Bacaan Popular

Selasa, 19 Mac 2013

Diam Itu Emas




Dalam usaha mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus kita pelajari adalah bagaimana menjadi seorang yang berkemampuan di dalam menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w., 

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.", 
hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.

1. Jenis-jenis Diam 

Sesungguhnya diam itu terdapat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga kondisi pada diri & persekitarannya. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:

a. Diam Bodoh

Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksakan diri dari berpura-pura tahu.

b. Diam Malas

Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.

c. Diam Sombong

Diam jenis ini juga termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.

d. Diam Khianat

Ini merupakan diam orang jahat kerana dia diam untuk mencelakakan atau mrnyusahkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah diam yang keji.

e. Diam Marah

Diam seperti ini ada kebaikkan dan keburukannya, kebaikkannya adalah lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukkannya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.

f. Diam Utama (Diam Aktif)

Yang dimaksud diam utama adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan bahawa enggan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi masalah lebih besar jika dibanding dengan berbicara.



2. Keutamaan Diam Aktif

a. Bebas dari Masaalah

Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masaalah.

b. Bebas dari Dosa

Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang

Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d. Lebih Bijak

Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.

e. Hikmah Akan Muncul

Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahaya qalbunya, mampu memberikan buah fikiran dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa

Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan.

Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti: 

Diam dari perkataan dusta
Diam dari perkataan sia-sia
Diam dari komentar spontan dan kasar
Diam dari kata yang berlebihan
Diam dari keluh kesah
Diam dari niat riak dan ujub
Diam dari kata yang menyakiti
Diam dari berpura-pura tahu dan pintar

Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam. Semoga juga Allah reda hingga keakhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantarkan ke syurga.

kredit: Daarut Tauhiid


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 18 Mac 2013

5 Jari Menyimpan Cerita



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 17 Mac 2013

Kenapa Lahad Datu

Kalau diteliti senjata dalam gambar ini baru belaka.

Ada desas-desus menyatakan bahawa Sultan Kiram 3 tiada kemampuan untuk mengadakan peralatan senjata seperti yang kita lihat dalam gambar ini. Dan ada desas desus yang menyatakan bahawa senjata tersebut dibeli dengan harga berjuta-juta RM. Daripada mana mereka memperolehi kewangan atau senjata itu? Ada yang menyatakan Amerika yang membekalkan kepada mereka.

Jikalau benar Amerika yang memberikan senjata itu memang ada manasabahnya sebab jikalau Sabah diperintah oleh Kiram 3 mudahlah Amerika menjadikan Sabah pengkalan tenteranya dan bukankah Sabah mempunyai simpanan gas serta minyak menyamai kekayaan yang ada pada Dubai?

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?


Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.

Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?

Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.

Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.

Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.




“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib, kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.

Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.

Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.

Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.

Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.

Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.

Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!



Salam Ukhuwah..~


Sabtu, 16 Mac 2013

Terkena Api Dikuburan


Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur .


“Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”.

 Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya.


 “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya:


 “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

kredit: B with U


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 15 Mac 2013

Dosa Boleh Halang Cahaya Ilmu



Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:


"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.

Ibnu Abbas berkata: 

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: 

"Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)".

Jawab Ibnu Masud: 

"Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

kredit: buku Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 14 Mac 2013

Allah Murka Orang Yang Tidak Mengotakan Apa Yang Dia Kata



Ramai dikalangan orang Islam mengeluh kerana ketinggalan dalam berbagai bidang dan terpaksa mengahadapi hari-hari yang berlalu tanpa sebarang kemajuan, sedangkan mereka tidak dapat mengenal pasti apakah sebab disebalik perkara tersebut.

Mereka mencari sebab dan alasan yang jauh sedangkan rahsia sebenar ada pada diri mereka sendiri.

Kelemahan jiwa orang Islam hari ini telah sampai keperingkat yang paling teruk apabila tidak memiliki upaya kehendak yang mencukupi untuk bangkit melaksanakan apa yang ia katakan.

Kemahuan untuk merdeka, mendapat kebahagiaan, hidup senang dan sebagainya terbelenggu dengan cagaran memiliki daya kehendak yang tinggi untuk merialisasikan apa yang dikata.

Bukan mereka tidak mahu jadi kaya, tetapi kemahuan mereka yang lemah tidak dapat membebaskan mereka dari sifat malas berkerja, mereka mahu menjadi pejuang tatapi cinta mereka kepada keselesaan membelenggu mereka dari bengkit memikul tanggungjawab perjuangan, mereka mahu menjadi ahli ibadat tetapi kelekaan mereka dan cinta mereka kepada dunia tidak memberi mereka masa untuk berzikir dan bertaqarub kepada Allah s.w.t. dan mereka mahu infak di jalan Allah ta'ala tetapi takutkan kefakiran telah membelenggu tangan mereka dari membelanjakan duit fi sabilillah.

Dalam pada itu mereka juga tergolong dalam golongan orang bercakap besar. Dalam setiap pertemuan mereka menyanyikan lagu perubahan, tajdid dan pembinaan semula, pada hakikatnya mereka lemah dan bercakap tidak serupa bikin.

Allah s.w.t. mengutuk perbuatan mereka dan sifat lemah yang ada pada mereka. Firman Allah ta'ala dalam surah as Saf ayat 1, bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman ! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan?, besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.”

Mereka bukan sebenarnya tidak mahu lakukan tetapi "kehendak" yang mereka miliki tidak sampai ketahap "al azimah" yang sepatutnya, sebab itu mereka cakap nak buat itu dan nak buat ini kerana mereka faham akan kepentinganya, tetapi yang menyedihkan ialah mereka tidak miliki keimanan sejati yang dapat menggerakkan aggota sehingga mereka dapat mengotakan apa yang mereka katakan.

Imam Abdul Qadir al Jailani menyebutkan dalam siri ceramahnya yang masyhur empat perkara yang mensia-siakan agama kamu:


1. Kamu tidak lakukan apa yang kamu tahu.

2. Kamu lakukan apa yang kamu tidak tahu.

3. Kamu tidak belajar apa yang kamu tidak tahu dan,

4. kamu menghalang orang dari belajar apa yang mereka tidak tahu .


Dalam menegaskan kepentingan perkara ini Imam al Banna berkata: 

"Sebelum saya bercakap kepada kamu mengenai sembahyang , puasa, kehakiman, pemerintahan, adat, ibadat, sistem dan maumalat, terlebih dahulu saya mahu bercakap mengenai hati yang hidup, ruh yang hidup, jiwa yang sedar, perasaan yang sensitif dan iman yang mendalam".

Menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab solat, puasa, puasa, kehakiman, pemerintahan, adat, ibadat dan sistem maumalat tidak dapat dilaksanakan tanpa memiliki jiwa yang kental dengan keimanan. Tanpanya kata-kata hanya akan tinggal kata-kata sahaja. Tiada solat yang didirikan, tiada puasa yang sebenar, tiada dakwah , tiada jihad ..tiada apa-apa, yang tinggal hanyalah cakap kosong sahaja.

Ambillah pengajaran wahai orang yang berfikir!

Imam al Banna menambah lagi; 

"Keimanan yang kental ini akan merubah peribadi muslim menjadi model yang dikehendaki oleh Islam".

"Islam mahu peribadi yang mempunyai sentimen yang dapat merasai keindahan dan kejelikan, kepekaan yang benar yang dapat mengetahui mana yang betul dan mana yang salah, kehendak yang kukuh tidak lemah menghadapi kebenaran serta tubuh badan yang sejahtera dapat memikul beban tanggungjawab kemanusian dengan sebaiknya dan menjadi alat dalam merialisasikan kehendak baik dan menyokong kebenaran".

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. 
( Imam Al-Ghazali ).

kredit: nur


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 13 Mac 2013

Perkara Yang Anda Perlu Tahu



PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~