Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Isnin, 31 Januari 2011
6 PERKARA TERCELA AKIBAT BANYAK MAKAN
Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia.
"Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"
Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.
6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.
Makanlah dari rezeki yang baik-baik
SAYID Qutub berkata: "Di sini al-Quran menujukan pembicaraannya khusus kepada orang-orang yang beriman. Ia mengharuskan mereka memakan makanan-makanan yang baik dan menyuruh mereka supaya bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat-nikmat itu kepada mereka.
Juga menerangkan jenis-jenis makanan yang diharamkan kepada mereka, iaitu makanan-makanan yang bukan dari jenis makanan-makanan yang baik yang dihalalkan dan mencela orang-orang Yahudi yang mempertikaikan mereka dalam perkara makanan-makanan halal yang baik dan makanan-makanan yang diharamkan Allah itu. Sedangkan perkara ini dijelaskan dalam kitab suci mereka sendiri yang ada pada mereka."
Firman Allah, Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. (al-Baqarah: 172-173)
Firman Allah s.w.t.: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Kata Syeikh al-Maghari, orang-orang musyrikin dan ahli kitab sebelum kedatangan Islam berpuak-puak dan berbagai-bagai jenis. Sebahagian mereka mengharamkan ke atas mereka sendiri perkara tertentu dan sebahagian yang lain di sisi yang lain pula dengan jenis makanan tertentu.
Begitu juga yang tersebar luas dalam masyarakat Nasara bahawa cara yang paling hampir untuk mendekatkan diri kepada Allah ialah dengan menyeksa diri dan mengharamkannya daripada semua kelazatan. Di samping itu, menghina tubuh badan dan yang membawa kepada kelazimannya.
Ini kerana mereka berpendapat bahawa Allah s.w.t. tidak reda kecuali dengan menghidupkan roh, akhirnya mereka mengharamkan banyak perkara yang baik. Golongan yang mengharamkannya sama ada paderi atau ahli ibadat mereka seperti pengharaman makan daging dan lemak binatang begitu juga ikan, telur dan susu pada sebahagian yang lain.
Semua hukum ini dibuat oleh ketua mereka yang tidak ada di dalam Taurat begitu juga tidak dinaqalkan daripada al-Masih a.s. Tetapi mereka mengambilnya daripada ahli penyembah berhala yang mereka mengharamkan banyak daripada makan yang baik dan elok dengan iktikad bahawa cara untuk mendekatkan kepada Allah s.w.t., tidak berlaku kecuali dengan mengazabkan diri dan meninggalkan habuan untuk jasad.
Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan umat ini sebagai umat pertengahan yang terbaik dengan memberi jasad akan haknya dan roh juga akan haknya. Kemudian Allah s.w.t. halalkan bagi kami yang baik dan memerintahkan kami untuk bersyukur atas nikmat tersebu. Allah s.w.t. tidak menjadikan kami seperti tubuh yang tidak mempunyai apa-apa daya kekuatan dengan sebab tidak makan, makanan yang baik dan berzat begitu juga tidak menjadikan kami rohhaniyin iaitu dinisbahkan kepada jiwa semata-mata seperti para malaikat sebaliknya Allah s.w.t. menjadikan kita manusia yang sempurna.
Rezeki
Al-Sonhadji berkata: "Allah menyuruh orang-orang mukmin agar memakan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyuruhnya berterima kasih, kalau benar-benar mereka menyembah Allah." Makanan yang baik-baik itu ada dua macam:
i. Baik pada mutunya.
ii. Baik kerana halal dimakan.
Makanan yang baik mutunya, memang diketahui oleh manusia. Selain makanan itu rasanya enak, ada pula mengandungi vitamin (khasiat). Adapun tentang makanan yang halal pula, adalah ketentuan yang ditetapkan oleh agama. Ada kalanya jenis makanan itu tidak bermutu tetapi halal.
Maka manusia diseru mengutamakan makanan yang bermutu (yang baik), baik dari segi kesopanan mahupun kesihatan serta halal pula dalam segi agama. Janganlah memakan makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta hina pula jenisnya apatah lagi yang menjijikkan, sedangkan makanan-makanan yang baik-baik amat banyak disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.
Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Bangkai memanglah dijijikkan oleh selera yang sihat.
Begitu juga darah di samping perakuan ilmu kedoktoran - setelah sekian lama diharamkan oleh al-Quran dan Taurat sebelumnya dengan perintah Allah - yang mengatakan bahawa bangkai dan darah mengandungi kuman-kuman dan bahan-bahan yang membahayakan kesihatan manusia.
Kita tidak mengetahui apakah kedoktoran moden telah menyelidik seluruh bahaya yang terkandung di dalam dan darah itu, atau di sana masih ada lagi sebab-sebab pengharaman yang lain yang belum diketahui manusia.
Adapun babi di sana ada segolongan manusia sekarang yang mempertikaikannya. Babi itu sendiri menjijikkan kepada tabiat manusia yang bersih dan betul. Walaupun ia diharamkan Allah sejak zaman dahulu lagi, namun baru sahaja ilmu manusia mengetahui bahawa di dalam daging babi, darahnya dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat merbahaya (iaitu cacing pita dan telur-telurnya yang keras).
Kini ada segolongan manusia yang berkata bahawa alat-alat pemasak moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing pita dan telur-telurnya itu tidak lagi menjadi sumber bahaya kerana ia dapat dibasmikan dengan haba yang tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak yang moden itu.
Namun orang-orang ini lupa bahawa ilmu pengetahuan mereka kadang-kadang memerlukan kepada beberapa abad untuk mengenal pastikan sesuatu penyakit. Siapakah yang berani menjamin bahawa tidak ada lagi penyakit-penyakit yang lain yang ada di dalam daging babi yang belum diketahui manusia?
Tidakkah wajar kita memberi kepercayaan yang teguh kepada syariat Allah yang telah mendahului ilmu pengetahuan manusia selama 10 abad itu dan menyerahkan kata pemutus kepadanya, iaitu kita haramkan apa yang diharamkan-Nya dan kita halalkan apa yang dihalalkan-Nya kerana syariat adalah datang dari Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Berkenaan dengan maksud tidak pula melampaui batas mempunyai empat pendapat:
i. Tidak melampaui kepada pemerintah dan menyamun. Inilah Pendapat Said bin Jubair dan Mujahid.
ii. Tidak melampau dan berlebih daripada had makannya. Inilah pendapat al-Hassan, Ikrimah, Qatadah dan al-Rubi.
iii. Tidak melampau dengan maksud tidak menghalalkan seperti yang diriwayatkan daripada Said bin Jubir dan Muqatil.
iv. Tidak melampau mengikut syahwatnya seperti kata al-Suddi.
Makna darurat dalam mengharuskan makan bangkai ialah ditakuti mudarat terhadap nyawa atau anggotanya.
Ditanya kepada Imam Ahmad tentang orang yang dalam kemudaratan (kebuluran) tidak mahu makan bangkai? Maka disebut daripada Masruq bahawa beliau berkata: "Siapa dalam kemudaratan (kebuluran) dan tidak mahu makan jika mati nescaya masuk neraka."
Adapun keadaan yang berhak dia makan, maka dinukilkan daripada Hanbal sekadar selamat daripada mati. Dinaqalkan daripada Ibn Mansur; dia makan dengan kadar yang dia rasa selamat. Yang zahir pada yang pertama bahawa ia tidak harus makan sehingga kenyang; inilah pedapat Abu Hanifah dan al-Syafii.
Sedangkan zahir pendapat yang kedua harus ialah makan sehingga kenyang inilah pendapat Imam Malik. Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat yang pertama kerana darurat hendaklah dikadarkan mengikut kadarnya seperti yang terdapat di dalam Qawa`id Fiqhiyyah.
Iktibar dan pengajaran ayat:
• Penegasan Allah s.w.t berkenaan dengan makanan toyyib yang menepati dua perkara iaitu halal, suci atau bersih dan yang tidak memberi mudarat kepada pemakannya dititik beratkan dalam Islam.
• Sifat syukur kepada Allah s.w.t hendaklah diterjemahkan dalam kepatuhan ibadat kepada-Nya sahaja.
• Pengharaman Allah s.w.t. terhadap bangkai, khinzir dan darah mempunyai hikmah yang kadang-kadang di luar jangkauan manusia. Pun begitu bagi yang dalam keadaan darurat ia berlaku pengecualian.
• Allah menutup surah dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun dan Penyayang yang memberi maksud pemurah Allah dan kasih sayang terhadap hamba-Nya. Syeikh Sya'rawi menafsirkan dengan panjang lebar kenapa Allah menutup dengan sifat tersebut pada ayat ini.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan