Bacaan Popular

Ahad, 24 Jun 2012

Pesanan Khalifah




Ketika Saidina Ali dilantik khalifah ke-3 dari siri Khulafa’ Rasyidin, beliau tidak mendapat pengktirafan sepenuhaya dari para Sahabat Rasulullah yang masih hidup di Madinah waktu itu. Ada yang timbul rasa tidak senang dengan perlantikan Ali kerana beberapa sebab, terutama, kaum kerabat Khalifah Othman, khasnya Muawiyah dan kroni yang sudah kaya raya, menaruh bimbang dengan sikap Ali yang keras.

Mereka takut sikap yang sama seperti Khalifah Umar yang tegas, berdisiplin dan tidak boleh berlebih kurang akan berulang kembali di era Khalifah Ali, manakala orang kampung di padang pasir Madinah yang tidak ada kepentingan tidak ada masalah.

Suasana masyarakat waktu perlantikan itu dalam keadaan tegang selepas berpuluh hari tunjuk perasaan dan pemberontakan yang berakhir dengan pembunuhan ke atas Khalifah Othman. Masyarakat Madinah dalam keadaan trauma, sedih, marah, terkejut dan sebagainya. Saidatina Aisyah, Ummul Mukminin yang marah keatas pembunuhan itu berikrar menuntut bela, bertolak ke Mekah diikuti Sahabat Talhah dan Al-Zubair Ibnul ‘Awwam.

Di Mekah, Abdullah, anak kepada al-Zubair yang inginkan jawatan khalifah, sudah menunggu. Mereka bertolak ke Basrah untuk mendapatkan sokongan penduduk bagi menentang Ali. Pemergian Aisyah tidak direstui beribu-ribu penduduk Mekah yang menamakan hari itu sebagai Hari Ratapan kerana sedih atas tindakan Aisyah yang akan berperang dengan Ali, sepupu Rasulullah.

Di Basrah, berlaku ketegangan antara penyokong Aisyah yang didalangi Abdullah bin Zubair dengan tentera Ali. Dalam keadaan genting seperti itu masih ada pihak yang merundingkan perdamaian. Marwan bin al-Hakam yang menyebelahi Aisyah yang membawa pasukan tenteranya dari Madinah, bila ditanya ke mana arah tujuan peperangan ini, jawabnya mahu membunuh mereka yang membunuh Othman. Jawab lelaki itu, bunuhlah tentera kamu. Ini menunjukkan, Marwan sendiri tidak mendapat gambaran jelas keadaan sebenar dan ke mana arah matalamat perjuangannya.

Dalam keadaan ini Abdullah bin Saba’, seorang bapa munafik, mahukan peperangan diteruskan dan Ali yang dalam keadaan terkapai-kapai dan kelam kabut itu tidak dapat mengawal keadaan tenteranya, lalu berlakulah pertempuran antara pasukan yang dijadikan Aisyah sebagai ketua oleh Ibn Zubair dengan pasukan Ali.

Sahabat Rasulullah, Talhah dan al-Zubair yang tidak yakin dengan apa yang mereka lakukan atau tiada pendirian atau tak berprinsip cabut lari tetapi terbunuh dengan cara yang keji. Anaknya Ibn Zubair yang menjadi dalang kepada insiden itu juga melarikan diri, kemungkinan selepas ibu angkatnya Aisyah dihantar pulang secara terhormat oleh Ali keMadinah. Dikatakan berpuluh ribu penyokong Aisyah dan berpuluh ribu pula penyokong Ali termasuk Ahli fekah, Ahli Hadis dan para Hafiz gugur dalam pertemporan itu.

Aisyah hanya digunakan oleh Ibn Zubair yang bersemangat besar sebagai alat untuk mencapai cita-cita politiknya, biarpun terpaksa mengorbankan berpuluh ribu nyawa. Sehingga wafatnya Aisyah merasa pilu atas keterlanjuran itu dan minta jenazahnya dikebumikan di Baqi’ bersama keluarganya, bukan disisi Rasululah.

Aisyah yang kalah dan Ali yang menang dalam Perang Jamal walaupun berpuluh ribu terbunuh. Tetapi yang paling berjaya ialah Abdullah bin Saba’ yang tidak rugi apa-apa, tetapi berjaya mewujudkan Peperangan Pertama sesama Islam dalam sejarah umat Islam dan merosakkan masyarakat Islam.

Perjuangan yang tidak berprinsip dan umat Islam yang keliru tentang apa yang mereka perjuangkan dan pihak lain yang mengambil kesempatan di zaman Ali boleh dijadikan Pesan Khalifah.

kredit: ketitir


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan