Bacaan Popular

Jumaat, 7 November 2014

Tamim al Qartari_bahagian kedua

Gambar sekedar hiasan.

Sambungan dari bahagian pertama minggu lepas...

Panahan api dari para Malaikat itu terkena kepada mereka. Jinn yang membawa Tamim tercampak entah kemana dan Tamim tercampak jauh lalu jatuh kedalam sebuah lautan didunia. Tamim ternampak ada sebuah pulau tidak berapa jauh dari tempat dia jatuh lalu dia berusaha berenang menuju ke pulau tersebut.

Tamim berjaya mendarat dipulau yang tidak berpenghuni tersebut . Dia dalam keadaan letih dan sangat lapar lalu Tamim berjalan disekeliling pantai pulau tersebut untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan. Tiba-tiba dia bertemu dengan satu makhluk yang aneh berada dalam sebuah gua yang menghadap kelaut. Kelihatan makhluk itu sangat besar dan dalam keadaan terantai tangan kaki dan lehernya.

Lalu perlahan-lahan Tamim berjalan menghampiri makhluk tersebut lalu bertanya. 'Wahai makhluk Allah, siapakah kamu dan mengapa kamu dirantai begini.' Makhluk tersebut menjawab, 'Aku adalah makhluk seperti kamu juga dan aku ingin bertanya kepada kamu beberapa soalan untuk kamu jawab.' 'Baiklah aku akan cuba menjawab.' kata Tamim.

Soalan pertama adakah kamu ini umat Muhammad, Nabi akyir zaman itu. 'Ya... aku umat Muhammad s.a.w. Nabi akyir zaman yang Allah utuskan untuk kami.

Adakah umat Muhammad solat secara berjemaah? Ya umat Muhammad s.a.w. solat secara berjemaah, jawab Tamim lalu apabila makhluk tersebut mendengar jawapan dari Tamim maka makhluk itu berubah menjadi kecil sedikit dari asalnya.

Adakah wanita-wanita umat Muhammad menutup aurat mereka? Ya... wanita-wanita umat Muhammad s.a.w. menutup aurat mereka. Lalu makhluk tersebut berubah lagi, berubah menjadi lebih kecil.

Adakah umat Muhammad tidak meminum arak? Ya... umat Muhammad s.a.w. tidak minum arak. Lalu segera tubuh makhluk itu menjadi kecil lagi.

Adakah umat Muhammad tidak berjudi? Ya... umat Muhammad s.a.w. tidak berjudi. Makhluk tersebut menjadi kecil lagi.

Adakah umat Muhammad tidak berzina? Ya... umat Muhammad tidak berzina. Segera makhluk tersebut berubah menjadi lebih kecil lagi.

Adakah umat Muhammad tidak menipu dalam timbangan ketika melakukan perniagaan mereka? Ya... umat Muhammad s.a.w. tidak menipu timbangan dalam perniagaan. Makhluk itu menjadi kecil lagi.

Kemudian makhluk itu menyambung soalannya.

Adakah Nabi kamu pernah menyebut bahawa suatu masa nanti umatnya tidak akan solat berjemaah dan ada yang terus meninggalkan solatnya. Ya... Nabi kami ada menyebut perkara tersebut. Lalu serta-merta makhluk itu menjadi besar sedikit.

Adakah Nabi kamu pernah menyebut bahawa suatu masa nanti wanita-wanita kamu akan mendedahkan auratnya? Ya... Nabi kami memang pernah berkata demikian. Lalu tubuh makhluk tersebut berubah menjadi lebih besar lagi.

Adakah Nabi kamu ada menyebut bahawa suatu masa nanti umatnya akan meminum arak? Ya... Nabi kami memang ada menyebutnya. Lalu makhluk itu berubah lagi menjadi lebih besar.

Adakah Nabi kamu ada menyebut suatu masa nanti umatnya akan berjudi? Ya... memang ada. Tubuh makhluk itu menjadi besar lagi.

Adakah Nabi kamu ada menyebut suatu masa nanti umatnya akan melakukan zina? Ya... ada. Makhluk itu menjadi besar lagi.

Adakah Nabi kamu pernah berkata bahawa suatu masa nanti umatnya akan menipu dalam timbangan perniagaan? Ya... Nabi kami memang pernah berkata demikian. Lalu makhluk tersebut berubah menjadi lebih besar seperti asalnya.

Wahai makhluk Allah... nampaknya terlalu banyak yang engkau tahu tentang kami. Sekarang aku ingin bertanya kepada kamu bagaimanakah cara aku dapat balik semula kerumah aku.

Tuhan engkau berada bersama dengan engkau dan engkau sendiri mempunyai kuasa yang tuhan engkau berikan. Gunakanlah kuasa itu dengan banyak menyebut nama tuhan engkau itu.

Lalu Tamim berfikir-fikir seketika mencari apakah yang dimaksudut oleh makhluk misteri itu. Lama kemudian dia mendapati bahawa yang dimaksudkan oleh makhluk tersebut ialah kalimah 'La ilaha ilallah'. Lalu segera Tamim pergi kesuatu tempat lapang lalu duduk bersila disitu serta mula membaca tahlil 'La ilaha ilallah' berulang-ulang kali tanpa rasa jemu dan tanpa berhenti.

Dalam Tamim bertahlil itu tiba-tiba pendengarannya berubah. Bunyi disekelilingnya telah bertukar daripada bunyi deruan ombak pantai kepada bunyi disebuah kampong. Tamim membuka matanya dan mendapati dia sudah berada di hadapan rumahnya sendiri.

Tamim segera menuju rumahnya lalu mengetuk pintu seperti biasa. Isterinya membukakan pintu, kemudian setelah pintu dibuka isterinya terperanjat melihat wajah Tamim yang sudah banyak berubah dengan rambut, misai serta janggut yang sudah tujuh tahun tidak diurus dan sudah sangat panjang. 

'Wahai isteriku, mengapa engkau memandangku sedemikian rupa.' Isterinya tidak menjawab bahkan dia berteriak sambil berlari kedalam rumah memanggil seseorang dari dalam rumah. Seorang lelaki datang kemuka pintu dengan muka bengis dan menyoal Tamim. Wahai lelaki... perempuan ini ialah isteri aku, kamu ini siapa dan mengapa kamu mengaku perempuan ini isteri kamu?.

'Perempuan ini isteri aku, jawab Tamim, 'dan siapakah kamu yang berani masuk kedalam rumah aku apabila aku tiada dirumah. Wahai isteriku, mengapa engkau berlaku curang dengan membawa masuk kedalam rumah seorang lelaki asing.' 

Pertengkaran antara mereka berdua berterusan sehingga diketahui oleh orang ramai yang mula datang untuk cuba menyelesaikan. Kedua-dua lelaki itu mengaku sebagai suami kepada seorang perempuan. Tiada keputusan yang dapat dibuat kerana kedua-dua mereka berkeras dengan pendirian masing-masing. Lalu perkara tersebut dibawa kepada pengetahuan Amirul Mukminin pada waktu itu yakni Saiyidina Umar r.a.

Saiyidina Umar r.a. cuba menyelesaikan perkara tersebut dengan meminta bukti bahawa Tamim adalah suami kepada wanita tersebut lalu Tamim menceritakan kesahnya dari mula hingga akhir. Kemudian Saiyidina Umar r.a. memaklumkan kepada Tamim bahawa tempoh masa Tamim meninggalkan isterinya adalah tujuh tahun bukan tujuh bulan seperti yang didakwa oleh Tamim. Akhirnya Saiyidina Umar r.a. teringat akan suatu sabdaan Rasulullah s.a.w. bahawa suatu masa nanti salah seorang sahabat Baginda s.a.w. akan bertemu dengan Dajjal al maseh. Sahabat tersebut mempunyai ntanda ditubuh badannya, lalu Saiyidina Umar r.a. meminta Tamim membuka bajunya. Maka terpampanglah kalimah 'La ilaha ilallah' dibahagian hadapan tubuhnya manakala dibahagian belakngnya pula terpampang kalimah, 'Muhammad Rasulullah'.

Memang sah inilah sahabat Rasulullah s.a.w. yang mana Rasulullah s.a.w. pernah ceritakan akan bertemu dengan Dajjal al maseh. Lalu semua misai serta rambut yang panjang yang tumbuh pada muka Tamim dibersihkan lalu terpampanglah wajah Tamim yang sebenar dan pada ketika itu ramailah yang mengenali Tamim termasuk isterinya.

Kemudian Saiyidina Umar r.a. membuat keputusan yang sehingga hari ini menjadi fatwa untuk diikuti oleh semua orang Islam bahawa perkahwinan perempuan itu dengan suaminya terbatal disebabkan suaminya yang lama maseh hidup dan telah muncul kembali. 

Fatwa ini jugalah yang digunakan oleh Majlis Ulamak Malaysia agar tidak mengadakan solat ghaib untuk penumpang beragama Islam dalam kehilangan pesawat penumpang MH 370, takut suatu hari nanti mereka akan kembali kecuali setelah cukup tempoh tujuh tahun.

Cerita ini Tok Wan tulis kembali setelah mendengar cerita dari seorang ulamak, jadi perkataan atau susunan sebenar jika tidak bertepatan dengan cerita sebenar atau cerita dari lain-lain versi harap dapat di maafkan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya.


La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan