Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 14 Mei 2011
Sentiasalah Berdoa
Doa, satu perkara yang tidak asing lagi buat kita. Kita sentiasa berdoa memohon sesuatu kepada Allah s.w.t tetapi tidak semua doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Dan apabila tidak dimakbulkan, kita mudah sangat mengeluh. Itulah hakikat manusia sekarang.
Sejauh Mana Pengorbanan dalam Memohon Doa?
Hakikatnya, jika kita tidak berdoa pun Allah sudah tahu semua isi hati kita tetapi sejauh mana kita berkorban dalam memohon sesuatu, itulah yang mahu dilihat dan diuji oleh-Nya.
Jadi, mengapa kita sentiasa perlu berdoa? Ini sebagai menunjukkan kita sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan yang sentiasa memohon dan meminta pertolongan daripada-Nya.
Tetapi mengapa doa kita tak termakbul?
Cuba kita pandang diri kita elok-elok. Sejauh mana kita menurut perintah-Nya, melakukan suruhan-Nya. Sejauh mana kita mengabdikan diri kepada-Nya? Ada kita semua pikir?
Yang kita tahu hanya mengeluh jika hajat tak sampai.
Ingatlah, dugaan menjadi semakin kuat apabila kita semakin dekat kepasa Allah. Ini menunjukkan Allah amat menyayangi hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.
Sentiasa Berdoa
Doa adalah senjata umat Islam. Doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran:
"Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" (Al-Fatihah: Ayat 5,6 dan 7)
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)
Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang. Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia. Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati, membisik dan memperdayakan kita.
Nauzubillah!
Sewajarnya kita sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka dalam keadaan hina dina" (Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 60)
kredit: Nina Johari
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan