Bacaan Popular

Jumaat, 31 Mac 2017

Badi

Gambar hiasan sahaja
 
Melihat pada tajuk kali ini seolah-olah seram, tapi itulah perkataan yang hampir tepat yang dapat digunakan bagi menepati maksud yang hendak diceritakan. Namun jika dilihat sekali lalu perkataan badi biasa dikaitkan dengan badi mayat. Begitulah perkataan badi  kali ini akan digunakan bukan untuk dikaitkan dengan mayat tapi orang yang masih hidup.
 
Selalu kita buat usaha keatas diri sendiri untuk meningkatkan iman, namun sebagai lazim pada umat akhir zaman iman kita kejap masuk kejap keluar. Kita bimbang tatkala iman sedang berada diluar jasad diwaktu itu pula malaikat sakratul maut datang. Ini kerana sepanjang riwayat manusia hidup diatas muka bumi ini pada awalnya ada yang menderhakai Allah namun pada penghujungnya dia menjadi orang yang taat pada Allah. Ada juga pada awalnya dia adalah orang yang sangat taat pada perintah Allah namun pada penghujungnya dia menjadi orang yang mengamalkan apa yang Allah tak suka.
 
Kita sendiri pun belum tahu bagaimana keadaan kita akhir kalam ketika sakratul maut nanti. Untuk memelihara keadaan mentaati Allah ini agar terus hingga akhir hayat maka usaha perlu kita lakukan, dan usaha ini adalah usaha membuat amal ibadah dan amal kebajikan yang ganjarannya berlipat-ganda sehingga ratusan ribu bahkan jutaan. Untuk perkara itu juga perlu ada ilmu, dengan ilmu kita dapatlah menepis bisikan syaitan. Dan bagi mendapatkan ilmu inilah kita kena ada sikit badi.
 
Badi untuk duduk dalam majlis ilmu dan badi untuk melakukan amal ibadah dan amal kebajikan agar akaun kita melonjak berganda-ganda lebih dari gunung Uhud.
 
Kita kena buat agar kalau tak duduk dalam majlis ilmu kalau tak buat kebajikan maka diri seperti orang kena badi dan bukannya orang yang ketageh sebab kalau ketageh ada pencegahannya. Kalau dah kena badi memang payah nak buang berbanding ketageh.
 
Dalam amal ibadah dan amal kebaikan yang paling besar paling tinggi adalah mengajak manusia kepada kebaikan. Inilah kerja yang paling tinggi ganjaran yang bakal kita dapat. Cara kerja ialah pertama kena ada sasaran siapakah yang kita hendak sasarkan. Contoh jiran sebelah rumah yang tak pernah ke masjid kecuali hari jumaat sahaja. Pertama kita kena faham sunnah setiap lelaki yang solat berjemaah di masjid, fadhilat orang yang berjalan kaki kemasjid dengan berjalan kaki dalam keadaan sudah berwuduk. Bila kita pun dah faham atau dah sikit-sikit faham maka mudah kita terangkan pada jiran akan kelebihan solat berjemaah di masjid.
 
Langkah pertama mungkin dapat kita ajak dia minum atau makan-makan rojak kat kedai mamak sambil cerita kelebihan solat dimasjid. Point pertama ianya adalah sunnah Nabi s.a.w. dan jika kita tinggalkan sunnah Nabi dan solat dikedai atau dirumah maka ada dialog di Mahsyar nanti yang berbunyi, 'Sampai hati kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu', waktu itu apa nak jawab.
 
Jangan sesekali menceritakan azab yang akan diterima oleh orang yang tak solat. Pujuk dia dengan kasih sayang sampai dia dapat datang. Kerja ini perlu sabra, Allah memerhati kita dan Allah memerhati jiran yang kita ajak itu. Andai suatu masa selepas 5 tahun belanja dia makan rojak barulah dia dapat datang Alhamdulillah, bermakna saham untuk kita sudah mula ditulis. Saham ini akan berterusan sehingga kita sudah masuk kubur.
 
Kita kena jadikan kerja ini sebagai badi, sampai masa kalau tak buat dah macam orang kena badi. Pergi keluar dari masjid atau rumah atau kedai cari manusia dan sampaikan pesan Nabi s.a.w. walaupun satu ayat pasti satu hari nanti kita akan Berjaya. Biarpun sudah banyak duit habis untuk belanja jangan berkira-kira (tak payah kira) sebab duit yang dalam poket kita ini bukan kita punya sebenarnya. Duit dalam poket kita ini Allah punya, diri kita pun Allah punya. Allah suka bila kita bagi pada orang lain kerana Allah dan inilah yang Allah maksudkan dalam al Quran siapa yang mahu beri Allah pinjaman.
 
Untuk memulakan kerja seperti orang yang kena badi langkah pertama kita ialah sentiasa duduk dalam majlis ilmu yang diadakan dalam masjid tak kesah mana ustaz yang bagi tazkirah atau kuliah, duduk saja, tutup mata pun boleh asal hati dan telinga buka. Walaupun kesah itu sudah kita dengar sebelumnya duduk saja, Allah suka kita duduk ramai-ramai dalam rumahNya.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
 
 

1 ulasan:

  1. Very informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    BalasPadam