Bacaan Popular

Jumaat, 4 Disember 2015

Sayap



Ketika sedang berdoa dalam solat sunat sesudah isyak aku terpandang kepada tiga ekor semut kecil bewarna hitam dilantai masjid sedang mengusung seekor kelkatu yang sudah tidak bernyawa. Ketiga-tiga semut tersebut memegang bahagian kaki kelkatu yang kadang-kadang semut disebelah kanan terbawa lebih kekanan menyebabkan terjadi regangan kaki kelkatu tersebut serta memaksa semut dikiri terheret bersama kearah kanan. Namun seketika kemudian semut dikanan seakan-akan terasa yang ianya sudah tersalah laluan lalu membetulkan semula haluan agar tidak terpesong kearah kanan sebaliknya seiring dengan dua rakan yang lain. Nampaknya ada kerjasama antara mereka seolah-olah gotong royong membetulkan saf solat juga.

Bukan kesah semut itu yang hendak aku kesahkan kali ini tapi kesah sayap kelkatu yang sudah tertanggal dari jasad kelkatu itu. Kelkatu yang diusung oleh tiga ekor semut itu cuma mempunyai sebelah sayap saja sementara sebelah sayap lagi masih berada dilantai masjid. Beberapa ekor semut yang tidak menjumpai apa-apa untuk dibawa balik kedalam sarang untuk dibuat kenduri telah bertemu dengan sayap kelkatu yang tertinggal dilantai masjid. Namun cuma seketika berhenti meniliti nilai sayap yang sebelah itu kemudian segera berlalu mencari yang lain yang mungkin lebih bernilai.

Sepeninggalan semut itu datang pula semut yang lain menilai dan mentafsir apakah jika dibawa pulang sayap kelkatu itu kedalam sarang adakah ianya berbaloi. Nyata selepas seketika membuat penilaian ringkas maka ia segera meninggalkan sayap tersebut tanpa mengmbilnya walhal jika diambil pasti tidak terlalu berat untuk dibawa pulang. 

Dalam sebuah hadith qudsi Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, 'Dunia ini disisi Allah hanya sebelah sayap lalat.'Huraian para ulamak pula friman Allah ta'ala itu membandingkan nilai harta dunia ini dengan nilai harta iman dan amal; dinegeri akhirat.

Lebih ringkas lagi untuk difahami nilai solat dhuha dua atau empat raka'at jika dibandingkan appointment untuk temuduga mendapatkan tender yang bernilai jutaan ringgit pasti temuduga untuk tender tersebut lebih mustahak dari solat dhuha walhal disisi Allah sebenarnya nilai dhuha itulah yang lebih besar ganjarannya untuk akhirat.

Oleh kerana Allah ta'ala sudah sebut buat keputusan begitu terhadap dunia maka sayap yang sebelah itulah yang menjadi maksud kehidupan kebanyakan orang. Sayap yang sebelah itulah yang menbjadi rebutan manusia sehingga ada yang tindas-menindas serta aniaya-menganiayai antara satu sama lain.

Allah ta'ala tidak melarang kita mencari harta dunia tetapi biarlah ianya bersih selepas dibayar zakatnya, selepas dikeluarkan sebahagian dari pendapatan itu kepada orang lain. Seperti kesah tiga ekor semut diatas, apabila sampai dalam sarang bukannya mereka bertiga saja yang kongsi seekor kelkatu itu bahkan mereka akan kongsi ramai-ramai antara jiran serta yang kurang upaya seperti semut yang belum boleh merangkak keluar sebab baru menetas.

Begitulah harta Allah khaskan kepada orang tertentu supaya sebahagian kurniaan tersebut dapat sampai kepada fakir miskin serta yang kurang upaya. Dalam arti kata yang lain kurniaan harta itu adalah untuk menguji manusia, inilah yang ramai antara kita gagal untuk memahami kekayaan harta yang Allah berikan kepada kita. Jika semua orang kaya berbuat seperti yang Allah perintah dalam al Quran pasti tidak ada yang miskin dalam setiap negara. Marilah kita baca lagi isi kandungan al Quran serta mengamalkan apa yang tercatat didalamnya sebab dalam keterangan itu ada kejayaan dunia dan akhirat.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan