Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Jumaat, 1 Julai 2011
Muhasabah Diri
Memang Kadang manusia ingin dipuji. Tetapi dia tidak pernah berkata apakah saya perlu menerima pujian. Kadang kala juga manusia ingin dihormati, tetapi sekali lagi apakah dia pernah menghormati orang lain? Dengan pujian sering kali membuat orang selalu lupa diri, sehingga dia lupa akan dirinya sebagai manusia. Memang manusia hanya akan merasa kuat apabila dia telah mengalami berbagai macam cubaan, sehingga apakah dari cubaan tersebut dia telah belajar untuk memahami apa sebenarnya erti hidup, untuk apa dia hidup, dan kemana kehidupannya akan dibawa?
Hidup bagai permainan sepak bola ataupun permainan golf. Ada masanya kita kalah dan juga menang. Gembira dan sedih silih berganti . Justru itu dengan keadaan seperti itulah hidup manusia penuh warna warni.
Ada masanya kita harus berterima kasih pada orang yang mencaci maki kita, kerana dengan caci makian tersebut kita akan berusaha menjadi lebih baik.
Ada saatnya kita harus berterima kasih kepada orang yang meremehkan kemampuan kita. Karenanya kita akan menjadi kuat dan tabah.
Sebaik2nya manusia dia akan belajar dari kesalahan dan kegagalan yang pernah dialaminya.
"Apa yang akan meninggalkan kita? Jawabannya adalah waktu" sehingga kita akan tertinggal jika tidak mengejar atau memanfaatkan waktu dengan sebaik2nya.
"Apa yang lebih dekat dengan kita? Jawabannya adalah kematian", manusia tak sedar bahwa semakin bertambah umurnya maka semakin berkurang masa hidupnya dan semakin dekat dengan kematian"
"Apa yang lebih tajam daripada pisau atau pedang? Jawabannya adalah lidah manusi, kerana jika kita menyakiti seseorang dengan pisau atau pedang mungkin luka tersebut dapat sembuh dalam 1-2 minggu, tetapi jika kita melukai seseorang dengan lidah kita, mungkin akan mengambil waktu yang lama sekali untuk menyembuhkannya.
Orang yang beruntung adalah orang yang dalam hidupnya dapat menemukan sahabat sejatinya. Sedangkan sebodoh-bodoh orang adalah orang yang melepaskan sahabat yang pernah dikenal yang banyak memberi tunjuk ajar dan manfaat.
kredit: Neny Asrina Bt. Isa
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan