Bacaan Popular

Jumaat, 16 Disember 2011

Terlalu Mudah Masuk Istana


Gambar hiasan ialah Istana Negara Terbaru di Jalan Duta Kuala Lumpur merupakan Istana Resmi Duli Yang Mulia Yang Di Pertuan Agong Malaysia.


Nak Masuk Istana ?

Kali ni Tok nak citer berkenaan cara mudah untuk masuk dan tinggal dalam istana. Memang ramai antara kita berpendapat bahawa sangat sukar hendak masuk kedalam istana jikalau tidak diberi izin oleh tuan punya istana tersebut. Kalau dapat masuk kerana kita ada orang dalam yang tak kuat pun apa gunanya seperti masuk sembunyi-sembunyi.

Nak gentle kita masuk secara resmi dan diraikan oleh pemilik istana tersebut yakni Yang Di Pertuan Agong. Sudah pasti apa sahaja yang kita mahu akan diperkenankan oleh kebawah duli. Tepok tangan jer (macam dalam filem) pasti dayang2 istana berjejai datang bertanyakan ada apa2 keperluan yang hendak dilaksanakan.

Maka Kebawah Duli Yang di Pertuan Agong pun bertitah. Ini kawan kita apa2 yang dia minta hendaklah kamu tunaikan jangan tidak.

Wahhh.... bukan kembang bontot lagi bahkan nafsu juga kembang. Pemilik istana dah bagi lampu hijau. Apa sahaja yang kita hendak boleh minta. nak suroh dayang2 picit? Nak minta dayang2 yang cantek2 tu tolong mandikan pun boleh. Adddooiiii...seronoknya menjadi orang dalam istana.

Tapi bagaimana nak menjalin hubungan terus dengan Yang Di Pertuan Agong. Tok Wan bukan kena mengena dengan Agong tu. Kalau Agong tu tetiba saja jadikan Tok Wan sebagai sedara dia lain lah. Tapi ... arrr ... kita kena ada orang dalam.

Orang yang paling layak untuk menjadi orang dalam kita ialah orang yang paling hampir sdengan Yang Di Pertuan Agong. Kita kena berbaik dengan orang kanan Agong. Tapi awas jangan bagi rasuah nanti berdosa.

Nak Masuk Syurga ?

Begitu juga kalau kita berhajat nak masuk syurga. Kita kena ada orang dalam. Kalau takder orang dalam memang payah macam nak citer masuk istana Agong jugak.

Tapi disini Tok Wan nak bagitau. Sebenarnya nak masuk syurga dan tinggal disana buat selama2nya lebih mudah dari nak masuk istana dan tinggal cuma sepenggal disana (5 tahun tempoh).


Gambar sebagai hiasan. Ruang dalam Istana Negara yakni ruang menyambut tetamu.

Allah snt telah memilih manusia paling agong sepanjang penciptaan alam dan segala jenis makhluk ini sebagai agen kita (RasulNya ... juga Nabi kita). Dan RasulNya itu juga telah menunjukkan kepada kita banyak perkara selain dari al Quran yang Malaikat Jibril bawakan kepada Baginda saw untuk disampaikan kepada kita. Syafaat dari ibadah kita kerana membacanya akan membantu kita samaada di dalam kubur maupun di padang masyar.

Berbalik kita kepada perkara kabel atau orang dalam didalam syurga itu.

Untuk memperkukuhkan kabel kita dengan orang dalam (Nabi saw) kita cuma perlu banyak berselawat kepada Baginda saw. Sedangkan Allah serta para Malaikat pun berselawat keatas Nabi Muhammad saw kenapa tidak kita ini yang mengaku sebagai umat Baginda sendiri memperbanyakkan selawat. Setiap satu selawat dari kita akan Allah balas sepuloh balik kepada kita. Umat2 yang terdahulu daripada kita mana ada keistimewaan seperti itu?

Kita mendengar kisah Isra' wal Mikraj. Nabi Isa as sendiri sebagai Nabi yang 2nd last sewaktu berkesempatan berjumpa dengan Penghulu kita itu pun meminta kepada Baginda saw untuk menjadi umat Baginda. Tapi dont be khuatir. Sebenarnya diakhir zaman nanti Nabi Isa as sewaktu diturunkan semula kebumi untuk kali kedua (Baginda Isa as belum wafat) akan menjadi umat Baginda juga. Sebab telah diriwayatkan sewaktu Nabi Isa turun untuk kali kedua Baginda akan membetulkan semula ajaran Nabi Muhammad saw berpandukan kitab al Quran dan bukannya kitab Injil.

So kita sebagai manusia yang dah memang berketurunan ataupun menjadi umat Muhammad saw sangat bertuah. Sangat bertuah sebab Nabi saw sendiri akan memberi syafaatnya untuk umat2 Baginda saw. Ingat senang ker nak dapat syafaat begitu jer.

Memang untuk mendapatkan syafa'at tersebut kita perlu mengikut sunnah Baginda. Kita ikut apa yang Nabi saw buat. Jika kita tak berkahwin bermakna kita tak ikut sunnah Rasulallah saw. Jadi kena kawen dulu (bagi yang belum kawen), atau yang dah kawen dan dah menjadi duda atau janda kena kawen lagi. Yang dah ada isteri tapi cuma 1 eloklah berkahwen lagi supaya umat Baginda bertambah banyak.

Tapi bab kawen ni sebenarnya kita kena kawen kerana Allah ta'ala, bukan kawen kerana nak sedap. Ramai mereka yang mempunyai kedudukan berkahwen kerana nak sedap.

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab ayat ke 56)

Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad saw bukan dengan kata-kata seperti yang kita menyebut dalam ungkapan selawat yang terkenal. Selawat Allah ke atasnya bermaksud Allah Ta'ala sentiasa memberikan kepadanya kebaikan dan kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari Baginda saw hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat. Inilah yang disebutkan dalam kitab Tafsir Al Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud, "Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredaanNya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".

Salawat daripada Para Malaikat bermaksud, "Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad saw sepanjang zaman serta meredhainya. Ada pun salawat umat (kita) Muhammad saw kepada Baginda Nabi saw adalah dengan menyebut salawat yang terkenal itu, yang di dalamnya mengandungi doa kepada Allah, agar Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraannya kepada Baginda. Kita juga memohon agar Allah membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad saw sepanjang masa".

Dari tiga perbezaan ini jelas bahawa istilah salawat itu begitu unik. Ia boleh dipakai untuk tiga situasi yang berbeza. Pertama Allah. Kedua, malaikat dan ketiga, umat manusia. Yang penting kita menghayati dan memahami bahawa Rasulullah saw itu makhluk istimewa pilihan Allah, yang Allah sendiri menjanjikan bahawa Allah sentiasa mencurahkan rahmat kepada Baginda saw, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggalah ke hari akhirat. Malah Para Malaikat seluruhnya sentiasa memohon kepada Allah agar dilimpahkan rahmat dan keampunanNya kepada Rasulullah saw. Di hujung ayat tersebut, selepas Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, maka Allah menyeru kita, orang-orang beriman supaya mengucapkan selawat dan salam yang makruf.

Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu selawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat".



Oleh kerana itu, ulama dalam memperhalusi persoalan selawat ke atas Nabi Muhammad saw itu wajib atau sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) daripada kalangan ulama, bahawa selawat ke atas Nabi Muhammad saw adalah wajib, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam hidup seharian, berselawat adalah sunat mu'akkad.

Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut selawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang menulis selawat ke atas Nabi saw dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus berselawat ke atas Nabi saw dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Mulai hari ini marilah kita perbanyakkan selawat kita keatas junjungan besar kita yakni penghulu kita Nabi Muhammad saw.


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. .....salam Tok Wan. Tq atas peringatan.
    Semuga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita.
    insyaallah,amin.

    BalasPadam