Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 8 Oktober 2011
Islam dan Kesihatan
Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Melalui syariatnya, ia telah mendidik umatnya supaya suka dan gemarkan kepada penjagaan kesihatan, sesuai pula dengan naluri manusia itu sendiri yang inginkan hidup yang sihat.
Kesihatan pada umumnya berpunca daripada kebersihan. Dengan itu, umat Islam disuruh agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih terutamanya dalam beribadat kepada Allah. Hukum bersuci yang disyariatkan oleh Islam amat luas sehingga mencakupi bukan sahaja kebersihan dan kesucian lahiriah tetapi juga batiniah. Peraturan-peraturan seperti istinjak, wudhuk, mandi junub, samak dan lain-lain lagi adalah secara hakikinya membawa kepada kebersihan dan kesucian lahiriah (zahir). Keadaan bersih dan sihat ini adalah dikira sebagai satu nikmat daripada Allah dan manusia sewajarnya bersyukur. Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Baqarah yang bermaksud : Allah tidak menjadikan kamu menanggung kesusahan (kesukaran), tetapi Dia mahu membersihkan (menyucikan) kamu dan Dia hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu agar kamu bersyukur".
Ayat di atas adalah berkaitan dengan cara-cara berwudhuk iaitu cara bersuci bagi umat Islam yang menanggung hadas kecil bagi tujuan mengerjakan sembahyang atau ibadat-ibadat yang lain. Bagi yang menanggung hadas besar pula, diwajibkan mandi untuk menyucikannya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut, Allah tidak sekali-kali mahu menyulitkan atau menyusahkan hambaNya tetapi segalanya dibalas dengan pahala kebajikan di sisi Allah. Dalam keadaan yang tertentu, penggunaan bahan-bahan seperti batu atau debu untuk bersuci adalah dibenarkan.
Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjadi contoh tauladan dan ikutan seluruh umat Islam. Baginda sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan lain-lain serta menggalakkan amalan kebersihan sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh baginda S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Di sini Rasulullah S.A.W menghubungkan kebersihan itu dengan keimanan. Dengan itu jelaslah bahawa kebersihan itu amat penting dalam kehidupan manusia khususnya bagi umat Islam.
Banyak lagi pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Daripada segi makanan umpamanya, Islam bukan sahaja mengajar umatnya memakan makanan yang baik dan berzat sahaja tetapi sumber ianya diperolehi juga wajib diambil perhatian. Dalam ayat 68 surah al-Baqarah, Allah telah berfirman yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhmya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.
Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepadaNya".
Kedua-dua ayat ini adalah di antara ayat-ayat yang menyentuh mengenai makanan. Makanan yang baik dan halal akan dapat membantu malah mungkin boleh menjamin kesihatan tubuh badan. Dalam ayat yang 68 surah al-Baqarah itu, disertakan juga perintah Allah agar umat Islam tidak menurut jejak langkah syaitan. Ini membawa erti bahawa seseorang yang memakan makanan yang baik dan berzat tetapi ia adalah haram kerana tidak disembelih mengikut peraturan Islam ataupun melalui sumber yang haram seperti ia dirampas, curi, duit riba dan selainnya, yang mana ia mungkin boleh menyuburkan jasmani tetapi akan merosakkan rohani manusia samalah seperti mengikut jejak langkah syaitan yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam dosa.
Kemudian dikaitkan juga makanan yang baik itu dengan syukur dan ibadat kerana sebagai hamba, manusia yang menerima nikmat makanan yang baik, rumahtangga yang bersih dan kesihatan yang sempurna, sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah yang mengurniakan segala-galanya. Kesihatan yang sempurna dapat membantu manusia dalam beribadat kepada Allah. Demikianlah ketegasan Islam mengenai kesihatan.
Satu lagi bentuk pendidikan Islam dalam bidang kesihatan ini ialah perintah Allah supaya bersederhana dalam makan dan minum kerana makan yang berlebihan atau menahan lapar akan mengganggu kesihatan yang menyebabkan amal ibadat seharian terhalang. Perkara ini dilarang kerana ia juga adalah daripada dorongan syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Allah telah memberitahu kita mengenai perkara ini melalui ayat 31 surah al-Aa’raf yang bermaksud : "..dan makan serta minumlah tetapi jangan tetapi jangan pula kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah sangat benci kepda mereka yang melampaui batas".
Demikianlah Islam mendidik dan membentuk peribadi muslim yang baik dan terpuji akhlaknya. Allah Maha Mengetahui keperluan hamba-hambaNya. Banyak terdapat bimbingan dan asuhan akhlak di dalam al-Quran dan hadis nabi S.A.W yang perlu dikaji dan dijadikan panduan hidup oleh umat Islam. Manusia dengan akal yang sempurna kurniaan Allah boleh berusaha untuk menggali segala rahsia alam. Selagi umat Islam dapat meyakinkan diri mereka bahawa ajaran Islam itu adalah cara yang terbaik dan mengambilnya sebagai cara hidup, mereka akan selamat dan sihat sejahtera di dunia dan akhirat.
kredit: Ustaz Muhamad Danimansyah
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan