Bacaan Popular

Selasa, 18 September 2012

Golongan Yang Berjuang



Hukamah ada menyebut bahawa pejuang Islam
terbahagi kepada beberapa golongan.


Di antaranya adalah saperti berikut:


1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam. Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan. Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka. Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka bersedia menghadapi sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan. Syahid adalah cita cita mereka. Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini. Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah s.w.t.

2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi. Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga. Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa. Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah s.w.t. masih belum beri dia kemenangan. Golongan ini terserahlah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.

3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil. Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat-semangat. Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada. Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas. Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia. Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka. Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.

4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam. Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya. Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya. Golongan ini memang tertolak. Mereka ini zalim, fasik atau bolih jatuh kafir.

5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan. Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri. Golongan ini memang elok menyendiri.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 17 September 2012

Matahari Mengelilingi Bumi ?

Ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ini yg paling famous)


Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:


"The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1

"He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7


Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, di seksa dan di bunuh. Ada yang di penjarakan dan ada yang di bakar hidup-hidup.


Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)


Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah di tipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.
Kenapa saya setuju?

Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.

Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.

Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.


Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itulah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).

Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.

Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?

Oleh kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.

Saya sokong pihak gereja.

~~~
Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.

Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.

Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.

Tetapi, oleh kerana perkataan "si bodoh" itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu "saintis".

Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Surah Al-Rad (ayat 2)


Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)


Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)


Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)


Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing 
Al-Anbiya (Ayat 33)


Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)


Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)


So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari? Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak. Siapa nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.

Di antara hujah beliau:

1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)

~~~~

Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah "matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.


Soalan budak tadika:

Pilih satu dialog yang logik:

a) "Bangunlah Man, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"
b) "Bangunlah Man, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"


Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.


P/s: Terserah kepada anda untuk mempercayai atau tak, tetapi Al-Quran telah membuktikannya. Wallahua'lam.

kredit: jiwang


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 16 September 2012

Pendapat Mufti Mesir Mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud

                                                              فضيلة الدكتور علي جمعة

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.


Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidak-sempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.


Zaman Ketiadaan Saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang?
Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.

Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.


Hudud Bukan Keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan. 

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk :
Di sini ) jika link ini tidak berfungsi sila ikuti link dibawah:)
Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.

Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan

Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.


Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Dan, inilah objektif tulisan ini. Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!

والله أعلم
kredit: onislam


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 15 September 2012

Bagaimana Langit Melindungi Bumi ?



Di kesempatan waktu yang ada ini, tok ingin mengajak rakan-rakan untuk meneroka angkasa lepas. Anda tentu sedia maklum bahawa terdapat 9 buah planet di dalam sistem suria kita kan?

Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang kuat yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.

Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.

(Terjemahannya @ menurut enjin carian pakcik gogol


Musytari mempunyai jisim lebih daripada semua planet lain dalam sistem solar digabungkan. Ia membantu melindungi Bumi oleh komet stereng sama ada ke arah matahari atau dikeluarkan mereka untuk sampai luar sistem solar atau seterusnya. Musytari mempunyai berpuluh-puluh bulan yang mengorbit, salah satu yang, Europa, dianggap mempunyai sub-permukaan cecair garam air laut. Oleh itu mungkin pelabuhan kehidupan sebagai haba dan air, dua bahan-bahan yang diperlukan untuk kehidupan di Bumi seperti yang kita tahu, yang seolah-olah hadir di bawah permukaan bulan.)

Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.

7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.

Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.

Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).

Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,

"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"

[Surah Al-Anbiya: 32]


Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah s.w.t. uga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran,

“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”
[Surah Al-Baqarah: 29]


Pembaca yang saya muliakan sekalian, lihatlah tanda-tanda kasih Allah s.w.t. kepada hambanya tanpa kita sedari. Musytari dan Atmosfera tidak datang sendiri, melainkan sengaja diletakkan agar melindungi bumi. Mengapa? Kerana hamba-hambaNya ada di situ. Kerana makhluk yang sebaik-baik kejadian yakni manusia berada dibumi. Kitalah...

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 14 September 2012

Perhiasan Yang Dilarang Di dalam Rumah


RUMAH adalah tempat perlindungan dan beristirahat… Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita…

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”…

Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung… Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung…

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”…

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas, namun pada zahirnya kelihatan tenang, cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung hiasan dan seumpamanya…


CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut / yang sewaktu dengannya…


Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail a.s. tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai, Termizi  dan Ibnu Hibban)


Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan… Bagaimanapun, patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka…

TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan / benda yang tidak bernyawa…


Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya…

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum / gambar orang kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t…


Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan, kelebihan ilmunya.  Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh…


Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga / haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan…

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat dari emas,  perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak, ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya…

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin…

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan…

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah… Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan…

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran / memahat patung ini… Dalam 1 riwayat diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu…

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan dan peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh…



Salam Ukhuwah..~

Khamis, 13 September 2012

Amaran NASA Matahari Akan Terbit Dari Barat ?



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.


Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda lama dahulu bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.


Pencapaian pengetahuan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan
kenyataan berkenaan isu ini.


TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.


Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan. Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas. Berita 2012 Puasa Terakhir Kita?

kredit: rakangroup

Salam Ukhuwah..~

Rabu, 12 September 2012

Sedekah Sunat Boleh Menjadi Wajib



Memberi sedekah hukumnya sunnah muakkad yang
sangat dianjurkan sebagaimana sering dijelaskan,
namun juga akan menjadi haram ketika
orang yang bersedekah mengetahui bahwa
pemberian sedekahnya akan digunakan
untuk keperluan maksiat.

Sedekah sunat juga akan menjadi wajib ketika, misalnya, seseorang menjumpai orang lain dalam keadaan yang sangat memerlukan makanan sementara dia mempunyai makanan yang boleh diberikan. Dengan kata lain, di wajibkan menyerahkan harta yang dimiliki selagi tidak diperlukan seketika itu.

Untuk menggambarkan derajat keutamaan bersedekah Imam As-Suyuti membahagikan pahala sedekah kedalam lima macam. 

Pertama, satu digantikan sepuluh yakni sedekah pada orang yang sehat jasmani. 

Kedua, satu digantikan sembilan puluh yakni sedekah kepada orang yang buta (cacat). 

Ketiga, satu digantikan sembilan ratus yakni sedekah kepada kerabat yang memerlukan.

Keempat, satu digantikan seratus ribu yakni sedekah kepada orang tua. 

Kelima, satu diganti sembilan ratus ribu yakni kepda seorang ulama yang sangat mendalami pemahaman keagamaannya. 

Mungkin ada orang akan bertanya begini, lebih utama manakah mencari harta untuk semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. atau dengan niat untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan?Jawapannya Ialah: kedua-duanya sama benarnya.

Imam Ghazali berpendapat bahwa orang kaya yang bersyukur itu lebih baik daripada orang miskin yang sabar. Bersyukur dalam pengertian bahwa nafsu memiliki hartanya sama seperti orang miskin. Dia hanya akan membelanjakan hartanya untuk keperluan Asas Saja. Juga mampu menahan diri dari keinginan Hawa nafsu karena dia ingat betul bahwa banyak orang yang sedang memerlukan hartanya.

Namun kalangan sufi lainnya mereka berpendapat, ”Orang miskin yang sabar itu lebih utama dari semuanya!”


kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~