Bacaan Popular

Ahad, 10 Julai 2011

Wanita Cantek Dapat Menjadikan Lelaki Lebih Sehat


Bersama Wanita Cantik Menjadikan Lelaki Lebih Sihat (TERBUKTI SECARA SAINTIFIK !!)..


Tidak percaya ?... Percayalah. Mungkin selama ini, ada mitos mengatakan kehadiran wanita cantik menjadikan lebih lelaki bersemangat. Kini, ia ternyata satu fakta.

Ini dibuktikan menerusi kajian oleh University of California . Kajian tersebut mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hasil kajian itu juga telah diterbitkan di dalam Proceedings of the Royal Society B.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.



Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

* Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun

* Air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

* Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

* Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga

* Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres.

* Tahap testosteron dan kortisolnya menurun sehingga 7 peratus apabila bertemu rakan sejantina.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.



Menurut seorang ahli antropologi,Dr Leslie Knapp, menjelaskan meningkatkan kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan evolosi manusia dalam memikat lawan sejenis. Ini turut menjelas sejauh mana kedua-dua hormon ini memainkan peranan besar dalam hidupan seksual seorang lelaki itu. Malah, lebih tinggi tahap hormon testosteron, lebih baik tahap seksual lelaki tersebut.

Bagaimana dengan wanita ?. Menurut sebuah lagi kajian yang dilakukan oleh Radboud University mendapati wanita hampir tidak terjejas dengan kehadiran lelaki kacak. Ini kerana, wanita lebih memandang jauh pada faktor-faktor seperti kewangan, pendidikan, kerjaya yang stabil pada seseorang lelaki tersebut sebelum memilihnya sebagai pasangan hidup.

Walaubagaimanpun, definasi cantik bukanlah semata-mata hanya sedap dipandang. Setiap lelaki menandang kecantikan seseorang wanita pada sudut yang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing... bagaimana pula dengan anda ??

kredit: Naim Qlate



Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. kajian ni terhad kepada lelaki non-muslim atau muslim juga?

    BalasPadam