Bacaan Popular

Isnin, 6 Februari 2012

10 Tanda-tanda Amaran Kanser


Ini adalah info yang Tok Wan salin dari poster Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditampal di dalam premis Klinik ataupun hospital2 seluruh Malaysia.


10 Tanda Amaran Kanser

1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil dalam jangka masa 2~3 bulan.

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit.

4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen atau perut.

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.

7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan (dengungan) di dalam telinga.

8. Senak atau mengalami kesukaran untuk menelan.

9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Kalau penghisap rokok, batuknya menjadi lebih teruk dan melarat-larat.

10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3~6 bulan.

Ingatlah bahawa “EARLY DETECTION SAVES LIFE” atau dalam bahasa Melayu nya ialah “PENGESANAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA“.

Berikut pula adalah beberapa langkah pencegahan dan pengesanan awal kanser yang boleh kita amalkan demi menjaga kesihatan bersama.

Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.

Untuk jenis kanser yang boleh dikesan awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal, boleh menyelamatkan nyawa.

Gaya hidup sihat ialah anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.


Ini bermaksud;

1. Jangan merokok.

2. Aktif pada setiap hari.

3. Mengekalkan berat badan yang ideal.

4. Makan banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin

5. Makan makanan yang rendah lemak, gula dan garam.

6. Kurangkan pengambilan alkohol.

7. Sedar mengenai kesan sinaran mahahari yang merbahaya.


Akhir sekali pemakanan tambahan untuk membantu mencegah kanser ialah

1. Durian Belanda (buat jus lagi okey)

2. Buah Delima (harga memang mahal tapi kalau sendiri tanam mesti ok)

3. Peria Katak (buat ulam)

Kepada yang merokok atau kaki rokok sila banyak minum kopi 'O'.




Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan