Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 30 Julai 2011
Solat Berjemaah
Sembahyang merupakan cahaya dan tanda ketaatan dan kesyukuran sebagai seorang hamba terhadap Allah Subhanahu Wata'ala yang telah melimpahkan bermacam-macam kenikmatan dan rahmat kepada kita kerana sememangnya kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah Subhanahu Wata'ala, oleh itu kita hendaklah sentiasa mengerjakan sembahyang sebagai tanda syukur secara langsung kepada-Nya. Kita perlu ingat bahawa amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah Subhanahu Wata'ala di hari kiamat ialah sembahyang.
Jika didapati sempurna sembahyangnya nescaya berbahagia dan beruntunglah dia. Sebaliknya jika tidak sempurna (dengan baik dan khusyuk) akan menyesal dan rugilah dia. Jika seseorang didapati ada kekurangan daripada sesuatu amalan wajibnya, maka Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kepada para Malaikat 'periksalah oleh kamu semua, adakah hambaku itu mempunyai amalan sembahyang sunat yang lain. Sekiranya ada amalan sunat yang lain, amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya'.
Begitulah kelebihan ibadat sembahyang jika ia dikerjakan dengan sebaik-baiknya dan sesempurnanya apatah lagi jika ia dikerjakan secara berjemaah. Sembahyang berjemaah merupakan kekuatan perpaduan umat Islam dan sebagai syiar agama Islam di sesuatu tempat. Kerana itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menitikberatkan supaya sembahyang itu dikerjakan secara berjemaah kerana pahalanya berlipat ganda berbanding dengan ibadat sembahyang yang hanya dilakukan secara bersendirian.
Sembahyang berjemaah itu amat besar hikmat dan manfaatnya kepada diri kita, ia bukan sahaja sebagai pengerat silaturahim sesama umat Islam tetapi ada lagi manfaat yang lebih besar yang kita perolehi jika kita mengamalkan sembahyang fardu lima waktu dengan berjemaah iaitu pertama : Tidak ditimpa kefakiran (kemiskinan di dunia). Kedua : Allah menghilangkan seksa kubur daripadanya. Ketiga : Bakal menerima buku catatan amalnya dengan tangan kanan. Keempat : Bakal melintasi siratul mustaqim bagaikan kilat cepatnya. Kelima : Allah bakal memasukkannya ke dalam Syurga tanpa dihisab/diseksa terlebih dahulu.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Thaahaa ayat 132 tafsirnya :
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)
Keterangan:
Apabila seseorang itu mendirikan solah dengan niat untuk memperolehi pahala maka cara yang mudah ialah jangan bersolah di rumah, tetapi pergilah bersolah di masjid dengan berjemaah. Amalan ini tidaklah begitu susah malah akan memperoleh ganjaran yang begitu banyak. Siapakah yang akan melepaskan peluang memperoleh 27 ringgit atau 28 ringgit dan berpuas hati dengan hanya 1 ringgit. Sebaliknya kita langsung tidak memberi perhatian untuk mendapatkan keuntungan yang sebegitu besar dalam amalan agama.Tidak lain dan tidak bukan sebabnya ialah kita sudah tidak lagi menghiraukan agama. Bahkan keuntungan agama tidak lagi dipandang sebagai satu keuntungan. Sedangkan kita sanggup bertungkus lumus sepanjang hari untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan di dunia ini. Namun, untuk keuntungan akhirat yang mendatangkan 27 kali ganda manfaat menjadi satu bebanan pula kepada kita.
Ada di kalangan kita pula menganggap bahawa pergi ke masjid mendatangkan kerugian pada perniagaan dan jualan akan terjejas serta susah pula untuk menutup serta membuka kedai. Bagi mereka yang mempunyai kebesaran Allah Taala dlm hati mereka serta yakin dan berpuas hati dengan janji-janjiNya maka ganjaran dan pahala daripada Allah Taala adalah suatu perkara yang paling bernilai baginya. Mereka tidak memandang sedikit pun kepada alasan-alasan di atas. Pujian Allah Taala untuk orang seperti ini diterangkan dalam al Quran:
Maksudnya:
“ Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah Taala dan mendirikan solah....”
(an-Nur :37)
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”
(Hadith riwayat Muslim)
Keterangan:
Solat bukan perkara yang remeh di dalam agama. Bahkan ia menduduki tempat teratas dalam penilaian ketaatan manusia sehinggakan di padang Mahsyar kelak setiap amalan manusia didahului kiraannya daripada solat itu sendiri. Jika baik dan sempurna ia dikerjakan maka semua amalan berikutnya akan baik. Hal ini kerana fungsi solat itu adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kajahatan dan kemungkaran. Begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita merasa berat untuk melakukan solat kerana perasaan itu membuka peluang kepada syaitan untuk melalaikan kita dengan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang menarik nafsu seperti duduk-duduk berkumpul dan berbual-bual sehingga terleka atau terlalu asyik membeli belah sehingga terlupa akan solat. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengerjakan solat itu pada awal waktu meskipun secara sendirian daripada terlewat mengerjakannya kerana sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakkan. Bahkan dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w menggalakkan kita merebut pahala solat berjamaah sekalipun kita telah selesai mengerjakan solat (sendirian) demi menekankan akan kepentingan menyegerakan solat dan keutamaan berjamaah.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan.
kredit: Husin, Muhammad Haris; Mr
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan