Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Isnin, 11 Julai 2011
Umat Islam Wajar Contohi Katabahan Rasulullah saw
Dalam masa 23 tahun, Rasulullah s.a.w. mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan orang-orang Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwahnya yang mantap.
Tidak pernah tersembunyi suaranya, dan tidak pernah hilang gemanya, namun mereka tetap menuduh atau berpendapat bahawa Rasulullah saw meremehkan akal mereka dan akan menghancurkan kekuasaan, kewibawaan serta peraturan mereka.
Oleh kerana itu mereka mengumpul kekuatan untuk menghancurkan dakwah Rasulullah saw.
Walaupun mendapat tentangan Rasulullah bertambah berani meneruskan dakwah. Setiap kali mereka memperhebat gangguannya baginda tetap tabah serta bertambah kuat untuk mengatasinya dengan penuh kesabaran.
Kemudian Allah memberi izin berjihad, memerangi mereka maka baginda pun berjihad sampai Allah memberikan kemenangan kepada agamanya. Maka orang yang kelmarin menjadi musuh akhirnya menjadi kawan.
Demikian juga orang yang musyrik berduyun-duyun masuk agama Allah, mereka menjunjung tinggi syiar Allah bahkan mereka menjadi orang yang menyediakan jiwa raga mereka untuk Allah dan RasulNya.
Sabar menerima gangguan kaum musyrik
Rasulullah sabar terhadap gangguan-gangguan orang musyrik dengan ucapan-ucapan mereka yang menusuk hati. Sesungguhnya amat sakit rasanya luka yang ditimbulkan oleh tajamnya ucapan-ucapan yang dilontarkan mereka.
Apalagi dalam masyarakat yang amat mendambakan pujian dan nama baik dan sangat benci kepada celaan dan ejekan.
Rasulullah saw pada permulaan dakwahnya ingin sekali dipercayai oleh kaumnya untuk mengangkat mereka dari lembah kesesatan ke puncak hidayah dan petunjuk Allah dan dari buta agama kepada mengerti akan kebenaran.
Memang baginda telah dikenal oleh kaumnya sebagai seorang yang berakal, bijaksana, benar, dapat dipercaya dan iffah. Mereka belum pernah mendengar baginda berdusta dan belum pernah pula mereka menemukan sifat yang buruk.
Namun orang-orang musyrik menentang dan melawan yang benar. Mereka takbur dan enggan meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka.
Mereka sengaja membuat-buat dusta bahkan mereka menuduh Rasulullah saw sebagai seorng yang bermimpi, banyak angan-angan, menceritakan apa yang dikhayalkannya dan yang dilihat dalam mimpinya.
Mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat kepada baginda saw, dengan cara-cara yang biasa diucapkan oleh penyair-penyair mereka yang penuh berisi khayalan yang sangat mahir melebih-lebihkan sesuatu dan pandai mempengaruhi orang awam. Mereka mengatakan bahawa baginda seorang gila, padahal baginda adalah orang yang paling cerdas dan paling berakal di antara mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Bahkan mereka berkata (pula) (Quran itu adalah) mimpi yang kalut, malah diadakannya bahkan dia sendiri seorang penyair, maka dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana Rasul-Rasul yang telah lalu diutus. (Al-Anbiya: 5)
Allah SWT berfirman bermaksud:
Dan mereka berkata: Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair. (AshShaffat:36)
Allah SWT berfirman bermaksud:
Bahkan mereka mengatakan dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya. (AthThuar:30)
Maksudnya kami menunggu-nunggu kecelakaan baginya semoga dia ditimpa bahaya atau mati sehingga kami selamat daripadanya.
Allah SWT berfirman bermaksud:
Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila. (Al Hilr:6)
Tetapi Allah telah membersihkan Rasulullah saw dari tuduhan yang bermacam-macam yang buruk itu dengan FirmanNya yang bermaksud: Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. (Al-Haaqqah 41-42)
Allah SWT berfirman bermaksud:
Demi Qalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila. (Al Qalam:1-2)
Ramai orang musyrik yang mengganggu Rasulullah saw dan menyakiti baginda dengan perbuatan-perbuatan jahat disebabkan kemarahan, kehilangan akal, dan kebodohan mereka.
Mereka hendak menghalang-halangi baginda dari agama Allah. Supaya putus asa dari keberhasilan perjuangannya dan supaya para pengikutnya meninggalkan baginda. Walaupun demikian baginda tetap menghadapi perbuatan mereka yang jahat itu dengan kesabaran yang dapat membawanya kepada kemenangan.
Dengan tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menggagalkan tujuan mereka.
Kesabarannya yang luhur ini cukup menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah benar dalam menyampaikan risalah dari Tuhannya. Kerana jika tidak demikian baginda tidak akan tahan menderita dalam menghadapi permusuhan mereka, sedang baginda tidak pernah menginginkan kekayaan harta benda.
Oleh kerana itu berduyun-duyunlah orang-orang memeluk agama Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan.
Mereka pun berani menderita dalam menghadapi gangguan-gangguan orang musyrik dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa bahkan mereka dengan sukarela membela Rasulullah saw. Mengorbankan segala sesuatu demi untuk menghadapi tentangan musuh-musuhnya.
kredit: Naim Qlate
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan