Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 10 Disember 2011
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
Dalam Islam kita diperintahkan untuk berbuat baik kepada kedua ibibapa kita. Tanpa mereka berdua sudah tentu tiada kita. Berikut ini ialah beberapa petikan hadith Rasulullah saw untuk munafaat kita bersama.
1. Seorang lelaki datang berjumpa dgn Nabi saw lalu berkata: "Aku hendak berbaiah untuk berhijrah denganmu dan aku telah meninggalkan kedua ibu bapa ku dalam keadaan menangis."
Lalu Nabi saw bersabda:
(ارجع إليهما فأضحكهما كما أبكيتهما)
Maksudnya: "Kembalilah pada kedua ibu bapamu dan buatlah mereka ketawa seperti kamu buat mereka menangis." (Hadith riwayat Abu Daud)
2. Talhah bin Muawiyah berkata: Ya Rasulullah.. Aku nak berjihad fisabilillah..Rasul bertanya: Adakah ibumu masih hidup? Dia menjawab: "ya" Rasul bersabda:
(الزم رجلها فثم الجنة)
Maksudnya: "lazimi kakinya; maka di situlah syurga." (Hadith riwayat Thabrani)
3. Nabi saw bersabda:
(عفوا عن نساء الناس تعف نساءكم وبروا آباءكم تبركم أبناؤكم)
Maksudnya: Peliharah daripada berbuat dosa dengan wanita2 lain; nescaya akan terpelihara isteri dan anakmu daripada lelaki2 lain berbuat dosa dengan mereka. Berbuat baiklah kepada Ibu bapamu nescaya anak2mu akan berbuat baik padamu.(Hadith riwayat Hakim)
4. Nabi saw bersabda:
(من سره أن يمد له في عمره وزاد له في رزقه فليبر والديه وليصل رحمه)
Maksudnya: Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbuat baik kepada Ibu bapanya dan sambungkan hubungan silatur rahim.(Hadith riwayat Ahmad).
5. Firman Allah:
(أن اشكر لي ولولديك)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersyukur kepadaku dan kepada dua ibubapamu.(14: Luqman).
Ulama berkata: Allah mewajibkan bersyukur padaNya dan pada kedua Ibu bapa. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada ibu bapa maka dia tidak bersyukur kepada Allah.
Oleh itu, sentiasalah kita berbuat baik kepada ibu bapa kita. Jika mereka sudah tiada berbuat baiklah kepada saudara2 mereka serta rakan2 mereka.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.....rasa nak duduk ngn mak abah hingga selamanya...
BalasPadam