Bacaan Popular

Jumaat, 24 Mac 2017

Dosa Yang Tersembunyi

Gambar sekadar hiasan
 

Sebenarnya tanpa kita sedar kita telah banyak berbuat dosa. Dosa yang paling banyak kita buat ialah dosa yang terhasil dari lidah kita sendiri. Lebih banyak kita berbicara maka lebih banyak dosa yang kita buat. Sebab itu lebih baik kita diam sambil berselawat atau bertasbih atau beristighfar bagi menyelamatkan diri kita dari berbuat dosa.

Bila kita berkumpul bersama sahabat atau keluarga perkara ini seperti tidak dapat kita elakkan, jadi lebih baik duduk terus dalam keadaan perbualan yang sia-sia itu berterusan sambil menjaga hablum minannas dan diwaktu yang sama kita beristighfar. Bila mereka ketawa kita sampoklah ketawa sikit-sikit supaya tidak ketara bahawa sebenarnya telinga dan hati kita telah kita alehkan kepada zikir.

Bagi orang yang dipandang lebih beragama atau lebih memahami agama pastinya percakapannya lebih dari yang lain terutama perkara-perkara yang dianggap percakapan yang boleh memberikan rangsangan beragama kepada yang mendengarnya. Percakapan yang pada sangkaan kita mendatangkan kebaikan atau pahala tetapi sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada yang menuturkannya.

Sebagai contoh untuk mudah faham bagaimana percakapan yang baik boleh menjadi dosa ialah dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid sendiri yang pastinya kita faham bahawa kebanyakan mereka faham agama, dan dalam isu dakwah oleh Biro Dakwah dibentangkan keadaan Jemaah yang pada pandangan AJK perlu diusahakan agar bertambah dalam setiap solat fardhu. Maka terpacullah kisah seorang Pak Cik yang telah merajuk tak mahu lagi datang ke masjid walhal dudlu dia adalah salah seorang AJK di masjid itu beberapa tahun yang lalu.

Kisahnya dipaparkan untuk menjadi iktibar kepada yang hadir bahawa janganlah disebabkan anak gadisnya yang belom bernikah tetapi telah mengandung maka dia merasa malu kepada kawan-kawan yang lain dan terus tak mahu datang ke masjid. Walhal sebenarnya dia telah di uji oleh Allah ta'ala, dia di uji adakah dengan termengandungnya anak gadis yang belum menikah menyebabkan dia memutuskan tidak mahu lagi hadir kerumah Allah. Soalannya adakah dia memulaukan orang masjid atau dia memulaukan Allah.

Dengan percakapan sedemikian seluruh AJK masjid meraskan bahawa percakapan sebegini baik dalam mesyuarat dan masing-masing ada azam tidak akan meninggalkan masjid walu apapun yang terjadi. Tapi sebenarnya tidak. Sebenarnya mereka sedang melakukan dosa mengumpat. Dosa yang mereka tak sedar ini akan terus ada dalam diri masing-masing dan tanpa bertaubat pasti mereka mati dalam keadaan berdosa walaupun mereka merupakan AJK masjid atau Siak masjid atau Bilal atau Imam sekalipun.

Sesungguhnya syaitan itu sangat licik mengajak manusia berbuat dosa dan dosa yang kita anggap bukan dosa tapi hanya untuk menjadi pengajaran adalah bisikan syaitan. Syaitah kata awak boleh bagi misalan sianu-anu itu sebagai contoh dan jangan jadi macam dia.

Sebab itu kita kena solat taubat setiap hari sebelum tidur, maafkan semua orang dan mohon Allah ampunkan semua dosa kita sama-ada dosa yang kita sedar atau kita tidak sedar yang bersembunyi dalam salur nadi darah kita.

Dalamkeadaan sebegini bila kita sedar atau cepat sedar kita sedang mendengar satu umpatan dari seorang yang bergelar ustaz haruslah segera kita beristighfar dan jangan berdebat sebab ilmu bukan untuk didebat bahkan untuk diamalkan. Barangsiapa meninggalkan perdebatan walhal dia dipihak yang benar maka diakhirat nnti dia akan diberikan sebuah mahligai dipuncak bukit dalam syurga.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan