Bacaan Popular

Jumaat, 11 Disember 2015

Buat Baik

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Sebenarnya apabila kita berbuat perkara yang baik seperti contoh kita menolong orang yang dalam kesusahan sebenarnya kita bukan berbuat baik untuk orang yang kita tolong itu bahkan kita berbuat baik untuk diri kita sendiri. Kebenaran akan kebaikan kita itu hanya dapat kita lihat apabila telah tiba masanya di negeri akhirat nanti. Begitu juga apabila kita berbuat perkara yang tidak baik keatas orang lain sebenarnya kita bukan berbuat tidak baik untuk orang tersebut bahkan kita berbuat tidak baik terhadap diri kita sendiri.

Dalam surah Asy Syam Allah s.w.t. berFirman, 'Qad aflahaman zakkaha', 'Beruntunglah mereka yang mensucikan jiwanya, mensucikan hatinya, mensucikan rohnya, mensucikan jasadnya, mensucikan hartanya, mensucikan pandangan matanya. Dan dalam surah yang sama Allah s.w.t. menambah, 'Wa qad kho baman dassaha'. Maka rugilah mereka yang mengotorkan jiwanya, mengotorkan hatinya, mengotorkan jasadnya, mengotorkan rohnya, mengotorkan pandangan matanya, mengotorkan kemaluannya, mengotorkan telinganya, mengotorkan kakinya untuk berbuat maksiat serta tidak memta'ati perintah Allah.

'Bukan Kami yang menzalimi diri kamu tetapi kamulah yang menzalimi diri kamu sendiri dengan perbuatan-perbuatan yang merosakkan diri kamu', demikian Allah ta'ala berFirman didalam al Quran.

Dalam soal membalas perbuatan yang tidak baik oleh orang lain keatas kita sebenarnya jika kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak perlu kita balas dengan perbuatan yang tidak baik juga. Dalam satu peristiwa ketika Rasulullah s.a.w. dilontar dengan kasut dan batu sehingga tubuhnya yang mulia luka-luka, bahkan Rasulullah s.a.w. tidak membuat balasan walaupun telah didatangi oleh Malaikat Penjaga Gunung serta memberi tawaran membuat balasan azab dengan melagakan kedua-dua bukit yang berada diantara perkampungan Ta'if itu. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. memohon doa kepada Allah s.w.t. agar Allah ta'ala mengampunkan dosa mereka kerana mereka tidak tahu dan barangkali suatu masa nanti anak-cucu serta zuriat mereka yang akan datang akan menerima agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Inilah akhlak Rasulullah s.a.w. yang patut kita semua contohi dan setiap akhlak yang dapat kita contohi itulah yang dinamakan sunnah dan Nabi s.a.w.pernah bersabda yang mahfumnya lebih kurang, 'Dizaman kerosakan ummat barangsiapa dapat mengamalkan satu sunnahku maka ganjarannya adalah seratus pahala syahid.'

Jadi cuabalah kita bayangkan apabila satu sunnah yang dapat kita amalkan ganjaran yang dijanjikan adalah 100 pahala syahid. Contoh sunnah ialah tidak membalas semula perbuatan tidak baik orang lain keatas kita bahkan kita doakan semuga Allah ta'ala berikan kebaikan kepadanya. Wahh... inilah yang Allah sebut dalam al Quran orang yang bersabar dengan ujian yang Allah datangkan kepada kita.

Ya... sebenarnya apasaja perkara yang berlaku samada musibah atau sebaliknya adalah ujian yang Allah ta'ala datangkan untuk menguji kita siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya. Dengan ujian inilah kita meletakkan nilai amalan kita bagaimana kedudukan diakhirat nanti.

Mudah-mudahan dengan sedikit penerangan ini dapat kita munafaatkan dan mana-mana yang baik dapat kita sampaikan kepada orang lain.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan