Bacaan Popular

Jumaat, 2 Oktober 2015

Kesabaran

Gambar sekedar hiasan sahaja
 

Sebenarnya selama ini kita salah faham bahawa masa, diri dan harta kita adalah milik kita. Sebenarnya Allah s.w.t. telah terangkan dalam surah at Taubah ayat 111 yang mahfumnya lebih kurang,'Sesungguhnya harta kamu diri dan masa kamu Allah telah beli dan Allah telah bayar dengan syurga. Kini terserah kepada kita sendiri untuk mendapatkan syurga.

Dan dalam surah al Asr diterangkan pula bahawa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan hak dan sabar. Jadi jelaslah sudah bahawa kerja menyampaikan pesan yang hak adalah kerja kita semua, semua orang kena buat kerja ini yakni menyampaikan pesan-pesan yang baik untuk dirinya serta orang lain dan diakhir mahfum tersebut terletak perkataan sabar. Sesiapa yang tidak buat maka rugi besar.

Untuk memudahkan kefahaman sebagai contoh tatkala kita hendak melangkah pergi kemasjid bagi solat fardhu maka ajaklah sesiapa yang kita temui didalam perjalanan itu tak kiralah samaada dia muda atau tua, sama ada dia bersendiri atau berkumpulan. Dan ajaklah dengan berhemah. Jangan lupa untuk ulang ajak orang yang sama tatkala melalui jalan yang sama dan waktu yang sama kerana kita perlu sabar disebabkan sudah berbulan-bulan ajakan kita belum berhasil. Tugas kita ajak saja soal dia dapat dating atau tidak Allah ta'ala yang akan buat keputusan sebab hidayat adalah milik mutlak Allah s.w.t. Teruskan ajak walaupun sudah bertahun-tahun. Dalam menempuh kesabaran itu janganlah pula kita lupa berdoa untuknya dan jika sudah berdoa maka bersabarlah lagi barangkali Allah belum memilihnya datang kerumah Allah.

Pekerjaan mengajak orang kepada kebaikan ini perlu kesabaran yang besar sebab dalam masa yang sama jangan lupa setiap orang akan sentiasa diuji oleh Allah bagi menentukan tahap keimanan masing-masing. Jikalau apa yang kita buat tidak mendapat sebarang halangan bahkan semuanya berjalan lancar maka itu bukanlah dunia namanya kerana kehidupan didunia ini pasti menghadapi ujian daripada Allah. Semakin anda cuba mendekatkan diri anda kepada Allah maka semakin banyaklah ujian yang Allah hantar untuk anda. Jadi kena banyak sabra, sabra dan sabra lagi sehingga kita tiada lagi.

Teringat pula Tok Wan akan seorang kawan yang bertugas sebagai Setiausaha disebuah masjid. Pada suatu pertemuan ketika minum-minum dia menceritakan kesusahan yang dialaminya sebagai Setiausaha masjid. Buat mihrab baru dengan bajet RM 7k dituduh orang melebihi harga sebenar walhal harga yang pernah dikemukakan oleh seorang kontrektor besar ialah RM 70k. Dia juga banyak kali menangis dalam bilik kerjanya apabila mengenangkan pengorbanan yang telah dilakukan untuk masjid. Kadang-kadang terlintas dalam hati untuk letak jawatan, katanya. La haula wala...

Wahh... ini peluang untuk masuk daun kata dalam hati Tok Wan lalu bertanyakan umurnya yang sebenar, katanya dekat enam puloh. Kalau begitu bersabarlah sebab hanya dalam tempoh tiga puloh tahun sahaja lagi tuan  boleh berkhidmat kepada rumah Allah itu sebab selepas itu tuan akan tersenyum dalam kubur mengenangkan apa yang telah tuan buat semasa diatas muka bumi. Tapi jikalau letak jawatan pasti tuan tak dapat tersenyum semasa dalam kubur. Ingatlah kita buat kerja bukan kerana orang atau lain-lain makhluk tetapi kerana Allah ta'ala. Pedulikan apa orang kata tapi ambil peduli apa Allah akan kata bila kita sampai kesana. 

Sebenarnya jawatan yang tuan pegang itu adalah jawatan yang perlu banyak kesabaran dan sebagai orang yang bertanggung jawab menguruskan rumah Allah sudah pastilah tidak terlepas dari ujian Allah s.w.t. juga sebab Allah telah sebut dalam al Quran yang mulia yang mahfumnya lebih kurang begini,' Apakah mereka fikir Kami tidak akan menguji mereka bagi menguji iman mereka?.' 

Jadi sebelum berpisah dalam pertemuan tersebut Setiausaha masjid tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kaseh, katanya,'Selama ini belum pernah dia mendengar orang lain kata sepertimana yang Tok Wan kata hari itu.'
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan