Bacaan Popular

Ahad, 17 November 2013

Keadaan Manusia Ketika Di Padang Mahsyar




Setelah selesai penghalauan seluruh manusia ke Padang Mahsyar dihari kiamat itu, jadilah manusia-manusia itu dalam satu arena yang sangat luas. Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga manusia yang paling akhir dimatikan.

Mereka semua disuruh berbaris dan menunggu satu pemeriksaan yang menakutkan dalam Persidangan Mahkamah Allah . Masing-masing diliputi rasa takut dan khuatir, sedih dan gelisah , binggung, bimbang dan panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya, ke neraka manakah aku ini.

Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan penuh rasa debar dan gementar kalau boleh mahu dihidupkan semula didunia dan mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan yang akan Allah timpakan.

Dalam upacara di Padang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup didunia dahulu. Sebagaimana telah diditegaskan dalam firman Allah yang berbunyi ;


“ Ingatlah suatu hari ( yang dihari itu ), kami panggil tiap umat dengan pemimpinya”

Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan di pasang bendera, sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian . Umat Islam akan berbaris dengan beberapa barisan dibawah panji-panji, sesuai dengan apa yang telah mereka ta'ati dalam hidupnya.

Apakah ia ahli yang jujur, seorang zalim, zuhud, dermawan , syuhada, qari, muadzin dan sebagainya, ini semua akan ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinya sendiri.

Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya. Maka baginda bersabda; “ Panjangnya dapat di tempuh 1000 tahun, dimana tertulis ‘ Laillaha illallah Muhamadarasulullah ‘. Dan lebarnya antara langit dan bumi.. Adapun bahannya dari yakut yang merah, tiangnya dari perak yang putih dan zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur ( cahaya ). Satu cahaya kearah timur, satu cahaya ditengah-tengah dunia dan yang satunya berada di arah barat. 


Pada menara itu tertulis 3 baris; Baris pertama tertulis;‘ Bismillahir Rahman Nir Rahim’ Ertinya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

Baris kedua tertulis; ‘Alhamdulillah hirabbil Alamin’ –Ertinya; Segala puji bagi Allah seru sekelian Alam.

Baris ketiga tertulis ;‘Laillaha illallah muhamadarasulullah’ –Ertinya; Tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah.

Adapun setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun . Disamping terdapat 70,000 bendera. Setiap satu bendera dibawahnya terdapat 70,000 barisan malaikat, setiap barisan terdiri dari 50,000 melaikat yang sama bertasbih kepada Allah dan meMaha-sucikan-Nya”.

Perlu dimaklumi bahawa sifat-sifat dan keadaan ‘Liwaul Hamdi’ ini mungkin banyak menimbulkan pertanyaan bagi akal. Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib, maka Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Imam Al-jurjani menerangkan makna ‘Liwaul Hamdi’ . Bendera pujian berada pada kekuasaan Allah. Bahawasanya berdera itu dipasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w. Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi s.a.w, sedangkan orang kafir berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama bendera itu dipasang dan berkibar. Jika bendera itu dipindahkan, maka dikala itu orang-orang kafir akan dihalau untuk terjun ke dalam neraka. Waliya Zubillah..

Bendera-bendera itu akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu di pasang dan dikibarkan oleh :

Bendera Pertama- Bendera Kebenaran
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Bagi semua orang yang benar dan jujur dan akan berada di bawah naungan panji-panji ini.

Bendera Kedua- Bendera Fuqaha
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal r.a . Bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dibawah naungan panji-panji ini.

Bendera Ketiga- Bendera Zuhud
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Abu Dzar r.a . Bagi semua manusia yang menjiwai dan hidup cara Zuhud akan berada dibawah bendera ini.

Bendera Keempat- Bendera Dermawan
Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Usman bin Affan r.a . Bagi semua para dermawan akan berada dibawah bendera ini.

Bendera kelima- Bendera Syuhada
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Ali r.a. Bagi setiap orang yang mati syahid akan berada di bawah bendera ini. 


Bendera Keenam – Bendera Qurra’ 
Bendera ini akan di kibarkan oleh Ubbaya bin Kaab r.a . Bagi setiap para Qarri akan berada dibawah bendera ini.

Bendera Ketujuh- Bendera Muadzin
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Bilal r.a. bagi semua para Muadzin akan berada dibawah bendera ini.

Bendera kelapan- Bendera ini bagi orang yang dibunuh secara aniaya. Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Hussain r.a. Bagi orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.



Nota Tok Wan:

Agak-agak kita akan berada dibawah bendera yang mana ha ?


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan