Ramai juga yang sudah pergi haji namun dilihat dengan mata kasar mereka seolah-olah belum pergi haji. Ini kerana tuturkata yang keluar dari mulut mereka atau tingkahlaku mereka atau tabiat lama masih bersemadi dalam kehidupan mereka.
Sepatutnya orang yang sudah haji menunjukkan teladan yang baik yang dapat dicontohi oleh mereka yang belum pergi haji. Sebagai contoh yang baik seseorang yang Islam yang meyakini setiap perkara sunnah mempunyai kelebihan serta kejayaan. Nabi s.a.w. sendiri pernah bersabda yang mahfumnya, 'Didalam zaman fahsya mungkar sesiapa yang dapat menggigit satu sunnah ganjarannya ialah 100 pahala syahid'. Antara sunnah-sunnah Rasul s.a.w. ialah masuk tandas tutup kepala, waktu makan tutup kepala, waktu masuk tandas langkah kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan serta berdoa.
Melangkah masuk kemasjid dengan kaki kanan serta niat iktikaf dan keluar dari masjid dengan kaki kiri. Makan dan minum dengan tangan kanan dan dalam keadaan duduk. Sentiasa memberi salam kepada sesiapa sahaja walaupun tak dikenali. Sentiasa berbaik sangka dengan semua orang dan tidak bercakap perkara yang sia-sia.
Satu hal yang paling penting ialah sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t. baik pagi atau petang baik sewaktu berbaring atau waktu duduk.
Jadi, kita sepatutnya melatih diri kita seolah-olah kita sudah haji walaupun kita belum pergi haji. Dalam erti kata lain kita hajikan roh kita sebelum jasad kita sendiri pergi haji. Cara terbaik ialah jangan tinggalkan solat isyrak (solat isyrak ialah 20 minit selepas waktu syuruk) kerana ganjaran untuk solat isyrak menyamai orang yang pergi haji. Bayangkan jikalau setiap pagi kita berjaya menunaikan solat isyrak sejak berpuluh-puluh tahun tentu sekali ganjaran haji yang sudah kita perolehi itu terlalu banyak dan bila tiba masa untuk benar-benar pergi haji pasti urusan mengerjakan haji amat mudah bagi kita.
Dan tempat melontar syaitan bagi kita yang belum pergi haji ialah dalam diri kita. Syaitan akan membisikkan agar kita melepaskan solat isyrak sebab ada orang yang ajak kita minum dikedai kopi sebaik selesai solat suboh berjemaah di masjid. Ingatlah keberkatan masjid selepas solat suboh tidak seharusnya kita bawa ke kedai mamak atau kedai Mak Janda. Sebaliknya bawalah keberkatan masjid itu balik kerumah kita biar rumah kita mendapat keberkatannya dan sebaik-baik masuk waktu isyrak boleh terus buat 2 rakaat atau 4 rakaat, itu lebih baik jika kita orang yang boleh berfikir.
Sebaik-baik solat seawal pagi ialah solat isyrak disertai dengan solat hajat maklum kita sebagai makhluk ciptaan Allah sangat-sangat berhajat kepada Allah. Bagi yang bekerja waktu itu adalah waktu dalam perjalanan ketempat kerja. Namun jikalau pandai adjust pasti dapat menunaikan solat isyrak sebab waktu solat isyrak tidak tepat sepanjang tahun. Mithalnya bagi bulan ini oleh kerana waktu suboh ialah 6.10 minit pagi maka waktu syuruk ialah 7.25 pagi dan jika ditambah lagi 20 minit waktu syuruk untuk mendapatkan waktu isyrak bermakna waktu solat isyrah yang dibolehkan ialah 7.47 pagi dan tempoh paling sesuai untuk solat isyrak ialah tidak lebih 20 minit, ini bermakna antara 7.47 hingga 8.07 adalah waktu yang sesuai untuk solat isyrak.
Bagi yang masuk jam 8.00 boleh adjust datang awal dan sampai tempat kerja untuk membolehkan solat isyrak didirikan, solat hajat dengan solat dhuha boleh tunaikan jam 10 nanti yakni waktu rehat dan kurbankanlah waktu rehat kita dari duduk dikantin dan ganti duduk atas sejadah lalu ini yang tidak menjadi penyesalan kita dialam kubur dan dialam akhirat kelak.
Ada masa waktu suboh lebih awal dan syuruk juga awal yakni 7.05 dan ditambah lagi 20 minit maka dapat waktu isyrak 7.25 pagi waktu itu masih kita boleh kejar andai kata kita mahu kejar dan andai kata sudah tidak terkejar janganlah cuba dikejar juga kerana solat tersebut hanya sunat bukan fardhu. Jika tak mampu kejar namun masih mahu kejar maka perkara sunat sudah kita jadikan wajib pula lalu kita kena fikir apa Malaikat kata dan apa Allah kata.
Namun bagi sesiapa yang dapat mengerjakan solat isyrak ganjarannya adalah seumpama dia mengerjakan haji dengan pakaian ihram.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan