Bacaan Popular

Jumaat, 6 Julai 2012

3 Jenis Puasa _ جنيس ڤواسا



اد 3 جنيس ڤواسا_منوروت امام الغزالي


1.ڤواسا عموم

ڤواساڽ مأنسي ڤد عمومڽ، ياايت مناهن ماسوقڽ ماكنن دان مينومن ك دالم ڤروت سرتا منجاڬ شهوات_تيدق برهوبوڠن سوامي-استري د ساعت ڤواسا


2. ڤواسا خصوص

مڠرجكن ڤواسا عموم دتمبه دڠن منجاڬ اڠڬوتا توبوه دري ڤربواتن معصية دان دوسا، سڤرتي منجاڬ مات دري مليهت يڠ دحرامكن دان د چلا اوليه شريعة

* نبي محمد صلى الله عليه وسلم برسبدا

"ڤنداڠن اداله ڤانه دري ڤانه-ڤانه ابليس يڠ ترلعنة، بارڠسياڤا منجاڬ ڤنداڠن كارنا تاكوت كڤد الله، مك الله اكن ممبريڽ كايمانن يڠ ساڠت دراسكن مانيس ددالم هاتيڽ"


_حديث رواية هودزايفه رضي الله عنه


جوڬ منجاڬ ليسن دري مڠاتكن حال-حال يڠ بوليه مروسق ڤاهلا ڤواسا، سڤرتي غابه، نمايماه، بركات كوتور، دان لاين-لاين.

* نبي محمد صلى الله عليه وسلم برسبدا

"بارڠسياڤا يڠ تيدق منيڠڬلكن ڤركاتان دوستا دان ڤربواتن بوروق، مك الله تيدق اكن منريما ڤواساڽ يڠ سكدر مناهن لاڤر دان هاوس سمات-مات".

_حديث رواية بخاري-مسلم

بهكن منجاڬ تليڠا دري مندڠر حال-حال يڠ ملالايكن كيت دري "ذكرو الله"

3. ڤواسا ساڠت خصوص

منجاڬ هاتي اڬر سلالو خشو دان تومڤوان دالم برعباده كڤد الله

اينله تيڠكتن ڤواسا يڠ ڤايه دلاكوكن اوليه سساورڠ همبا الله، سهيڠڬ ترچاڤاي توجوان ڤڽوچين ديري دري سڬالا دوسا باڬي منجاديكن ڤواساڽ سباڬاي ڤريساءي اتاو بينتيڠ دري سڬالا جنيس كماك سايتن، سهيڠڬ توجوان ڤواسا "لاءاللاكوم تتتاقواون" ترچاڤاي

ڤريبادي تقوى هاڽ داڤت دچاڤاي دڠن منجاڬ رمبو-رمبو ڤواسا دان بوكن سكدر مناهن لاڤر دان هاوس سمات

"دري رمضان ك رمضان اداله ڤڠهاڤوس دوسا د انتارا كدوانيا، سلاڬي دوسا-دوسا بسر دجاوهكن"




Ada 3 jenis puasa_menurut Imam al-Ghazali


1.  Puasa Umum

Puasanya manusia pada umumnya, yaitu menahan masuknya makanan dan minuman ke dalam perut serta menjaga syahwat_tidak berhubungan suami-istri di saat puasa


2.  Puasa Khusus

Mengerjakan Puasa Umum ditambah dengan menjaga anggota tubuh dari perbuatan maksiat dan dosa, seperti menjaga mata dari melihat yang diharamkan dan di cela oleh syariat


* Nabi Muhammad s.a.w. bersabda

"Pandangan adalah panah dari panah-panah iblis yang terlaknat, barangsiapa menjaga pandangan karena takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan memberinya keimanan yang sangat dirasakan manis didalam hatinya" 
_Hadith riwayat Hudzaifah r.a

Juga menjaga lisan dari mengatakan hal-hal yang boleh merusak pahala puasa, seperti ghibah, namimah, berkata kotor, dan lain-lain.
 
* Nabi Muhammad s.a.w. bersabda

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan buruk, maka ALLAH tidak akan menerima puasanya yang sekedar menahan lapar dan haus semata-mata". 
_Hadith riwayat Bukhari-Muslim

Bahkan menjaga telinga dari mendengar hal-hal yang melalaikan kita dari "dzikrullah"


3.  Puasa Sangat Khusus

Menjaga hati agar selalu khusyu dan tumpuan dalam beribadah kepada ALLAH

Inilah tingkatan puasa  yang payah dilakukan oleh seseorang hamba ALLAH, sehingga tercapai tujuan penyucian diri dari segala dosa bagi menjadikan puasanya sebagai perisai atau benteng dari segala jenis kemaksiatan, sehingga tujuan puasa "La'allakum tattaquun" tercapai

Pribadi taqwa hanya dapat dicapai dengan menjaga rambu-rambu puasa dan bukan sekedar menahan lapar dan haus semata

"Dari Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa di antara keduanya, selagi dosa-dosa besar dijauhkan"



~.. سلام اخاووه

Mutiara Kata


Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.

01. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar, sebagaimana dalam hadis Aisyah R.A.:

“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” 
(HR Abu Daud)


02. Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan Surah Al-Hujurat:11 dan juga hadis Nabi S.A.W :

“Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” 
(HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)


03. Jangan membuat fitnah dan menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” 
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)


04. Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, (Surah An-Nisa’:114 dan Surah Al-Mukminuun:3), dalam hadis Nabi S.A.W. menyebutkan :

“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” 
(HR Bukhari Muslim)


05. Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” 
(HR Tirmidzi dan dihasankannya)


06. Mengulangi kata-kata penting jika diperlukan, dari Anas R.A. bahawa adalah Nabi S.A.W. jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)


07. Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il :

“Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” 
(HR Muttafaq’alaih)


08. Menghindari mengucapkan yang batil, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” 
(HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan sahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)


09. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” 
(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” 
(HR Abu Daud)


10. Menghindari banyak berkelakar, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” 
(HR Bukhari)


11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.” 
(HR Bukhari)


12. Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” 
(HR Muttaafaq’alaih)


13. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini ialah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.


14. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.


15. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.


16. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan, sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.


17. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.


18. Jangan bercakap secara berkumam mulut.


19. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.


20. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 5 Julai 2012

Mengapa Daging Anjing Diharamkan

Gambar cacing-cacing pita yang kotor yang boleh membunuh terdapat dicelah daging anjing.


Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya. Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahas mengapa daging anjing diharamkan? adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Berikut penjelasannya.

Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan,
 

"Di antara hukum Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu'jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului kedokteran modern. Kedokteran modern menetapkan bahawa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, karena anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia dan menjadi sebab manusia terjangkit penyakit yang berbahaya, sehingga boleh membunuh. Sudah ditetapkan bahwa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya dari semua yang berhubungan dengan makanan dan minuman manusia. 
[Taudhîhul-Ahkam, Syaikh Ali Bassâm, 1/137].

Benarlah sabda Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِ كُم فَلْيُرِقْهُ ثُمَّ لِيَغْسِلْهُ سَبْعَ مِرَارٍ

Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka tumpahkanlah, lalu cucilah 7 kali.
[HR al-Bukhâri no 418, Muslim no. 422.]

Dalam riwayat lain:


طَهُروْرُ إِنَاَءِ أَحَدِكُمْ إَِّا وَلَغَ فِيْهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ اُوْلاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

" Sucinya bejana kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan tanah"
[HR Muslim no. 420 dan Ahmad 2/427]

مَنِ اقْتَنَى كَمبًا إِلاَّ كَلْبَ مَا شِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَيْدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمِ قِيْرَاطُ

Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qirâth (satu qirâth adalah sebesar gunung Uhud)."
[HR. Muslim no. 2941].


Juga sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam :

أَيُّمَا أَهلِ دَارٍ اتَّخَذُواكَلْبُا إِلاَّ كَلْب مَا شِيَةٍ أَوْ كَلبَ صَا ئِدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِمْ كُلَّ يَوْمٍ قِيْرَاطَانِ

Penghuni rumah mana saja yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qirâth. 
[HR. Muslim no. 2945].

Demikian juga Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا فَإِنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيْرَاطُ إِلاَّ كَلْبَ حَرْثٍ اَوْ مَا شِيَةٍ

Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan shalehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qirâth, selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak. 
[HR Muslim no. 2949].

Dari Abu Mas'ûd Radhiyallahu 'anhu beliau berkata:

أََنَّ رَسُو لَاللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَم نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَمَهْرِ الْبَغِيِّ وَحُلوَانِ الْكَا هِنِ

Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang hasil penjualan anjing, mahar (hasil) pelacur, dan upah dukun. 
[Diriwayatkan oleh Imam, Ahmad 4/118-119, 120, al-Bukhâri 7/28 dan Muslim no. 1567.]

Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang berbunyi, bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

كُلُّ ذِينَابٍ مِنْ السِّبَاعِ فَأَكْلُهُ حَرَامُ

Semua yang memiliki gigi taring dari hewan buas maka memakannya haram. [HR Muslim 1933]

Meskipun demikian, bukan berarti apa yang Allah ciptakan adalah sia-sia atau tidak ada munafa'atnya. Karena Allah menciptakan alam semesta ini dengan tujuan yang haq (benar), dan Allah hendak menguji dari hamba-hambaNya siapa yang terbaik perbuatannya, dan Allah menguji siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang masih ragu-ragu.

Lalu apa munafa'at anjing? Binatang yang satu ini dapat dimunafa'atkan untuk menjaga hewan ternak atau juga boleh dijadikan hewan pemburu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَيْدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ

"Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud)." 
(HR. Muslim). 

'Abdullah mengatakan bahwa Abu Hurairah juga mengatakan, 

"Atau anjing untuk menjaga tanaman."

Jadi anjing dapat dimunafa'atkan untuk menjaga binatang ternak dan khusus untuk berburu setelah dilatih terlebih dahulu. 

"Jika kamu melepas anjingmu, maka sebutlah asma' Allah atasnya (Bissmillah), maka jika anjing itu menangkap untuk kamu dan kamu dapati dia masih hidup, maka sembelihlah." 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam bishshawab

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 4 Julai 2012

3 Golongan Manusia Yang Hampir Masuk Syurga Tapi Di sekat



Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid. Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang, glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniaanMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup suatu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba Allah yang lain, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH. Disinilah pentingnya Redha Allah.

kredit: Amri El Wahab


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 2 Julai 2012

Apa Itu al Ghuluw ?




Pada istilah ertinya “yang tinggi dan melebihi had dalam setiap sesuatu”.Dalam Islam bermaksud “terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas”.


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

Daripada Abi al-`Aliyah, katanya: Kata Ibn `Abbas Pada pagi `Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: “Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah)”. Aku pun mengutip batu-batu kecil kesemuanya batu-batu kecil sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghuluw), kerana sesungguhnya al-ghuluw telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah (Sahih Ibn Khuzaimah 4/276, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut)

Dalam hadith di atas Nabi s.a.w. melarang sikap ghuluw dalam beragama kerana itu adalah antara punca kebinasaan..

Islam hendaklah dipegang dengan kuat dan kukuh tetapi yang dilarang di dalam hadith di atas ialah beramal dengan Islam secara melampaui batasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. seperti berkeras dalam agama bukan pada tempatnya atau cuba mengamalkannya melebihi kadar yang disuruh. Ini adalah punca kebinasaan.

Termasuk dalam makna al-ghuluw juga cuba menyelidiki mengenai agama apa yang tidak sepatut seperti mencari `illah (punca) sesuatu perintah ibadah khusus. Ini seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian golongan tarikat yang cuba mencari punca kenapa solat subuh dua rakaat, kenapa zohor empat rakaat dan seterusnya. Ini termasuk juga dalam makna ghuluw seperti yang dijelaskan oleh para ulama

Sikap yang dituntut dalam berpegang kepada Islam ialah al-I’tidal iaitu sederhana atau pertengahan dengan memenuhi tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Tidak terlalu melampau dan tidak pula cuai iaitu mengabaikan tuntutan yang ditentukan. Sikap melampau mahupun cuai adalah ajaran syaitan.

1. Sikap melampaui batas dalam beragama menjadikan amalan Islam seseorang tidak seimbang. Seseorang yang melampau dalam ibadat individu akan menyebabkan tanggungjawab kekeluarga dan masyarakat terabai. Ini yang kita saksikan pada sesetengah kumpulan agama.

Demikian melampau dalam berakidah boleh menyebabkan timbul persoalan mengkafirkan golongan lain dengan mudah seperti Khawarij. Juga sikap melampau dalam berpolitik sekalipun dengan nama Islam boleh membawa seseorang menafsirkan semua urusan kaum muslimin dengan nada politik, sedangkan Islam luas, merangkumi akhlak, ibadah khususiah, keruhanian, hubungan silaturahim dan lain-lain.

2. Antara ghuluw yang mesti dielakkan ialah sikap melampau dalam menghadapi musuh, sekalipun musuh itu menentang Allah dan RasulNya. Apabila Rasulullah menghantar Abdullah bin Rawahah untuk menilai hasil buah-buahan Yahudi Khaibar maka kaum Yahudi cuba merasuahnya agar berbelas simpati kepada mereka. Kata Abdullah bin Rawahah:

Adakah kamu semua ingin merasuahkanku wahai musuh-musuh Allah. Demi Allah kamu lebih aku benci dari kera dan khinzir dan Muhammad lebih aku kasih dari nyawa yang berada dalam tubuhku. Namun kebencianku kepada kamu dan kasihku kepada Muhammad tidak menghalangku untuk berlaku adil kerana Allah berfirman: (lalu dia membaca surah Maidah ayat 8 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”)

Justeru itu hendaklah kita adil dalam menilai golongan yang kita suka atau kita benci, individu yang kita suka atau yang kita benci. Janganlah sikap berpuak boleh membawa kita tersalah menilai mengukur diri dan pihak yang lain. Kasih kepada golongan agama juga tidak boleh melampaui batas. Golongan tarekat ramai yang tersesat menjadikan tokoh-tokoh agama sebagai perantaraan mereka dengan Allah kerana terlalu kasihkan mereka. Kasih kepada pimpinan umat Islam atau gerakan Islam juga tidak melampaui sehingga membenar semua kesilapannya. Benci kepada musuh juga tidak membolehkan kita menafikan kebenaran atau kebaikan jika mereka lakukan.

3. Golongan yang memegang agama melebihi apa yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya tidak berada di atas petunjuk Rasulullah S.A.W. Walaupun pada zahirnya nampak mereka ini kuat agama namun pada hakikatnya menyimpang daripada petunjuk Nabi S.A.W.

Note:

Bahawasanya:

Dr Yusuf Al Qardhawi berkata al ghuluw itu ada lah mereka yang ekstrim dan radikal dalam beragama.Dr. Abdul Rahman Ibn Mualaa al-Luwaihiq didalam kitabnya ” Al-Ghuluw Fi al-Din ” memetik kata-kata daripada As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, yang menjelaskan bahawa radikalisme dan ekstrimisme dengan beberapa sifat, iaitu :

• Berpegang teguh hanya pada pandangan dirinya sendiri dan tidak memberi peluang untuk mendengar pandangan orang lain.

• Menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak dianjurkan syariah

• Ketegasan tidak kena pada tempatnya

• Kasar dan tidak beradab

• Sentiasa berfikiran buruk terhadap pandangan orang lain

( su’u dhzan )


• Menghukum orang lain sebagai kafir

kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 1 Julai 2012

Durian



10 Fakta Menarik Buah Durian


1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat kan...kan...kan..


2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukannya tumbuhan.


3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus


4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)


5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.


6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.


7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciumanan.


8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan atau minuman yang tinggi glukosa.


9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot... tetapi buah durian mengandungi asid amino bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.


10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.


Oklah... Tok Wan sendiri kalau makan durian sekali beli 2 atau 4 biji bawa balik makan dengan keluarga ramai-ramai...err...dapatlah sorang 3 atau 4 ulas saja...jom...enjoy musim durian dan makanlah dengan berilmu, itu yang lebih baik. Alhamdulillah...

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~







Cerita Alas Kepala_songkok, ketayap, serban dll.



Gambar Tok Wan dengan salah seorang sahabat semenjak bangku sekolah Mazlan Saad dalam majlis perkahwinan anak adiknya Rohana Saad di Kampong Pandan baru-baru ini.

Hari ini ahad 11 Sya'aban 1433 tok nak bercerita berkenaan 'Alas Kepala', samaada songkok, ketayap, serban, tarbus atau apa saja yang menjadi penutup kepala. Tapi nak memudahkan cerita elok tok sebut songkok sahaja kerana lazimnya kita sebagai orang Melayu akan memakai songkok baik waktu sembahyang, waktu ziarah kematian atau ziarah orang kenduri kawen dsbnya.

Sebenarnya banyak petua lama yang kita sudah mula lupakan sekarang termasuk petua menutup kepala dengan apa-apa benda baik songkok atau kain sahaja.

Yang paling ketara ialah bila masuk ketandas. Orang tua-tua dulu ada memberi pesan untuk kita supaya menutup kepaala bila masuk ke tandas. Tapi hari ini kita dapat jumpa orang yang lazimnya memakai songkok ataupun ketayap akan membuka alas kepalanya itu kerana sebab nak masuk ke tandas. Konon nak menjaga kesucian songkon atau ketayap atau serbannya itu. Sebenarnya cara itu salah. Kita wajib tutup kepala kita ketika masuk ke tandas sebab dalam tandas merupakan rumah-tangga jin kafir serta syaitan. Bila kita ada urusan transaksi dalam tandas tanpa menutup kepala maka syaitan dan jin kafir akan mengambil najis kita itu dan melumurkannya keatas kepala kita.

Kalau anda masih ingat lagi dikampong-kampong pendalamaan dimana tandas berada diluar rumah maka kita akan melihat lelaki atau perempuan yang hendak ke tandas akan menutup kepala mereka dengan kain pelekat atau kain batik. Dan sewaktu mereka keluar dari tandas kita dapati mereka masih menutup kepala mereka dengan kain tersebut.

Jadi mulai hari ini tok nak menyeru kepada anda yang memang telah sedia memakai songkok atau ketayap atau serban jangan tanggalkan alas kepala itu sewaktu urusan transaksi dalam tandas. Boleh tanggalkan alas kepala itu cuma waktu mengambil wuduk sahaja sebab ada bahagian yang perlu dibasahkan sedikit waktu wuduk, lepas tu pakailah semula.

Sewaktu bukan dalam tandas pun ada lebih baik kita terus menutup kepala kita dengan sesuatu benda lain samaada selendang, serban atau apa sahaja asalkan bukan 'cap', sebab ada ulamak yang kata 'cap' itu seolah-olah lidah anjing. Nak pakai 'berri' yang macam Mahar Zain pakai tu pun boleh asalkan bila bawa sembahyang terbalikkanlah bahagian depan tu ke belakang takut dahi kita tak dapat mencecah lantai sewaktu kita sujud.

Mari kita melihat kenapa kebanyakan bangsa-bangsa didunia mempunyai alat berbagai-bagai jenis jenis untuk menutup kepala. Selain dari menahan pancaran matahari dari terus menuju kepala dimana otak kita berada ia juga dapat menghalang kita dari di singgahi oleh makhluk jahat seperti jin kafir serta syaitan. Sebab itu juga minuman yang dihidangkan biasanya mempunyai penutup. Kalau nak berhenti minum tutup semula dan bila nak sambung minum buka sekejap, sebab selain dapat menjaga dari dimasuki habuk ia juga dapat mengelak dari di kencing oleh jin kafir serta syaitan.

Sekitar tahun 90'an dulu sewaktu tok tinggal di Bandar Tun Razak ada seorang pemuda yang selalu sangat bertanyakan hal-hal yang berkaitan agama kepada tok. Satu hari dia bercerita waktu azan maghrib dia turun dari tingkat 14 rumahnya dan waktu sampai dibawah azan maghrib disurau berhampiran sudah habis berkumandang. Tetiba kawan-kawannya memanggil namanya dan dia menoleh kearah kawannya itu. Dilihatnya tiga orang kawannya berada disuatu tembok sedang memegang minuman dalam tin dan dilihatnya seekor jin sedang kencing dalam tin minuman yang dipegang oleh rakan tersebut. Pada waktu yang sama juga seorang lagi kawannya yang tidak memegang apa-apa sedang dikencing oleh jin tanah yang baru keluar dari dalam tanah sebaik-baik selesai azan serta kencing diatas kepalanya.

Rasa takut melihat kejadian itu ia tak jadi menghampiri rakan-rakannya dan ia terus lari menuju gerai makan, kawan-kawannya menjerit memanggil dia dalam keadaan terpinga-pinga. Di gerai makan milik emaknya dia membancuh teh tarik dalam koleh besar dan duduk bermenung selepas minum sedikit. Minuman yang belum habis dalam koleh tersebut ditutup dengan tapak tangan takut dikencing oleh jin kafir tadi. Emaknya nampak kelakuan anaknya yang pelik malam itu. Emaknya menghampirinya dan cuba menjengok ada apa dalam koleh itu yang cuba disorokkan. Dia menutup kemas mulut koleh itu dan emaknya cuba mengalihkan tangannya untuk melihat apa ada dalam koleh tersebut namun dia memperkuatkan tenaganya supaya tidak terbuka. Lama selepas itu baru dia menceritakan hal tersebut kepada emaknya. Barulah emaknya faham apa sebenarnya yang terjadi.

Bila dia menceritakan semula kapada tok, tok bagitau dia bahawa jin kafir dan syaitan itu keluar bila habis azan dan bila orang di surau iqamat untuk memulakan solat maghrib mereka ini akan lari semula masuk kedalam longkang, lubang tandas dan tanah yang mana sempat sebab takut mendengar nama Allah disebutkan. Itulah sebabnya Allah mewajibkan kita solat berjemaah pada waktu matahari mula terbenam. Dan pada waktu-waktu lain seperti waktu matahari nak keluar (suboh), waktu matahari tengah kepala (zohor)dan waktu matahari masuk habis (waktu Isyak). Tapi ramai antara kita tak ambil peduli akan waktu itu.

Ramai antara kita yang tak peduli waktu itu maka mereka meneruskan apa yang mereka fikir sesuai untuk mereka dan bila berlaku kemalangan kecil atau besar sudah pasti mudaratnya melebihi waktu-waktu lain. Disini kita belajar menghormati waktu solat serta waktu azan berkumandang. Buatlah seperti kita mendengar lagu 'Negaraku', cuma 4 atau 5 minit sahaja.

Dalam erti kata lain bukan kepala kita sahaja yang kita wajib tutup tapi makanan serta minuman kita juga harus ditutup. Kalau perkaraa-perkara yang tok sebutkan itu terdedah sudah pasti kita mendedahkan diri kita dari ancaman jin kafir serta syaitan. Dalam zaman yang kita sebut akhir zaman ini peluang mereka untuk bersekongkol dengan Iblis laknatullah untuk menghasut kita sudah semakin sempit, jadi mereka harus bekerja keras untuk mempastikan kita ini sebagai anak-cucu Adam akan dapat mereka sesatkan.

Dengan melapik kepala kita dengan sesuatu, sudah pasti risiko dilakukan khianat oleh mahkluk jahat ini berkurangan. Makhluk-makhluk jahat ini tahu dikepala kita ini ada otak dan ada akal. Allah tidak meletakkan akal dibahu kita tapi didalam kepala. Kalau otak dapat kita lihat melalui pembedahan tapi akal tidak dapat kita lihat, ia adalah sesuatu yang unik yang hebat yang Allah cipta untuk kita.

Suatu waktu bilamana Allah telah mencipta akal lalu Allah ta'ala perlihatkan kepada para Malaikat lalu Maalaikat memuji-muji kecantikan, keunikan serta kelebihan akal yang baru diciptakan itu. Lalu salah satu Malaikat bertanya kepada Allah ta'ala 'Dimakah benda yang indah ini hendak diletakkan?' lalu Allah berFirman.'Aku hendak letakkannya pada manusia'. Lalu Malaikat berkaaa.'Maha suci Engkau Ya Allah, Hanya Engkau sahajalah Yang Maha Mengetahui'.

Jadi akal adalah sesuatu yang unik yang canggeh yang special yang Allah cipta dan kini berada pada diri manusia. Jikalau manusia tidak dapat memepergunakan akalnya dengan baik, sudah pasti kita akan mendengar orang lain berkata, 'Macam orang tak berakal'. Jadi akal adalah suatu benda yang kita mesti pelihara, ia terletak dikepala kita dan kita perlu tutup dan perlu disujudkan kepada arah Qiblat setiap hari sebanyak lima kali. Dan bila dalam keadaan sujud dahi kita mesti kena lantai tempat kita sujud, bahkan bukan dahi sahaja tetapi keseluruhan muka termasuk hidung. Pada dahi kita pula ada urat-urat halus yang seperti kena cas bila dalam waktu sujud urat tersebut kena tekan dan otak mengingatkan Allah ta'ala, sementara hati sepenuhnya memberikan tumpuan kepada Allah. Disitulah datangnya akal yang sempurna yang tidak memilih dunia secara berlebihan sehingga melupakan akhirat atau memilih akhirat berlebihan sehingga melupakan dunia.

Anugerah Allah kepada manusia tidak dapat manusia gunakan sepenuhnya. Begitu juga bagaimana menghubungi Allah. Adakah benar Allah pernah menghubungi kita? Benar.... Allah ta'ala sentiasa menghubungi kita bila kita menghubungiNya dalam solat ataupun bukan dalam solat.

Allah ta'ala ingat kepada kita bilamana kita ingat akan Dia. Ia tidak seperti orang yang sedang alam bercinta, 'bila rindu sebutlah namaku pasti aku akan berada disisimu' Tetapi hubungan Allah dengan kita lebih dahsyat lagi tapi tak semua kita yang memahami hal-hal begini kecuali kita mengikut segala pesan yang baik-baik yang Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan untuk kita. Turutilah segala amalan sunnah Nabi kita, Penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. kerana dalam banyak perkara yang kita tidak tahu dari semulanya kita akan tahu akhirnya. Jangan banyak berdaleh kononnya itu tak lojik tak masuk akal sebab akal kita bukan perfect, akal kita ada tahap yang cuma kita boleh kawal dan ada tahap yang kita tak boleh kawal. Namun ia adalah tahap yang manusia mampu menahan doz tertentu yang Allah ta'ala berikan.

Kalau nak menulis tentang alas kepala ini memang panjang lagi tapi untuk kali ini cukuplah setakat ini, kita jumpa lagi dalam lain tajuk dilain masa. Sebelum menutup artikel ini tik nak pesan juga lagi sekali jika tidak ada apa-apa bahan hendak menutup kepala semasa berada dalam tandas memadailah menutup dengan telapak tangan kanan. Dan jika urusan transaksinya agak besar sila gunakan tangan kiri untuk menekan perut. Segala yang baik datangnya dari Allah ta'ala dan segala kesilapan itu datangnya dari Tok Wan juga.


Salam Ukhuwah..~