Bacaan Popular

Ahad, 3 Jun 2012

Kesah Anak Kembar



Gambar ini tok rakam sempena ulang tahun kelahiran mereka yang ke 11 pada 1 June 2012. Mereka kembar dan lahir pada 1hb June 2001. Pada sijil kelahiran mereka tercatat tarikh 01 06 01 dalam tiga kotak (nombor ini bila di campurkan semua akan jadi 8). Dan pada kotak waktu lahir pula untuk 1st twin ialah 07 01 (jadi 8 juga) dan 2nd twin 07 15.

Bukan nak bermain dengan angka tetapi nak ajak tengok cobaan yang diberikan pada tok sebagai orang yang tak main nombor (judi itu haram).

Tok sudah ada 4 orang anak lelaki, kakak yang tinggal di Pantai Dalam dah bising, 'Tok Wan bila nak dapat anak pompuan nie! Semuanya lelaki belaka' katanya macam mengejek. 'Insya'Allah...kalau Dia nak bagi nanti dibaginya kembar sekali dua orang nanti'. Kata tok bergurau. Sekali lagi muka menyindir terpampang dimuka kakak tok wan itu.

Okey, dah ada 4 anak lelaki tambah suami isteri maknanya ada 6 orang dalam rumah, waktu tu rumah di Jalan Tasek Permaisuri bersebelah dengan Dwi Tasek yang di Bandar Tasek Permaisuri. Waktu tu tok bela kuda, kambing, lembu ayam dan itek...itulah punca rezeki tok sekeluarga. Tanah tu 22 ekar semuanya tok pinjam dari Datuk Bandar Kuala Lumpur (Elyas Omar) dengan perjanjian (ada mati setem) selama 10 tahun. Cukup 10 tahun sambung lagi 5 tahun, (mati setem lagi) tapi oleh kerana Danau Lumayan Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Datuk Maznah Hamid diberikan hak (oleh Kerajaan Persekutuan) untuk membangunkan tanah tersebut kepada kawasan perumahan maka tok terpaksa keluar dari tanah pinjaman itu tanpa syarat selain syaray dalam perjanjian.

Tapi belumpun tok keluar dari tanah tersebut DBKL (bahagian Pengurusan Perumahan) dah hantar surat tawaran rumah. Alamatnya PPR Sri Kota, unit no 8 tingkat 8 dan blok 88. Masya'Allah...tahun 2001 tok diberikan tawaran rumah tu, tapi tok buat2 tak tau jer dan tak bagitau orang rumah. Waktu tu anak kembar baru berumur 4 atau 5 bulan baru.

Satu hari balik dari pasar orang rumah tercegat depan pintu sambil cekak pinggang katanya kalau tak nak terima rumah tu biar dia saja yang pindah dan tok boleh duduk terus rumah yang lama tu. Angin satu badan rupanya bila dia terjumpa surat tawaran rumah tu.

Akhirnya tok rujuk semula kepada DBKL bahagian Pengurusan Perumahan dan minta unit rumah lain sebab taknak rumah yaang ada nombor 8 maka diberikanlah rumah yang ada sekarang ini di PPR Desa Tun Razak.

Tapi berkenaan anak kembar ni satu hari kakak bertanya 'Lagu mana tok wan boleh dapat anak kembar nie? Adek beradek kita takder siapapun pun yang kembar?' katanya. Tok jawab apa tau?

Waktu dia mengandung 3 bulan tok bawa dia pergi Menara Kembar Petronas, malam sambutan tahun baru dan ada tembakan bunga api, bawa semua anak lelaki tu dan...errr...bawa juga sikembar dalam perut. Dan waktu bunga api ditembak kami semua berdiri betul-betul depan KL Suria. Haaa...dapatlah anak kembar. Itu pasal nama mereka yang sorang Suria Ashqin dan sorang lagi Suria Aini'. Kata tok wan pada kakak. Dia tak percaya dan kata tok, 'Kalau tak percaya tanyalah mak depa'.

Tak puas hati kakak pun tanya orang rumah tok dan jawapan serupa juga. Tok menang sebab jawapan itu memang betul begitu. Tapi yang peliknya banyak sangat nombor lapan. Bila datang lagi 2 orang dalam keluarga kami maka genaplah kami 8 orang dalam satu rumah.

Kebetulan bila waktu DBKL offer rumah tu tok bawa surat tawaran dan tunjukkan pada Azhar penjual sayur di Pasar Pagi Bandar Tun Razak. Dia tak terperanjat dan sambil senyum sambil timbang sayur dia mencapai surat khabar hari minggu tu sambil menunjukkan pada tok muka belakang tercatat angka-angka dalam kotak. Terpampang 8888 itu angka keputusan Magnum. Memang tok tak beli nombor pun, dan Azhar pun tau perkara tu. Kami sama sejenis, jenis yang tahu bahawa beli nombor itu haram. Rezeki yang baik ialah dengan titik peluh kami sendiri biarpun sedikit namun kami tahu itulah rezeki yang Allah redha keatas kami.

Beli nombor adalah perbuatan haram, apalagi kalau kena nombor dah tentu duitnya juga haram. Ramai orang berangan-angan nak buat kebaikan dengan duit tersebut, sebenarnya berdosa juga walaupun sedekah pada Rumah Anak-anak Yatim. Orang yang menerima kalau dia tak tahu tak berdosa tapi kalau dia tahu duit itu duit haram maka dia berkongsi dosa. Sebab itulah dari muda dari bujang tok tak pernah beli nombor ataupun bermain judi.

Pernah satu kali seorang kawan minta tok tolong belikan dia nombor ekor. Adooiii... tok bagitau dia bahawa sepanjang umur tok tak pernah beli pun nombor tu dan tak tahu cara nak beli macamana. Bukan nak cerita diri tok baik tapi yang benar tetap benar, takkan kita tak kenal yang mana betul dan yang mana salah.

Walau bagaiamapun hari ini tok merasa lega anak kembar tok dah darjah 5, dah pandai buat sambal belacan. Kalau Kak Chaq (1st twin) buat sambal belacan maka tok akan tanya Kak Cik (2nd twin), 'Sedap ker sambal belacan yang Kak Chaq buat?' Kak Cik akan kata sedap begitu juga seterusnya. Dan selain tok ajar mereka resepi sambal belacan yang sedap tok ajar juga mereka macamana nak buat lampu cenderila yang cantek dengan menggunakan barangan terbuang seperti botol bekas mineral water dan sudu plastik yang pakai buang. Alhamdulillah...semua itu berguna untuk mereka dikemudian hari, belajar cara hidup susah maka bila bertemu perkara sukar dah tak susah mana sangat.

Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang solehah.

Satu kesah lagi yang tok nak kongsikan dengan anda ialah berkenaan 2 orang budak pompuan kembar dalam gambar diatas tu. Cuba perhatikan disebelah kanan bahagian belakang sekali ada 2 orang budak pompuan yang mukanya serupa.

Mereka baru dalam darjah 3 tahun ini. Tapi sebelum ibu mereka melahirkan mereka, keluarga mereka telah kehilangan seorang anak perempuan yang itulah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka waktu itu.

Arwah kakak mereka waktu tu dalam darjah 5 kena demam denggi, namun ibubapa mereka beranggapan demam panas, makaa puaslah diikhtiarkan supaya panas badan tidak melarat. Sewaktu tok diberitahu dia sudah meninggaal dunia tok masuk kedalam biliknya dimana dia menghembuskan nafas terakhirnya. Tok angkat mayatnya untuk diletak keatas pengusung untuk dibawa ke Surau. Nyata hampir keseluruhan badannya basah dek air yang cuba menyejukkan demam tersebut.

Ayahnya menangis teresak-esak dibahagian dapur waktu mayat anaknya sudah diletakkan atas pengusung. Dia terpaksa bersembunyi didapur kerana tak tahan untuk menangis. Dia menyesal kerana tak bawa anak tersebut ke hospital sebab sangkanya demam biasa. Atok budak pompuan yang meninggal itu marah-marah menantunya (ayah budak tersebut) katanya 'Dok ingat kerja sampai tak ingat ker anak'. Katanya kepada tok, kebetulan ayah mertuanya juga kawan tok.

Waktu menurunkan jenazah ke liang lahat tok ajak ayaahnya turun dan menyambut jenazah dalam lubang dibahagian kepalaa. Memang selaalu tok akan memilih bahagian tengah sebab bahagian kepala biarlah orang yang paling dekat dengan arwah. Tok tolong bukakan kain kafan yang menutup wajah anaknya bila jenazah sudah berada dalam lubang kubur, agar bahagian mukanya dapat menyentuh tanah kubur. Tapi sebaik wajah anaknya terbuka sekali lagi dia seperti mau pengsan memalingkan muka, tok bagi isyarat agar dia naik keatas sebab tok perasan dia memang tak tahan sedih. Tinggallah tok berdua dengan sorang lagi kawan dalam lubang kubur tu.

Dan tidak lama selepas itu ibu mereka melahirkan mereka. Kesedihan diatas kehilangan seorang anak perempuan sudah hilang sebab Allah telah berikan kepada keluarga mereka dua orang anak perempuan. Itulah mereka dalam gambar diatas itu. Allah ambil satu yang mereka sayang dan kemudian Allah gantikan dengan dua orang yang wajahnya serupa dan serupa dengan wajah arwah kakak mereka.

Dan setiap tahun bila menyambut ulang-tahun kelahiran anak kembar tok pasti mereka berdua akan dijemput bersama, lagipun mereka berdua suka berkawan dengan anak kembar tok walaupun umur mereka berbeza. Semuga Allah ta'ala terus memelihara hubungan persahabatan mereka dan keluarga kami semua.


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tok wan...selamat ulangtahun buat anak kembar tok yer...:)

    BalasPadam