Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Ahad, 11 Mac 2012
Nostalgia Bas Mini
Tengok gambar Bas Mini teringat zaman Kuala Lumpur bersepah dengan Bas Mini. Sekarang di Kuala Lumpur sudah tidak ada Bas Mini, bas mini digantikan dengan LRT dan Bas RapidKL. Tapi kalau nak tengok dan merasa juga Bas Mini boleh pergi ke Shah Alam atau Subang Jaya. Disana masih terdapat Bas Mini.
Tapi itulah sesekali dapat naik Bas Mini tentu rasa peritnya. Sampai sekarang Bas Mini di Shah Alam dan Subang Jaya takder aircondition. Nak rasa naik dalam bas yang takder aircond tengahari buta pergilah sana. Tapi perbezaan dengan Bas Mini di Kuala Lumpur memang jauh. Bas Mini di Kuala Lumpur dulu berlumba-lumba, potong memotong antara satu sama lain untuk mendapatkan lebih trip. Setiap Bas Mini pasti ada konduktor yang sangat bising mulutnya.
MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh lagi tu... orang lain pun nak naik juga!
“Lebuh Ampang... Lebuh Ampang... Bangkok Bank... Bangkok Bank... Chow Kit.. Chow Kit...”
Masihkah anda ingat dengan dialog seperti di atas? Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah masak dengan ‘skrip rasmi’ yang menjadi laungan konduktor-konduktor bas mini.
Bas mini, satu nama yang tidak memerlukan banyak pengenalan. Bercakap mengenainya pun sudah boleh membuatkan generasi pengguna perkhidmatan bas awam tertua dan popular di Malaysia itu tersenyum hingga ke telinga.
Memandu melebihi had laju, berhenti mengambil penumpang di mana-mana sahaja, langgar lampu isyarat, memotong ke kiri dan kanan sampai penumpang dalam bas melambung-lambung seperti menaiki roller-coaster.
Senang cerita, bas mini memang luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai ‘raja jalanan’.
Paling menyeronokkan, jika bas yang dinaiki tersekat dalam kesesakan jalan raya. Apa tidaknya, di saat lalu-lintas tidak bergerak, pemandu bas mini berlumba-lumba mempamerkan kecekapan serta ketangkasan masing-masing dalam memotong dan ‘mencilok’ kereta di sana sini sampaikan ada yang berani naik ke atas penghadang jalan.
Biarpun hampir setiap masa terpaksa berhimpit-himpit seperti ikan sardin, hakikatnya bas mini yang mengenakan tambang tetap sebanyak 50 sen sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai untuk ke tempat kerja, sekolah mahupun ketika bersiar-siar.
Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan apabila perkhidmatannya ditamatkan pada 1 Julai 1998.
Perkhidmatan bas mini yang berkeliaran secara bersimpang siur di ibu kota telah ditukar dengan perkhidmatan yang lebih berdisiplin oleh bas Intrakota dan kemudian RapidKL (2005
kredit:Naim Qlate
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan