Bacaan Popular

Khamis, 8 Disember 2011

Resepi Bubur Asyura Versi Penang


RESEPI BUBUR ASYURA VERSI PENANG

Bubur asyura ni banyak versi. Antara banyak2 versi di Semenanjung ni tok suka versi dari Penang seperti yang dalam gambar, dan cara memasaknya pun mudah. Rasanya pastilah lebih sedap. Tapi sel;era masing2 juga berbagai2. Ada yang suka versi Trengganu dan ada versi Kelantan.

Tapi hari ni tok nak kongsi bubur asyura versi Penang.

Mula2 bahan2nya:

300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm. biji sagu
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur)
100 gm gula melaka / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa


CARA CARA MEMBUATNYA:

1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk.

2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.

3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.

4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan.

5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.

6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.


Salam Ukhuwah..~

6 ulasan:

  1. ...kalau dekat boleh mintak sikit ye Tok Wan..selalunya mamaijat ajer yang layan bubur ni..anak2 x reti ...mereka suka bubur lambuk atuk mereka aje time bulan Ramadhan....

    BalasPadam
  2. ...sedap ni tok wan...... mak saya selalu buat tak kira masa sepanjang tahun.......

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah, Dah lama tak makan bubur nih, nak cuba buat bila dah ada resepi. Terima Kasih berkongsi

    BalasPadam
  4. terima kasih atas resepi ni tokwan..nak try buatler..

    BalasPadam