Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 17 Disember 2011
Resepi Kekuatan Umat Islam
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
KETERANGAN AYAT
1. Sabar dan solat merupakan dua kunci utama kejayaan dan kekuatan umat Islam. Kedua-duanya saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan antara satu dengan lainnya.
2. Sabar pada asalnya membawa erti : mengikat, contohnya mengikat ayam pada satu tiang.
3. Menurut Islam, sabar bererti mengikat diri dari mengeluh ketika menerima ujian samada berbentuk ta'at atau menjauhi maksiat.
Ulama membahagikan sabar kepada tiga kumpulan iaitu :
1. Sabar dalam mematuhi perintah
2. Sabar dalam menjauhi larangan
3. Sabar ketika mendapat musibah
Nabi s.a.w. bersabda :
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن : إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Maksudnya : Ajaib sungguh urusan orang Mukmin kerana sesungguhnya semua perkara adalah baik baginya. Yang demikian ini tidak berlaku melainkan pada orang mukmin sahaja iaitu; sekiranya dia mendapat perkara yang menggembirakan dia bersyukur maka dia mendapat kebaikan dan sekiranya dia ditimpa bencana dia bersabar maka dia mendapat kebaikan.
Solat pula pada asalnya bererti doa.
Pada pandangan Islam, solat membawa maksud perbuatan dan perkataan khusus yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam.
Bagaimana solat dapat memberi inspirasi dan kekuatan kepada umat Islam?
Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita perhatikan pada sabdaan Nabi s.a.w:
1.
حبب إلى من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya : Aku diberi kecintaan yang berkaitan dengan dunia kamu (dua perkara iaitu) wanita dan haruman, dan dijadikan kesejukan hatiku pada solat. Solat menjadi faktor utama ketenangan jiwa Rasulullah saw dari segala urusan.
2.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا حزبه أمر فزع إلى الصلاة
Maksudnya: Rasulullah s.a.w apabila dihimpit oleh sesuatu perkara, baginda akan terus bersolat. Ini menggambarkan kepada kita, solat adalah cara terbaik bagi mengurangkan tekanan atau kekusutan jiwa, kerana dengan bersolat, seorang hamba berhubung terus dengan Allah SWT sebagaimana ulama menyatakan :
الصلاة معراج المؤمن
3.
أن رجلاً دخل المسجد ورسول الله جالس فيه فرد عليه السلام، ثم قال له: ارجع فصل فإنك لم تصل. فرجع فصلى كما صلى، ثم جاء فسلم علي النبي فرد عليه السلام ثم قال: ارجع فصل فإنك لم تصل، فرجع فصلى كما صلى، ثم جاء فسلم على النبي فرد عليه السلام، وقال: ارجع فصل فإنك لم تصل ثلاث مرات، فقال في الثالثة: والذي بعثك بالحق يا رسول الله ما أحسن غيره فعلمني. فقال : إذا قمت إلى الصلاة فكبر، ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن، ثم اركع حتى تطمئن راكعاً، ثم ارفع حتى تعتدل قائماً، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً، ثم اجلس حتى تطمئن جالساً، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً، وافعل ذلك في صلاتك كلها
Maksudnya : Seorang lelaki telah masuk Masjid Nabawi ketika Rasulullah saw sedang duduk di situ dan Baginda menjawab salam lelaki tersebut kemudian Baginda bersabda: "Pergi dan solat balik kerana kamu tidak dinamakan bersolat tadi", lalu lelaki tadi kembali bersolat sebagaimana sebelumnya. Setelah itu dia datang kepada Nabi saw dan memberi salam dan baginda menjawab salamnya seraya berkata, "Pergi dan solat balik", lalu dia pergi dan bersolat sebagaimana sebelumnya, kemudian dia datang sekali lagi kepada Nabi saw dan memberi salam. Baginda menjawab salamnya dengan berkata "Pergi dan solat balik". Perkara itu berlaku tiga kali. Pada kali ketiga, lelaki itu berkata: Demi Zat yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, wahai Rasulullah, aku tidak mampu lakukan lebih baik dari solatku tadi, oleh itu ajarilah daku. Baginda bersabda: "Apabila kamu hendak bersolat, bertakbirlah kemudian bacalah apa yang mudah bagi kamu dari Al-Quran, setelah itu hendaklah kamu ruku' dengan toma’ninah (tenang), kemudian bangkit berdiri tegak, setelah itu sujud dengan tenang, kemudian duduk (antara dua sujud) dengan tenang, setelah itu sujud dengan tenang. Laksanakannya dalam keseluruhan solatmu."
Hasil daripada solat yang sempurna yang dapat mengawal aktiviti seorang mukmin supaya sentiasa berada dalam landasan syariat. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah s.w.t:
Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Sebagaimana dalam satu kisah, Rasulullah saw diberitahu tentang seorang lelaki yang solat malam namun masih lagi melakukan maksiat, lantas Nabi saw bersabda:
وقد سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن رجل يصلي بالليل فإذا أصبح سرق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ستنهاه صلاته".
Maksudnya : Nabi ditanya tentang seorang lelaki yang solat malam, namun diwaktu pagi dia mencuri. Nabi menjawab, sembahyangnya akan menegahnya (dari mencuri).
kredit: niqobgirl
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan