Ramai orang yang hadir solat berjemaah di masjid apabila Imam selesai bagi salam mereka terus bangun meninggalkan masjid sebab banyak urusan. Sementelah sekarang ini waktu solat suboh di Kuala Lumpur dah 6:05 minit, selesai solat 6:35 buru-buru nak hantar anak ke sekolah kemudian hantar isteri ke tempat kerja pula, kekadang kena cari sarapan pagi lagi.
Walhal sarapan pagi tak penting jika dibandingkan dengan wirid bersama Imam. Antara wirid yang tidak dapat diikuti ialah istighfar yang biasanya 3 kali dan dengan istighfar secara ijma'i (berjemaah) Malaikat borong dan merayu kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita. Kemudian di ikuti wirid,
لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير
sebanyak 10 kali ketika solat suboh dan maghrib kemudian di ikuti pula dengan;
الَْلهُمَّ أَجِِرْنَا مِنَ النَّار
yang mana wirid ini adalah memohon Allah jauhkan kita daripada api neraka, memang Allah suka angka ganjil maka itulah sebabnya kira ulang sebanyak 3 kali dan 7 kali pada solat suboh dan maghrib. Allah ta'ala suka kita mintak padaNya dan sebenarnya Allah ta'ala memang sentiasa menunggu-nunggu bila kita nak minta. Rugilah jikalau kita tak mintak sebab, asbab masuk syurga adalah dengan Rahmat Allah bukan dengan banyaknya amal ibadah yang sempat kita lakukan semasa kita hidup didunia ini.
Satu kisah zaman Nabi Musa a.s. telah beramal seorang abid selama 500 tahun tanpa melakukan maksiat kepada Allah walau sedikit pun dan ketika dia telah meninggal maka Allah telah perintahkan dia dimasukkan kedalam syurga dengan Rahmat Allah. Maka abid itu tak puas hati lalu bertanya kepada Allah adakah dia benar-benar dapat masuk syurga hanya dengan Rahmat dari Allah dan bukannya dengan amal ibadah yang telah begitu banyak dilakukan.
Maka Allah ta'ala perintahkan Malaikat keluarkan sebiji mata dan letak sebelah neraca dan sebelah neraca lagi diletakkan segala amal ibadahnya. Keputusannya nikmat yang Allah telah berikan pada sebelah mata untuk melihat itu lebih berat dari amal ibadah 500 tahun. Lalu Allah ta'ala memerintahkan Malaikat mencampakkannya ke dalam neraka. Kemudian si abid merayu agar dia tidak dimasukkan ke dalam neraka.
Jadi, nikmat yang Allah ta'ala telah beri kepada kita selama ini tanpa kita minta sebenarnya tidak mampu kita nak kira. Tak usahlah sebut nikmat makan minum, nikmat pakaian, nikmat dapat guna gajet, henfon, nikmat terbang kesana kemari dengan kadar tambang murah seperti yang ada sekarang, nikmat memperoleh maklumat hanya dengan sentuh gajet pada hujung jari dan berbagai-bagai lagi.
Tapi nikmat dilahirkan di kalangan masyarakat yang sudah sememangnya Islam adalah nikmat terbesar dan dapat pula menjadi umat Nabi akhir zaman yang merupakan Nabi yang paling mulia antara beratus-ratus ribu nabi dan berada diatas dunia ini 1400 tahun setelah Nabi s.a.w. itu wafat. Bayangkan jikalau Allah ta'ala lahirkan kita sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w. entah-entah kita termasuk mereka yang menentang Nabi s.a.w. maka sudah pasti kita menjadi bahan api neraka selama-lamanya.
Tapi Allah sayang kita, walaupun tergesa-gesa meninggalkan rumah Allah untuk urusan dunia Allah masih pilih kita untuk datang solat berjemaah lagi dan lagi. Rugi pula dikalangan mereka yang Allah tidak pilih untuk datang solat berjemaah. Untuk itu lebih baik kita duduk sebentar tunggu sampai habis wirid serta doa baru fikir dunia.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan