Bacaan Popular

Jumaat, 18 Disember 2015

Derhaka

Gambar kadar hiasan sahaja.
 
Lapan belas ribu makhluk yang Allah ta'ala cipta hanya manusia dan jinn sahaja yang tahu berbuat dosa dan maksiat, sedangkan makhluk-makhluk yang lain langsung tidak tahu menderhakai Allah s.w.t.
 
Makhluk-makhluk yang bernyawa seperti, burong, ikan, kucing, ayam dan itek serta makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok, rumput, batu-batu dan lain-lain sentiasa berzikir dan tidak pandai melakukan penderhakaan terhadap Allah ta'ala.
 
Sebab itulah sewaktu Allah ta'ala perintahkan Malaikat untuk mengambil sedikit tanah yang ada dibumi untuk dijadikan manusia maka bumi tidak mengizinkan. Beberapa Malaikat yang lain turun kebumi satu demi satu untuk tujuan yang sama secara bergilir-gilir namun semuanya gagal mendapatkan tanah yang diperlukan sehinggalah tiba giliran Malaikat Izrael.
 
Ketika mana Malaikat Izrael ingin mendapatkan sedikit tanah tersebut bumi menegur serta melarang Izrael dari mengambil sebahagian darinya. Kata bumi, 'Aku tidak izinkan kamu mengambil sebahagian dari aku untuk dijadikan manusia kerana manusia akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan menderhakai Allah s.w.t.'
 
Lalu dijawab oleh Malaikat Izrael, 'Aku juga tidak ingin menderhakai perintah Allah ta'ala untuk mendapatkan sedikit bahagian dari kamu.' Lalu Malaikat Izrael telah mengambil beberapa bahgian dari bumi dengan berbagai jenis serta warna dari berbagai tempat dan membawa balik ke Arash untuk diserahkan kepada Rabb.
 
Setelah Allah ta'ala menciptakan manusia yang diberi nama Adam maka Allah perintahkan semua MalaikatNya sujud kepada Adam tetapi cuma satu Malaikat yang tidak mahu sujud pada Adam sebab Adam dijadikan dari tanah sedangkan Malaikat dijadikan dari cahaya. Malaikat tersebut adalah Azazil dan atas sebab itulah ia ditukar namanya kepada Iblis.
 
Diringkaskan sedikit cerita maka Adam a.s. dan isterinya Hawa hidup senang lenang dalam syurga. Makan dan pakai nikmat syurga yang jauh lebih baik dari apa yang ada didunia. Namun kenikmatan itu tidak kekal lama sebab larangan Allah ta'ala terhadap Adam a.s. dan Hawa telah dilanggar oleh mereka berdua maka selepas memakan buah quldi mereka mula rasa seperti hendak mengeluarkan sesuatu dari lubang dubur masing-masing lalu Allah berFirman kepada mereka bahawa disyurga tidak ada tempat untuk buang air kecil ataupun air besar. Maka mereka terksa turun kedunia dengan keadaan tanpa pakain sebab pakaian dari syurga juga sudah dilenyapkan dari jasad mereka.
 
Kedatangan Adam a.s. dan isterinya Hawa kedunia telah menyebabkan zuriat mereka berkembang-biak. Disyurga dulu mereka tidak mendapat zuriat. Lalu zuriat yang berkembang itu telah mula menderhakai Allah ta'ala dan oleh kerana sifat Allah ta'ala yang amat sayang kepada makhluk-makhlukNya maka Allah tidak mahu makhlukNya itu apbila kembali kepadaNya semula terpaksa dimasukkan dalam api neraka.
 
Dengan sifat Rahim itulah Allah s.w.t. telah mengutus ratusan ribu para Nabi dan Rasul bertujuan untuk menyelamatkan manusia dari neraka jahannam (a'uzubillah) dan Allah telah beri kepada para Nabi a.s. dan Rasul-rasul a.s. tersebut begitu banyak suhuf yang menerangkan cara bagimana yang sebenarnya harus diikuti oleh manusia untuk kembali semula kepada Allah.
 
Allah ta'ala juga menerangkan dalam suhuf-suhuf tersebut tentang hidup didunia yang sementara dan hidup diakhirat yang kekal dan abadi. Juga Allah sebut dalam beberapa suhuf-suhuf terakhir seperti Al Quran untuk Nabi Muhammad s.a.w. serta Injil kepada Nabi Isa a.s. dan Taurat kepada Nabi Musa a.s. bahawa Allah ta'ala menjadikan maut itu adlah sebagai ujian untuk mengetahui dan mengukur siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya, untuk kemudiannya dimasukkan semula kedalam syurga seperti asal nenek moyang mereka yakni Nabi Adm a.s.
 
Sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. sejumlah seratus dua puloh empat ribu (124,000) para Nabi-nabi serta para Rasul telah Allah utuskan kepada manusia untuk tujuan mentauhidkan 'Laillaha ilallah'. Berbagai kesusahan serta penderitaan telah dialami oleh mereka dalam menjalankan misi dakwah dan ada diantara mereka yang dibunuh serta digergaji sehingga terbelah dua.
 
Semuga dengan penulisan yang ringkas ini dapatlah kita mengembalikan semula kefahaman kita tentang maksud Allah s.w.t. hantar kita kedunia.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

1 ulasan:

  1. assalamualaikum. singgah pagi...
    http://jmbelog.blogspot.my/2015/01/blogger-blog-tok-wan.html

    BalasPadam