Bacaan Popular

Jumaat, 8 Februari 2013

Cara Qada' Solat Yang Tertinggal



Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. 

Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah s.w.t. suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah aqal baligh dulu.
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, memang Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada' solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah s.w.t.


Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada' solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada' solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada' solat yang ditinggalkan walaupun Baginda s.a.w. tidak tertidur atau terlupa.

Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.


Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t.


kredit: nasbunnuraini


Salam Ukhuwah..~

59 ulasan:

  1. banyak manfaatnya...terima kasih tok wan

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. "Tidak ada qada' dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada' tapi tidak perlu sebut perkataan qada' semasa niat. ...

    Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

    1. Solat Maghrib:
    “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala” ...


    Aik, tidak perlu sebut qada', tapi sebut juga?? Adakah maksudnya yang sebaiknya sebut, kalau tak sebut takpe?


    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu , saya confius dengn kata2 tok wan .

      Padam
    2. Mmg kena disertai kalimah "qada" sbb nak membezakan jenis solat yg dilakukan. Kerana semua ibadat mesti disertai dgn niat berdasarkan hadis sahih dari Rasulullah saw yg bermaksud: setiap perbuatan/pekerjaan adalah dengan niat.

      Munkin tokwan silap taip. Biasalah, kita manusia adalah insan yg lemah dr segala sudut. Wallaahuaalam.

      Padam
  4. banyak manfaat utk info,, moga beguna

    BalasPadam
  5. assalam tok wan nk tnya kna solat wjib tu dlu ke pastu qada' solat?

    BalasPadam
  6. Assalam... tok wan. Qada hanya boleh dilakukan pada waktu seperti zohor hanya boleh qada solat zohor saja ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qada tidak mengira waktu untuk membayarnya..cth selepas Solat Asar qada subuh..

      Padam
  7. alhamdulillah..terimah kasih tok wan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, syukran tok wan. Moga Allah merahmati Tok Wan di dunia dan di akhirat kerana berkongsi. Mohon share ye, Tok Wan :)

    BalasPadam
  9. As'salam . bolehkah kita melafazkan niat solat qada' nie dgn bhs melayu ?

    BalasPadam
  10. niat solat qada perlu lafazkan tunai ke dok?

    BalasPadam
  11. Nak qada waktu maghrib dlm waktu isyak.. boleh ke ?

    BalasPadam
  12. macam mana pulak kalau sengaja tinggal? kena qada ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena qada semua.. wajib qada sengaja atau tak.. hurm

      Padam
  13. sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat mesti kena qada...solat kan wajib...bila wajib ini bermakna akan dituntut....

    ""Tidak ada qada' dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada' tapi tidak perlu sebut perkataan qada' semasa niat. ..."

    penyataan diatas bermaksud solat sebagai orang islam tidak ada istliah nak qada...atau istilah hold dulu..istilah kejap lagi....atau senang faham sesunguhnya SOLAT itu tiada tangguhnya mahupun niat nak qada.

    Bila menunaikan solat Qada yang telah ditinggalkan....bebas tidak kiranya waktu...walaupun pada waktu asar....sebnab solat yang tertinggal wajib ditunaikan...

    walllah waklam..

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum tok wan ..alynn dtg mencari info mengenai qada solat..alynn follow sini yek dan share ke blog alynn yer :) terima kasih atas penerangan tok wan ...

    BalasPadam
  15. Kalau seseorang itu akil baligh ketika berumur 14 tahun . Dan tidak pernah solat . Hingga die bertaubat pada umur 16 . Adakah dia perlu mengganti semua lima waktu solat selama 712 hari itu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib qada.. muda2 dah taubat Alhamdulillah saya respect anda.. :)

      Padam
  16. Jika menurut Ustaz yg mengajar saya Feqah, kita wajib qadha solat fardhu yg kita tinggalkan. Ustaz kata tidak diterima segala solat sunat kita sekiranya kita ada hutang dgn Allah. Ketika ni setiap hari saya cuba utk qadha solat2 fardhu yg saya tinggalkan semasa remaja. Biarlah bertahun saya perlu qadha, biar susah sikit didunia. Mudah2an Allah SWT terima.

    BalasPadam
  17. Bole ke kalo kado solat 5wktu utk untk 5hr yg dttglkn dlm 1 wktu, buat sume dlm 1ms. Cth sleps isyak kado solat utk 5hr yg dtgglkn.

    BalasPadam
  18. Aquarin~~~Solat qadha boleh dibuat bila2 masa. Wallahu 'alam.

    BalasPadam
  19. Niat perlu di ucap melalui kata atau hanya niat di dalam hati,?

    BalasPadam
  20. sebaik2nya lepas solat fardhu direct terus buat solat qada

    xpayah nk pikir2 pnjg berapa bnyk kali tertinggal, i can guarantee xda sapa pun yg dpt kira the exact amount , only Allah knows

    xpe kita "TERLEBIH BAYAR HUTANG" kat Dia, bukan sape2 pun, Pencipta kita jugak

    jgn terkurang bayar hutang sudaaa

    BalasPadam
  21. Bagus perkongsian ilmu macam ni . Moga2 semua dapat manfaat kan dari perkongsian inii

    BalasPadam
  22. Bagus perkongsian ilmu macam ni . Moga2 semua dapat manfaat kan dari perkongsian inii

    BalasPadam
  23. SOLAT JUMAAT PERLU QADA JUGAK KA ?

    BalasPadam
  24. 1 tahun 365 hari... Anggaran
    *1 hari 5 waktu, x=drab 305hri tolak hri haid bg prempuan(cnth)5hrix12blan=1,525(waktu)
    *1 hari 17 rakaat utk 5 waktu..17x305hri=5,185(rakaat)

    Waktu&Rakaat:

    Subuh 2 rakaat- 2x305 =610(rakaat)
    Maghrib 3 rakaat- 3x305 = 915 (rakaat)
    Zohor,Asar,Isyak 4 rakaat 4x305 = 1,220 (rakaat)x 3 waktu...

    Jumlahkan setahun brp kita tggal solat waktu beserta rakaat??=
    Betul ke saya kira?? sy nak qada balik semua sebanyak mana yg sy tggal... :'( :'(

    BalasPadam
  25. klau contohnya dia tinggal waktu asar sebab tertidur , dan nak qada' pada waktu maghrib. so , dia kena dirikan solat dulu or solat yg nak qada' dulu?

    BalasPadam
  26. ni pendapat kamu buat sendiri ke?
    atau mana² kata sepakat ijmak ulamak muktabar?
    hadits aisyah r.a tu memanglah Nabi SAW lupa solat mlm.tp solat mlm itu,solat apa?itu kena faham,jgn memperlekehkan pendapat² ulama².semak btul²..
    k thanks

    BalasPadam
  27. ni pendapat kamu buat sendiri ke?
    atau mana² kata sepakat ijmak ulamak muktabar?
    hadits aisyah r.a tu memanglah Nabi SAW lupa solat mlm.tp solat mlm itu,solat apa?itu kena faham,jgn memperlekehkan pendapat² ulama².semak btul²..
    k thanks

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah,,
    Tqvm Tok wan,, terasa kerdil diri ini apabila mengembangkan trlalu bnyak solat yg trtinggal,,

    BalasPadam
  29. info bagus ����
    mcm mane ye kalau ade orang qada' solatnya tapi niatnya salah kerana keliru atau terlupa? sebagai cntoh, sepatutnye niatnya 'qada' tp menjadi 'qasar' tp niat dalam hatinya utk gantikan solat.
    mohon penjelasan ��

    BalasPadam
  30. Terima kasih.. semoga allah merahmati anda

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah...info sgt brguna...

    BalasPadam
  32. qada boleh dilakukan pada bila2 masa?....owh maknanya waktu yang diharamkan untuk solat seperti selepas solat asar,sebelum maghrib,selepas subuh dan waktu matahari tegak atas kepala kita sebelum zohor,,solat qada boleh dilakukan ke pada waktu itu?

    BalasPadam
  33. qada boleh dilakukan pada bila2 masa?....owh maknanya waktu yang diharamkan untuk solat seperti selepas solat asar,sebelum maghrib,selepas subuh dan waktu matahari tegak atas kepala kita sebelum zohor,,solat qada boleh dilakukan ke pada waktu itu?

    BalasPadam
  34. Terima kasih tentang penerangan tok wan. 😊😊😊😀😃😀😊

    BalasPadam
  35. Проститутки Киева с фото, индивидуалки Киева - это девчушки красавицы, которые смогут удовлетворить мужчину любого статуса. девушка модель. Приятная внешность и аристократичные манеру. Образованная и интеллигентная. Озорная в постели и юморная в общении.

    BalasPadam
  36. Antara perbezaan qada n tunai.. Bila kita qada xpayah sebut tunai sebab perbezaannya qada tu adalah waktu lepas waktu2 tersebut jadi qada tu waktu yg dh lepas waktu n tunai tu waktu dlm waktu solat itu lagi..

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Sya nk tnya klau kta tertinggal solat asar,magrib dan isyak sdangkn jm sdh 12 tgh mlm...mcm mna cara nk qada...bleh qada ke???

    BalasPadam
  39. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE WWW.MGMBOLA.COM :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    BalasPadam