Bacaan Popular

Jumaat, 24 April 2015

Al Quran


Minggu lepas sedang berbual-bual di perkarangan sebuah masjid dengan seorang sahabat tetiba sahabat tersebut menyuarakan pandangannya bahawa suasana sekarang ketika kita berjalan di lorong-lorong perumahan kawasan tempat kita tinggal apabila balik dari masjid menunaikan isyak sudah tidak kita dengar suara orang yang sedang mengaji, sebaliknya bunyi musik atau bunyi tv dari hampir-hampir kebanyakan rumah.

Memang suasana sekarang sudah jauh berbeza. Sedar tidak sedar sebenarnya kita sudah berada terlalu hujung pada akhir zaman. Rakan-rakan kita sendiri yang sering berulang-alek ke masjid ramai juga yang sudah mengabaikan pembacaan al Quran. Bahkan apa yang sering kita lihat suasana dalam masjid juga jumlah orang yang membaca al Quran dengan jumlah orang yang membaca sesuatu dalam henfon atau membaca al Quran atau main game semakin ramai.

Inilah yang sepatutnya kita risaukan. Ini jugalah yang di risaukan oleh para Sahabat Ajmain yang suatu masa dulu keluar dari kota Madinah dan Mekah semata-mata untuk menyebarkan Risalah Allah. Hari ini setelah Risalah tersebut sampai kepada kita kita cuma buat hiasan dinding rumah. Buat hantaran perkahwinan atau buat memenuhkan rak-rak buku ilmiah dalam rumah atau rak-rak dalam masjid.

Pernah sekali Tok Wan mengambil sebuah al Quran yang cantek dari rak sebuah masjid dan bila dibuka ternyata al Quran itu tersangat baru dan belum pernah dibuka sebelum itu. Tapi diluar masjid maseh ramai yang memberi pakej wakaf al Quran. Wakaf al Quran ini akan di letakkan dalam rak masjid juga sedangkan al Quran yang telah sedia ada dalam masjid maseh banyak yang baru dan belum pernah dibuka.

Apabila dilihat dari jauh nyata susunan dalam rak-rak tersebut cantek dan ada yang kulitnya bewarna emas pastinya isinya emas bahkan lebih daripada itu. Tapi bila ditanya berapa orang sudah membuca kitab itu dan berapa kerap dibuka untuk dibaca pasti jawapan yang mengecewakan.

Baiklah... dalam setiap rumah kita sendiri pasti ada al Quran dan kita tanya diri kita sendiri berapa kerap kita membuka dan membaca al Quran.

Jikalau mengikut penelitian sendiri-sendiri kita akan kerap jumpa imam dalam solat kehilangan ayat dari surah yang di bacanya. Ini menunjukkan imam sendiri jarang ulang baca surah yang sebelum itu memang sudah menjadi hafalannya. Atau adakah sewaktu surah tersebut dibaca fikirannya pergi ketempat lain?

Bukan bertujuan hendak mencari salah orang lain. Tapi kesalahan Tok Wan sendiri yang kekadang surah Ad Dhuha pun silap baca sebab jarang baca dengan teliti tanda-tanda pada setiap baris dan ayat dalam surah tersebut. Maka bila berdiri untuk solat Dhuha lalu bacaan yang sepatutnya berbunyi Mim telah dibunyikan Min. Ini terjadi kerana tidak meneliti huruf-huruf serta tanda-tanda pada huruf tersebut dengan berhati-hati.

Lalu apabila timbul keraguan timbul pula keinsafan lalu segera selepas solat Dhuha kita buka dan semak betul-betul surah tersebut, disitu kita dapat belajar.

Alhamdulillah... hari ini kekerapan membuka dan membaca al Quran telah dapat dilakukan secara istiqamah. Hari-hari kita mau baca al Quran seperti mana hari-hari kita mahu makan dan mandi. 

Kita mesti usahakan agar setiap hari kita membaca al Quran dengan membuka kitab tersebut. Sekadar membacanya dari talipon pintar tidak memadai kerana talipon pintar boleh merosakkan mata kerana cahaya yang dipancarkan sedangkan kitab al Quran memberi Nur yang khas yang dengan Nur tersebut dapat menerangi hati, menerangi kegelapan kubur disamping dapat menyehatkan mata.

Marilah sama-sama kita berusaha membaca al Quran setiap hari di rumah kita. Jika tak dapat setiap hari bacalah sekurang-kurangnya tidak melebihi tiga hari sebab dalam tempoh tiga hari itu Nur dari al Quran tersebut mulai memalapkan rumah kita dari pandangan penduduk dilangit. Sama seperti kita melihat bintang yang hilang di dada langit dari bumi.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan