apa kelebihan bekam, sudah pun sedia kita maklum iaitu mengeluarkan racun, darah kotor dan darah beku di dalam badan yang menjadi punca penyakit. Dengan memerangkap darah dan racun yang lebih kental dari darah, kemudian dilakukan siatan dengan mata pisau untuk disedut keluar racun dan darah beku. Sesungguhnya padanya terdapat ubat. Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga.
Terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ) dan minyak gaharu (الْعُودِ الْهِنْدِيِّ)
Padanya terdapat ubat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah merawat sakit kerongkong (sama ada tongsil atau nanah keluar dari mulut) dan pleurisy iaitu radang penyakit paru (dada) atau radang selaput dada dan kesakitan berlaku semasa bernafas atau batuk. Bagi sesiapa yang menghidapi sakit kerongkong hidulah (melalui hidung) ia dan sesiapa yang mengidap penyakit pleurisi, letakkan ianya pada bahagian di sebelah tepi di dalam mulut. Kayu gaharu juga dapat dijadikan ubat salap bagi merawat jangkitan campak (smallpox), merawat demam kuning (jaundice) dan sengal-sengal badan, merawat penyakit darah gemuruh (heart palpitation) dan sebagai tonik diminum semasa mengandung dan selepas melahirkan bayi dan merawat penyakit-penyakit pada alat kelamin wanita.
Habbatus sauda' (jintan hitam)
Terdapat ubat dari segala penyakit kecuali kematian. Ambillah lima atau tujuh biji habbatus sauda', lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu di sertai dengan titisan minyak. Minyak yang paling elok ialah minyak zaitun. Pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.
Air Penawar Dari Allah
Demam itu berasal dari tiupan neraka jahannam, maka redakanlah dengan air. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan supaya mendinginkan dengan air sama ada menyapukan di muka, badan, tangan, kaki mahupun dimandikan. Malah, keajaiban air juga dapat menyembuhkan penyakit kulit, gangguan syaitan dan penyakit kemurungan dengan izin Allah sebagaimana firman Allah kepada rasulNya Nabi Ayyub ketika baginda berdoa ke hadrat Tuhan-nya sebagaimana di dalam surah Shood ayat 41 dan 42:
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
"Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan". Lalu Allah berfirman, “Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum".
Madu Penawar Manis Dari Allah
“Dia yang mengeluarkan dari perut-perut (lebah) minuman yang berbagai warnanya, padanya ada penyembuhan untuk manusia.” (al-Nahl: 69). Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sangat menyukai manisan dan madu. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda tentang madu sebagai pengubatan iaitu:
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْغَسِيلِ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ أَوْ يَكُونُ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ تُوَافِقُ الدَّاءَ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ
"Sekiranya ada ubat yang baik untuk kalian atau ada sesuatu yang baik untuk kalian jadikan ubat, maka itu terdapat pada bekam atau minum madu atau sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) dan saya tidak menyukai kay."
Apakah Kay?
Apa itu kay? Kay ialah suatu kaedah menghentikan darah yang banyak ketika bahagian anggota badan seperti tangan dan kaki terputus akibat kemalangan mahupun peperangan. Kay masih digunakan oleh tentera mujahidin di perbatasan sebagai kaedah menghentikan darah keluar apabila mendapat kecederaan seperti putus kaki dan sebagainya. Dalil untuk memakai kay sebagai perubatan ada terdapat seperti di dalam hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Haithami dan Baihaqi iaitu:
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَوَى سَعْدَ بْنَ مُعَاذٍ مِنْ رَمِيَّتِهِ
Dari Jabir bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan pengubatan kay untuk Sa'd bin Mu'adz kerana luka panah yang ia deritai."
Sa'd bin Mu'adz adalah sahabat Nabi saw yang paling kerap tercedera sama ada di dalam perang mahupun di waktu aman. Beliau memeluk Islam sebelum hijrah bersama Ibnu Umair. Nabi pernah 'kay' pada anggota badan Sa'd bin Mu'adz akibat kecederaannya. Sa'd bin Mu'adz mati syahid dalam perang khandak (perang ini adalah satu-satunya peperangan yang mengangkat nama seorang 'budak' bernama Salman Al-Farisi). “Singgahsana Allah azza wa jalla bergoncang kerana kematian Sa’d bin Muadz.” [HR.al Bukhari]
Di dalam hadis yang lainnya, Abu Daud berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar salam para Malaikat, ketika beliau melakukan kay suara itu hilang, dan ketika beliau meninggalkan pengobatan kay, beliau dapat mendengar suara Malaikat kembali.
Ketahuilah, manusia yang paling berat ujian sakitnya adalah para Nabi.
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُوعَكُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا قَالَ أَجَلْ إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ قُلْتُ ذَلِكَ أَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ قَالَ أَجَلْ ذَلِكَ كَذَلِكَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Abdullah berkata; saya pernah menjenguk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau sedang menderita sakit, lalu saya berkata; "Wahai Rasulullah, sepertinya anda sedang merasakan sakit yang amat berat" beliau bersabda: "Benar, rasa sakit yang menimpaku ini sama seperti rasa sakit yang menimpa dua orang dari kalian." Kataku selanjutnya; "Sebab itu anda mendapatkan pahala dua kali lipat." Baginda menjawab: "Benar, seperti itulah, dan tidaklah seorang Muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya."
kredit: مستقيم محمد نجيب
Salam Ukhuwah..~
Sabtu, 21 Januari 2012
Sihir Dan Tukang Sihir
Saja2 duduk2 pagi nie tak buat apa2 kan elok kalau tulis sikit hal2 dunia. Okey...petang nie nak citer pasal 'Sihir dan Tukang Sihir'. Jangan marah sebab gaya tulisan memang dah macam tu. Kekadang campur dengan bahasa Inggeris. Kita yang dok bercakap nie pun selalu juga campur bahasa. Tak kata orang Melayu. Orang Cina dan India di Malaysia nie pun cakap campur2.
Sihir
Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sebab dengki, sakit hati, cemburu dan sebagainya. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin atau syaitan ni. Contohnya, jin atau syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.
Bagaimana kita nak tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ like ayam hitam ke, kambing putih ke etc.
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah saw bersabda that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Ha ha ha... anda ada ker salah satu dari simpton kat atas tu? Kalau ada eloklah cuba berubah atau berubat. Cara nak berubah senang jer, yakni menghampiri Allah ta'ala.
Salam Ukhuwah..~
Sayangnya Allah Pada Perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana , tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Kompom tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jer
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jer meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jer
Kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jer
Tengah2 sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
Hebat kan perempuan.
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Hati ini Allah jadikan lembut betul
Cepat jer sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru
Cuba pergi tengok wayang cerita hindustan
Siapa yang paling teruk menangis
Perempuan kan ?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ini lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah.
Diorang cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel
Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya seorang perempuan
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah itu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seseorang perempuan itu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
Cuba dengar pula lagu2 yang berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu OH FATIMAH, SUZANA, SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah itu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan ? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ini
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat anda
Betapa cintanya Allah dekat anda
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, anda jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan itu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan
Sekadar perkongsian bersama
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?
kredit: Siti Sahlah
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catatan (Atom)