Bacaan Popular

Khamis, 26 Mei 2011

Bila Orang Tua Ni Nak Mati...!!


Suatu hari Amirul Mukminin Saidina Umar ingin meninjau ninjau di sebuah pasar. Sedang dia berjalan-jalan di dalam pasar kelihatan seorang wanita muda sedang susah-payah memikul sebuah bakul besar di belakangnya, sambil membeli belah. Saidina Umar sangat hairan kerana dia tidak pernah melihat wanita muda memikul bakul besar.


Lalu dia mendekati wanita itu dan bertanya:


Amirul: Apakah yang puan bawa di dalam bakul itu?


Wanita: Oh, di dalamnya ada bapa ku yang sangat tua.


Amirul : Mengapa tidak tinggalkan dia di rumah. Kan ini menyusahkan?


Wanita: Bapa ku sudah sangat tua. Dia tidak boleh bergerak tanpa di bantu. Dan tidak boleh di tinggalkan bersendirian. Makan minum, mandi dan pakaiannya semua aku yang uruskan. Lagi pun apabila aku nak tinggalkan, dia akan menjerit dan menangis saperti kanak kanak. Maka sebab itu aku bawa dia bersama kemana aku pergi.


Mendengar cerita itu Amirul Mukminin sangat terharu sampai melilih air matanya.


Amirul: Puan sangat hebat. Puan anak solehah. Belum pernah terjumpa seorang anak perempuan berbakti sedemikian rupa kepada seorang bapa.


Wanita: Anggapan tuan itu salah. Aku tak hebat saperti sangkaan tuan. Aku ingin berterus terang kepada tuan. Aku memang kasih dan sayang dan menjaga kebajikan bapa aku. Namun hati aku sentiasa terdetik mengeluh dan mengata-ngata ,"BILA ORANG TUA INI HENDAK MATI, MENYUSAHKAN AJE."


Adakah kita bersikap saperti wanita ini?

kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan