Bacaan Popular

Jumaat, 11 September 2015

Eropah Oh Eropah

Gambar sekadar hiasan sahaja.


Abad ke empat belas (14) masehi disebelah timur sini Empayar Melaka melebarkan sayapnya sehingga ke Kepulauan Sulu (sekarang Solo di Selatan Filifina) serta Petani di Selatan Thai dan Sumatra, Brunai (termasuk semua di Pulau Borneo (perkataan Borneo berasal dari perkataan Brunai) serta Pulau Jawa. Pada waktu itu Melaka terkenal dengan ahli-ahli pelayaran yang hebat selain pusat perdagangan. Melaka juga terkenal sebagai pengeluar meriam yang terbaik. Perkara ini ramai yang tidak tahu. Pada masa perang antara Burma dengan Siam, orang-orang Burma menggunakan meriam buatan Melaka untuk menewaskan Siam diutara.

Pada waktu yang sama disebelah barat (Eropah pada masa ini) terkenal pula sebuah pemerintahan yang masyur yakni pemerintahan kerajaan Rom yang ketuanya bergelar Kaisar @ Caesar (seperti yang tertulis dalam kitab hadith dan kisah para sahabat). Nama Kaisar adalah nama yang cukup megah sehinggakan ilmu perubatan yakni pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan pun dinamakan pembedahan caesar.

Sebenarnya pemerintahan Kaisar berkukuh pada zaman sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. lagi yakni sekitar tahun 100 sebelum masehi (100 tahun sebelum kelahiran Isa a.s.). Pemimpinnya yang tertinggi pada masa itu adalah kuasa diktator yang dikenali dengan nama Julies Caesar yang kemudiannya mati pada tahun 44 sebelum masehi. Pemerintahan Kaisar diteruskan oleh Kaisar-kaisar seterusnya.

Namun kemegahan kerajaan Kaisar di Rom mula goyang apabila seorang sahabat yang diutus kepada Kaisar agar menerima Islam atau menerima tentangan tentera telah datang dan memasuki istana Kaisar yang begitu indah dan besar. Istana yang begitu hebat telah bergegar apabila utusan tersebut menyebut kalimah 'Laillaha ilallah' sambil menghentakkan kakinya dilantai istana tersebut. Pada waktu itu juga istna hebat itu bergegar seperti gempa bumi. Namun Kaisar memilih untuk berperang. Dan seperti yang telah tertulis dalam al Quran surah ar Rum suatu ketika nanti Rum akan dikuasai oleh orang Islam.

Memang benar akhirnya Rum tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam pada zaman Saiyidina Umar al Khattab r.a. Pada waktu itu dikhabarkan apabila ada kanak-kanak yang menangis maka siibu akan menakutkan kanak-kanak tersebut dengan nama Umar, katanya 'Jangan nangis nanti Umar dengar dia akan datang'. Maka mendengar nama Umar kanak-kanak itu pun diam.

Sebenarnya bukan setakat kanak-kanak saja yang takut apabila mendengar nama Umar bahkan bekas tapak kaki Saiyidina Umar pun amat ditakuti oleh Syaitan laknatullah. Dikhabarkan oleh ahli kitab bahawa selama satu bulan Syaitan takut untuk lalu dijalan tersebut, begitu hebatnya Saiyidina Umar r.a. Apakah rahsianya?

Rahsianya ialah iman, keyakinan iman yang begitu mantap yakni iman kamila, iman yang tidak berbelah bagi. Keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan Allah menjadikan istana kafir si Kaisar itu turut takut dan bergegar apabila mendengar nama Allah disebut didalamnya buat pertama kalinya.

Begitu juga Empayar Melaka begitu hebat kerana menjunjung kalimah hebat tersebut. Perlaksanaan undang-undang pada masa itu adalah menurut syara'. Mana-mana kesultanan yang tidak mahu tunduk maka akan diserang dan akhirnya terpaksa tunduk. Disinilah kita melihat kembali keagungan sesebuah kerajaan yang turun atau naik dengan kalimah yang hebat ini.

Hari ini ada berjuta-juta manusia dari Syria (dulunya Sham) yang dulunya sebagai pusat pemerintahan Islam selepas Mekah dan Madinah. berjuta-juta manusia dari negara Islam di Benua Afrika sudah berada dan ada yang sedang bergerak masuk di Benua Eropah. Kali ini Islam akan berkembang disana bukan secara peperangan tetapi dengan cara penghijrahan, tapi manusia Eropah menamakannya sebagai kemasukan pelarian yang menuntut suaka perang. Di Jerman saja mjumlah mereka mencapai lapan ratus ribu orang untuk tahun 2015 ini.

Parlimen Eropah pula baru memutuskan setiap negara di Eropah harus menerima kedatangan pelarian ini sama banyak. Ini bermakna setiap negara di Eropah terpaksa menerima kedatangan penghijrah ini, tidak boleh tidak. Dengan tidak secara langsung Empayar Andalusia akan mendapat nafas baru.

Bukankah Allah ta'ala Maha Mangatur, Maha Menyusun?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan