Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Ahad, 16 Oktober 2011
Menegakkan Negara Islam
Menegakkan Negara Islam Dari Sudut Pandangan Orang Awam
Sebagai umat Islam sudah pasti kita mahu Islam jadi dominan. Kita mahu Islam memerintah dunia sesuai dengan Islam sebagai agama sejagat. Ramai orang, terutama orang awam macam kita, tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam bangkit. Dan tertanya tanya bagaimanakah caranya Islam dapat bangkit semula memerintah dunia di tengah tengah pengaruh arus perdana ideologi barat yang begitu kuat dan mencabar? Arus perdana yang diibaratkan saperti bah yang tidak dapat di bendung.
Namun begitu ada terdapat ramai pemimpin pemimpin dan gerakan atau harakah harakah Islam dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa yang bercita cita, yang berusaha dan sedang berjuang untuk mereliasasikan ini.
Mereka ini terbahagi kepada dua golongan yang mempunyai kaedah yang berbeza.
Golongan yang pertama mengatakan “Saya akan membawa anda kepada Islam dan Iman untuk ditegakkan bersama sama di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara melalui kaedah dakwah”.
Golongan kedua pula berkata “Saya akan menegakkan sebuah negara Islam, sebuah negara kebajikan, sebuah pemerintahan Islam dan mendaulatkan undang undang Islam di negara ini melalui politik pilihanraya”.
Bagaimana perjalanan Rasulullah SAW, adakah baginda berjuang mendapatkan negara terlebih dahulu baru baginda bina Iman dan laksanakan Islam kemudiannya?
Kita agak keliru dengan dua pendapat yang berbeza dari dua golongan ini. Di antara mereka, siapakah pemimpin pilihan kita? Siapakah yang lebih di percayai? Siapakah yang lebih benar dan realistik perjalanan nya? Ramai diantara kita yang ikut sahaja atau bertaklid kepada pemimpin yang kita percayai. Walhal ramai di antara kita tidak jelas apa itu sebenarnya negara dan pemerintahan Islam yang sebenarnya.
Hari ini kalau ada orang kata Islam tidak akan naik melalui kaedah ideologi politik pilihanraya, kita pening. Garu kepala yang tak gatal. Mereka kata Islam mesti dinaikkan melalui kaedah Islam juga. Menegakkan Islam dengan mengguna kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu umpama membasuh kain yang terkena najis dengan air. Tetapi mengguna air arak. Persoalan ini dijawab. Mereka kata kita naik dahulu dengan cara ideologi politik barat (pilihanraya) selepas dapat kuasa nanti kita tukarlah sistem barat itu dengan sistem Islam. Namun pada realitinya dalam sejarah Islam moden,(selepas kejatuhan era pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniah), belum ada pemimpin dan negara orang Islam yang telah berjaya menaikkan Islam melalui kaedah ini. Biasanya mereka terus tersasar dan sesat di dalam kawah ideologi barat yang mereka ceburi. Kalau dah berjuang mengguna kaedah ideologi barat hasilnya juga tetap ideologi barat.
Berikut adalah di antara kaedah kaedah perjuangan yang di gunakan oleh pemimpin, gerakan atau harakah dunia Islam zaman ini untuk menaikkan Islam. Masing masing mengaku cara mereka lah yang paling betul dan tepat. Siapakah yang paling boleh dipercayai? Siapakah yang patut kita ikuti?
Kaedah ideologi pilihanraya demokrasi yang menekan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi ciptaan barat.
Kaedah gabungan antara sistem ideologi demokrasi barat yang sesuai dengan Islam iaitu separuh ideologi separuh Islam. (Saperti yang di amalkan di negara kita Malaysia).
Kaedah berkerjasama dengan kaum kafir dengan harapan bila dapat kongsi kuasa dapat laksanakan Islam.
Kaedah rampasan kuasa saperti yang pernah berlaku di Pakistan, Yaman, Libya, Mesir, Afghanistan, Iran dan lain lain.
Kaedah militan menentang agama lain saperti pengeboman rumah rumah ibadat orang kafir dan membunuh pengikut pengikut mereka tidak kira kanak kanak, permepuan atau orang tua saperti yang di lakukan Al Maunah, GAM, MILF, KMM, JI, Al Qaeda.
Kaedah pengeboman berani mati saperti yang dilakukan oleh Al Qaeda.
Kaedah melalui penerapan Ilmu yang di laung laungkan oleh para sarjana saperti yang di laksanakan di hampir seluruh menara gading di seluruh dunia.
Kaedah meningkat dan penguasaan ekonomi saperti yang dilaung laungkan oleh para ahli ekonomi, usahawan dan korporat Islam.
Kaedah penerapan nilai nilai dan penghayatan Islam kedalam pentadbiran dan perbankan Islam dengan cara menebuk sana sikit sini sikit saperti yang dibuat di Malaysia.
Atau adakah kaedah lain lagi selain yang saya sebut di atas? Kalau ada siapa pembawanya? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmu nya? Apakah nama gerakan nya, atau kalau dia orang politik apakah nama partinya?
kredit: Amri el Wahab
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan