Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 27 Januari 2011
DIARY KESYUKURAN
Sejak sebulan lalu, saya telah membina Diari Kesyukuran milik saya sendiri. Berikut adalah 27 perkara yang saya syukuri hari ini, saya kongsikan dengan Anda sebagai panduan untuk membina Diari Kesyukuran Anda, atau dipanggil dengan nama Gratitude List (Senarai Kesyukuran).
Ini dia Senarai Kesyukuran saya:
1. saya bersyukur orangtua saya memberikan nama yang cantik kepada saya, menjadikan saya seorang yang amat bersyukur.
2. saya bersyukur saya sentiasa dapat bersarapan pagi hari ini, makan tengahari dan makan malam, semuanya cukup serba serbi tanpa ada kekurangan. Alhamdulillah.
3. saya bersyukur saya sihat, mental saya cerdas dan saya dapat belajar benda baru setiap hari untuk menambah baik kemahiran diri saya.
4. saya bersyukur saya dapat bangun awal setiap pagi tanpa rasa malas.
5. saya bersyukur di kelilingi oleh kawan yang baik-baik.
6. saya bersyukur dalam masa bujang ni, saya ada peluang untuk memperbaiki tahap kewangan saya sebelum saya berkahwin.
7. saya bersyukur saya ada rumah sewa untuk saya berlindung dari panas dan hujan, untuk saya tidur merehatkan badan.
8. saya bersyukur tidur saya sentiasa cukup, rehat saya sentiasa cukup.
9. saya bersyukur saya ada duit untuk membeli semua keperluan hidup saya.
10. saya bersyukur saya dapat menggembirakan seseorang, walau siapapun dia.
11. saya bersyukur hari ini hari adalah terbaik buat saya, esok saya bertekad mahu capai tahap lebih baik dari yang hari ini punya.
12. saya bersyukur saya ada sebuah Phone berkat kerajinan bekerja, dengan Phone inilah saya berhubung dengan keluarga yang kini jauh di mata. Syukur pada Allah, rezeki ini pemberianNYA.
13. saya bersyukur saya ada sebuah komputer untuk saya menaip setiap hari.
14. saya bersyukur saya ada peluang membaiki diri.
15. saya bersyukur saya ditemukan dengan ramai mentor, walaupun cuma di dalam internet.
16. saya bersyukur saya dapat berjalan-jalan menenangkan fikiran walau sesibuk cemanapun saya, saya bersyukur dapat menghirup udara segar yang sungguh menyenangkan.
17. saya bersyukur saya ada tujuan hidup.
18. saya bersyukur masa depan yang cerah menanti saya di hujung sana.
19. saya bersyukur dapat menggembirakan pembaca saya, saya bersyukur saya dapat menginspirasikan dia hari ini, pada saat ini.
20. saya bersyukur hidup saya masih terurus, saya bersyukur hidup saya amat tenang.
21. saya bersyukur makan pakai saya sentiasa cukup, tanpa ada kekurangan.
22. saya bersyukur saya ada sebuah kaca mata untuk saya melihat dengan jelas setiap masa.
23. saya bersyukur saya ada sebuah laptop untuk saya menaip idea dalam kepala saya di mana-mana.
24. saya bersyukur dalam usia sekarang ni, pengalaman hidup mengajar saya berfikiran dewasa.
25. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk berbakti.
26. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk saya beribadah setiap hari, di setiap ketika, di manapun jua. Thank you Allah!
27. saya bersyukur rupa saya tidak ada cacat celanya, saya bersyukur fizikal saya baik-baik saja.
Saya tulis list sebegini untuk membangkitkan rasa bersyukur, rasa berterima kasih dan rasa gembira.
Tiap kali emosi merundum atau emosi down, baca balik list macam ni untuk bersemangat semula, happy semula. Dulu, jalan menuju kejayaan dikaitkan dengan kerja keras dan kepayahan berusaha.
Kini, jalan menuju kejayaan dipermudahkan dengan mengekalkan kegembiraan. Sebuah kegembiraan di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan. Joy attracts joy!
Apa saja matlamat jadi mudah dicapai apabila hati gembira kesan dari rasa bersyukur pada Tuhan. Sebuah rasa kesyukuran akan menarik lebih banyak lagi rasa kesyukuran. Saya sarankan Anda buat hal ni setiap hari sehingga Anda perasan emosi Anda berubah jadi semakin baik dan persekitaran Anda berubah jadi lebih baik.
Setiap kali Anda menulis perkara yang Anda syukuri, rasai kesannya di dalam hati.
Biar rasa kesyukuran tu meresap jauh ke dalam hati Anda. Jangan kelam kabut ketika menulis, biar santai dan satu-satu. Tujuan Anda menulis Senarai Kesyukuran adalah untuk Anda bangkitkan rasa bersyukur, seterusnya akan membangkitkan rasa kegembiraan selepas itu.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan