Bacaan Popular

Selasa, 25 Januari 2011

Quran Besar Tulisan Tangan Berusia 500 Tahun Milik Perpustakaan John Rylands University

Sebuah kitab Al-Quran Bertulis tangan berusia 500 tahun , sebanyak 470 halaman berukuran 35 x 24 inci, sama dengan ukuran skrinTV plasma besar. Kitab ini ditulis oleh beberapa ahli Kitab dan iluminator untuk Kansuhal-Ghuri,Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.



Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh kedua abadke-14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan Sultan di Kaherah dan akhirnya diambilalih oleh Earl dari Crawford.



Quran adalah salah satu daripada beberapa naskah yang menjadi Koleksi Crawford, pelbagai artifak diambil alih oleh Earls Crawford. Kitab ini dibeli oleh Enriqueta Rylands pada tahun 1901 dan menjadi koleksi perpustakaansuaminya John Rylands. Perpustakaan ini akhirnya menjadi sebahagian dari University of Manchester sekarang.



Kerja-kerja menyalin setiap helaian muka surat Al-Quran ini sedang dilakukan menggunakan teknologi digital yang diketuai oleh En Carol Burrows di University of Manchester's John Rylands Library. Salinan tersebut akan dipublishkan sebagai Alquran digital online untuk para pelajar yang hendak membuat rujukan. Keadaan kitab yang sudah berusia ratusan tahun ini semakin rapuh tidak mengizinkan untuk dijadikan sebagai kegunaan umum. Sebagai ganti kitab digital online akan diterbitkan.




Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan