Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 8 Mac 2012
Apa Itu Nadir Buni
Nadir bumi adalah istilah kata yang tetiba muncul diawal tahun 2011 pada arus media perdana kita. Itupun setelah ia berkait dengan kes Lynas di Gebeng Pahang. Tapi tahukah anda apa itu nadir bumi?
Tentu ramai yang tahu apa itu nadir bumi, dan tentu ramai juga yang tak faham apa itu nadir bumi. Yang tak faham termasuklah mereka yang menyertai piket anti Lynas di Gebeng Pahang baru-baru ini.
Ianya adalah jenis mineral atau batu-baruan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.
Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.
Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.
Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini ialah Prometium, Scandium, Yttrium, Lanthanum, Cerium, Thulium, Ytterbium, Terbium, Gadolinium, dan Neodymium. Dan produk yang dihasilkan olehnya pula ialah Magnet berkuasa laser, RAM dalam komputer atau Laptop yang kita gunakan, peralatan aero-angkasa termasuk bekalan tenaga untuknya.
Ringkas cerita jika anda menemukan nama bahan kimia yang di belakangnya ada 'ium', maknanya ia berasal dari nadir bumi atau 'rare earth' dalam bahasa Inggerisnya. Mudah untuk mengenali bahan dari nadir bumi kan.
Kandungan nadir bumi dan kegunaannya;
1. Prometium - Bateri Nuklear.
2. Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa.
3. Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro.
4. Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera.
5. Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic.
6. Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan.
7. Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih.
8. Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser dan infrared.
9. Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, lampu laser.
10. Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI.
11. Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik.
12. Ada sebahagian lagi yang tidak di senaraikan di sini takut orang ramai marah kerana bahan ini lebih sensitif baik diperingkat kebangsaan ataupun antara bangsa. Bahan tersebut ialah Uranium yang menghasilkan tenaga nuklear. Nama ini sudah kita kenal sejak lama dulu. Dan setelah berpuluh-puluh tahun Uranium digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear bagi tenaga elektrik dan kapal-selam maka baru-baru ini satu lagi sumber tenaga dari nadir bumi diketemukan. Bahan tersebut dinamakan Thorium.
Sebelum Uranium ditemui, kita cuma dengar arang-batu yang terbaik sebagai tenaga. Di Malaysia sendiri tenaga arang-batu masih di gunakan bagi menghasilkan tenaga, atau yang selalu kita dengar 'turbin elektrik yang dihasilkan dari arang batu. Bila harga arang-batu naik maka tarif elektrik kita pun turut naik. Hanya baru2 ini ada turbin letrik yang dijana menggunakan gas cecair asli.
Selepas Uranium ditemui maka arang-batu jauh ketinggalan bagi menghasilkan tenaga. Jarak yang ditinggalkan oleh Uranium ialah 200 juta tan Uranium bwersamaan dengan 6.5 juta tan arang batu. Masya'Allah jauh...tersangat jauh.
Namun begitu kemajuan Uranium yang dibanggakan pun tidak bertaahan lama, sebab kini sudah muncul pula tenaga Thorium. Tenaga thorium ini lebih dasyat dari Uranium, bandingannya ialah 200 juta tan Uranium bersamaan dengan 1 tan thorium. Dahsyat kan? So jikalau negara kita ada thorium sudah pasti negara kita akan cepat menjadi kaya.
Kalau Tok Wan cakap negara kita memang ada simpanan thorium yang masih belum digali dari dalam bumi kita ini sudah pasti ramai yang tidak percaya. Sebenarnya dinegara kita ini ada simpanan thorium iaitu di Pahang, dan sudah pasti ianya berada berhampiran Gebeng. Sebab itulah sebuah syarikat besar dari Australia datang joint-ventura dengan syarikat di Malaysia bagi menubuhkan kilang Lynas yang kita dengar didalam arus media perdana kita sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri sendiri untuk di pindahkan ke tempat lain.
Ingat...bukan semua perkara boleh kita hebahkan dalam media arus perdana. Kalau anda sendiri yang menjadi pemilik syarikat televisyen dan mempunyai penonton yang tinggi sudah pasti anda tak akan mengeluarkan cerita yang boleh menimbulkan ketakutan dikalangan komuniti.
Pemprosesan Nadir Bumi
Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini.
Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.
Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air di daerah itu di guna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman (pertanian).
Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang.
Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.
Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.
Anda masih berminat untuk membaca lagi berkaitan nadir bumi ini? Jikalau begitu sila baca disini
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
good info. mohon copy artikel.
BalasPadamadmin BANkami