Bacaan Popular

Selasa, 16 Mac 2010

Lelaki Malaysia Ke Sambas Untuk Nikah Lagi


Dengan hantaran itu, lelaki dari Malaysia boleh berkahwin dengan gadis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, Kalimantan Barat, melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.

Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang mahu berkahwin dua, tiga atau empat, dengan menggunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka bagi urusan pernikahan di kampung terpencil itu.

Tinjauan mendapati daerah Paloh, yang terletak sekitar 80 kilometer dari Sambas, menjadi tumpuan lelaki Sarawak mencari isteri baru kerana kedudukannya berhampiran sempadan.

Mereka hanya perlu membayar sekitar RM1,000 bagi orang tengah menguruskan persiapan, termasuk mencari gadis Sambas, yang sanggup menjadi isteri dengan hantaran serendah 50,000 Rupiah ($7.36).

Dianggarkan lebih 10 rumah di Kampung Sekura, Paloh, terletak paling hampir dengan sempadan Semantan (Malaysia) dan Paloh (Indonesia), dibina suami dari Malaysia, yang hanya pulang menemui isteri dan anak di seberang pada cuti hujung minggu.

Kegiatan yang dikenali penduduk jiran sebagai 'nikah siri' atau 'nikah buah tangan' ini popular di kalangan keluarga gadis yang tidak segan silu membenarkan anak mereka berkahwin walaupun sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ketua Kantor Urusan Agama Sambas, Encik Karlan Hanafi, berkata 'nikah siri' bermula dikesan berlaku di kalangan masyarakat Islam di situ sejak 1990-an selepas Bahagian Urusan Agama Indonesia memperketatkan urusan perkahwinan.

Beliau berkata pihaknya percaya wujud sindiket menawarkan lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Indonesia tanpa perlu melalui proses ketat antara pihak berkuasa agama kedua-dua negara.

'Nikah siri ini mudah kerana upacara akad nikah boleh diadakan di mana saja. Malah, boleh di kampung berdekatan sempadan Indonesia-Malaysia tanpa pengetahuan kami.

'Cuma perlu persetujuan keluarga dengan dinikahkan ketua atau imam kampung, selain bapa gadis juga boleh melakukannya tanpa melalui pejabat urusan agama,' katanya.

Sementara itu, seorang bekas kakitangan awam di Kuching, yang mahu dikenali sebagai Abang Bakar, 59 tahun, berkata beliau mempunyai isteri kedua di Paloh dan isteri ketiga di Kartiasa, selain isteri pertama di Kuching.

Menurut beliau, taraf kehidupan rendah, selain kecantikan gadis desa menarik perhatian ramai lelaki Malaysia berkahwin secara diam-diam.

'Wanita Indonesia ini berasal dari kampung. Layanan yang diberikan mereka memang baik. Malah, kehidupan desa menyebabkan mereka berdikari, taat kepada suami serta boleh dipercayai.

'Setiap bulan, saya memperuntukkan antara RM1,200 hingga RM1,500 untuk dihantar kepada keluarga di sana dan ia lebih daripada mencukupi kerana taraf kehidupan di Sambas sangat rendah,' jelasnya.

Namun, bagi Cik Nursheila Bujang, 48 tahun, pengalaman bernikah siri dengan suami berasal dari Serian, Kuching, hanya membawa penderitaan.

Beliau diceraikan suaminya apabila tidak mengizinkannya berkahwin buat kali ketiga bersama seorang lagi wanita Indonesia.

'Ketika berkahwin, saya tidak mengetahui akan menjadi isteri kedua,' katanya.

kredit: Berita Marian


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 15 Mac 2010

Adakah Anda Perasan


Melihat pada tajuk rasa-rasa seperti nama sebuah lagu. Tapi kalau jadikan lagu pun bagus ni sebab ia seolah-olah memberi peringatan.


Adakah anda perasan,

pakaian anak gadis sekarang menyerupai patung Barbie? Ketat sana, kecik sini, bukak sana, nampak sini, rambut biru hitam dan kelabu, seolah-olah sudah menjadi lumrah cara berpakai masa kini. Ikut trend kata mereka. Tutup aurat (pakai tudung seluaq ketat tangan pendek) katanya. Nak berkain baju kurung? Susah nak bergerak katanya, pakai seluar la senang. Ya memang betul, tapi pakai la mengikut syaratnya.

Waima kita tahu bahawa cara sebenar berpakaian, iaitu menutup aurat bukan "membungkus" aurat. Tudung, yang tidak berbonggol seperti pundak unta, menutup bahagian dada, seluar boleh, tetapi yang agak longgar, bukan "legging". Baju jangan pakai "baju adik", pakai la baju sendiri punya, dan tidak nipis. Menutup kepala apabila nak keluar rumah, "free hair" bila di rumah menyidai baju. Ini lagi satu pemahaman yang salah. Banyak kes yang kita jumpa sebegini, seolah-olah bertudung ketika nak keluar ke mana-mana, di kawasan rumah boleh membuka aurat ikut suka hati, tak boleh tu. So, apa yang boleh kita buat? Marilah kita sama-sama menasihati anak-anak kita, kawan-kawan kita, anak-anak kawan-kawan kita, supaya sama-sama mengamalkan cara berpakaian yang betul dan selari dengan kehendak Pencipta kita.

Allah swt tak suruh pakai tudong pun, yang Allah swt suruh dalam al Quran itu ialah menutup aurat. Anda perasan tak?


Adakah anda perasan,

banyak program TV amat melaghokan, banyak ketawa, dan banyak eksploitasi wanita (seks). Seronok, memang seronok, siapa tak seronok bergelak ketawa dengan raja lawak, siapa tak seronok tengok artis wanita yang mengiurkan, siapa tak seronok menonton gosip liar yang semestinya tak betul tetapi mungkin benar. Dari anak kecil, TV mendedahkan cara bercakap, contoh, "Tak Guna!", "Mati Kau!", dll. Dewasa pula, cara bercakap, "Bro, u cannot go in, big2 size, only small can go in" (Songlap). Orang tua? Masuk sekali dalam jerat TV tu, kerana rasa masih laku. Kita pun tengok dan kritik.

Wa'ima kita tahu bahawa amat sedikit majlis ilmu (dunia dan akhirat) di dalamnya. Nak cover line, buat AQ, buat Ustazah Pilihan, buat Ustaz Muda. Pernah teliti tak taraf masing-masing. Contoh nak bagi, mudah, Akademia Fantasia (mesti tau), berapa hadiah diberi kepada pemenang no. wahid? Tetapi AQ (ok la), berapa pula? (Kerja rumah, cuba cari...) Itupun dah cukup memberi peringatan kepada orang yang mau beringat. So, pandai-pandailah kita memilih rancangan yang kita dan keluarga nak tonton, atau baca Quran ja lagi baik. Anda perasan tak?


Adakah anda perasan,

setiap hari kita berbuat perkara yang sama. Masuk kerja pukul 8, balik kerja jam 5. Pi mai pi mai, dah hari Khamis. Seronok? Ya memang seronok, kerana apa, kerana esok cuti, boleh rehat. Boleh buat macam-macam, tetapi apa yang kita buat. Setiap minggu sama ja. Tup tap tup tap...hari Ahad, keja pulak. Begitulah kita seharian, semingguan, sebulanan, setahunan, dan sehingga mati pencen.

Wa'ima kita tahu bahawa orang cemerlang ialah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam. Apa yang kita lakukan untuk menyahut seruan itu? Solat? Puasa? Sedekah jariah? Setiap hari sama ja, solat 5 waktu sehari, itupun kekadang hujung2 tanduk jer. Puasa, tunggu bulan Ramadhan. Sedekah, mana ada duit. 1001 alasan (excuse), bukan sebab (reason) diberikan bagi tujuan helah bela diri. So, why not start hari ini kita cuba biasakan diri kita, solat wajib ditambah solat sunat. Puasa sunat ikut kemampuan. Sedekah ikhlas RM1/hari, dan amalan-amalan sunat yang lain (tanpa meninggalkan yang wajib.). Macamana? Meh kita sama-sama cuba. Jangan dok sibuk cari sunat yang kecil-kecil saja, contoh sunat kecil ialah kawen lagi satu. Cuba cari sunat yang besar-besar yang bila kita lakukan pahalanya juga besar. Anda perasan tak?


Adakah anda perasan,

kita bercakap pasal diri kita, tetapi amat sedikit bercakap tentang Penciptanya. Kita beritahu orang, kitalah yang buat itu, kitalah yang buat ini, kitalah yang apa-apa lagi laa. Tetapi perasan tak, kita buat tu pun dengan hanya izin Pencipta kita. So, pernah tak kita beritahu orang lain tentang betapa besarnya kurniaan Pencipta kepada kita yang membolehkan kita buat apa-apa selama ini? Dan tahukah anda bahawa, setiap apa yang kita dapat, 2.5% adalah untuk di peruntuk orang lain? Mengapa perlu begitu? Itulah caranya kita membersihkan harta dan wang ringgit kita. Ingat, "harta dan wang ringgit yang berguna ialah harta dan wang ringgit kita yang diberikan kepada orang lain". Yang ada pada kita akan habis, manakala yang ada diberikan kepada orang lain akan berganda pahalanya. Anda perasan tak?


Adakah anda perasan,

sudah banyak yang kita tahu, tetapi amat sedikit yang kita amalkan. Contoh, kita tahu bahwa sedeqah itu menggandakan rezqi kita, tetapi berapa kerap kita bersedekah, dan berapa banyak kita menginfakkan untuk ke jalan-Nya? Saya tak mampu? Ingat, sedekah ikhlas RM1 dari seorang pekerja bergaji RM786 sebulan, adalah lebih baik dari sedekah RM100 000 000 dari seorang billionaire. So, marilah sama-sama kita mulakan kempen bersedekah sehari seringgit.

Kesimpulannya, apa tugas dan peranan kita? So marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati kerana saling menasihati itu memberi manfaat kepada orang yang beriman. Ingatlah, selemah-lemah iman ialah orang yang menegur dengan hatinya, sekiranya tidak mampu menegur dengan perbuatan dan lisan.

kredit: Pak Tam Kob


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 12 Mac 2010

Kesah 10 Ekor Binatang Istimewa


Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” Kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.


1.Untanya Nabi Saleh as

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh as menjawab dengan tenang.

“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

“Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh as telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh as. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh as. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.


2.Anak Sapinya Nabi Ibrahim as,

Baca potongan surah adz-dzariyat

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”.

Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim as lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim as merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)


3.Kambing Gibasnya Nabi Ismail as

Nabi Ibrahim as yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail as) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim as.

Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan tempat Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismail pun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd.

Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…


4.Sapinya Nabi Musa as

Tatkala Nabi Musa as menyampaikan cara yang diwahyukan oleh Allah itu kepada kaumnya ia ditertawakan dan diejek kerana akal mereka tidak dapat menerima bahawa hal yang sedemikian itu boleh terjadi.

Mereka lupa bahawa Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yang diberikan kepada Musa as yang kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar untuk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yang mereka hadapi dalam peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kepada Musa as secara mengejek: “Apakah dengan cara yang engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan orang?

Akan tetapi kalau memang cara yang engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kepada Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yang harus kami sembelih?

Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yang harus kami sembelih?”

Musa as menjawab: “Menurut petunjuk Allah, yang harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya.”

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelusuak desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seorang anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya.

Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu.

Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yang diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa as, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dengan izin Allah, menceritakan kapada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat bongkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka…


5.Ikan Yang Memakan Nabi Yunus as

Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Al-Anbiya’: 87).

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana tersangat lemahnya. Kemudian Allah Ta’ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni’matan hidup sehingga batas waktu tertentu…


6.Khimarnya Nabi Uzair as

Nabi Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya.

Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya.

Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Malaikat bertanya kepadanya: “Berapa jam engkau tidur?” Uzair menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.”

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. ” Engkau tidur selama seratus tahun.

Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah?

Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih sesuai untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perahan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perahan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah.

Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.”

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang.

Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara.

Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya,

Uzair berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat.

Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya.

Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun.

Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.


7.Semutnya Nabi Sulaiman as

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman as tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Maka Nabi Sulaiman as tersenyum dengan tertawa karena mendengar perkataan semut itu. Katanya,

“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Karena itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”…


8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman as

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman as mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung.

Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya.

Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman as mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman as. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama.

Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman as dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.


9.Untanya Nabi Muhammad Saw

Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan.

Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu unta tersebut berbicara, “Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku.”

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada Baginda. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi kami Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab badui tersebut meminta perlindungan karena tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong.

Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu karena mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi.”


10.Anjingya Ashabul Kahfi

Anjing tersebut berwarna kuning, di surga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.

kredit: koranbaru


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 11 Mac 2010

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.



Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.


3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


kredit: e-fatwa Malaysia


Salam Ukhuwah..~

Rahsia Rasa Hati




Ini bukan cerpen, cerpan atau novel, terserah pada anda sendiri untuk buat klasfikasi, tapi semua ada 45 scene/babak. Kalau nak mudah baca Tok Wan nak sarankan supaya anda besarkan font dan buat auto roll kepada bacaan ini. Caranya;

1. Tekan butang (Ctrl) serentak dengan butang (+) dua atau tiga kali mengikut kesuaian saiz.

2. Tolak roda pada tetikus menggunakan jari telunjuk kekanan, sekali sahaja.

3. Bila tanda tetikus pada screen berubah kepada bentuk lain (bukan penunjuk jarum) maka alehkan kebawah sedikit secara perlahan mengikut kelajuan yang anda kehendaki.

Selamat membaca...





Scene 01


Ezairil Irfan…

Itulah nama yang sangat aku puja dan simpan jauh dilubuk hati meskipun insan itu sering kali membuat aku memendam dan menjeruk rasa hatiku. Tapi itu kisah 5 tahun yang lalu. Aku kini bagaikan dapat melupakan dia meskipun kadangkala nama itu bisa memberi getaran yang hebat apabila ianya sesekali melintasi minda dan hatiku, walaupun aku tahu ianya hanya sia-sia belaka!.

Kurasakan aku sudah mampu hidup tanpa nama dan bayangan lelaki itu, tetapi pagi ini…disaat aku sudah diberi kekuatan untuk hidup dengan tenang, rasa itu datang lagi untuk sekian kali.

Sungguh tidak aku duga, kunjungan aku ke rumah En. Harris hujung minggu yang lalu merubah rasa hatiku. Kunjungan yang hanya untuk meraikan majlis akikah cucu sulung bosku aku rasakan sungguh memedihkan tangkai hati. Sakit! tapi tidak dapat diluahkan dengan rintihan dan kata-kata. Tidakku sangka selama ini aku rupa-rupanya telah bernaung di syarikat kepunyaan bapa Irfan. Sungguh, jika aku tahu dari awal tak ingin aku mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga dia. Disaat kaki ku melangkah ke ruang tamu yang indah itu, aku terpandangkan seorang lelaki yang aku rasakan cukup kenal sekali. Mungkin seiras kata hatiku. Tapi disaat Pn. Maryam isteri En. Harris memanggil aku untuk di perkenalkan kepada lelaki itu, aku rasakan kepala ku berputar hebat, dan kata hatiku sebentar tadi ternyata terpesong jauh! Ya Allah tabahkan hatiku.

Masih segar ingatan ku kepada pertemuan yang merubah hidup aku 5 tahun yang lalu. Ketika itu aku dan Alia , sahabatku merangkap teman serumah aku kini sedang menikmati makan malam di Café Kolej Pertama dan secara tiba-tiba disapa oleh Irfan yang kebetulan turut makan malam disitu bersama-sama beberapa orang kawannya.

“Siapa yang namanya Ellea Nur?” Tanyanya memandang kearah kami berdua.

“Ya, saya, kenapa?” Jawabku pendek lantas mendongak mendapatkan empunya suara. Tiba-tiba hatiku berdegup laju disaat mata mula bertentang, cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah Alia didepan.

“Oh iyer ker. So you ni lah yang admired sangat kat I ya?” Kata Irfan bersahaja dengan suara yang kurasakan mampu di dengar oleh orang-orang di sekelilingku.

“How could you!” Aku menjawab dalam rasa sakit hati yang ku tahan sedari tadi.
Dia hanya memandangku dengan senyuman sinis yang kurasakan sengaja di buat-buat supaya dapat menyakitkan hati ku yang sememangnya membara.

“Dengan sini Cik Ellea Nur. I don’t think you’re the nice girl to admire me! Lagi pulak. I ni tak suka girl yang dok terhegeh-hegeh kat lelaki! Are you clear with that Cik Ellea Nur?” sambungnya dengan suara yang lebih tinggi dari tadi.

Aku terpempam mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Irfan. Rasa hatiku ingin menjawab tetapi mindaku seakan-akan membeku. Sungguh! Tidak pernah aku dimalukan sebegini rupa didepan khalayak ramai.

“Terima kasih kerana telah menyedarkan saya” tuturku perlahan seraya mengheret Alia untuk beredar dari tempat itu. Dan, dari saat itu bermulalah dendam dan rasa sakit hati aku terhadap makhluk yang satu itu.

Memang aku meminati Irfan, tetapi kurasakan tidak pernah pulak aku memberitahu rasa hati ku kepada sesiapa walaupun kepada Alia sekalipun. Aku pendamkan segalanya didalam lubuk hatiku yang paling dalam dan rasanya tidak akan terjangkau oleh sesiapa kerana aku memang pandai menyimpan segala apa yang aku rasa dan fikirkan terutama sekali mengenai perkara peribadiku. Sesekali tidak akan aku pamirkan. Cuma, penah sekali aku catitkan di helaian kosong semasa pertama kali perasaan itu terdetik di hatiku, ditahun pertama pada saat mata bertentangan dengan Irfan di minggu orientasi. Ya! Itu saja seingatku. Tapi ianya terus aku buang kerana aku rasakan cukup hanya hatiku yang tahu dan menyimpan segalanya. Dan dari saat Irfan memalukan aku 5 tahun yang lalu sehingga saat ini, aku telah sematkan didalam hatiku untuk tidak memaafkan dirinya.


Scene 02

Pagi ini, aku berpapasan dengan Irfan sewaktu menunggu lif di lobi selepas bersarapan pagi di café Sinar Jaya. Dia hanya memandangku dengan senyuman sinis dan aku pula hanya membuat muka selamba tanpa sebarang reaksi. Seingatku, semenjak peristiwa di Café Pertama, dia sememangnya begitu, selalu saja dengan senyuman sinisnya jika kebetulan bertembung dengan ku. Aku peduli apa! Ingat lawa sangat ker senyuman awak tu! Jin punya senyum lagik lawa! Itulah luahan rasa hatiku setiapkali terpandang senyuman sinis Irfan. Dan saat inipun luahan hatiku tetap sama. Maintain beb!

Tatkala, aku sedang sibuk menyemak fail tender Syarikat Qiara, En Harris memanggil ku kebiliknya melalui interkom. Rina yang kebetulan lalu memberitahu yang En. Harris nak kenalkan staff baru kepada ku. Siapa agaknya ya?, hatiku bertanya. Setibanya dibilik En. Harris aku terpandangkan sesusuk tubuh yang memang aku kenali dipenjuru bilik yang luas itu. Siapa lagi kalau bukan si senyuman sinis itu lah! Entah apa yang dia tengah buat dekat hujung sana agaknya, langsung tidak menyedari kehadiranku di ruang pejabat yang besar itu.

‘Selamat pagi En. Harris” Ucapku pendek.

“Oh ya Eizurra, kenalkan ini anak saya, Irfan. Irfan marilah sini Papa nak kenalkan kau dengan my beloved staff” En Harris memulakan bicara.

Irfan menghampiri kami seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ku.

“Nice knowing you”. Katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Terselit sebuah senyuman sinis di situ.

“Ok” Jawabku pendek tanpa terus memandangnya.

“So saya harap lepas ni awak boleh berikan kerjasama dengan Irfan because he will be with you for several projects. Also, saya akan lantik awak untuk bekerja di bawah Irfan sebagai Personal Assistant. Boleh Eizurra? bolehkan” Tanya En. Harris kemudiannya.

“What? oh..begitu ke En. Harris” Kataku akhirnya tanpa diberi peluang untuk membuat keputusan. Si senyuman sinis itu aku perhatikan hanya mengangguk kepala dengan mata tertancap diwajahku, tiada sebutir komen pun keluar dari bibirnya yang merah itu di atas perlantikkan yang dibuat oleh En. Harris tadi.

“Takde pendirian langsung mamat nih!" Gumamku geram seraya melangkah keluar.

Dan kerana pertemuan dan perlantikan tidak rasmi pagi tadi membawa aku kepada pertapaan yang panjang. Seharian aku tidak keluar dari pejabat hanya menjeruk perasaan yang membungkal dengan rasa sakit hati. Makan tengah hari pun aku tidak pedulikan apa lagi ingin membuat kerja. Serasakan mood aku terbang entah kemana. Selalunya bila aku tiada mood begini, Alia teman rapatku seringkali akan mengusikku yang dia akan tolong panggilkan ‘Pak Mood aiskrim magnolia’ kat taman perumahan kami untuk ‘kembalikan’ mood aku tu! He he Alia, Alia..suka sangat mengusik aku! Tapi dia lah teman aku yang paling setia. Deringan telepon dimeja segera mematikan senyumanku, membantutkan rasa hati yang mula berbunga ceria apabila mengenangkan wajah Alia yang nakal di ruang fikiran.

“Hello!” kataku perlahan.

“Ellea Nur, masuk office saya sekarang!” kata suara dihujung talian.

“Eh! Hello..boleh saya tau siapa kat sana tu? Nak jugak tau office siapa yang saya kena masuk!” Soalku agak nyaring. Ntah siapa jugaklah yang tetiba jer panggil aku Ellea Nur. Setahu aku semua orang kat office ni panggil aku Eizurra. Ella Nur tu mama, papa , nenek dan mereka yang dekat dengan aku saja yang panggil, getus hati kecilku.

“Hello Cik Ellea Nur, I ni bos baru you. Dah lupa ke?” kata suara itu sinis.

“Oh En. Irfan..you ker, tak ingat pulak..pagi tadi tu… I was lost in action!” kataku perlahan.

“Ok now, come to my room please” katanya lagi sedikit tegas seraya meletakkan ganggang. Aiks tak sempat aku nak jawab!

Lima minit kemudian aku sudah terpacak di dalam bilik dia. Tapi dia sesedap rasa melemparkan senyuman sinisnya pulak pada aku. Kalau iya pun jemput lah aku ni duduk dulu, Hampeh! kata hatiku.

“Iya En. Irfan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” kata ku sekadar berbasa-basi.
“Saya ni tak suka buang masa, lagi pulak nak berdiri macam patung depan En. Irfan” Sambungku lagi. Dia hanya memandang serius dan kemudian menyuruh aku duduk.

“Terima kasih atas kerjasama En. Irfan” Kata ku penuh bersahaja. Dia terbatuk kecil.

“Ok, saya cuma nak tau pasal apa-apa project yang kita kena kerjasama and also want to give some task untuk awak, you are my PA right?”. Katanya bersulam senyuman sinis. Dan seterusnya aku hanya menerangkan serba sedikit maklumat seperti yang diminta dan berjanji untuk ‘mengupdate’ akan projek-projek kerjasama kami nanti.

“So, apa pulak bidang tugas saya as your PA, En. Irfan?”

“Ok, please note down Cik Ellea Nur” katanya pendek.

“Firstly, awak kena buatkan minuman saya setiap hari..”

“Eh, tapikan kita dah ada Tealady En Irfan” Potongku pantas.

“Siapa bos awak kat sini, hmmmm?” sambungnya agak tinggi.

“Ok, lagi? Tanya ku malas nak bersoal jawab.

“Awak kena ikut saya pergi mana-mana kalau ada meeting, function or sometime for personal purpose. Also, hanya awak yang boleh masuk office saya dan make sure my office always clean…”

“So that’s meant saya yang kena kemas your office begitu? Soalku pantas.

“Iyer lah dah awak saja yang saya benarkan masuk office saya, takkan Mak Minah pulak!” sindirnya bersahaja.

“Ok so far, itu saja, kalau ada penambahan, I’ll inform you later. But I think, its will be more difficult than kerja-kerja seorang PA” sambungnya berserta senyuman sinis yang sengaja dibuat-buat untuk menyakitkan hatiku.

“Ok” balasku pendek lantas bangun untuk meniggalkan pejabatnya. Sebelum melangkah keluar sempat aku meminta pertolongan darinya.

“Err.. En. Irfan, boleh tolong saya tak” tanya ku dan hanya di balas dengan kerutan didahinya.

“Tolong jangan panggil saya Ellea Nur, semua orang dekat office ni panggil saya Eizurra” kataku agak tegas.

“Eh, saya punya sukalah nak panggil awak apa!” jawabnya pantas.

“Tapi saya tak suka!” kataku pula.

“Saya pun tak suka jugak panggil awak Eizurra! Lagi pulak, lidah saya ni suka sangat nak sebut Ellea Nur, nak buat macam mana?” tingkah Irfan selamba.

Tak kuasa aku nak melayan orang yang tak faham bahasa ni! Getusku dalam hati dan berlalu keluar.


Scene 03

Hujung minggu ini, aku pulang kerumah keluargaku di Kajang. Mama dan papa sudah kerapkali telepon menyuruhku pulang kerana ada perkara penting yang aku sendiri tidak pasti. Sampai dirumah mama dan papa masih belum pulang dari rumah nenek di Sungai Choh dan aku hanya merehatkan diri di dalam bilik melayan fikiran. Semenjak akhir-akhir ini, mindaku seakan-akan tepu dengan kenangan lama yang semuanya menyakitkan hati aku semasa di UM. Dan semuanya pasti angkara si senyuman sinis itu. Hanya dia yang banyak menghimpunkan kenangan pahit dalam hidupku sebagai seorang pelajar.

Adakah salah bagiku untuk menyukai seseorang? Rasanya setiap insan didunia ini mempunyai hak yang mutlak kearah itu. Tetapi kenapa Irfan tidak menyedari akan hakikat itu malah sanggup mempersenda-sendakan perasaan suci aku dengan mengatakan aku ini tergila-gilakan dirinya. Aku tidak gila! jauh sekali menyintainya ketika itu. Cuma yang aku tahu, dia sekadar menjadi pemangkin bagi diriku. Aku tidak minta dia untuk membalas rasa hatiku kalaupun ketika itu aku mencintainya. Cukup sekadar menghormatiku sebagai seorang wanita yang tidak rela direndahkan maruahnya. Dan kini aku tidak membenci dirinya tetapi sekadar melayan rasa sakit hatiku. Hanya aku yang tahu akan rasa hatiku…

Tanpa sedar aku terlelap hampir ke dinihari. Mujur juga mama mengejutkanku. Dan berada dalam dakapan mama sejurusnya membuat aku rasa ‘ringan’. Bebas dari masalah dan kenangan lama yang menyesakkan dada dan fikiran.

“Oh,..mama, lamanya Ellea Nur tak jumpa mama” kataku membalas pelukan erat mama.

“Rindunya….” sambungku manja dengan sebuah kucupan di pipi mulus mama. Mama memandangku dengan rupa sedikit pelik.

“Laa..anak manja mama ni, lama apanya tak jumpa, baru minggu lepas tidur dengan mama kan?” ujarnya.

“Alah, lamalah tu mama. Kalau boleh hari-hari Ellea Nur nak tidur dengan mama tau!” balasku panjang.

“Hah iyerlah tu! mama suruh tinggal dengan mama tak mau, nak jugak duduk dekat Bangsar sana tu, entah apa yang ElleaNur suka sangat dekat sana tu pun mama tak tau” balas mama memulakan hobi meleternya yang agak lama aku tak dengar.

“Ermm..mama, papa mana? ElleaNur rindu ni” pintasku cepat. Malas nak dengar mama membebel panjang lagi-lagi kalau dia mengungkit pasal ketidakmahuan aku tinggal bersamanya.

“Sudah pergi mandi cepat, lepas ni kita makan malan bersama. Papa ada dekat bawah tu” sambungnya lagi.

Sewaktu makan malam mama dan papa berbicara mengenaiku. Sampai bila aku hendak menyendiri yang menurut mereka sudah sampai masanya berumahtangga. Tapi bagiku, aku tidak bersedia kearah itu, seakan ada sesuatu yang menghalang aku untuk menerima setiap pinangan yang datang. Sudah kerapkali mama dan papa terpaksa menolak dengan pelbagai alasan. Selepas ini, kata mama dan papa mereka akan menerima sesiapa saja yang masuk meminang. Aku hanya mendiamkan diri, malas memberi sebarang komen. Tambahan pula aku memberitahu mereka yang aku masih tidak mempunyai teman istimewa untuk menyuruh keluarganya datang menyuntingku dari mama dan papa. Bukan tiada lelaki yang ingin mendampingiku, cuma hatiku yang tidak terbuka untuk mereka. Abang Farris sepupuku yang paling rapat sewaktu kecil pun pernah meluahkan perasaannya padaku sedikit waktu dulu. Tapi aku tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang abang. Alia…tolong temanmu ini…rintihku dalam hati.

Rupa-rupanya, minggu itu juga kami ada tetamu khas dari New Zealand. Patutlah mama beriya-iya menyuruhku pulang. Mak Long ku yang menetap di sana pulang bercuti sambil menghantar anak-anaknya yang kebetulan mendapat kerja dan belajar di KL. Abang Farris turut ada memandangkan dia akan mula bekerja di KL kerana tempat kerjanya di NZ membuka cawangan pertama mereka di sini. Manakala adiknya Farissa yang muda 5 tahun dariku pula melanjutkan pelajarannya di UM dalam jurusan Linguistik. Seakan ada pesta di rumah kami dengan kehadiran maklongku sekeluarga yang memang kecoh itu, ditambah lagi dengan telatah Farrisa yang selalu mencuit hati kami semua. Kunjungan mereka juga menamatkan persoalan mama dan papa mengenai jodohku.


Scene 04

Tengah hari ini, Abang Farris telah berjanji untuk menjemputku untuk makan tengah hari. Setelah selesai meeting dengan En. Harris, Irfan dan juga staf-staf dari bahagian Construction, aku bergegas turun ke lobi. Entah apa malang menimpa, aku telah dilanggar ‘lari’ oleh si senyuman sinis. Dia dengan muka sinisnya berlalu membiarkan aku tercengang-cengang lantas jelingan maut aku lemparkan seraya melangkah menuju ke arah kereta Abang Farris yang sedia menanti. Dan apabila aku menoleh, aku lihat ada sepasang mata yang merenung tajam kearah ku dari sekelompak pekerja Sinar Jaya.

Sekembali ke pejabat, aku segera menyudahkan proposal yang diberikan oleh Irfan semasa meeting pagi tadi. Sempat jugak fikiran nakalku mengingati Abang Farris. Boleh tahan juga abang sepupuku itu, kalau tak kuat iman boleh tergoda!. Seingatku umur dia lebih kurang 28 tahun, 3 tahun lebih tua dariku dan rasanya sebaya dengan si senyuman sinis tu. Erm..teringat pulak akan kata-kata mamat sinis itu waktu terserempak denganku selepas sekembalinya dari lunch dengan Abang Farris.

“Hai Cik ElleaNur, baru balik lunch ke?” tanyanya tiba-tiba mengejutkanku yang baru ingin mencapai tombol pintu pejabat.

“Syoknya jumpa buah hati sampai tak sempat nak tengok jam ya” ujarnya lagi. Aku segera melihat jam di tangan. Alamak 2.30pm!

“Err..sorry En. Irfan jalan jammed sikit tadi, tu yang lambat sikit tu” kataku agak gugup.

“Ok, so..I want the proposal that I asked you to prepare this morning on my table at 5pm on the dot!” katanya tegas dan terus berlalu.

“Alamak, matilah aku!” jeritku perlahan.

Dan kerana arahan gilanya itu, aku pulun buat kerja sampai sakit tengkuk dan biji mata nak siapkan proposal, katanya masa meeting nak esok pagi. Tup-tup lepas lunch kata nak hari ni pulak. Benci betul aku! Nasib baik kau tu bos aku, kalau Pak Samad driver papa aku, dah lama aku berhentikan dia. Hehe..tapi sanggup ke aku pecat Pak Samad? Mana boleh, dia kan baik. Tapi yang masalahnya si senyuman sinis ni kejam! Deringan telepon dimeja mematikan kata-kata hatiku yang nakal.

“So, dah siap ke belum?” kata suara dihujung talian tanpa sempat aku ucap hello.

“Ada sikit aja lagi En. Irfan, give me 15 minutes, ok?” jawabku,

“Ok, saya tunggu, tolong cepat sikit” katanya seraya meletakkan ganggang.

Setelah siap aku segera melangkah kebilik Irfan untuk menyerahkan proposal. Tanpa menunggu lama aku melangkah keluar tapi di tahan olehnya.

“Sudah awak pastikan semuanya lengkap,tiada tersalah ejaan?” tanyanya.

“Ya, sudah, kalau tak puashati, En. Irfan boleh double check” jawabku perlahan.

“Ok, I’ll check it later, lagipun tengah hari esok baru kita kena submit kan?” tuturnya sejurus kemudian.

“What?” terpacul soalan dari bibirku. Aku dapat rasakan yang pipi ku semakin menyerlahkan warnanya. Hanya sumpah seranah yang memenuhi hatiku disaat melihat dia mempamerkan senyuman sinisnya itu.

“Tomorrow, I want you to fetch me at 7.30am and drive me to the airport. I have to fly to KK” katanya memberi arahan.

“Eh, En. Irfan, I’m not your driver, lagipun Pak…”

“This is an order! Kan saya dah informed awak yang sometimes you have to work on my personal matters. Lagipun Pak Mail cuti dan saya rasa awak saja yang sesuai untuk menggantikan tugasnya” ujarnya lagi. Dengan perasaan yang mendongkol marah aku melangkah keluar.

Seawal jam 7am aku sudah terpacak di hadapan rumah banglo En. Harris. Dari luar kelihatan Irfan melangkah kearahku dengan sebuah bagasi kecil. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Sengaja aku memandu dengan laju bagi mempamerkan rasa marahku. Dia hanya sesekali mengerling dengan senyuman sinisnya itu. Sebelum berlalu masuk ke dalam airport sempat dia berpesan untuk menjemputnya jam 9.30am. Aku terpempam. Sakitnya hati aku! Ya Allah dugaan apakah ini?

Esoknya, aku sengaja melengah-lengahkan waktu untuk menjemput Irfan. Sesampai di sana ku lihat dia sedang menanti di ruang menunggu dengan muka yang tegang. Tanpaku jemput dia terus membuka pintu dan mengambil tempat di belakang. Ewah..ini sudah lebih, getus hatiku. Tetiba saja darahku tersirap ke kepala.

“En. Irfan, apa you ingat I ni driver, kuli you? You tak habis-habis nak menyakitkan hati I ya En. Irfan. Cukuplah sekali dulu you menghina dan merendah-rendahkan maruah I!” tingkahku agak kuat seraya melangkah keluar dan menghempaskan pintu kereta. Fuh..lega sikit hati aku! Aku lihat Irfan terpinga-pinga keluar dari kereta dan melangkah ke arahku.

“Kenapa you biarkan I menunggu lama? Kan I dah cakap kat you pukul 9.30am, look pukul berapa baru you sampai?” tanyanya marah. 11.30am jawabku dalam hati.

“I ada hal pagi tadi En. Irfan. You tak peduli itu semua bila you suruh I jemput you semalam” ujarku dengan nada yang sama.

“Ini pun nasib baik I ni baik hati nak jemput you, tau tak?” ujar ku lagi.

“Ok let me drive” katanya sambil mengambil tempat pemandu. Dengan muka yang masih bengang aku mengambil tempat duduk disebelahnya. Irfan memandu tenang tanpa sebutir bicara sehinggalah sampai ke rumahnya.

“Terima kasih dan maaf kerana menyusahkan you” katanya perlahan dan melangkah keluar. Aku hanya memandang kosong ke arahnya dan terus memandu pulang. Dan akhirnya seharian aku memerap didalam bilik.


Scene 05

Monolog Irfan

ElleaNur Eizurra…

Nama yang aku rasakan cukup indah, secantik orangnya. Walaupun zahirnya nampak sedikit kasar, tapi dapat aku rasakan ada kelembutan di dalam hatinya. Sungguh..dulu aku tidak nampak semua itu walau perasaan hatiku sedikit tersentuh tatkala mengetahui dia menyukai diriku di dalam diam. Tapi ego aku yang kuat menafikan haknya. Dan sanggup pula aku mencalarkan harga dirinya di khalayak ramai. Kejamkah aku? Namun, itu kisah 5 tahun yang lalu yang cuba aku padamkan dari ingatan. Tapi mampukah aku memadamkannya dalam lipatan sejarah yang menyentuh hati kecilku. Dapat aku rasakan satu perasaan halus yang menyelinap ke dasar tangkai hati tatkala dia mengucapkan terima kasih dengan suara yang lirih sebelum berlalu pergi. Tapi, perasaan itu aku pendamkan dan aku pamerkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati dan reaksi-reaksi yang membuat dia bertambah benci akan diriku. Aku pun tidak menyangka yang kami akan bertemu kembali disaat aku hampir berjaya menyingkirkan namanya dari hatiku. Semuanya gara-gara mama memperkenalkan kami sewaktu kenduri akikah anak abang long. Kebetulan pula dia juga bekerja di syarikat papa dan itu yang semakin mendekatkan aku dengannya. Tapi aku tetap dengan egoku seolah-olah tidak tergugat akan kemunculannya di dalam kehidupan seharianku. Sentiasa saja aku pamerkan sunyuman sinis dan melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hatinya. ElleaNur Eizurra. Walaupun semua orang memanggilnya Eizurra, tapi aku senang sekali dengan panggilan ElleaNur. Dapat aku rasakan nama itu mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri. Lagipun lidah aku ni liat betul nak sebut Eizurra!

::You're My Everything-Santa Esmeralda::

Na na na na ...
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky

Tell me I'm in love, when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head in a spin
Deep with in I'm in love

You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear
For I am near when I hold you tight
there's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yes, so strong my love

You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I'll swim within oceans sweet and warm
There's no storm my love



Monolog ElleaNur

Kenapa? Kenapa dia selalu menyakitkan hatiku? Selalu menyusahkan hidupku? Mengganggu ketenteraman hatiku? Irfan..aku jadi lemah akan nama itu. Tidakkah dia tahu aku hanya manusia yang sememangnya dilahirkan dengan perasaan untuk mencintai dan dicintai. Aku tidak minta dia membalas cintaku. Cukup hanya aku yang menyintai dia seorang. Ya, walau dulu memang perasaan itu telah lenyap tapi tanpa aku sedari ianya datang lagi. Tambahan pula, hampir setiap hari kami pasti berjumpa. Sungguh! telah aku cuba menyekat perasaan itu, selalu mempamerkan sikap, perasaan jengkel dan dingin dengannya, tapi hanya aku yang tahu rasa hatiku. Kini, hatiku tidak lagi tenang sekembali menjemputnya dari airport pagi tadi. Seakan terngiang-ngiang ucapan terima kasih dan maaf darinya. Ada lirih di dalam sebaris ucapan itu dan wajahnya yang keruh sungguh menyentuh hatiku. Ya Allah apa yang perlu aku lakukan. Aku tak mampu selamanya memendam perasaan yang kian bercambah ini. Bait-bait lagu Dayangku Intan dari corong radio dihujung bilik menerjah ke kotak fikiranku..



::Semakin hari semakin sayang-Dayangku Intan::

Ku pendamkan hasrat hati yang mencintaimu
Kerna aku takut untuk terus terang
Bimbang aku bimbang jika kau tak sudi
Oh..tentu aku malu
Bagaimana nanti ku harus harungi

Kenyataan..Kenyataan
Harap kasih..harap kasih
Tapi sayang tiada balasan
Kecewa sedih

Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidahku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang
Kepadamu

Kenyataan..Kenyataan
Harap kasih..harap kasih
Tapi sayang tiada balasan


Scene 06

Minggu berikutnya aku pulang kerumah keluargaku. Aku tiada semangat untuk pergi kerja. Melalui En. Harris, aku mengambil cuti selama 5 hari. Aku seolah-olah bagai orang yang patah hati. Berada di samping mama dan papaku membuat aku rasa ‘hidup’ walau pada hakikatnya perasaanku telah lama gundah gulana akibat terlalu memendam perasaan. Tapi aku harus bangkit mengenangkan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan. Akan aku cuba membuang perasaan itu jauh-jauh kerana aku sedar jika Irfan mengetahuinya, sudah pasti dia akan menempelak aku sekali lagi. Kini aku berazam untuk tidak membenarkan hatiku di sakiti dan maruahku di permainkan sekali lagi oleh Irfan. Akan aku cuba untuk melarikan diri sejauh mungkin darinya tetapi tidak sekali-sekali aku berundur dari Sinar Jaya kerana itu akan menunjukkan kelemahanku sekaligus memberikan kemegahan kepada Irfan. Tidak sekali-sekali! Kadangkala terselit juga dihatiku untuk menundukkan Irfan, buat dia tergila-gilakan diriku, kemudian aku pergi meninggalkannya. Tetapi, untuk apa itu semua jika ianya turut menyakitkan hati aku sendiri.

Tanpa di sangka-sangka, petang ahad itu sewaktu aku sedang mengiringi Abang Farris ke kereta untuk pulang setelah bertandang dihujung minggu, Irfan datang berkunjung. Kedatangannya menimbulkan tanda tanya dibenakku dan juga mama. Aku lantas memperkenalkannya dengan Abang Farris dan menjemputnya ke halaman untuk minum petang.

“Kenapa cuti tak inform I” tanyanya sebelum aku sempat aku memperlawanya untuk duduk.

“I ada informed En. Harris” jawabku pendek.

“Siapa bos you?” tanyanya lagi.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menyambut huluran hidangan petang daripada Mak Kiah, pembantu rumahku.

“Jemputlah minum, air bujang aja” perlawaku perlahan.

Irfan hanya mendiamkan diri sebagaimana aku. Tiba-tiba terdengar suara mama dari dalam rumah.

“ElleaNur, jemputlah kawan tu masuk kedalam!” jerit mama agak kuat.

“Bukan kawan ma, tapi bos ElleaNur” sahut ku agak kuat.

“Hmmm..ElleaNur, bukan Eizurra?” soalnya dengan kening yang sengaja dimain-mainkan. Ada seulas senyuman sinis diwajahnya. Senyuman yang sangat aku benci.

“ElleaNur tu just untuk orang-orang yang I sayang, yang dekat dengan I” terangku memandang wajahnya selamba.

“ElleaNur…” panggilnya.

“Eh, sorry, untuk you Eizurra ok?” ujarku memintas percakapannya.

“Kenapa you datang rumah I” soalku terus.

“Melawat you, ingatkan you sakit” jawab Irfan pendek, selebihnya dia rindu untuk menatap wajah mulus didepannya itu.

Aku kembali kepejabat seperti biasa pada minggu berikutnya. Terlalu banyak tugas yang terpaksa aku siapkan setelah lama bercuti. Rakan-rakan pejabatku heboh bertanya kemana aku menghilangkan diri dan aku hanya tersenyum sumbing memberikan jawapan. Ada tugas yang perlu aku segera lakukan pagi ini, mengemas pejabat Irfan. Sudah seminggu lamanya aku tidak melakukan rutin ku itu. Entah apa telah jadi dengan bilik mamat itu agaknya. Dia bukannya boleh diharap sangat, pemalas! Yang dia tahu hanya hendak menyerak, getusku dalam hati. Sedang aku leka mengemas dan menyusun fail-fail yang tunggang langgang di rak belakang meja Irfan, tiba-tiba terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Aku berpaling dan bertentangan dengan Irfan dengan jarak yang sangat dekat. Kami bertatapan seketika dan apabila menyedari akan hakikat sebenar, muka ku merona merah. Dan dia aku lihat hanya tersenyum sinis lantas kembali berpusing ketempat duduknya. Tanpa berlengah lagi aku segera mengatur langkah untuk keluar.

“Awak belum habis kemaskan fail-fail saya lagi Cik ElleaNur” ujarnya.

“Sila kemaskanya sekarang” sambungnya lagi. Tanpa membalas aku terus menyambung menyusun fail-fail yang cuma tinggal sedikit itu.

“ElleaNur, awak masih sukakan saya kan?” tanya Irfan tiba-tiba. Aku jadi gugup dan kelu dengan pertanyaannya. Kalau tak jawab pasti dia akan menganggap yang aku masih sukakannya.

“Itu cerita lama En. Irfan. Sudah lama saya lupakanya. Lagipun sekali maruah dan hati saya dipermainkan tak mungkin saya akan membiarkannya berulang kembali” jawabku mendatar.

“Tapi saya dapat lihat dengan jelas akan perasaan itu sebentar tadi” ujarnya sambil mengetuk-ngetukan pen di atas meja. Ya Allah, adakah dia nampak akan perasaanku yang sebenar? Terpamer sudahkah rasa hatiku yang terpendam sekian lama? Aku berteka-teki sendiri sambil memikirkan kata-kata seterusnya bagi menyangkal dakwaannya itu.

“Itu hanya perasaan En. Irfan saja. Jangan sesekali En. Irfan cuba mempermainkan maruah dan hati saya!” kataku seraya berlalu keluar.

“Tea-O, please” katanya agak kuat.

Yes! Aku pasti akan perasaannya padaku saat ini. Getus hati Irfan girang. Dapat aku lihat dari tatapan mata bening itu sebentar tadi walau sedaya upaya cuba disangkal oleh ElleaNur. Sengaja aku mendekati dia secara diam-diam kerana hatiku begitu meronta untuk berada dekat dengan dirinya. Serasa dapat kucium haruman yang dipakai diselang-seli dengan hembusan nafasnya yang gemersik. Sunggguh indah! Akan ku pastikan dirinya menjadi milikku. Kau takkan kecewa ElleaNur. Akan aku cuba baluti luka hatimu yang disebabkan oleh lukaku 5 tahun lalu. Tidak perlu lagi kau menyembunyikan rasa hatimu lagi dengan kebencian yang cuba kau pamerkan padaku. Aku tetap milikmu. Itu janjiku.

Gila! Mamat tu memang dah gila! Dia sengaja mempermainkan aku sebentar tadi. Sungguh..aku tak sedar bila masanya dia masuk ke dalam biliknya. Sedar-sedar aku terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Yang aku tahu apabila mata bertatapan hatiku berlagu riang. Saat itu sungguh indah seperti pertama kali aku bertatapan mata dengannya 5 tahun yang lalu sewaktu sesi pendaftaran pelajar baru. Mujur aku cepat sedar akan hakikat sebenar. Tapi aku juga seolah-olah dapat melihat perasaan yang sama dimatanya sepertimana sinar yang terpancar dimataku. Mungkinkah dia? Ah, mesti dia sengaja ingin mempermainkan diriku! Pedulikan, kita tengoklah nanti siapa yang mainkan siapa Irfan!

“Hello, Julia keluar dengan I malam ni, kita jumpa dekat tempat biasa pukul 8.30pm ok?” tutur Irfan agak kuat apabila terpandang wajah ElleaNur dimuka pintu. Terpancar riak gembira diwajahnya tatkala melihat ElleaNur melangkah masuk membawa minuman untuknya.

“Ok, letak kat situ” katanya tanpa memandang ElleaNur.

“Oklah Julia, jumpa you malam nanti, I ada banyak benda nak cerita dengan you, ok miss you, bye” tuturnya ceria lantas meletakkan ganggang.

ElleaNur hanya menjeling sekilas dan melangkah keluar. Sahlah dia memang mempermainkan aku pagi tadi. Jaga kau Irfan! akan aku pastikan kau tunduk merayu padaku suatu waktu nanti. Kata hatinya geram.

Aiks..tak ada respon pun! Getus Irfan dalam hati.


Scene 07

Malam itu aku menemani Abang Farris membeli belah di Mid Valley. Katanya ingin mencari hadiah untuk Mak Long yang akan menyambut hari lahir yang ke 53 tahun. Setelah mendapatkan barang yang dihajati kami pergi makan di Jalan Telawi yang sememangnya menjadi tempat favourite aku semenjak zaman kegemilangan di UM lagi. Kami menikmati makan malam yang diiringi pemuzik jalanan yang aku cukup kagum kerana mereka mempunyai bakat seni yang luarbiasa. Sedang aku enak memerhatikan pemuzik jalanan itu mengalunkan lagu ‘Sway’ dari Michael Buble mata ku tertancap pada sepasang mata tajam yang sedang merenung kearahku dari arah bertentangan. Aku seraya memberi senyuman kecil dan menundukkan wajah dan berpura-pura berbual mesra dengan Abang Farris. Sesekali mata kami berlaga apabila aku memandang ke depan. Mujur juga Abang Farris tidak perasan. Mungkin itukah perempuan yang bernama Julia, bisik hatiku. Tapi kenapa perempuan itu membiarkan Irfan terus merenungku? Atau mungkin juga dia memang tidak perasan. Mustahil dia tidak perasan sebagaimana Abang Farris kerana aku tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mencurigakan. Aku hanya selamba, buat-buat tidak nampak sedangkan Irfan merenungku terus!

Seawal pagi, aku dan Irfan pergi melawat tapak projek di Sungai Buluh. Hampir separuh hari baru kerja-kerja kami selesai. Berjalan beriringan di bawah cahaya matahari yang agak terik untuk menuju ke arah kereta tanpa sebarang butir bicara membuat aku rasa masa sangat panjang. Fikiran aku melayang mengingati peristiwa malam tadi di Jalan Telawi. Ada debaran dihatiku setiap kali mata kami bertentang. Debaran didada ku sudah pasti mempunyai makna disebaliknya dan mungkinkah turut dirasai oleh si senyuman sinis di sebelahku ini? Soal hatiku lantas berpaling melihat Irfan yang kebetulan turut memandangku. Dia tersenyum kecil. Pelik sungguh senyumannya kali ini. Ya, senyumannya sungguh manis, tiada sinisnya lagi. Yang itu aku pasti! Tapi kenapa? Hendak menggoda aku lagikah seperti semalam? Atau sengaja mempermainkan aku? Getus hati kecilku.

“You selalu makan di Jalan Telawi?” soalnya kemudian.

“Ermmm..salah satu tempat favourite I, lagi pulak ada pemuzik jalanan. I love it!” terangku agak panjang. Terselit sedikit senyuman dibibirku.

“Dan you, selalu ke pergi situ?” tanyaku pula.

“Yup, I pun suka jugak dengan pemuzik kat situ, very interesting” balasnya dengan senyuman. Ceewah..dah pandai senyum manis pulak mamat ni! Manalah dia belajar agaknya eh? Terubat juga hatiku yang kempunan dengan senyuman manisnya itu.

“Semalam yang dengan you, Farris sepupu you tu ke?” soalnya pula.

“You ada apa-apa ke dengan dia?” soalnya terus. Aku mengerutkan dahi, hairan!

“Yang dengan you semalam Julia ke?” soalku tanpa menjawab soalannya.

“Mana you tahu nama dia Julia?” soalnya pula dengan senyuman sinis. Aiks..hilang dah senyuman manis awak iyer En. Irfan, getus hatiku. Aku hanya membiarkan soalannya dan soalanku berlalu begitu sahaja kerana masing-masing menuju ke kereta tanpa sepatah kata.

Sepanjang minggu ini, mood Irfan sungguh di luar dugaan. Hari-hari ada saja yang menjadi mangsa kemarahannya. Dan mangsa yang paling teruk adalah aku. Silap kecil pun mencetuskan kemarahan yang besar padanya. Hingga air tea-o yang aku buat macam selalu tu pun dia kata tawar lah, terlebih manislah, sampai dua tiga kali aku terpaksa membuatnya kembali. Dan tengah hari itu, entah tabiat apa yang melanda, Irfan mengajak aku mengikutnya untuk keluar makan tengah hari. Aku hanya mengekorinya sehinggalah ke tempat parking kereta. Tanpa menunggu dia memperlawa, aku masuk mengambil tempat disebelahnya. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Melihatkan air mukanya yang tegang aku mematikan hasrat untuk bertanya kemana arah tujuan kami. Tetapi perasaan ingin tahuku tidak dapat dibendung tatkala mendapati lorong yang kami lalui seperti pernah aku lalui beberapa kali sebelum ini.

“Kita nak kemana ni En. Irfan?” tanyaku agak sedikit cemas.

Tiada jawapan yang aku terima melainkan secebis senyuman sinisnya. Dia membelok masuk ke dalam sebuah rumah banglo yang amat aku kenali. Ya Allah, biar betul dia ni. Bukankah ini rumah En. Harris?. Untuk apa dia membawaku kemari? Tanyaku pada diri sendiri. Aku memandang keluar tatkala terdengar bunyi ketukan dicermin tingkap.

“Awak tak nak keluar ker?” pertanyaan dari Irfan mematikan segala persoalan dibenakku. Aku hanya memandangnya dengan muka bengang, sengaja mempamerkan kesakitan hatiku saat itu. Tanpa sepatah kata aku mengekori dia masuk kedalam.

“Hah Irfan, kamu sudah sampai, lama mama tunggu” tiba-tiba kedengaran suara Pn. Maryam dari dapur.

“Tak sabar mama nak jumpa bakal menantu mama tu” katanya lagi tanpa menjegukkan muka. Aku yang mendengar secepat kilat memandang muka Irfan dengan muka yang mula menyerlahkan warnanya. Perasaan malu dan marah bercampur menjadi satu perasaan yang sukar aku gambarkan. Bengang, geram , benci, malu dan sakit hati aku rasakan memenuhi segenap hatiku saat itu. Dan mamat itu aku lihat hanya selamba mempamerkan muka selamba badaknya. Apa ingat hensem sangat ke kalau badak tersenyum sinis begitu? Getus hatiku geram.

“En. Irfan! Apa semua ni?” bentak ku kuat.

“Apa maksud you…” belum sempat ku berkata Pn. Maryam muncul dari dapur bersama hidangan di tangan. Ada senyuman diwajah tua itu.

“Laa…Eizurra ker?” tanya Pn. Maryam sambil tersenyum menjeling Irfan di depannya. Aku terpaksa memaniskan muka dan tunduk menyalami Pn. Maryam dengan perasaan sebal. Sekilas jelingan tajam aku hadiahkan kepada Irfan di sisi mamanya. Menyampah!

“Makcik apa khabar?” tanyaku sekadar berbasa-basi.

“Alhamdulillah sihat” jawabnya sambil tersenyum lebar.

“Mari kita makan, dah lewat ni, nanti sejuk pulak hidangan yang makcik masak special untuk bakal menantu makcik ni” ujarnya panjang. Aku sekadar mengeluh kecil memandang muka Irfan dan menuruti langkah Pn. Maryam. Nasib baik mama awak ada En. Irfan… kalau tidak… getus hatiku geram. Kami sekadar menikmati hidangan tengah hari itu bertiga kerana yang lain semuanya mempunyai urusan di luar. Aku lebih banyak mendiamkan diri dan sesekali menjawab pertanyaan Pn Maryam. Irfan hanya sekadar jadi pemerhati antara kami berdua dan sesekali menyampuk perbualan kami.

“Irfan suka makan asam pedas Johor tau Eizurra, lagi pulak kalau ada ulam raja” Pn. Maryam mula bercerita mengenai anak terunanya yang aku benci tapi….

“Hah, so you kenalah belajar dengan mama I, ElleaNur” sampuknya tiba-tiba. Aku buat muka selamba. Peduli apa aku kalau kau suka asam pedas Johor! Alah tak payah belajar pun aku dah memang expert. Nasib baik kau tak suka kari, mampus aku tak reti! Nak perah santan pun dah sengsara. Aku tersenyum gelihati.

“Lagi satu I paling suka kari daging” tambahnya lagi seolah dapat membaca kata hatiku tadi. Alamak… alah lagipun sapa yang nak jadi bini awak En. Irfan! Jangan perahsantan ler… gumamku.

“Oh..iyer ker?” tanyaku sekadar memberi respon. Seketika otakku geliga mencari helah mengenakan Irfan.

“Nampaknya saya tak bolehlah jadi menantu makcik. Saya memang tak suka kari. Masak lagilah pulak” ujarku perlahan memandang muka Irfan yang sedikit berubah. Mungkin terasa ‘penolakan’ aku sebentar tadi.

“Takpa boleh belajar dengan makcik” sampuk Pn. Maryam. Irfan tersenyum sinis dan meninggalkan ruang makan. Selesai makan aku menolong Pn. Maryam mengemas meja dan mencuci pinggan kotor.

“Cik. ElleaNur, you tak nak balik office? Dak tak sabar nak tinggal kat rumah ni ke?” sapa Irfan tiba-tiba. Entah bila dia menuju ke dapur ini aku tak perasan. Aku hanya menjeling memaparkan wajah bengang. Suka sangat menyakitkan hati aku!

“ Jangan harap I nak terima you En. Irfan, tak sudi I nak mengadap muka you tu!” kataku agak keras.

“Betul ni? Tapi I akan pastikan muka I jadi tatapan you hari-hari” ujarnya bersahaja.

“Sehari you tak lihat muka I, tau lah apa yang akan you rasa nanti” Irfan menambah seraya meninggalkan aku disitu. Tiba-tiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan, pantas aku berlari mendapatkan Pn. Maryam meminta diri.


Scene 08

Minggu depan mama menyuruhku mengambil cuti selama seminggu. Ada hal penting yang memerlukan kehadiran diriku katanya. Malas bertanya lanjut aku segera mengisi borang cuti dan meletakkannya di atas meja Irfan. Selepas lunch, Irfan memanggilku berjumpa dengannya. Ini mesti pasal permohonan cuti aku, minta-mintak lah approved, bicara ku sambil melangkah ke pejabatnya.

“Buat apa awak apply cuti lama-lama ni, nak kahwin?” soal Irfan serius dengan seulas senyuman sinisnya. Seketika hatiku berdegup kencang. Mungkinkah mama? Terngiang-ngiang kata-kata mama dan papa padaku sebelum ini. Ah mustahil!

“Family problem En. Irfan” jawabku memberi alasan. Aku pun tak pasti apa masalah keluargaku sehingga mama beriya-iya suruh aku ambil cuti begitu panjang. Ingin bercutikah? Menurut mama penting, bercuti penting sangat ke? Fikirku sambil mengerutkan kening.

“Problem apa?” soalnya ingin tahu.

“Saya pun tak pasti En. Irfan” jawabku perlahan. Kalau aku tahu pun takdenya aku nak bagi tahu kau, getusku hatiku nakal.

“So, approved ke tak ni En. Irfan?” soalku tak sabar.

“Ok, tapi jangan lupa jalan pulang pulak nanti!” katanya sedikit tegas. Mestilah aku luluskan, family problem awak tu ada kaitan dengan saya! Tapi betul ke yang dia tak tau langsung pasal problem tu?

“What mama?” soalku lantas tersandar lemah di sofa. Seakan bergegar otakku saat mendengar perkhabaran dari mama setibanya aku dirumah petang itu. Patutlah hatiku berdegup hebat sewaktu Irfan mempersoalkan tentang permohonan cutiku semalam. Mungkinkah Irfan dapat merasakan apa yang aku rasa saat ini? Ah mama!

“Kenapa mama tak minta persetujuan ElleaNur dulu? Mama ni memang tau!”, tuturku marah. Mama ni memang sengaja mendera aku! Suka-suka dia saja pergi terima pinangan dari kawan lamanya. Dan lebih malang lagi majlis pertunangan akan diadakan dalam minggu ini juga. Aku tak bersedia mama! Jeritku dalam hati. Ingin membantah, semua persiapan telah diatur. Barang hantaran sudah digubah, catering telah dtempah, pada kaum keluarga telah dihebah, aku yang parah! Bagi menunjukkan rasa marah aku memberontak didalam diam. Seharian aku berkurung didalam bilik menangisi nasib diri. Puas mama dan papa memujuk namun semuanya aku tak layan, perut yang lapar aku tahan. Tapi keesokan paginya aku redha akan apa yang telah tersurat oleh Tuhan. Itupun setelah semalaman aku befikir dan memujuk diri supaya menerima pertunangan ini. Siapakah gerangan jejaka malang itupun aku tak ambil pusing asalkan mama dan papa gembira. Itu sudah memadai bagi diriku yang kerdil ini, membalas budi mereka yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.

Majlis pertunanganku berlangsung dengan suasana yang agak meriah memandangkan aku anak tunggal mama dan papa. Majlis sarung cincin akan dilakukan sekitar pukul 3.30pm. Selepas zuhur aku telah didandan simple oleh Mak Andam yang dipanggil oleh mama. Kiranya semua persiapan diriku dari memilih baju dan hantaran ditentukan oleh mama setelah aku menolak untuk melibatkan diri. Cukuplah sekadar aku meminjamkan jari manisku yang runcing ini , kataku pada mama semasa memberi persetujuanku semalam. Wakil dari pihak lelaki telah sampai dan kini tiba saat untuk menyarungkan cincin, tanda aku telah menjadi milik orang. Di saat aku mendongak menantap wajah perempuan separuh umur yang ingin menyarungkan cicin dijari manisku, lidahku kelu, otakku membeku. Dapat aku rasakan mukaku mula merona merah menahan getaran perasaan geram. Pn. Maryam kulihat tersenyum manis sambil tunduk mendekati telingaku.

“Terima kasih kerana sudi terima Irfan. Eizurra sungguh cantik hari ini” bisiknya perlahan. Irfan….jeritku kuat didalam hati… seakan bergegar seluruh isi anggota badanku. Patutlah dia tanpa banyak soal meluluskan cuti aku. Dan mulai hari itu bermulalah hidupku sebagai tunangan orang yang menurut kata mama perlu menjaga batas pergaualan terutamanya dengan lelaki selain dari Irfan. Aku bagaikan tidak sabar untuk kembali ke pejabat kerana ada sesuatu yang perlu aku hamburkan!

Dan hari itu, sejurus Irfan muncul di pejabat, aku segera meredah masuk ke biliknya dengan perasaan membara yang aku pendam beberapa hari. Dia yang agak terperanjat dengan kemunculanku hanya memandang sepi. Mungkin sudah menjangkakan akan reaksi dan tindakkan aku padanya hari ini.

“So, puaslah hati you sekarang En. Irfan!” kataku mula menghamburkan kemarahan. Wajah selamba Irfan aku tenung tajam, bagaikan ingin aku telan hidup-hidup! Tetapi tatapan redup sepasang mata Irfan mematikan segala yang terbuku dihatiku.

“Siapa suruh you pandai-pandai hantar pinangan ke rumah I?” tanya ku dengan suara yang tinggi. Biar Irfan tahu, bukan mudah untuk aku menerima dirinya dan pertunangan ini secara mendadak begini. Terasa diri tertipu dengan permainan Irfan.

“Irfan sayang..kenapa you nak marah sangat ni?” ujarnya seraya memandang ke jariku. Aku mencebik, tak ingin aku panggil kau Irfan! Desis hatiku marah.

“Mana cincin tunang kita?” tanyanya mendatar.

“Dekat rumah, simpan dalam peti besi!” jawabku selamba. Dia hanya ketawa kecil.

“Hei sayang juga you kat cincin tu ya. Tak sia-sia I pilih sendiri. Tapi I bagi bukan untuk disimpan Cik. ElleaNur sayang…” ujarnya panjang sambil mundar-mandir di belakangku.

“I takkan memakainya selagi tak dapat menerima dan menyayangi you En Irfan..dan kalau perlu kita putuskan saja pertunangan ini” balasku lantas bangun tapi segera tanganku ditarik kasar oleh Irfan. Wajahnya bertukar merah dan matanya merenungku tajam.

“Tolong jangan cabar kesabaran I ElleaNur!” tingkahnya kuat.

“Mulai hari ini, I tak mau dengar perkataan Encik lagi faham? Ok now you can get out!” arahnya kuat.

“Err..tangan I En… lepaskan tangan I Irfan!” kataku lantang.

Sungguh! Pada mulanya Irfan seakan tidak percaya pinangannya akan diterima oleh keluarga ElleaNur. Dia hanya mencuba nasib selepas dipastikan yang kemungkinan dia mempunyai peluang yang cerah untuk berada di hati wanita pujaannya itu. Hatinya yang sarat dengan rasa cinta terhadap ElleaNur bagaikan tidak dapat di tahan lagi lalu, kedua ibubapanya didesak supaya pergi kerumah keluarga ElleaNur di Kajang. Dan, secara kebetulan pula, mama ElleaNur, Pn. Raihana merupakan kawan baik mamanya di zaman persekolahan mereka dahulu. Jadi, segala urusannya menjadi bertambah mudah. Segera majlis pertunangan diatur atas permintaan keluarga ElleaNur sendiri. Tapi, mengapa ElleaNur tidak bersetuju dengan pertunangan ini. Dia membantah didalam diam, dan pagi ini terbukti yang sememangnya ElleaNur tidak bersetuju akan ikatan ini. Walau hatinya sedikit tersentuh dengan tindakkan ElleaNur tadi, Irfan berjanji akan cuba untuk memenangi hati ElleaNur, akan dibajai sekeping hati itu dengan rasa cintanya yang tulus lagi suci. Semoga suatu hari nanti ElleaNur sedar akan perasaannya itu.


Scene 09

Kini usia pertunangan aku dengan Irfan menjangkau usia 2 bulan dan ianya masih berjaya aku simpan tanpa diketahui oleh rakan-rakan pejabatku. Hanya Alia seorang temanku yang tahu. Itupun setelah aku menjemputnya di saat-saat akhir kerana aku perlukan seseorang untuk memberi kekuatan untuk menghadapi majlis itu. Aku masih bersikap dingin dengan Irfan. Cincin platinum permata satu masih terdampar di dalam laci meja solekku. Belum ada keinginan untuk memakainya walau sesekali hatiku bagaikan meronta untuk menyarungkannya di jari manisku. Tapi ego aku menyekat keinginan yang satu itu, rasa sakit hati sewaktu dia memalukan aku 5 tahun lalu masih lagi bersisa. Aku mahu mengajar Irfan supaya lebih menghargai perasaan wanita dan bagaimana rasanya jika kasih ditolak walau hakikatnya aku sudah dapat menerima kehadiran dirinya sebagai tunanganku. Sehingga kini aku masih gunakan gelaran Encik dipangkal namanya di hadapan staf-staf yang lain walau telah beberapa kali ditegaskan oleh Irfan. Aku hanya berani meninggalkan gelaran itu di saat berada berdua dengannya. Jika tidak dia pasti tidak akan melayan sebarang pertanyaanku walaupun yang berkaitan dengan kerja. Tidak profesional langsung!

Pagi itu, Abang Farris menawarkan diri untuk menghantarku ke pejabat kerana tayar kereta aku pancit sewaktu pulang dari rumah mama semalam. Kebetulan laluan kami sememangnya sama. Sewaktu turun dari kereta aku terpandangkan Irfan dilobi menunggu lif. Dia memandangku dengan muka yang masam. Aku menghampirinya seraya mengucapkan selamat pagi, tetapi tiada balasan dari Irfan.

“Kenapa dia yang hantar you, mana kereta you?” soalnya apabila kami melangkah ke dalam lif. Aku menekan butang 15 dan menoleh kearahnya.

“Pancit” jawabku pendek, tiada mood untuk berbicara lebih lanjut.

“Kenapa tak bagitahu I?, kenapa suruh dia yang jemput you?” tanyanya terus. Aku hanya mendiamkan diri, selamba membelek-belek diri dari cermin didalam lif itu. Cantik! Hehe perasan! Irfan mencebikkan bibir memandang kearahku.

“Petang nanti balik dengan I, lagipun mama I suruh you datang rumah malam ni. Lagi satu, jangan nak perasan cantik, dah takde sape yang nak dengan you tu!” ujarnya seraya melangkah keluar dari lif. Peduli apa aku! Tak cantik pun kau nak jugak kat aku ni! Getusku geram lalu mengekori Irfan dari belakang menuju ke arah pintu masuk. Malas membantah, petang itu aku pulang dengan Irfan.

“Irfan, you hantar I balik rumah dulu, I nak mandi dan tukar pakaian” ujarku sebaik duduk disebelahnya, tanganku pantas menghidupkan radio dan aircond kereta BMW biru metalic Irfan. Panas! Irfan menghalakan aircond kearahku.

“Kenapa? Tak selesa?” tanyanya seraya menjeling sekilas kearahku. Aku hanya menganggukkan kepala. Mana mungkin aku berjumpa Pn. Maryam dengan skirt separas lutut begini, getus hatiku.

“Kenapa tak pakai baju kurung? Kan lebih manis sikit” katanya tersenyum kecil. Semenjak bertunang, senyuman sinisnya hampir lenyap dari pandanganku. Yang ada hanya senyuman manis yang dihiasi lesung pipit kecil di pipi kirinya. Itu yang membuatkan hati dan perasaan aku kadangkala berbelah bagi.

“I tak tahu nak pergi rumah you malam ni” terangku jujur. Lagipun aku sudah biasa berpakaian korporat setiap hari isnin. Baju kurung hanya ku pakai setiap hari Jumaat, itupun kalau tidak kena pergi ke site. Selebihnya aku selesa berseluar panjang.

Rupa-rupanya malam itu, Pn. Maryam menjemputku untuk mencuba resepi terbarunya yang dipelajari dari mama, mee rebus Johor.

“Macamana rasanya Eizurra? Sama dengan yang mama kamu masak tak?” tanyanya tidak sabar untuk tahu hasil masakannya. Aku mengangguk walaupun rasanya ‘kurang’ sikit dari masakan mama. Namun untuk menjaga hatinya aku rasa patut untuk berbuat demikian. Irfan memandangku sambil mengeyitkan mata dan tersenyum kecil. Aku hanya mengerutkan kening dan mencebikan bibir. Selesai menjamu selera aku mencuci pinggan di singki sambil melayan perasaan. Tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang, aku terjerit kecil.

“Hei, I lah” ujar Irfan perlahan.

“Irfan! Behave yourself ok? Jangan nak mengada-ngada, I tak suka!” bentakku kuat.

“Siapa suruh Farris hantar you pergi kerja hari ini? I geram tau tak?” katanya seraya mengeratkan pelukan di pinggangku.

“I punya sukalah nak suruh siapa pun hantar I” ujarku sambil cuba melepaskan diri dari Irfan yang mula mendekatkan mukanya diwajahku. Tiba-tiba sebuah ciuman hinggap di pipi kananku lantas aku berpaling dan sebuah lagi kucupan di pipi kiriku.

“Irfan..you ni dah melampau tau tak!” jeritku agak kuat dengan muka yang merona merah, terkejut dengan tindakkan berani Irfan.

“So, jangan berani you keluar dengan Farris atau lelaki lain tanpa keizinan dari I. Ingat you’re my fiance!” katanya memberi arahan.

“You tiada hak untuk melarang I berkawan dengan siapa-siapa pun yang I suka!” tingkahku memandang tajam ke wajah Irfan.

“Read my lips, I TUNANG YOU, jangan sesekali cabar kelelakian I ElleaNur!” ujarnya dengan wajah tegang lantas berlalu keluar ke ruang tamu. Eleh baru tunang, bukan laki akupun, getus hatiku lantas meneruskan kerja mencuci pinggan yang tergendala sebentar tadi. Syok pulak kena peluk cium, getus hatiku nakal.

Semasa perjalanan balik aku meminta Irfan untuk membantuku menukar tayar keretaku yang pancit tetapi dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang persetujuan.

“Tak mengapalah mungkin Abang Farris boleh membantu I” kataku perlahan, sengaja memancing reaksi dari Irfan. Irfan segera memberhentikan keretanya dibahu jalan dan memandangku tajam dengan wajah yang mula merona merah. Mungkin marah dan tersinggung dengan kata-kataku tadi.

“Apa you ingat I tak boleh tolong you? kenapa mesti you menyakitkan hati I ElleaNur.. atau you masih tak boleh menerima I lagi, masih berdendam dengan I lagi.. hmmm?” soalnya dengan keluhan yang panjang. Aku tunduk membisu lantas melarikan pandangan dari wajah Irfan yang tegang menahan kemarahan. Setelah keadaan agak reda dia meneruskan perjalanan. Hanya kedengaran bunyi radio yang perlahan mengiring perjalanan kerumahku.

“Esok pagi I jemput you. Kereta you, esok petang I arrangekan mekanik untuk baikinya” tutur Irfan tanpa sedikit pun memandang kewajahku. Dia segera berlalu pulang, membiarkan aku dengan perasaan bersalah yang bersarang di dalam hati.


Scene 10

Tanpa sedar, usia pertunanganku dengan Irfan menjangkau 5 bulan. Kalau mengikut perjanjian majlis perkahwinan aku dan Irfan akan dilangsungkan dalam masa lebih kurang 4 bulan lagi. Tetapi mama memberitahuku pihak lelaki ingin mempercepatkan tarikh pernikahan kami dan persandingannya sebagaimana yang telah dipersetujui semasa majlis pertunangan dulu. Nikah gantung! Bolehkah aku menerima kehadiran Irfan sebagai suamiku dalam masa terdekat ini? Tidakku nafikan aku sudah mula menerima Irfan dan juga menyayanginya sepenuh hati, cuma egoku menghalang aku untuk mempamerkannya secara terbuka di depan Irfan. Sehingga kini, aku masih belum memakai cincin pertunangan kami walau kerapkali dipersoal oleh Irfan. Cincin itu hanya tersarung apabila aku pulang kerumah mama ataupun berkunjung ke rumah Irfan, itupun bagi mengelakkan kontroversi. Tapi kini hatiku bagaikan meronta untuk menyarungkannya. Ya! Sudah tiba masanya aku memberikannya hak untuk menghiasi jari manisku yang sekian lama mendambakannya. Dan yang lebih penting, aku mahu Irfan menyedari bahawa aku sudah mula menyayangi dan bersedia menjadi hak mutlak dirinya. Itu janjiku padanya diawal pertunangan kami.

“Good morning Rina, Azman, Syikin” sapaku ceria mengorak langkah kebilik pejabat. Semenjak malam tadi moodku seakan-akan berubah ceria. Semuanya gara-gara cincin pertunangan yang kini tersarung kemas dijari manisku. Ermm harap-harap Irfan perasan akan kewujudannya dijariku hari ini, getus hatiku berbunga-bunga. Dan sewaktu menghantar minuman, aku sengaja melentik-lentikan jari manisku sewaktu meletakkan mug di depan Irfan. Dia hanya menjeling sekilas tanpa memandang wajahku dan meneruskan kerjanya. Entah apa yang dibeleknya dalam fail tu agaknya, khusyuk sangat! Getus hatiku lantas berlalu keluar dengan perasaan sebal. Tidak nampak atau pura-pura tak nampak?

Yes! ElleaNur telah memakai cincin itu. Ini bermakna dia sudah mula menerima pertunangan kami dan menyayangi aku. Sengaja aku buat-buat tidak perasan dan tidak memandang kearahnya semasa dia menghantar minuman sebentar tadi. Masakan aku tidak nampak kerana itulah rutin mataku setiap hari selepas bertunang dengannya. Setiap hari mataku akan tertancap dijari manisnya menunggu kalau-kalau cincin itu sudah tersarung dijarinya. Dan hari ini penantianku berakhir. Bagaikan tidak percaya, serasa ingin menjerit sekuat hati memberitahu dunia betapa aku gembira. Tidak pernah aku segembira ini semenjak mengenali dirinya. Tidak sabar rasanya ingin bertemu wajah dengan ElleaNur, mendengar ungkapan cinta dan sayang darinya. Sepanjang pertunangan kami, tidak pernah sekalipun aku mendengar kalimah dari mulutnya yang bisa menggetarkan naluri lelakiku. Hanya aku yang selalu mengungkapkannya. Itupun selalu ditempelak oleh ElleaNur yang sentiasa dengan reaksi dinginnya apabila berada dekat denganku. Ah! ElleaNur, I love you…tapi..benarkah dia sudah mula menyayangi diriku? Menerima pertunangan kami mungkin, tetapi menyayangi diriku, aku tidak berapa pasti. Atau masih berdendamkah dia denganku seperti 5 tahun yang lalu?

Irfan bersiul kecil melangkah keluar menuju ke pejabat ElleaNur. Ingin diluahkan segala perasaannya saat ini. Tiba diluar dia terpandangkan Julia yang baru keluar dari lif dengan sejambak bunga di tangan.

“Hi Julia, apa khabar? You datang ni nak jumpa I ke?” tanya Irfan seraya melangkah menghampiri Julia, teman rapatnya sewaktu belajar di Australia dulu.

“Yup! I ada benda nak bagi kat you” jawab Julia menghulurkan bunga.

“Aiks..apa pasal bagi bunga kat I ni, anything special today?” tuturnya menyambut huluran bunga dari tangan Julia. Seketika bunga ditangan dibelek hairan.

“Rasa pelik pulak bila seorang lelaki dapat bunga, selalukan perempuan yang dapat” komen Irfan tersenyum memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya bersabung pandang dengan anak mata ElleaNur yang ketika itu sedang mengorak langkah membawa mug menuju ke biliknya. Ada riak marah dan cemburu di mata itu. Dengan muka yang masam mencuka tanpa secalit senyuman dia menghilangkan diri disebalik pintu biliknya. Alamak, apa yang perlu aku lakukan. Julia..Julia kenapalah kau datang di saat hubungan aku dengan ElleaNur baru ingin kembali pulih, getus Irfan memandang ke wajah Julia yang masih tersenyum.

“Hei, hari inikan Valentine Day, sejak bila pulak kau lupa ni? So, no flowers for me? Hmmm?” soalnya kemudian.

“Lor..iyer ker? Aku betul-betul lupalah, Julia” jawab Irfan sambil menggaru kepala.

“Ok takpa, aku maafkan, tapi kau kena belanja aku candle light dinner malam ni, ok?”. Julia tetap dengan perangainya, suka sangat mendesak, getus hati Irfan.

“Malam ni tak boleh lah Julia, aku ada hal. Apa kata kalau lusa malam, boleh?” tutur Irfan sengaja memberi alasan menolak. Sebenarnya saat ini otaknya ligat memikirkan tentang ElleaNur. Marahkah dia? Cemburu? Apa yang perlu aku buat?

“Oklah kalau macam tu, kita jumpa lusa malam tau” jawab Julia mematikan lamunan Irfan dan melangkah pergi.

“Ok, happy valentine day! And thanks for the nice flowers” ucap Irfan seraya berlalu ke pejabat ElleaNur.

ElleaNur sedang tekun mengadap skrin notebook didepannya ketika Irfan melangkah masuk. Sudahlah sakitkan hati aku, masuk pulak tak tau nak ketuk pintu dulu, getus hatinya geram memandang sekilas kearah Irfan yang berada di depannya. Tanpa mempedulikan reaksi Irfan dia terus menaip bait-bait kertas kerja yang perlu disiapkan. Hati dan fikirannya saat itu sedang berperang dengan perasaan marah, cemburu dan sakit hati menyaksikan pertemuan antara Irfan dengan Julia sebentar tadi. Untuk seketika hanya kedengaran bunyi keyboard yang diselang-selikan dengan ketukan jari-jemari Irfan di permukaan meja. Sesekali ElleaNur sengaja mendengus kecil, sengaja mengambarkan rasa hatinya yang sakit dan melegakan hati yang panas saat itu.

“Jari you tu tak tahu diam ke?” soal ElleaNur geram tanpa memandang wajah yang selalu mendera perasaannya itu.

“Jari you pun sama” jawabnya selamba meneruskan ketukkan dimeja dengan mata yang sengaja merenung kearah jariku. Jariku yang sebentar tadi rancak menari di atas keyboard tiba-tiba jadi kaku, aku berpaling dan pandangan kami bersatu, lama!. Untuk seketika hanya mata dan hati seakan berbicara meluahkan rasa hati masing-masing sehinggalah aku sendiri yang menamatkannya apabila tiba-tiba teringatkan Julia , hatiku jadi sakit! Segera aku berpaling dan meneruskan kerja.

“Perlu apa you ke bilik I?” tanyaku sekadar menutup perasaan malu dan rasa hatiku yang sakit saat itu. Irfan didepan merenung terus. Rimas! Aku bangkit ke tepi jendela membuang pandang ke luar, memerhati pergerakkan kenderaan yang agak sibuk. Irfan hanya mendiamkan diri seolah sedang memikirkan sesuatu untuk diperkatakan. Mencari alasanlah tu!


“You marah kat I?, I meant pasal Julia” tuturnya perlahan. Aku hanya mendengus perlahan. Mencari kata-kata yang sesuai untuk dibidas.

“I ada hak untuk itu, sebagaimana you marah bila I berjumpa Abang Farris, itulah yang I rasakan” jawabku setelah seketika mendiamkan diri.

“I takkan larang you untuk berjumpa Julia atau siapa saja perempuan yang you suka. Itu hak you. Tapi jangan sesekali you mengkhianati kepercayaan dan menyakiti hati I” sambungku panjang dan mengeluh lega. Sebahagian dari hal yang terbuku dihati telah berjaya aku luahkan, selebihnya akan aku luahkan bila keadaan mengizinkan. Walau kedengaran seperti sebuah ugutan tetapi itulah yang aku mahu Irfan tahu, mengerti bahawa aku sudah mula menerima dan meletakkan kepercayaanku kepada dirinya. Aku kembali melayan perasaan lantaran tiada sebarang reaksi dari Irfan. Tiba-tiba tubuhku di peluk perlahan dari belakang dan tanganku di capai oleh Irfan. Cincin di jari manis kiriku di ramas perlahan.

“Terima kasih kerana sudi menerima I” ucap Irfan lembut seraya membawa jariku ke bibirnya, menghadiahkan sebuah ciuman kudus disitu. Irfan mengeratkan lagi pelukan di pinggangku. Untuk seketika aku leka di dalam pelukan Irfan, melayan perasaan yang berbaur sedih dan gembira. Hanya kedengaran bunyi nafas Irfan yang indah dicuping telingaku.

“I dari pagi lagi sudah nampak cincin di jari you tau. Sengaja I buat-buat tak perasan” katanya bersulam ketawa kecil. Aku hanya mendongak mencari wajahnya menunjukkan riak marah.

“Alah..you tu memang! Selalu mempermainkan I” getusku geram sambil menyiku perut Irfan. Aku merungkaikan pelukan Irfan dan berlalu duduk di mejaku. Pen dimeja aku ketuk perlahan. Ada sesuatu yang ingin aku tanya pada Irfan. Aku perlukan jawapannya bagi meredakan gelodak perasaanku selama ini, supaya hubungan aku dengan Irfan berlangsung tenang. Tiada rahsia yang tersembunyi.

“Fan…” panggilku dengan suara yang sengaja dilunakkan. Nampaknya sedikit dari sifat manjaku sudah mula menyerlah. Selebihnya bakal diketahui oleh Irfan sedikit masa nanti.

“Hmm..” jawabnya lantas berjalan ke arahku, berdiri dibelakangku dengan kedua tangannya diletakkan diatas belakang kerusi yang aku duduk.

“Ada apa?” soalnya kemudian. Terasa hembusan nafasnya di rambutku.

“Kenapa Julia datang jumpa you tadi? Siap bagi bunga lagi. You dengan dia ada apa-apa yang istimewa ke?” tanyaku laju.

“Banyaknya soalan you. Cemburu ye?” tanyanya kembali dengan ketawa yang kuat.

“Terpulang pada you nak cakap apa. Tapi I perlu tahu kerana I tak mahu terus mencurigai you. Hati I takkan tenang selagi tidak mengetahui hal yang sebenar” terangku mendatar. Selebihnya aku terasa jauh hati dengan kata-kata dan reaksinya tadi.

“Ataupun you mahu I terus bersikap dingin dengan you? I tak boleh selamanya begini Fan… kita akan bernikah bulan depan. So, I tak mahu ada sebarang sengketa dan rahsia diantara kita. Atau mungkin...kita tangguhkan dulu tarikh pernikahan kita, bagaimana?” cadangku setelah agak panjang meluahkan rasa hati. Aku menoleh mencari wajah Irfan. Ada perubahan di wajah itu, tegang! Marahkah dia? Atau tersinggung dengan kata-kataku barangkali?

“Fan..bagaimana? setuju tak?” panggilku apabila dia masih mendiamkan diri. Irfan berjalan mengambil tempat duduk di depanku dengan wajah yang masih tegang.

“No! I tak setuju. You dah abis cakap? Ok, now listen to me” tuturnya setelah agak lama membisu.

“Kita akan tetap bernikah bulan depan. Tentang Julia you tak perlu risau kerana dia hanyalah kawan baik I semasa di Melbourne. Diantara kami jelas tidak akan ada apa-apa hubungan yang istimewa. Itu janji I” terangnya panjang, sedikit melegakan hatiku yang penuh dengan syak wasangka sebentar tadi.

“You nak tau sebab apa dia jumpa I hari ini? Kasi I bunga?” aku hanya membalas dengan anggukkan.

“Hari ini berapa hari bulan, hmmm?” soalnya dengan kening yang sengaja dijungkitkan. Ada senyuman nakal dibibirnya saat itu.

“February 14th. Oh no..Valentine day kan?” jeritku agak kuat.

“Oh! That’s why she gave you flowers” kataku mencebikkan bibir.

“Then you sukalah?” sambungku dengan muka yang memaparkan riak cemburu.

“Hei, she’s my bestfriend ok, not my girlfriend!” jawabnya pantas mencubit hidungku.

“Ok, now I want something special from you” katanya sambil memainkan jari telunjuknya di pipi kanan.

“Hei, sepatutnya you yang kena bagi something kat I tau” tingkahku dengan muka yang sengaja dimasamkan.

“What? ok, I got no problem. You nak sekarang I boleh bagi” tutur Irfan selamba melangkah menghampiriku.

“Hei! You jangan nak mengada-ngada eh” Jawabku dengan muka yang merona merah, menyedari keterlanjuran kata-kataku sebentar tadi.

“So..nak kasi ke tak ni? If not I takkan keluar” tutur Irfan berbaur ugutan. Aku hanya menggelengkan kepala.

“Betul ni?” tanyanya seraya melangkah rapat ke arahku. Aku mengangguk pantas. Tiba-tiba, chuppp..satu ciuman hinggap di pipi kiriku.

“Happy valentine day sayang…I love you! Kita keluar dinner malam nanti ok” ucapnya romantis dan berlalu pergi tanpa sempat aku berkata apa-apa. Malah sempat lagi dia mengenyitkan mata nakal sewaktu menutup pintu pejabatku. I love you too! jawabku dalam hati yang berbunga riang.


Scene 11

Monolog ElleaNur


Betulkah aku sudah benar-benar menerima Irfan. Bersediakah aku menjadi isterinya. Pernikahan kami akan berlangsung dalam masa kurang 2 minggu lagi. Aku yakin akan hati dan perasaanku terhadap Irfan. Tidak perlu disangkal kerana aku tahu setiap rasa dan pendirian hatiku walau seribu dugaan mendatang. Tetapi… bagaimana dengan Irfan? Dia tetap berdegil mahu meneruskan pernikahan ini walau kerapkali aku meminta menangguhkannya. Dia begitu serius apabila berbicara mengenai pernikahan kami. Entah apa yang dikejarnya sehingga memaksa keluarganya bertemu keluargaku bagi mempercepatkan tarikh pernikahan kami. Mama dan papaku hanya menurut tanpa mengambil kira persetujuanku. Ah..mereka selalu begitu, tidak memberi aku hak untuk membuat keputusan hidupku sendiri! Kelmarin aku terserempak dengan Irfan di Bangsar Shopping Center. Dia bersama Julia! Itu yang membuatkan hatiku sedikit kecewa. Nasib baik ketika itu aku bersama Alia yang memberiku sedikit kekuatan. Yang ku kesalkan, tiada sekelumit pun riak bersalah di wajah Irfan malah dengan sengaja memperlawa aku dan Alia menyertai mereka untuk makan malam di sana. Mujur akal ku pantas menolak. Walau kerapkali Irfan menegaskan bahawa Julia itu kawan baiknya, aku masih lagi sangsi. Mungkin di pihak Irfan merasakan begitu, tetapi bagaimana pula dengan perasaan Julia. Aku tidak rasa Julia menganggap Irfan sebagai kawan baik. Reaksi liuk lentoknya bersama Irfan kelmarin membuat aku bertambah yakin dengan firasat hatiku. Mungkin difikiran Irfan itu perkara biasa. Bukan sekali itu aku terserempak dengan mereka sepanjang usia pertunangan kami. Ah, Lelaki semuanya sama! Hatiku kini mula berbelah bagi. Rasa sakit hati menjadikan aku dingin, malas melayan setiap panggilan Irfan. Biar penuh peti simpanan suara telepon, aku tak peduli! Apa dia ingat dia sorang saja yang boleh marah, melenting bila aku berjumpa Abang Farris? Biar seribu Abang Farris yang datang tapi tak sama dengan kau, Irfan. Irfan yang bisa menggetarkan hatiku, menjadikan aku seorang perindu dan juga membuatkan hujung minggu aku suram tak berlagu!

“Hello, ElleaNur, pick up the phone, please sayang…” kedengaran suara Irfan dihujung talian. Aku hanya memandang sepi meneruskan tidurku yang sedikit terganggu dengan deringan yang memecah kehingan pagi. Sekilas memandang jam di tepi katilku, 7.15am.

“Apa salah I, kenapa you nak marah tak tentu pasal ni? Takkan sebab Julia you nak merajuk dengan I sampai macam ni sekali…please…dah 2 hari I tak dengar suara you, ElleaNur please…” sayup-sayup suara Irfan kedengaran ditelingaku. Butir-butir seterusnya tidak kedengaran lagi lantaran aku kembali menyambung tidur. Lebih kurang jam 9 pagi baru aku bangkit dari tidur. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan hari ini. Baju kerja yang bertambun sejak seminggu lalu perlu dicuci. Rumah perlu dikemas. Selalunya Alia yang rajin mengemas dan memasak. Aku hanya menolong apa yang perlu. Tetapi minggu ini dia pulang ke kampungnya di Perak. Aku hanya membancuh air milo sebagai sarapan, malas hendak membuat sebarang sarapan. Mungkin tengah hari nanti baru aku keluar mengisi perut. Kalaulah mama tahu anak daranya ni pemalas, sudah tentu dia tak jadi kawinkan aku dengan Irfan. Dadaku sesak bila teringatkan Irfan. Geram dan sakit hati bersatu menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Tiba-tiba kedengaran pintu rumahku diketuk dari luar berulang kali. Tanpa berfikir panjang aku terus mengorak dari dapur untuk mendapatkan tetamu yang kedengaran seperti tidak sabar untuk merempuh masuk.

“Siapa?” tanyaku dari dalam sebelum bertindak memulas tombol pintu. Takkan Alia pulak, dia kata nak balik esok pagi, fikirku sejenak.

“I, Irfan!” sahut suara diluar dengan kuat.

“You? Buat apa you datang sini?” jeritku agak kuat dari belakang pintu.

“ElleaNur, buka pintu cepat, we need to talk. ElleaNur!” jeritnya lebih kuat dari tadi. Secepat kilat aku membuka pintu, bimbang kelakuan Irfan mengundang kemarahan jiran-jiranku. Irfan meluru masuk dengan wajah yang tegang.

“You memang dah gila Irfan!” jeritku geram. Darah mula memercik kemuka. Aku jadi sungguh berang dengan jeritan Irfan sebentar tadi. Malu dan sakit hati. Renungan tajamku dibalas dengan muka tegang Irfan.

“Ya, memang I dah gila. I gila kerana you, tau tak! Kenapa you tak jawab panggilan I? Apa salah I ElleaNur?” suara Irfan bergema di ruang tamu rumahku. Sudah 2 hari dia cuba menghubungi ElleaNur, tetapi tiada satu pun panggilan yang dijawab. Dan pagi tadi, kesabaran yang sememangnya telah goyah membawa dia kemari menemui ElleaNur.

“Buat apa tanya I. Jawapannya ada pada you. Atau you sengaja tak nak mengaku?” tingkahku sinis seraya berlalu ke dapur. Dah buat salah tak nak mengaku, getus ElleaNur geram.Baik aku sambung basuh baju lagi bagus. Irfan mengekoriku ke dapur dan duduk di meja makan. Dengan selamba dia meneguk air miloku yang tinggal separuh dalam mug yang ada disitu. Aku menjeling melihat Irfan yang masih membisu dengan wajah masam. Aku leka membilas baju sebelum memasukkan kembali di dalam mesin untuk dikeringkan. Irfan hanya memerhatikan aku dengan rupa sebal. Malas aku hendak bertegang urat lagi dengannya.

“ElleaNur, you marah kat I pasal Julia ke?” terpacul soalan dari bibir Irfan setelah lama membisu. Irfan memandangku mengharapkan jawapan setelah aku membisu agak lama, memikirkan kata-kata yang sesuai untuk dihamburkan.

“Ya. Memang I marah kat you kerana Julia! Kenapa you mesti keluar dengan dia Irfan? Atau you dengan dia sememangnya ada hubungan apa-apa yang I tidak tahu!” kataku agak tinggi sambil badan menyandar di tepi mesin basuh. Telinga Irfan berubah merah. Aku tahu dia sedang marah. Pedulikan!

“You tak sepatutnya cemburu! Dah berapa kali I cakap dengan you, I dengan Julia sekadar kawan baik. Kawan ElleaNur!” jerit Irfan lantang.

“Kita akan bernikah minggu depan, I tak mahu you terus cemburu , buat I rasa bersalah begini. Please..” ujar Irfan seraya memegang tanganku. Aku menepis tangan Irfan pantas.

“No! I tak boleh. I tetap akan rasa sakit hati bila you bersama Julia. Tapi you jangan bimbang I tetap akan bernikah dengan you. I takkan mungkiri janji keluarga I. Tentang Julia kawan you tu… terpulang pada you. Hati dan perasaan I tak perlu you risaukan” ujarku mendatar lantas berpaling mengeluarkan baju dari mesin basuh dan membawa keluar ke bahagian belakang untuk dijemur, meninggalkan Irfan termagu-magu disitu. Tidak sanggup aku untuk terus menatap wajah gundah Irfan. Takut hati dan perasaanku cair dengan renungan sepasang mata yang mula meredup itu. Seketika kemudian kedengaran bunyi kereta Irfan meninggalkan perkarangan rumahku. Merajukkah Irfan?


Scene 12

Monolog Irfan

Sudah beberapa hari aku tidak bertemu dengan ElleaNur semenjak pertengkaran di rumah sewanya. Di pejabat juga tidak bertemu wajah kerana secara kebetulan aku mempunyai tugasan di Johor Bahru. Walaupun hati aku sarat dengan rasa rindu, aku cekalkan hati untuk tidak menunjukkannya kepada ElleaNur. Sengaja aku mengambil jalan untuk menjauhkan diri buat seketika daripada ElleaNur, biar wanita itu tahu aku juga mempunyai perasaan, tersentuh dengan tindakkannya. Kini, kami berdua seakan-akan merajuk, membawa haluan sendiri walau pada hakikatnya dalam beberapa hari sahaja lagi majlis pernikahan akan berlangsung. Sungguh! Aku terasa kehilangan dengan situasi yang melanda ini, perselisihan faham kecil yang sengaja diperbesarkan membawa kepada satu perasaan yang sungguh menghiris hati. Biarlah untuk beberapa hari sebelum aku dan ElleaNur menjadi suami isteri, kami melayani perasaan sakit hati masing-masing. Semoga selepas ini tiada sengketa diantara aku dan ElleaNur. Tapi, ada satu persoalan yang aku masih tidak habis fikir, persoalan yang selalu menjadi punca sengketa diantara aku dan ElleaNur. Cemburu!

Kenapa ElleaNur mesti cemburu dengan Julia? Sudah beberapa kali aku tegaskan padanya yang antara kami tiada apa-apa hubungan yang istimewa. Hanya kawan semata-mata. Salahkah seorang lelaki dan seorang perempuan menjadi sahabat? Tidak aku nafikan, Julia pernah menaruh hati padaku sedikit waktu dulu dan kami hampir menjadi sepasang kekasih. Tetapi mujurlah ketika itu hati dan fikiranku cepat sedar akan perasaan aku yang sebenar terhadapnya, lalu aku menolaknya dengan cara baik dan ianya dapat diterima oleh Julia. Aku tidak pernah merasakan satu getaran, perasaan yang halus setiap kali berada berdekatan dengan Julia. Julia aku anggap sebagai kawan baik. Tapi, apabila bersama ElleaNur, aku dapat merasakan satu perasaan halus yang menyelinap kedasar hati, perasaan dan rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Menyebut namanya saja sudah membuatkan aku rindu dan hatiku berdebar hebat, tambahan pula nama itu telah aku sematkan didalam hati sejak 5 tahun lalu. Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini aku selalu keluar dengan Julia. Julia menghadapi masalah dengan keluarganya dan sebagai seorang kawan, aku perlu berada di sampingnya. Mungkinkah sifat manja dan keanak-anakan Julia apabila berdampingan denganku menimbulkan riak cemburu dihati ElleaNur? Tapi, bukankah seorang perempuan itu dilahirkan dengan sifat semulajadi begitu? Kenapa ElleaNur tidak pernah cuba memahaminya? Sukar benarkah bagi seorang perempuan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada seorang lelaki? Atau mungkinkah juga Julia masih menaruh hati kepadanya? Lalu rasa hatinya dapat dihidu oleh ElleaNur? Tapi, hanya satu yang perlu ElleaNur tahu, Ezairil Irfan hanya milik ElleaNur Eizurra seorang. Nokhtah!

::I Don’t Want To-Tony Braxton::

I really don't feel like talking on the phone
And I really don't feel like company at home
Lately I don't want to do the things I used to do
Baby since I lost you

And I don't want to sing another love song [babe]
I don't want to hum another melody
I don't want to live my life without you babe [yeah]
It's driving me crazy [crazy]

I really don't feel like smiling anymore
And I haven't had the peace to sleep at all
Ever since you went away
Baby my whole life has changed
I don't want to love and I don't want to live

And I don't want to sing another love song [baby]
I don't want to hum another melody
I don't want to live without you babe [yeah]
It's driving me crazy [crazy]

I don't wanna laugh, I don't wanna play
I don't wanna talk, Have nothing to say
I don't want to tour, forget this show and how can I go on
Now that you are gone

And I don't want to sing another love song [babe]
I don't want to hum another melody
I don't want to live my life without you babe [yeah]
It's driving me crazy[crazy]


Scene 13

“Aku terima nikah ElleaNur Eizurra Binti Eizuddin dengan mas kahwinnya seutas rantai emas, tunai” kedengaran suara Irfan melafazkan akad nikah di ruang tamu rumahku. Termeterailah kini statusku sebagai isteri Irfan yang sah. Majlis pernikahan diadakan pada hari jumaat secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak. Aku hanya ditemani oleh Alia dan beberapa orang sepupu kecilku termasuk Farrissa. Semenjak terjadinya pertelingkahan antara aku dan Irfan minggu lalu, kami seakan membawa haluan masing-masing sehinggalah ke hari pernikahan ini. Masih merajuk lagikah Irfan dengan tindakkan aku minggu lalu? Sepanjang hari ini hatiku berdebar hebat, tidak sabar untuk melihat reaksi dan wajah Irfan. Dan saat ini, Irfan sedang melangkah menghampiriku bersama rantai di tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Terpancar sinar gembira di wajah dan mata hitam Irfan. Hatiku terasa sedikit terharu dengan reaksi Irfan itu.

“ElleaNur sayang… you look so beautiful, gorgeous! Tak sabar ‘Abang’ nak tunggu our first night!” bisik Irfan perlahan tatkala tunduk mengalungkan rantai yang menjadi mas kahwinku. Kemudian, buat kali pertama sebagai suamiku, Irfan menghadiahkan sebuah ciuman didahiku. Sungguh syahdu, buat hatiku bertambah terharu!

“Thanks a lot, sayang” sambungnya lagi seraya mengenyitkan mata dan tersenyum menggoda. Abang? Aku hanya mencebikkan bibir tanpa sebarang kata. Tidak aku nafikan, Irfan sememangnya seorang lelaki yang romantis, sifatnya itu terserlah sejak awal pertunangan kami lagi. Cuma aku yang tidak membalasnya, sengaja mempamerkan sikap dingin walau hakikatnya aku sebenarnya lebih romantis daripada Irfan sendiri. Lagipun, aku rasa sungguh kekok untuk menjadi seromantis Irfan. Malu! Tapi bukankah seorang perempuan sememangnya dilahirkan begitu?

Malam pertama? Ah! Takkan berlaku sebelum majlis persandingan, 3 bulan lagi Irfan! Janji hatiku saat lensa kamera galak merakamkan detik sejarah kami berdua. Aku hanya tersenyum kecil apabila diminta berbuat demikian oleh jurukamera. Sesekali menjeling ke wajah Irfan yang nampak sungguh berseri-seri. Kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang setelah menjamu selera. Kini hanya tinggal keluarga kecilku bersama Irfan. Aku sedikit pun tidak memperlawa Irfan tidur dirumahku. Hanya mama dan papa yang seakan-akan memaksa Irfan untuk menginap di rumah kami dan disokong pula oleh kedua-dua ibu bapanya. Aku hanya mampu memasamkan muka dengan mama dan papa. Bukankah aku sudah mengingatkan mereka yang Irfan hanya boleh tinggal bersama kami setelah majlis persandingan nanti. Sekali lagi aku terdera dengan tindakan mama dan papa. Irfan! Lelaki itu seperti lembu yang dicucuk hidung! Menurut tanpa sebarang bantahan. Menyampah! Getus hatiku geram. Aku bertindak mengurungkan diri di dalam bilik, tanda protes dengan tindakkan mama dan papa dan juga Irfan. Aku hanya membiarkan Irfan dilayan oleh mereka sehinggalah lewat malam seusai mandi, kedengaran pintu bilikku di ketuk dari luar. Aku bertindak mendiamkan diri, berpura seolah-olah sudah terlena. Tetapi teriakan suara papa yang agak kuat memaksaku membuka pintu. Pasti papa marah!

“ElleaNur! Papa mahu Ellea turun kebawah sekarang, temani Irfan makan malam. Sudah lewat ni! Jangan lupa, Irfan tidur dibilik Ellea malam ini!” arah papa mengalahkan suara diktaktor. Aku membuat muka manja untuk memancing simpati papa. Selalunya, papaku akan mengalah tapi malam ini langsung tiada respon darinya. Papa kejam! Rungutku geram.

“Papa… papa selalu paksa ElleaNur tau…” rungutku manja seakan mahu menangis. Tanpa mempedulikan rungutanku papa berlalu masuk ke bilik tidurnya dengan senyuman mengejek. Papa ni memang tau! Desisku seraya melangkah turun ke bawah. Aku lihat Irfan sedang menonton tv, masih dengan pakaian siang tadi. Tak tahu hendak mandi ke mamat ni! Pandangku sekilas dan berlalu ke dapur menyiapkan hidangan. Aku hanya bertindak menjadi pemerhati semasa menemani Irfan makan. Aku hanya bercakap bila ditanya oleh Irfan. Selebihnya, akalku rancak mencari alasan, memikirkan bagaimana hendak mengelakkan diri daripada tidur berdua dengan Irfan malam ini. Hendak disuruh tidur di bilik tetamu, aku bimbang papa dan mama marah. Bilikku tiada sofa, kalau tidak boleh aku suruh dia tidur disitu. Atau kalau perlu biar aku saja yang mengalah biarkan Irfan tidur di atas katil. Apa kata… kalau atas lantai? Sanggupkah aku? Sungguh! Otakku benar-benar tepu saat ini. Tiada satu pun jalan yang aku temui. Ah! Lantaklah.

“Sayang… abang nak mandi, ada tuala?” tutur Irfan sejurus masuk ke bilikku. Aku hanya memandang kosong dan berlalu mengambil tuala di dalam almari bajuku. Tanpa memandang ke wajah Irfan aku menghulur tuala dan berlalu ke arah katilku.

“You boleh tidur atas katil I. Tapi ingat, behave yourself! I tak mau apa-apa berlaku. Nothing will be happen between us.. sampai majlis persandingan nanti” kataku tegas mengambil tempat di atas katil. Segera aku menghilangkan diri disebalik selimut.

“Ok… We’ll see” balas Irfan dari sebalik pintu bilik air. Selesai mandi dan mengenakan baju Irfan berbaring perlahan di sebelah ElleaNur. Sekilas dijelingnya wanita yang baru menjadi isterinya. Pura-pura tidur! Desisnya tersenyum gelihati. Seketika akalnya ligat mencari helah untuk mengusik ElleaNur.

“ElleaNur…tak baik seorang isteri tidur membelakangkan suami, tak cium bau syurga tau…” bisik Irfan perlahan ditelinga ElleaNur. Tiada Respon!

“ElleaNur sayang… tak takut dosa ya, hmmm?” Tanpa menunggu reaksi dari isterinya, Irfan pantas merangkul pinggang ramping ElleaNur dan membalikkan tubuh itu menghadapnya. Sebuah ciuman kudus singgah di dahi ElleaNur lembut. Membuat ElleaNur sedikit terpana!

“Irfan! Apa you buat ni? Tak ingat syarat yang I cakap tadi!” jerit ElleaNur dengan muka yang mula merona merah.

“You ni melampau tau tak?” Marah atau gentar? Dia sendiri pun tidak pasti. Sungguh! Dia terperanjat dengan tindakkan Irfan. Sangkanya, tentu Irfan akan mematuhi syarat yang diberikan sebentar tadi. Tapi... dia juga seakan tergoda! saat ini hatinya turut meronta untuk berada dekat dengan Irfan, merasa belaian seorang suami, lelaki yang turut dicintai. Tapi, mujur egonya juga cepat membantah, bagi menutup gelodak jiwanya, dia menjerit geram.

“Buatlah… izinkan abang sayang..” jawab Irfan selamba seraya memagut bibir merah ElleaNur, menyekat peluang isterinya itu untuk membantah. Bertalu-talu ciuman memenuhi wajah ElleaNur yang saat itu bertambah cantik pada pandangannya. ElleaNur meronta melepaskan rangkulan dan melarikan wajah yang mula rimas dengan tindakkan Irfan. Tapi… apalah dayaku, seorang perempuan yang sememangnya dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu! Akalku yang 1 telah dikuasai oleh 9 akal Irfan! Aku akhirnya hanyut dibawa Irfan kelautan yang tidak bertepi. Membalas setiap sentuhan, belaian dan cumbu rayu Irfan. Terkulai layu di dalam pelukan sang suami berkali-kali, suami yang menuntut haknya di dalam diriku, seorang isteri yang pasrah ketentuan ilahi.

Dan.. pagi itu sewaktu bangkit dari tidur aku mengamuk sakan. Aku menuduh Irfan sengaja mengambil kesempatan! Tidak mematuhi segala syarat yang aku tetapkan. Walau sedar kelemahan diri, aku tetap menghamburkan semua kesalahan pada Irfan. Manakan tidak, syarat yang aku berikan untuk masa lebih kurang 3 bulan untuk dipatuhi dilanggar Irfan dengan sewenang-wenangnya dalam masa tidak sampai 1 hari! Aku tidak pernah menafikan hak Irfan pada tubuh badanku, tetapi tidak bolehkah dia bersabar sehingga majlis persandingan kami 3 bulan lagi. Kedua-dua keluarga tetap bertegas untuk mengadakan majlis secara besar-besaran memandangkan aku anak tunggal mama dan papaku manakala, Irfan pula anak bongsu keluarga En. Harris. Aku takut sebenarnya, takut seandainya aku hamil! Bagaimana mahu bersanding dengan keadaanku begitu? Bila aku memberikan alasan begitu kepada Irfan pagi itu, dia hanya tergelak besar, menambah kemarahanku yang sememangnya meluap-luap kepadanya. Adakah patut dia menyuruhku mengambil pil perancangan keluarga! Pil yang sememangnya aku berjanji untuk tidak mengamalkannya apabila aku berkahwin. Aku mahu merancang secara semulajadi! Sudahnya, aku mengambil jalan mendiamkan diri, merajuk, dan memberontak didalam diam. Cuti hujung minggu yang hanya 2 hari aku rasakan bagai sebulan lamanya. Lagi-lagi menghadap muka selamba Irfan, membuat aku bertambah sakit hati!


Scene 14

Irfan bersiul kecil semasa melangkah masuk ke pejabatnya pagi itu. Hatinya berbunga riang semenjak menjadi suami kepada ElleaNur, wanita kesayangannya. Tidak sabar rasanya ingin menatap wajah yang indah itu. Rindu yang sarat dihati dirasakan tidak mampu lagi untuk ditampung. Dia sendiri hairan akan perasaannya saat itu. Padahal baru semalam dia pulang dari rumah ElleaNur. Tiga hari tinggal bersama ElleaNur memberi kesempatan kepadanya untuk memahami sekeping hati dan perasaan wanita itu. ElleaNur, dalam diam dia membantah, dalam dingin dia menurut. Tapi Irfan tahu, walau ElleaNur cuba bersikap dingin dengannya, masih ada rasa kasih yang menebal dihati ElleaNur untuknya. Rasa hatinya yang cuba di simpan rapi juga kadangkala terbias dari sinaran matanya yang bundar itu. Irfan sangat pasti akan hal yang satu itu, kerana mata tidak pernah menipu! Namun, semenjak hari pertama pernikahan dan dari saat pertama kali aku bersama dengannya, sikap dingin ElleaNur semakin ketara. Walau hatinya sedikit tersentuh dengan layanan ElleaNur, namun dia pujuk hatinya sendiri, akan aku cuba berdiplomasi dengannya. Akan aku tawan dan pujuk hati ElleaNur. Itulah janjinya saat melangkah ke pejabat pagi ini.

"Hello, morning sayang, apa khabar hari ni?" ucap Irfan girang. Senyap! tiada balasan dari hujung talian.

"Sayang sihat?" tanyanya lagi namun masih tiada suara dihujung talian. Irfan tahu ElleaNur mendengar ucapannya tetapi sengaja membisukan diri. Dia tahu ElleaNur masih marah dengannya.

"ElleaNur, masuk pejabat abang sekarang. ElleaNur!" tutur Irfan lagi. Apabila masih tiada jawapan, Irfan pantas meletakkan ganggang dan berlalu keluar menuju ke pejabat ElleaNur yang hanya bertentangan dengan pejabatnya. Seketika hatinya jadi lega melihat ElleaNur yang sedang duduk termenung di mejanya. Seakan ada sesuatu yang membelenggu wanita itu, sesuatu yang pasti berkaitan dengan dirinya. Segera dia menghampiri ElleaNur, merenung wajah yang sedikit gundah itu.

"ElleaNur sayang, kenapa ni, hmmm? masih marah dengan abang ya?" terbayang diruang matanya detik indah yang dilalui bersama ElleaNur beberapa malam yang lalu. Detik yang membuatkan isterinya itu marah dan bersikap dingin dengannya. Bersalahkah dia, seorang suami yang hanya menuntut sedikit haknya daripada isterinya yang sah? Sungguh! dia keliru dengan sikap ElleaNur. Kenapa ElleaNur tidak membantah dan hanya menyerah jika dia benar-benar tidak mahu hubungan itu terjadi? Irfan mengambil kerusi dan duduk bertentangan dengan ElleaNur. Menatap wanita yang masih menundukkan wajahnya. Wajah yang menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar saat itu. ElleaNur, kenapa perlu menyembunyikan rasa hati mu sayang?

"ElleaNur, pandang abang sayang..." tutur Irfan seraya menggangkat dagu wanita itu memandang kearahnya. Pandangan bertemu, hanya hati dan mata yang membisikkan kata-kata. Perlahan, wajah Irfan menghampiri wajah mulus ElleaNur, mara dan akhirnya dua bibir bersatu indah. Lama! Irfan mendengus perlahan apabila ElleaNur bertindak menolak badannya dan memalingkan wajahnya yang mula merona merah kesisi. Mungkin malu atas keterlanjurannya sebentar tadi, malu tapi mahu! getus hati Irfan nakal dengan seulas senyuman kecil dibibirnya. Untuk seketika mereka melayan perasaan masing-masing.

"ElleaNur, salahkah abang, seorang suami mendapatkan haknya dari seorang isterinya yang sah? hmmm? Lagipun...apa yang terjadi malam tu...bukan salah abang seorang kan?" kata-kata Irfan hanya dibalas dengan jelingan tajam dari ElleaNur. Irfan tidak pernah mahu mengaku salahnya!

"Atau...abang perlu mendapatkannya dari orang lain, begitu?" soal Irfan bersahaja. Sekilas di pandang wajah ElleaNur yang mula memaparkan riak marah dan cemburu. Hatinya berlagu riang. Bukan niatnya untuk menyakiti tetapi sekadar menguji hati isterinya saat itu. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?

"Irfan! sekali you menduakan I, mengkhianati kepercayaan I, takkan ada kemaafan untuk you, ingat itu!" tingkah ElleaNur kuat. Tidak peduli dengan riaksi Irfan, segera dia berlalu keluar meninggalkan pejabatnya. Hatinya yang membara saat itu perlu diredakan. Takut tercetusnya pertelingkahan yang berpanjangan, pertelingkahan yang bakal mengundang sesuatu perkara diluar dugaannya dan Irfan, sesuatu yang pasti bakal menghiriskan hati mereka.

Bukan niat ElleaNur untuk terus bermasam muka dengan Irfan. ElleaNur tahu setiap hukum seorang isteri yang mengingkari dan menyakiti hati suaminya. Sebenarnya, dia malu untuk menghadapi Irfan setelah apa yang terjadi malam itu. Agak sukar untuk dia berhadapan dengan Irfan di pejabat seperti dulu, Irfan kini suami dan juga bosnya. Memang pada mulanya dia marah dan sakit hati dengan Irfan, tapi setelah memikirkan sewajarnya, dia pasrah dengan apa yang telah tersurat untuk dirinya. Cuma dia memerlukan sedikit waktu untuk menerima Irfan sepenuhnya sebagai suaminya. Dia akan menggunakan waktu 3 bulan ini untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru yang melanda dirinya. Dia kini bukan lagi anak dara yang bebas pergaulannya, dia perlu berlakon sebagai seorang isteri yang taat di depan Irfan. Isteri yang sentiasa patuh dan taat akan suaminya, isteri mithali, sedangkan jiwanya sering memberontak untuk sengaja menyakiti hati Irfan. Seakan ada dendam yang perlu di langsaikan terhadap lelaki itu. Dalam dendam dia kadangkala rindu dengan Irfan, dalam benci dia sayangkan Irfan. Perasaan dan rasa hatinya ini membuatkan dia bingung, lalu Irfanlah yang menjadi mangsanya. Berdosakah dia? Tapi, bagaimana pula pergaulannya dengan rakan-rakan pejabat sedangkan mereka semua tidak tahu akan statusnya kini. Irfan tidak boleh menyalahkan diri ElleaNur seorang andainya terjadi sesuatu perkara yang bakal menyakiti hatinya kelak.


Scene 15

Pada minggu-minggu yang berikutnya, aku dan Irfan meneruskan kerja seperti biasa. Aku masih lagi tinggal dirumah sewaku bersama Alia walau kerapkali didesak oleh Irfan untuk tinggal bersama di apartmentnya. Aku percaya bahawa pernikahan antara aku dan Irfan masih tidak diketahui oleh rakan-rakan pejabatku, sementelah pula aku hanya mengambil cuti sehari itupun pada hari pernikahan. Bukan niat untuk menyembunyikan berita pernikahan daripada mereka, tapi aku malu sebenarnya, malu kerana semuanya terjadi secara mendadak. Bermula dengan pertunanganku dengan Irfan yang mengejutkan aku dan kemudian tarikh pernikahan pula dipercepatkan. Semua itu membuatkan aku segan, kerana sebelum ini kerapkali aku menegaskan kepada mereka yang aku tidak akan berkahwin dalam masa setahun dua ini, tup-tup aku berkahwin! Tambahan pula mereka semua tahu yang aku masih tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa. Tapi, tidak selamanya aku akan merahsiakan statusku ini kerana mereka semua akan aku jemput untuk menghadiri majlis persandingan aku dan Irfan nanti. Tidak sabar rasanya menantikan reaksi daripada mereka semua terutamanya Rina yang sejak akhir-akhir ini bagaikan dapat menghidu hubungan yang terjalin di antara aku dan Irfan. Pasti kecoh dan ada yang marah dengan berita perkahwinanku dengan Irfan.

Hujung mingguku berlangsung seperti biasa, kalau tidak pulang ke rumah mama, aku ke rumah mama Irfan. Belum sekali pun aku tidur di rumah mamanya, otakku bijak memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada bermalam di sana. Riak hampa seringkali terukir diwajah tua Pn. Maryam manakala riak di wajah Irfan yang seringkali berubah masam langsung aku tidak pedulikan. Bimbang hati dan perasaanku akan cair dengan panahan tajam mata hitamnya yang merenung bak penggoda. Bukan aku tidak tahu dengan segala muslihat di fikirannya itu. Irfan bijak menggunakan peluang yang ada, sentiasa saja mengambil kesempatan keatas diriku. Sudah beberapa kali bibir merahku menjadi mangsanya sewaktu dipejabat ataupun ketika kami keluar berdua ke tapak projek. Kini aku mula memahami sedikit sikap buruk Irfan, suka memaksa! Semua kemahuannya perlu dituruti, buat aku selalu makan hati!

Sudah beberapa hari aku rasa tidak enak badan. Rasa seram sejuk di selangi sakit kepala yang berlarutan membuatkan kerjaku seringkali tergendala. Hendak dikatakan demam, suhu badanku normal. Dan oleh kerana tidak mahu penyakitku melarat, aku mengambil keputusan bertemu doktor. Tapi, keputusan yang aku dapat telah memudaratkan lagi penyakitku. Sungguh! Aku tak sangka perhubungan yang sekali itu mencambahkan benih di rahimku. Perkara yang aku takuti akhirnya terjadi, sudah pasti Irfan akan mentertawakan diriku. Sudahnya, cuti sakit yang sehari berlarutan berhari-hari. Selera makanku hilang sama sekali, aku juga mengalami alahan yang sangat teruk. Mujur juga Irfan outstation ke Kuching sepanjang minggu ini, jadi aku tidak perlu bimbang dengan kerja-kerja pejabatku. Alia pula sudah seminggu outstation di Langkawi. Genap hari ke-3 aku terlantar di rumah, Irfan datang menjenguk. Cepatnya dia pulang, getus hatiku sewaktu wajah itu terpacul di muka pintu rumahku.

“Kenapa dengan you ElleaNur? I telephone office Rina kata you sudah 3 hari tidak masuk office!” ujar Irfan melulu tanpa bertanya khabarku. Bergegas dia pulang bila diberitahu oleh Rina yang sudah 3 hari ElleaNur tidak kerja. Hatinya bimbang seandainya terjadi sesuatu ke atas wanita kesayangannya itu. ElleaNur dilihat hanya mendiamkan diri disofa, merenung kosong kearah tv yang dia sendiri tidak pasti nama rancangannya.

“Jangan ingat you isteri I, you boleh buat sesuka hati ElleaNur!” sambungnya lantas menutup tv dan merenungku tajam. Mata bundarku tajam menentang sinar mata hitam Irfan. Aku tahu sebentar lagi pasti aku akan menangis. Sudahlah aku ni sakit kerana dia, bukan nak tanya khabar, marah yang dihamburkan. Aku mengetap bibir geram, menahan perasaan sedih yang pasti akan menghamburkan airmata sesaat lagi. Aku mendengus kuat lalu bangun menghadap Irfan.

“You nak tahu kenapa I tak masuk office? Hmmm?” soalku geram.

“Semuanya kerana you tau tak!” jeritku dengan suara yang bergetar menahan sendu. Irfan kelihatan sangat terperanjat dengan jeritanku.

“Hei! Kenapa pulak kerana I. Apa yang I dah buat pada you ni?” soal Irfan tinggi seraya menghampiriku.

“I pregnant! You tau tak?” tingkahku lantang lantas berlari kedapur, menghamburkan gelodak diperutku yang meragam sejak pagi. Beginikah penderitaan yang dilalui kebanyakkan ibu-ibu hamil? Terasa usapan lembut di leher dan belakang badanku. Aku lantas menoleh dan menyembamkan wajah didada bidang Irfan. Menangis lama di situ sebelum Irfan bertindak membawaku masuk kebilik, membaringkanku di atas katil. Seketika kami hanya membisu. Irfan merenungku dengan senyuman meleret.

“Dah berapa bulan sayang?” soal Irfan lembut dengan senyuman yang masih bersisa. Gembirakah Irfan dengan berita kehamilanku ini?

“Almost 2 month” jawabku perlahan. Malu menentang sinar mata Irfan, aku mengiringkan tubuh ke arah bertentangan. Irfan memelukku dari belakang dan mendengus perlahan.

“Kenapa tak inform abang? Teruk kena alahan, hmmm?” tanyanya sambil membelai dan mencium rambutku. Tak sangka hebat juga aku ni! Desis hati Irfan nakal. Sejak pernikahan kami, Irfan lebih kerap membahasakan dirinya ‘abang’ dan memanggilku ‘sayang’ apabila kami berada berdua. Hanya lidahku yang masih keras untuk menggunakan gelaran itu. Egoku juga menyekat aku dari mengungkap dan membalas kata-kata cinta walau hakikatnya, hatiku saat ini sarat dengan rasa kasih dan sayang terhadap Irfan. Biarlah… Irfan tidak perlu tahu rasa hatiku saat ini.

“Teruk tau tak! Dah seminggu lebih I macam ni, sakit kepala, muntah-muntah. Semuanya kerana you!” getusku melepaskan geram.

“Syarat I semua you tak pedulikan. Macam mana nak bersanding nanti? I malu tau tak!” bebelku terus.

“Hei..apa yang nak dimalukan. Dah rezeki kita nak buat macam mana. Sayang nak tau tak, apa yang abang nak buat sekarang? Abang rasa macam nak laung kat dunia, betapa gembiranya abang saat ini. Lagipun… you look very sexy bila hamil begini” tutur Irfan panjang dengan ketawa yang agak kuat ditelingaku. Aku hanya mendengus kasar menepis tangan Irfan yang masih merangkul pinggangku.

“You senanglah cakap. Yang hadapinya I! Yang malunya I! Yang tak lawanya nanti I!” tingkahku lalu bangun dan bersila diatas katil. Sengaja memasamkan muka yang pucat tanpa secalit mekap. Irfan turut bingkas bangun menghampiriku.

“Ok.. abang benarkan sayang cuti seminggu lagi. Bila dah sihat baru masuk office. Tapi ada syaratnya…sayang mesti tinggal di apartment abang sepanjang tempoh itu. Bagaimana, setuju?” aku hanya menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Irfan. Memang aku perlu sambung cuti kerana alahanku masih teruk lagi tetapi untuk tinggal bersama Irfan aku tidak setuju.

“Please….ElleaNur sayang… abang risau sayang sorang-sorang kat rumah ni” rayu Irfan. Aku masih menggeleng.

“Ok, apa kata kalau tinggal dengan mama abang? Atau mama sayang? Atau… sayang nak abang tinggal kat rumah ni?” pujuk Irfan dengan cadangan yang berbaur ugutan, cadangan yang tidak memberikan aku sebarang pilihan.

“No, I tak nak mereka tahu yang I hamil” jawabku pantas.

“I akan ikut tinggal dengan you, tapi tolong jangan bocorkan rahsia ni pada sesiapa. Kalau tak..siaplah you I kerjakan!” tuturku memberi amaran. Irfan tersenyum panjang dan segera membantuku menyiapkan barang-barang dan pakaian yang aku akan gunakan sepanjang di apartmentnya nanti.


Scene 16

Alahanku masih berlarutan. Tiada satu pun kerja yang mampu aku lakukan sepanjang 2 hari di apartment Irfan. Semuanya Irfan yang sedia dan uruskan. Aku jadi bimbang kerana majlis persandingan kami tinggal tidak sampai 1 bulan lagi. Segala persiapan kedua keluarga kami yang uruskan. Aku sekadar menurut apabila sesekali mama bertanya akan pendapatku. Bagaimana ingin menghadirkan diri jika keadaanku masih begini. Bila aku suarakan pada Irfan, dia menyarankan aku supaya bersabar, segala-galanya akan kembali normal seminggu dua lagi. Bila sudah mula bosan dan tidak tertanggung akan alahan ini, Irfan yang akan menjadi mangsa kemarahanku. Aku sering menyalahkan dirinya, membuat aku menderita begini, hanya duduk terperap dirumah. Sedangkan aku tahu sekali sekala dia pasti berjumpa dengan Julia. Itu yang membuatkan hatiku bertambah sakit.

“Irfan….” Panggilku lemah sewaktu terjaga dari tidur pada suatu pagi. Aku menoleh sekilas ke sisi tetapi Irfan tiada. Mungkin sudah bangun, bersiap untuk ketempat kerja, telahku. Sejurus kemudian Irfan muncul menatang dulang membawa sarapan dan meletakkannya di meja sisi. Dia membantuku bangun bersandar di kepala katil.

“Fan… you tak kerja?” Soalku hairan melihat dia masih belum bersiap.

“Abang cuti, mungkin 2 hari. Kenapa tak suka abang kat rumah?” katanya seraya menyelak langsir seluas mungkin. Cahaya pagi mula membiaskan warnanya. Indah dengan kicauan burung. Irfan mencapai mangkuk bubur disebelahku.

“I nak mandi dulu Fan…” Irfan bingkas membantuku ke bilik air.

“Baru hamil sudah begini manja isteri abang ni..” komen Irfan disambut jelingan tajamku. Terasa dengan kata-kata Irfan aku terus menepis tangannya dan berlalu masuk ke dalam bilik air.

“ElleaNur..jangan kunci pintu ok” pesan Irfan dari luar. Bimbang jika sesuatu terjadi dengan isterinya itu. Lega, apabila seketika kemudian ElleaNur membuka pintu dengan wajah yang sedikit segar. Dengan hanya berkemban separas dada, dia melangkah mendapatkan pakaian yang telah tersedia diatas katil. Selamba dia menyarungkan baju tanpa mempedulikan kewujudan Irfan di situ. Hatinya masih terasa dengan kata-kata Irfan sebentar tadi.


“Hantarkan I balik rumah petang nanti!” ujarku duduk menyandar di kepala katil. Kepalaku masih terasa berat, perut pula terasa senak.

“Abang suapkan sayang bubur ok” tutur Irfan tanpa mempedulikan permintaanku. Aku menggeleng. Aku tiada selera untuk makan. Tetapi, apabila memandang ada riak kecewa diwajah yang telah bersusah payah memasak untukku, aku segera membuka mulut menerima suapan Irfan. Baru beberapa suap, tekakku terasa mual, ingin memuntahkan sesuatu. Segera aku menolak tangan Irfan.

“I dah kenyang Fan… hulurkan I air suam”

“Makan sikit lagilah sayang…” aku hanya menggeleng. Irfan hanya menurut dan merenungku terus. Kami berbalas tatapan. Tiba-tiba handpone Irfan berbunyi. Irfan bingkas bangun menjawab panggilan dan berlalu keluar dari bilik. Seketika kemudian dia kembali dan mengambil tempat di hujung katil.


“Irfan..” panggilku gugup. Dia hanya mendongak memandangku seraya mengangkat kedua belah keningnya.

“You..masih berhubung dengan Julia? I meant, you ada jumpa dia?” Soalku lambat-lambat. Irfan mendengus perlahan, meraup rambutnya kebelakang. Aku tahu pasti dia tidak senang dengan pertanyaanku sebentar tadi.

“ElleaNur…you sayangkan I?” soalnya pula. Aku tunduk membisu, memikirkan jawapan yang tepat atas pertanyaan Irfan. Perlukah aku mengakuinya?

“Atau you masih ragu-ragu dengan perasaan I? You masih tidak percayakan I? Sampai bila ElleaNur?” Soalnya dengan keluhan yang panjang. Irfan mencapai tanganku, mengharapkan aku berkata sesuatu. Aku menghela nafas perlahan.

“Irfan…bagi I rasa sayang dan cinta tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. I takkan terima pernikahan kita, seandainya tiada secebis pun perasaan sayang I pada you. Fan…I sayangkan you! I cukup pasti akan hati dan perasaan I pada you. You tak perlu bimbang. Tapi, entahlah…hati I tak boleh membohongi diri I, membohongi you, I cemburu dengan Julia Fan…” kataku dalam sendu. Irfan memelukku erat, cuba menenangkan hatiku yang gundah. Lama kami berkeadaan begitu.


“I faham sayang. You juga tak perlu bimbang kerana perasaan I pada you tulus. Tiada wanita lain yang bertakhta disegenap hati I selain you dan….”

“Siapa?” pintasku cepat.

“Mama I sayang. Walau seribu Julia, takkan sama dengan ElleaNur seorang” sambung Irfan dengan ketawa. Aku menumbuk lembut dada bidang Irfan.

“I love you Fan…” kataku disertai kucupan kecil dipipi mulus Irfan. Namun Irfan kulihat hanya membatu tanpa reaksi. Tiada balasan dari bibir merah itu.

“Irfan, kenapa?” soalku curiga.

“Siapa Irfan?” tanyanya dengan muka serius. Aku hanya mengerutkan dahi, hairan.

“Youlah!” balasku.

“’Youlah’ tu siapa pada you?” tanyanya bagai Inspektor polis. Aku berfikir sejenak.

“Suami I lah!” jawabku geram. Dalam pada itu otakku mula menangkap apa kemahuan Irfan saat itu. Nak suruh aku panggil dia abang lah tu!

“Then kenapa tak panggil I ‘abang’?” Dengan Farris boleh pulak panggil abang!" Rungutnya. Aku hanya tersenyum mencebikkan bibir. Dia menjengilkan mata memandangku.
“Abang Irfan…”panggilku lembut tapi tiada balasan dari Irfan.

“Fan….takkan itu pun you nak marah?” ujarku dengan lebih manja. Saja menggoda, menanti reaksi darinya. Namun hampa. Dengan selamba Irfan bangun melangkah menuju ke pintu.

“Abang!” sepontan aku menjerit melihat tindakkan Irfan. Dia menoleh dengan gelak yang kuat. Aku mengetap bibir geram.

“I love you too, sayang..” ucapnya mendepangkan tangan. Aku berlari mendapatkan Irfan. Sekali lagi dada bidang itu menjadi sasaran tumbukan tanganku. Kami berpelukkan erat melepaskan rindu dendam yang tersimpan di dalam hati selama ini. Buat pertama kalinya aku merelakan ciuman dari Irfan sepenuh hatiku. Saat ini, tiba-tiba sahaja badan aku terasa segar. Hilang segala alahan-alahan yang selama ini membelenggu diriku.


Scene 17

Sudah seminggu aku kembali memulakan kerja setelah alahan yang aku alami beransur pulih. Dan sudah seminggu juga aku tidak bertemu dengan Irfan. Dia outstation ke Kuching lagi meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai sewaktu menjaga aku dirumahnya minggu lalu. Aku kini kembali menetap bersama Alia, teman serumahku yang juga akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Hadir ke pejabat tanpa kehadiran Irfan sedikit sebanyak melemahkan semangatku. Entah bila dia akan kembali aku tidak pasti. Ketika aku sedang mebancuh air bersama-sama dengan Rina di pantry, Irfan tiba-tiba muncul.


“Hai….sa… ElleaNur, Rina , selamat pagi!” Irfan hampir terlepas cakap. Fikirnya ElleaNur berseorangan, sama sekali tidak dia tidak perasan akan kewujudan Rina yang agak terlindung di situ. ElleaNur tidak menoleh, mungkin cuba menyembunyikan wajahnya yang mula berona merah akibat keterlanjuran Irfan sebentar tadi. Rina hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun bersih.

“Hai..En. Irfan, apa khabar? Bila balik?” Rina menyoal sambil mencapai mug.

“OK, petang semalam, you all pulak macam mana?” Irfan menyoal dengan mata tertancap kepada ElleaNur yang menoleh sekilas. Rindunya...

“You nak air?” ElleaNur menyoal patas yang disertai anggukkan kecil dari Irfan.

“Bawakannya ke bilik I. I ada hal nak bincang dengan you Cik. ElleaNur” tutur Irfan berlalu meninggalkan riak penuh tanda tanya di muka Rina.

“Hei Eizurra, you dengan En. Irfan tu ada apa-apa ke? Hmm..” soalnya kemudian.

“Jangan nak merepeklah Rina!” jawabku seraya berlalu dengan 2 buah mug di tangan. Lebih baik aku melarikan diri sebelum Rina bertanya dengan lebih lanjut.

“Alah..kalau ada apa-apa pun..apa salahnya kan Eizurra? Jangan lupa jemput I” terdengar Rina menjawab kuat dari belakang. Perempuan beranak 2 itu memang suka menyakat!

Aku segera melangkah menuju kebilik Irfan, meletakkan mug di penjuru meja dan mengambil tempat di depan mejanya. Irfan hanya mendongak memandang kewajahku sekilas dan kembali meneruskan kerjanya, menyemak sesuatu di dalam fail hitam yang setebal 4 inci. Aku mengeluh, rimas dengan keadaan itu.

“En. Irfan you nak bincangkan tentang hal apa?” soalku berlagak formal meniru gaya percakapan Irfan sebentar tadi. Irfan menutup fail, memandangku dengan senyuman kecil. Aku membalas dengan riak selamba.

“I nak you ambil cuti esok”

“Esok? Mana boleh. I baru saja ambil cuti minggu lepas. Lagipun banyak kerja yang I perlu siapkan, minggu depan I dah start cuti lagi, En. Irfan!” jawabku dengan alasan yang aku kira sedia diketahui oleh Irfan.

“Siapa bos dekat office ni? I atau you, PUAN ElleaNur?" Tanya Irfan agak tegas, sengaja menekankan perkataan Puan padaku. Riak mukanya yang serius menyakitkan hatiku.

“YOU!” jawabku membuang pandang kesisi.

“So?” Irfan bangun dan melangkah, duduk di atas penjuru meja disisiku. Aku hanya diam membisu, sesekali menjeling ke arah Irfan.

“Ok, ada apa-apa lagi? If not, you boleh keluar sekarang” arah Irfan bersahaja membuat aku bertambah sakit hati lalu bangun, mengambil keputusan beredar dari situ. Belum sempat aku melangkah, tangan Irfan dengan pantas menyambar pinggang rampingku, membawa aku ke dalam dakapan erat Irfan.

“Sorry sayang, abang rindu!” bisik Irfan perlahan dicuping telingaku. Aku hanya mendiamkan diri di dalam pelukan Irfan. I miss you too, jawabku dalam hati.

“Sayang abang apa khabar? Dah sihat?” aku hanya mengangguk kecil. Tiba-tiba tangan Irfan mengusap perutku lembut, membuat aku terkesima sesaat.

“Anak abang pulak, Sihat? Nakal tak?” sekali lagi aku mengangguk. Aku mendongak mencari wajah Irfan dibelakangku dengan sebuah senyuman. Sungguh! Hatiku tersentuh dan gembira dengan pertanyaan Irfan.

“Kenapa you suruh I ambil cuti esok?” soalku serius apabila teringatkan arahan Irfan sebentar tadi. Irfan mengerutkan dahi, mungkin tidak senang dengan bahasa yang aku gunakan. Lidah aku liat betul nak gunakan bahasa tu! Nak buat macam mana? Getus hatiku dengan senyuman nakal.

“Your first maternity check-up esok kan? Abang temankan sayang, ok?” jawapan berupa pertanyaan dari Irfan mengingatkan aku kepada temujanjiku dengan Dr. Sofia esok. Dan, sekali lagi aku terharu dengan sikap prihatin Irfan terhadapku. Ketukan dimuka pintu pejabat Irfan segera merungkaikan pelukan Irfan padaku. Sebuah ciuman kecil hinggap di pipiku sebelum aku beredar keluar.

Kini, masa senggang aku banyak dihabiskan bersama Irfan. Rutin harianku kini menemani Irfan makan tengahhari dan malam. Walaupun demikian, kami masih lagi tinggal berasingan atas permintaanku sendiri. Aku memerlukan waktu untuk diriku sendiri sebelum menjalani tanggungjawabku yang sebenar sebagai isteri Irfan sedikit waktu lagi. Aku juga sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan Irfan walau kadangkala terbit rasa tidak puas hati dengan beberapa sikap Irfan yang amat bertentangan denganku. Namun, aku pasrah kerana tiada manusia yang diciptakan sempurna, begitu juga dengan diriku sendiri. Kerapkali juga Irfan merungut akan sifat cemburu dan manjaku yang agak keterlaluan. Manja, bukan sengaja tetapi aku sudah sememangnya begitu semenjak dari kecil sementelah pula aku anak tunggal mama dan papaku. Aku sudah biasa dimanjakan dan semua kemahuanku dituruti. Cuma dalam hal jodoh perkahwinanku dengan Irfan yang mama dan papaku tidak memberikan aku sebarang pilihan. Kali ini mereka lebih senang memaksa daripada menuruti kehendakku. Namun aku akhirnya pasrah dengan ketentuan Ilahi, bukankah jodoh yang diaturkan oleh ibubapa itu mempunyai hikmah disebaliknya? Dan aku berharap Irfan berjaya melayan kerenah manjaku ini, isterinya yang dicari sendiri. Tapi, menurutku, Irfan juga seorang lelaki yang manja. Semua kehendaknya mesti dituruti dan dia sentiasa mahukan perhatian yang lebih daripadaku. Cemburunya juga boleh tahan. Tapi tak mengapalah, bukankah cemburu itu tandanya sayang.

Aku cemburu? Irfan tidak sepatutnya mempersoalkan tentang hal ini kerana dia juga turut cemburu. Dia seharusnya sedar yang seorang perempuan walau bagaimana lembut pun hatinya, pasti mempunyai perasaan ini. Tambahan lagi aku isterinya yang sah. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya berbual mesra dengan perempuan lain? Mana ada perempuan di dunia ini yang sanggup berkongsi kasih sayangnya dengan perempuan lain? Kalau adapun bukanlah datangnya dari golongan perempuan seperti aku. Dan aku pula, seorang perempuan yang sedari kecil mendapat curahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari kedua mama dan papaku. Kasih, sayang dan cinta mereka hanya tercurah untukku seorang. Bukan kedekut, tapi itulah hakikat yang Irfan sebagai suamiku harus hadapi. Apa yang aku harapkan dari Irfan semoga dia dapat melayani dan menghormati aku sebagai seorang perempuan, wanita, isteri dan ibu kepada anak-anakku kelak, kerana bagiku setiap satunya mempunyai pengertian dan maksud yang berbeza. Semoga tiada sengketa diantara kami selepas ini.


Scene 18

Majlis persandingan aku dan Irfan berlangsung dalam suasana gilang gemilang di hotel Shangri-La Putrajaya. Hampir kesemua saudara maraku dan Irfan hadir meraikan hari bersejarah bagi kami. Berita perkahwinanku dengan Irfan membawa kejutan yang besar di Sinar Jaya terutamanya Rina yang sememangnya mengesyaki hubungan rapatku dengan Irfan sebelum ini. Kehamilanku yang sudah berusia hampir 3 bulan juga masih menjadi rahsia aku dan Irfan. kerapkali juga mamaku dan mama Irfan serta beberapa keluarga dan rakan-rakanku mempertikaikan keadaan tubuhku yang agak berisi. Aku hanya mengutarakan kegusaran hatiku dengan Irfan, bimbang sekiranya aku nampak hodoh dimata para tetamu dengan keadaan perutku yang sedikit menampakkan bentuknya. Tambahan pula aku akan memakai baju kebaya pendek sewaktu majlis persandingan nanti. Irfan seperti biasa, hanya mengatakan aku nampak lebih cantik, seksi bila hamil begini. Ya, cantik dan seksi dimatanya, tapi tidak pada orang lain yang memandang, dan padaku yang terseksa dengan keadaan ini.

“Irfan…macam mana ni…” rungutku manja pada Irfan sewaktu kami bersedia untuk melangkah ke dalam dewan persandingan. Mukaku mula memercikkan warnanya. Takut menghadapi kemungkinan rahsia kehamilanku diketahui para tetamu.

“Macam mana apanya? Takut nak lalui our ‘second night’ ke” balas Irfan dengan senyuman nakal. ElleaNur disebelah hanya menjeling dengan muka yang masam. Orang sikit punya risau, dia boleh fikirkan benda lain pulak! gumam ElleaNur dalam hati yang berdebar.

“Perut I ni, nampak ketara tak? I malulah Fan…” seakan ingin menangis aku rasakan saat itu. Irfan hanya tersenyum kecil merenung kearah perutku.

“Lor…tak adalah! Macam biasa saja. Jangan risau, you look very beautiful, very cute. Lagipun, that is our baby sayang… abang gembira kita dapat bersanding bertiga malam ni” pujuk Irfan sambil tangan kirinya memeluk pinggangku erat, mungkin memberi sedikit kekuatan untuk aku menghadapi majlis ini.

“Sayang gunakanlah bunga tangan yang ada tu untuk cover perut sayang, ok?” tutur Irfan memberi cadangan yang aku rasakan sangat bernas saat itu. Aku menghadiahkan senyuman manis kepada Irfan dan memulakan langkah dengan penuh keyakinan ke dalam dewan, mengambil tempat raja sehari yang gemilang dengan warna tema, merah hati dan golden cream. Sesekali mata kami bertatapan membisikkan rasa hati. Alia dan tunangnya, Riezal menjadi pengapit aku dan Irfan pada malam bersejarah ini.

Majlis persandingan kami tamat hampir pukul 12 malam. Aku dan Irfan di khaskan untuk menginap di bridal suite hotel itu selama 2 malam. Sejak dari detik itu bermulalah kehidupanku, seorang isteri yang sebenar disisi Irfan, bersamanya setiap masa dan ketika. Aku mula berpindah ke apartment Irfan di Damansara meninggalkan segala kenangan di rumah lamaku bersama Alia. Memulakan rutin seorang isteri, melayani dan memahami sekeping hati sang suami. Hadiah bulan madu ke Venice dari kedua ibubapa dan mentuaku terpaksa kami tangguhkan sehingga aku melahirkan anak kami. Tambahan pula keadaan kesihatanku tidak berapa baik lagi, sesekali alahan masih lagi melanda diriku. Berita hamilanku menjadi hadiah yang paling mengembirakan bagi mereka apabila kami berpakat mengumumkannya seusai majlis persandingan. Perasaan maluku saat itu bertukar menjadi satu perasaan bangga yang tidak terucap dengan kata-kata apabila tidak putus-putus menerima ucapan tahniah dari keluarga dan rakan-rakan. Irfan kulihat hanya tersenyum panjang, memaparkan riak-riak gembira dan bangga disampingku.

Aku masih lagi meneruskan kerjaku sebagai arkitek dan pembantu peribadi kepada Irfan di Sinar Jaya. Aku ingin terus bekerja selagi terdaya, Irfan kerapkali mendesakku untuk berhenti kerja dan kembali semula selepas aku melahirkan anak kami. Rutin kerjaku seperti biasa cuma tidak lagi pergi ke tapak projek seperti dulu. Adat berumahtangga, seringkali aku dan Irfan berselisih faham, cemburu, sakit hati, namun dapat di selesaikan memandangkan keadaanku yang sedang sarat hamil. Tapi, hanya Irfan yang selalu mengalah denganku. Aku masih seperti dahulu, keras hati, susah untuk aku mengalah atau mungkin juga kerana pembawaan kandunganku, seperti yang selalu dikatakan oleh Irfan dan juga keluargaku.



Scene 19

Genap usia kandunganku 7 bulan, terjadi pertengkaran diantara aku dan Irfan. Selama ini, aku berusaha supaya untuk tidak memanjangkan setiap perselisihan faham antara kami. Aku cuba mengawal sikap cemburuku. Tapi hari ini, kesabaranku benar-benar teruji. Semuanya kerana Julia! Aku terserempak dengan Irfan dan Julia di restoran berdekatan dengan Sinar Jaya sewaktu lunch hour, sungguh mesra! Kenapa Irfan mesti menipuku? Menurutnya, dia mempunyai lunch date dengan pelanggan dari Jerman, tapi mengapa mesti bersama Julia pada waktu itu? Tanpa menunggu reaksi dari Irfan, aku segera mengajak Rina keluar mencari restoran lain. Mujur juga Rina tidak perasan akan kewujudan Irfan dengan Julia yang agak terlindung. Kalau tidak pasti kecoh. Sudahlah aku sengsara membawa perutku yang besar ni, mengidam nak makan kari daging, Irfan pulak buat hal. Semuanya membuatkan aku rasa sakit hati dan geram dengan Irfan. Sudahnya, sampai malam aku bertindak mendiamkan diri, melancarkan mogok lapar. Kepulangan Irfan dari pejabat langsung aku tak pedulikan. Kalau selalunya kami akan balik bersama-sama tapi tidak untuk hari ini. Aku lebih rela menaiki teksi dari berhadapan dengan Irfan. Biarkan Irfan tahu betapa sakitnya hati saat ini.

“ElleaNur, majalah itu lebih penting dari abang ya?” soal Irfan tiba-tiba ketika aku sedang mengasyikkan diri membelek majalah ‘PaMa’ edisi terbaru. Aku meneruskan bacaan tanpa memandang Irfan. Irfan mendengus kuat membuatkan aku sedikit tersentak.

“Kenapa balik tak tunggu abang?”

“Saja Ellea nak balik awal. Lagipun abang mesti balik lambat kan hari ni” jawabku agak sinis.

“Alasan!” tingkah Irfan agak kuat. Aku hanya mampu mengeluh panjang. Sepatutnya aku yang berhak marahkan dia. Malas melayan kemarahan Irfan aku melangkah menuju kebilik. Takut meletup pulak perut aku kalau menghadap Irfan dalam keadaan dua-dua marah begini.

“Abang nak makan” jerit Irfan agak kuat bila aku dengan selamba melangkah meninggalkannya di ruang tamu.

“Ellea tak masak! Kan abang dah kenyang makan dengan Julia siang tadi!” tingkahku agak kuat seraya menghilangkan diri ke dalam bilik. Lebih baik aku tidur dari melayan kerenah Irfan. Berdosakah aku berbuat begitu dengan Irfan? Ah.. pedulikan, siapa suruh sakitkan hati aku! Seketika kemudian hidung aku mula menangkap bau maggi kari dari ruangan dapur. Pasti Irfan sedang enak menjamu selera, membiarkan aku kelaparan di dalam bilik, sampainya hatimu! Walaupun tekakku sedikit teruja, namun aku keraskan hati untuk terus menunjukkan rasa hatiku yang terusik dengan pertemuan Irfan dengan Julia siang tadi. Biarlah untuk malam ini aku melayan sakit hati ini. Biar Irfan tahu bahawa aku memandang serius akan hubungannya dengan Julia walau kerapkali Irfan menegaskan diantara mereka hanya kawan baik.Kawan? mana ada kawan yang dok meliuk lentok dengan kawannya sendiri. Manja sakan mengalahkan aku!

“ElleaNur sayang…masih marah dengan abang?” bisik Irfan tiba-tiba di cuping telingaku. Aku memejamkan mata, sengaja mengeraskan badan bila dipeluk erat oleh Irfan. Seketika aku terasa sungguh sedih mengenangkan kejadian siang tadi. Hati terasa berdenyut, sakit!

“Sampai hati abang tipu Ellea, tapi..tak mengapalah, abang ada hak untuk berbuat demikian” kataku setenang mungkin, cuba untuk tidak memaparkan rasa hatiku yang sedikit kecewa saat itu. Sungguh! Aku berasa sangat jauh hati dengan Irfan hari ini. Tidak pernah sepanjang usia perkahwinan kami aku berkelakuan begini. Semuanya berjaya aku kawal, tapi hari ini...entahlah...

“ElleaNur, abang tak tipu, semuanya kebetulan saja. Kebetulan abang bertemu Julia di situ selepas bertemu Mr. Jordan siang tadi. Tolong percayakan abang sayang” terang Irfan panjang. Walau terasa sedikit lega mendengar alasan Irfan, aku masih bertindak mendiamkan diri. Membiarkan Irfan terus bermesra denganku, mencium dan membelai rambutku. Sesekali tangan Irfan merasa permukaan perutku yang membulat. Tiba-tiba tanganku bersatu dengan tangan Irfan, merasa gerakkan bayiku yang agak aktif sejak akhir-akhir ini. Terukir senyuman bahagia bila kami berpandangan.

“Hah tengok baby ni pun tahu marah tau!” kataku pada Irfan, kemarahanku lenyap sama sekali. Terasa bahagia bila mengenangkan anakku yang bakal menjengah dunia kira-kira 2 bulan lagi. Lelaki atau perempuan? Hal ini seringkali menjadi teka-teki kami berdua sebelum ini. Sengaja aku tidak membuat imbasan walau kerapkali dicadangkan oleh Dr. Sofia, biarlah kehadirannya menjadi suatu kejutan yang membahagiakan bagi aku dan Irfan.

“Abang…..dari siang tadi Ellea belum makan tau…” tuturku manja sambil merenung Irfan dengan pandangan menggoda. Tiba-tiba saja fikiranku teringat hajat siang tadi, Hajat yang terbantut disebabkan Irfan. Dan malam ini Irfan perlu memenuhinya sebagai denda menyakitkan hati aku.

“Lor…kenapa tak makan? Takkan marah kat abang sampai tak ingat baby kat dalam tu. Ok, sayang nak makan apa?”

“Kari daging dengan sambal belacan boleh?” pintaku bersahaja. Terkulat-kulat Irfan memandangku, mesti dia hairan dengan permintaanku.

“Hei ElleaNur sayang…kan sayang tak suka kari, lagipun, mana abang nak cari lauk tu malam-malam begini?” tutur Irfan lembut seraya mencuit hidungku. Ini mesti kes tercium bau maggi kari aku sebentar tadi, mengidam atau saja nak mendera aku ni? ElleaNur, ElleaNur… getus Irfan dalam hati.

“Ala..tak kira Ellea nak jugak, Ellea nak abang yang masak! Sampai hati abang..dari siang tadi lagi Ellea mengidam nak makan kari daging. Kalau tak kerana abang dengan Julia siang tadi mesti Ellea dah merasa kat restoran tu tau!” jawabku seakan ingin menangis. Sekilas ElleaNur menjeling jam dimeja, 11.30pm!

“Hei..mana abang tau ma…” bibir Irfan terhenti bila terpandangkan wajah ElleaNur yang mula merona merah, bibir matanya pula mula menitiskan air jernih.

“Ok, ok, abang cuba masak, tapi kalau tak jadi jangan nak complain eh” pujuk Irfan sambil membantu ElleaNur bangun. Nasiblah dapat isteri yang manjanya mengalahkan tuan puteri, tapi takpa janji ElleaNur tak marah kat aku lagi, getus hati Irfan. Terbit senyuman kecil dibibirnya memerhatikan wajah ElleaNur. Manja!


Scene 20

Aku mula bercuti sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin dan Irfan sentiasa di sampingku untuk menantikan detik-detik cemas bagiku. Tiba detik yang dinantikan, ditemani Irfan dan dibidani oleh Dr. Sofia, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Dengan rambut hitam lebat, wajah yang comel dan kulit yang kemerah-merahan, dianya persis wajah Irfan dimataku. Hanya matanya yang bundar itu yang diwarisi dariku. Sungguh! Tiada hadiah yang lebih hebat dalam hidupku dari kurniaan yang satu ini. Danial Imran! Nama yang mula memenuhi segenap hatiku kini setelah Ezairil Irfan.

“Terima kasih sayang, our hero is so cute!” ucap Irfan menghadiahkan ciuman di dahiku pada saat aku mula sedar setelah mengalami proses bersalin yang sungguh meletihkan. Aku hanya tersenyum membalas sinaran mata Irfan yang nampak bercahaya. Seketika kemudian, seorang jururawat perempuan masuk kebilik ku, meletakkan anak kami disebelahku. Aku memberikan senyuman tanda terima kasihku kepada jururawat itu lantas sebuah ciuman penuh kasih aku hadiahkan di kiri kanan pipi anakku, Danial. Beginikah perasaan seorang ibu?

“Dr. Sofia suruh awak menyusukan baby ni sekarang” katanya dan berlalu keluar. Aku memandang Irfan seraya mengangkat kedua kening. Kini, bermulalah tanggungjawabku yang pertama sebagai ibu. Irfan membantu aku untuk duduk bersandar di kepala katil, aku mencari kedudukan yang paling selesa untuk menyusukan bayiku. Perlahan-lahan aku meletakkan Danial di pangkuan dan sesekali aku memandang Irfan yang duduk di sofa tidak jauh dari katilku, begitu tekun memerhatikan ke arahku tanpa sebarang kata.

“Abang! janganlah pandang macam tu sekali! Ellea malulah…”tegurku agak kuat. Sudahlah aku rasa kekok semacam, dia boleh main pandang saja!, getus hatiku geram. Irfan tertawa agak kuat mendengar teguranku.

“Hei ElleaNur sayang..apa yang nak dimalukan. Takkan dengan suami sendiri pun nak malu kot!” tutur Irfan lantas duduk di tepi katilku, tangannya menyisip rambut aku yang terjatuh di dahi, kemudian mengusap lembut ke pipi Danial yang sedang menyusu di badanku. Aku hanya membisu menundukkan muka, leka memerhatikan Danial dan malu dengan pandangan mata Irfan yang tertancap kearah dadaku yang sedikit terbuka itu. Terasa mukaku mula merona merah dengan tingkah laku Irfan.

“You look very sexy, I love it!” ujar Irfan tiba-tiba. Kata-kata Irfan membuatkan muka aku terasa bertambah panas, malu!

“Abang!” jeritku bila Irfan bertindak tunduk mencium pipi gebu Danial. Irfan membalas jeritanku dengan ketawa yang kuat dan berlalu duduk di sofa, mencapai akhbar untuk dibaca. Seketika kami hanyut didalam haluan masing-masing.

“Lepas ni bolehlah sayang lahirkan anak perempuan pulak untuk abang ya” kata Irfan tiba-tiba disebalik akhbar yang menutupi wajahnya. Aku hanya membalas dengan cebikan yang panjang.

“Abang beranak sendirilah! Ellea nak rilek pulak!” tingkahku mendatar.

Petang itu, aku menerima kunjungan dari kedua ibubapa mertua dan juga mama dan papaku. Tidak ketinggalan rakan-rakan pejabat aku dan Irfan. Suasana di bilik wad aku rasakan sungguh meriah seakan ada pesta kerana masing-masing yang hadir membawa buah tangan dan hadiah untuk aku dan juga Danial. Rina dengan jamu Nona Roguynya untukku, Syikin pula dengan set botol susu Anakku untuk Danial dan tidak ketinggalan Azman dengan sengihannya yang panjang! Sungguh, aku terhibur dengan kunjungan mereka. Namun, dalam kemeriahan terselit juga adegan yang menyakitkan hati. Kedatangan Julia lewat petang itu membunuh sedikit kemesraan aku dengan Irfan. Julia membawa jambangan bunga mawar, tapi bukan dihulurkan padaku sebaliknya dengan senyuman bangga menghadiahkannya terus pada Irfan. Siapa yang beranak? Aku atau Irfan? Menyampah! Dan semenjak kepulangan Julia, sedikit pun aku tidak memandang bunga yang dibawa. Biarkan bunga itu layu disimbah cahaya matahari petang. Irfan, seperti biasa pasti membuat muka selamba gaya orang tak bersalah langsung. Biarlah, aku tidak akan sesekali membangkitkan isu Julia lagi di hadapan Irfan. Biar semua apa yang aku rasa menjadi rahsia hati aku seorang. Selama mana mampu aku simpan aku sendiri pun tak pasti, biar masa yang menentukan. kedatangan Alia dan Riezal selepas itu telah mengembalikan kegembiraan aku yang sedikit tercalar sebentar tadi. Segaris senyuman mula terukir dibibirku yang agak pucat.


Scene 21

Aku kembali kerumah setelah 2 hari berada di wad hospital dan menjalani hari berpantang selama 44 hari. Mamaku dan mama Irfan bergilir-gilir menjagaku sepanjang tempoh itu. Irfan hanya mengambil cuti selama 2 minggu selepas aku bersalin. Genap 2 bulan usia Danial, kami mengadakan majlis kenduri cukur jambul dan akikah untuk Danial. Majlis yang diadakan di rumah keluarga Irfan meriah dihadiri ramai tetamu, termasuk kaki tangan Sinar Jaya dan tidak ketinggalan juga kawan baik Irfan, Julia!. Kehadirannya memberikan sedikit kejutan padaku. Tiba-tiba hatiku berdenyut, sakit! Irfan walau sedar akan perubahan di wajahku saat itu hanya bertindak selamba, tiada sedikitpun rasa bersalah. Selesai majlis, aku hanya mendiamkan diri, sedikit pun tidak mempersoalkan tentang kehadiran Julia. Dia mempunyai hak untuk hadir jika diundang, dan orang yang mengundangnya sudah pasti Irfan. Biarlah, kerana aku tidak mahu wujudnya sebarang sengketa antara kami suami isteri. Segala perasaan dan rasa hatiku terhadap tindakkan Irfan kini tersemat rapi disanubariku.

Tetapi, walau tidak terluah dengan kata-kata, perasaan dan rasa hati yang aku pendam terlahir juga dengan perbuatan dan tingkah lakuku terhadap Irfan. Layanan yang aku berikan terselit sedikit kedinginan. Aku tidak pasti sama ada Irfan menyedari akan hal itu. Mungkin tidak hari ini, esok lusa pasti dia akan perasan, dan aku tidak mahu hal itu sampai terjadi. Bulan depan aku akan mula bekerja semula, jadi masih ada masa untuk aku menangani masalah yang membelenggu hatiku. Danial membesar dengan sihat, gelagat dan aksinya mula menghiburkan hatiku dan Irfan. Terubat jugak hatiku yang sedikit gundah.

Suatu petang, Irfan pulang dari kerja dengan wajah yang agak tegang. Dia hanya memerhatikan diriku yang sedang bebaring disofa dengan Danial tertidur lena di atas dadaku. Sepi tanpa sebarang suara dia melepaskan keluhan kecil. Aku dapat merasakan seperti ada sesuatu masalah yang membelenggu dirinya, mungkin masalah kerja, atau mungkinkah dia mula dapat merasakan perubahan sikapku padanya. Aku perlu mendapatkan penjelasan.

“Danial sayang, papa sudah balik, mama nak bangun ok” bisikku perlahan di telinga Danial, berusaha untuk tidak mengganggu tidurnya yang lena. Perlahan-lahan aku mengangkat dan meletakkan Danial yang sudah hampir terjaga di atas sofa.

“Kenapa dengan abang hari ni?” soalku lembut sambil tangan menepuk lembut ke badan Danial yang sudah pun terlena kembali. Namun, Irfan masih membisu, terus merenung ke arah aku dan Danial.

“Abang cemburu!” jawab Irfan mendatar. Aku mengerutkan kening, Irfan cemburu? Dengan siapa? Aku? Atau mungkinkah Julia? Atau ada orang lain?

“Cemburu? Dengan siapa?” soalku pantas. Irfan menjelingku sekilas dan menarik muka masam. Aiks, kenapa pulak ni?

“Sayang tu…sejak ada Danial….dah tak pedulikan abang lagi!” jawab Irfan lambat-lambat bagai anak kecil di mataku saat itu. Tidak sedarkah Irfan bahawa dia sekarang sudahpun menjadi bapa kepada seorang anak lelaki? Perlukah dia berkeadaan begitu? Getus hatiku gelihati.

“Hei, abang! Apa yang abang merepek ni? Takkan dengan anak sendiri pun abang nak cemburu kot?” tuturku dengan ketawa yang agak kuat. Aku menghampiri Irfan dan kemudian mendakapnya erat, mengelus belakang badan Irfan lembut, berharap hatinya kembali tenang.

“Abang…kenapa perlu cemburu dengan anak sendiri, hmmm? Sepatutnya…Ellea yang cemburu dengan abang tau” bisikku perlahan. Irfan memelukku erat.

“Sayang cemburu dengan abang! Pasal apa?” tanya Irfan setelah agak lama membisu. Aku hanya tersenyum kecil membalas pertanyaan Irfan lantas merungkaikan pelukan. Perlukah aku memberitahu Irfan yang aku masih cemburu dengan Julia. Perlukah Irfan tahu akan hal yang satu itu, hal yang sangat menyakitkan hatiku.

“Julia!” jawabku perlahan lantas bangun menuju ke arah Danial. Cuba menyembunyikan wajah yang saat itu mula menampakkan riaknya yang keruh, penuh dengan seribu rasa. Terbayang diruang mata aksi dan gelagat Julia semasa majlis kenduri di rumah keluarga Irfan.

“Sayang mama sudah bangun” tuturku lembut, mengangkat Danial yang memandangku dengan mata bundarnya, seakan dapat merasakan perasaan di hati mamanya saat itu. Bertalu-talu ciuman hinggap di pipi kecil itu membuatkan Danial ketawa mengekek. Seketika dapat aku rasakan fikiranku kembali tenang. Irfan menghampiri kami, mengambil Danial dari dukunganku. Persoalan tentang Julia hilang begitu saja.

“Mari sayang papa pulak. Mana aci mama asyik sayang Danial saja, papa nak jugak” tutur Irfan dengan ciuman bertalu di pipi Danial, sekilas dia menjeling penuh makna ke arahku. Malas melayan, aku berlalu kedapur menyediakan minum petang untuk Irfan.
Sungguh! aku kadangkala pelik dengan perangai Irfan. Bagaimanalah dia boleh cemburu dengan anaknya sendiri. Memang aku akui, sejak akhir-akhir ini aku lebih memberi perhatian kepada Danial. Tapi, Irfan sepatutnya faham, anaknya itu masih kecil dan sudah tentu memerlukan belaian dan perhatian yang lebih dari aku ibunya. Mungkinkah ianya berpunca dari aku sendiri? Barangkali, kedinginan yang cuba aku sembunyikan sudah mula dirasai oleh Irfan. Atau, Irfan sebenarnya mempunyai masalah lain yang cuba disembunyikan dari aku lalu Danial dijadikan alasan?


Scene 22

Kini telah hampir 2 bulan aku kembali bekerja. Atas kehendak mama Irfan, aku menghantar Danial ke rumahnya setiap hari untuk dijaga. Menurut mama, usia Danial yang baru 5 bulan tidak sesuai untuk dihantar ke pusat penjagaan bayi. Selebihnya aku rasa dia bimbang untuk membiarkan cucunya itu diasuh oleh orang luar. Tambahan pula hanya Danial satu-satunya cucu yang berada dekat dengannya. Abang sulong Irfan sekeluarga tinggal di Johor Bahru, manakala kakak Irfan, Kak Ngan Raihana pula menetap di Australia setelah berkahwin dengan orang sana. Hanya Irfan seorang yang tinggal berdekatan dengan kedua ibubapanya. Ibu mertuaku itu kerapkali juga secara berseloroh meminta aku berhenti kerja, tapi aku tahu itulah niatnya yang sebenar. Irfan, lelaki itu pada mulanya bersependapat dengan mamanya, tetapi dia tidak memaksa dengan mengizinkan aku untuk bekerja semula. Dia memberikan aku hak untuk membuat keputusan sendiri, keputusan dimana keadaan dan waktu yang sesuai untuk aku berhenti kerja, memikul tanggungjawab sepenuhnya sebagai surirumah.

Selama ini, apa saja yang aku masak akan dimakan oleh Irfan walaupun dia boleh dikategorikan sebagai lelaki yang banyak kerenah di dalam bab makanan. Mungkin untuk menjaga hatiku yang ketika itu sedang hamilkan Danial agaknya. Seingatku sepanjang tempoh kehamilan, aku memang jarang memasak kerana deriaku saat itu sangat sensitif dengan bau-bauan, mudah membuatku berasa pening dan loya. Kami lebih banyak makan diluar, kalau tak dirumah mama Irfan dirumah mamaku. Tapi pagi minggu ini, entah hajat apa Irfan memintaku memasakkan lauk kari daging untuknya. Padahal bukannya dia tidak tahu aku memang tidak pandai memasaknya. Sebelum ini, kalau dia mengidamkannya, aku meminta mama memasakkan untuknya. Atau Irfan sengaja mendera aku sebagaimana dulu sewaktu aku hamil, ditengah malam aku pernah memaksanya memasakkan lauk kari daging untukku. Tapi bukannya niat aku nak mendera dia, cuma aku mengidam sangat masa itu, nak buat macam mana.

Tapi, selama mana aku perlu meminta bantuan dari mama, aku harus mencuba. Bukankah kata orang hendak menambat hati suami mestilah dari perutnya? Walau aku bukan dari kategori perempuan yang pandai memasak tetapi segala kemahuan Irfan akan aku cuba turuti. Suasana yang sedikit bising diruang tamu mengganggu perbualan aku dengan mama di telepon. Irfan sedang asyik bergurau dengan Danial yang baru hendak belajar bertatih. Danial, walau sudah setahun setengah masih belum boleh berjalan dengan laju, kalau ikut Irfan memang lambatlah jalannya! Aku, kata mama tak sampai setahun dah boleh berjalan.

“Abang! Tengok Danial tu” jeritku apabila terpandangkan Danial yang ingin menuju ke balkoni apartment kami. Irfan yang sedang asyik menonton TV bingkas bangun mendapatkan Danial.

“Ya mama, lagi? Ok, tu aje ya mama. Ermmm. Thanks mama. Kirim salam kat papa ok. Assalamualaikum” aku meletakkan ganggang seraya menjeling ke arah Irfan yang memandang kearahku dengan senyuman perli.

"Apalah isteri abang ni, nak masak kari pun mintak tolong dari mama" ujar Irfan dengan senyuman mengejek. "Eleh! dia pun sama. Dulu tu pun abang mintak tolong dengan mama jugak kan? Saja nak buat lupa ler tu!" balasku sinis seraya berlalu ke dapur, sengaja aku kibar-kibarkan helaian kertas putih yang aku catatkan resepi dari mama di depan Irfan. Apabila Irfan bertindak untuk merampasnya dari tangan, aku mencicit lari kedapur meninggalkan Irfan dengan Danial di ruang tamu. Aku leka menumis rencah sambil mata sesekali menjeling ke arah resepi di atas kabinet. Tiba-tiba aku dapati kertas resepi hilang, membuat aku sedikit kelam kabut. Mataku melilau memandang sekeliling dapur, mungkin juga kertas resepi itu melayang, dugaku. Tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang. Irfan mengibarkan kertas yang aku cari tadi dengan ketawa yang agak kuat.

“Sayang cari ini ya, hmmm?” tanya Irfan dengan ketawa yang masih bersisa. Aku hanya memasamkan muka. Geram dengan tindakan Irfan mencuri kertas resepiku.

“Hei, ElleaNur sayang…marah kat abang ya? Abang bergurau ajalah” tutur Irfan apabila aku masih lagi membisu, melayan rasa sakit hati. Sudahlah memaksa aku memasak lauk yang aku tak tahu, bukan nak membantu, nanti kalau tak sedap banyak pulak cekadaknya, getusku geram. Aku teruskan memasak tanpa mempedulikan Irfan. Rungkaian pelukan Irfan segera menyedarkan perasaanku. Tersentuhkah Irfan dengan kebisuanku tadi.

“Abang! Danial mana?” tuturku yang tiba-tiba segera mematikan langkah Irfan.
“Ermmm, adapun suara Isteri abang ni, ingatkan bisu” jawabnya seraya menghampiriku, kembali memelukku erat.

“Abang tu, sudahlah mendera Ellea suruh masak kari. Mimpi apa agaknya tiba-tiba aje hari ni nak makan kari. Susah-susah Ellea dapatkan resepi dari mama, abang curi pulak! Nanti kalau tak sedap jangan nak kompelin pulak eh!” rungutku sambil mematikan api dapur.

“Entah, abang pun tak tau. Tiba-tiba aje tekak abang pagi ni rasa macam nak pekena kari. Ermmm.. entah-entah sayang…pregnant tak?” tutur Irfan memberikan alasan.

“Jangan nak mengarutlah abang ni! Nak melayan abang dengan Danial sekarang ni pun Ellea dah tak larat, bapak dengan anak sama-sama banyak ragam, ada hati nak tambah lagi sorang” getusku perlahan. Sebenarnya, memang aku tiada perancangan untuk menambah anak dalam waktu terdekat ini.

“La… apa salahnya, sorang jer lagi, kali ni abang nak baby girl. Apakata kalau kita produce masa kita pergi honeymoon di Venice nanti. Bolehkan sayang?” kata-kata Irfan membawa fikiranku kepada tarikh percutian kami bertiga ke Venice bulan depan, honeymoon yang tertangguh sekian lama. Tercetus senyuman kecil bila mengenangkan permintaan Irfan sebentar tadi.

“Ok now, cuba abang rasa, sedap tak?” Aku menghulurkan sesudu kuah kari kemulut Irfan untuk dirasa. Irfan mengerutkan dahi.

“Smell good! Ermmm sedap, pandai sayang masak” entah betul entah tidak pujian Irfan itu. Kedegaran ikhlas tapi lantaklah kalau tak sedap pun, aku peduli apa.

“So, macam mana? Boleh tak?” soal Irfan. Aku hanya menjungkitkan bahu seraya berlalu ke ruang tamu menjenguk Danial yang sedang lena di dalam buaian.

Sungguh-sungguhkah Irfan ingin menambah bilangan anak? Baru Danial seorang sudah cemburunya bukan main ada hati nak satu lagi. Irfan, Irfan, lelaki itu hanya tahu mendesak dan terus mendesak. Tapi, aku juga tidak menolak andainya aku ditakdirkan hamil untuk sekian kalinya dan berharap untuk kali ini biarlah aku dikurniakan seorang anak perempuan. Mengingatkan permintaan Irfan membuatkan aku tersenyum gelihati. Tidak sabar rasanya untuk menikmati bulan madu kami di Venice bulan depan. Semoga percutian kali ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Melihatkan Irfan yang sibuk mencari nama bakal anak perempuan kami, aku tahu aku perlu segera memenuhi permintaan Irfan. Segera aku menghampiri Irfan dan mendakapnya erat, penuh kasih sayang lalu sebuah ciuman hinggap di bibir merahnya. Irfan membalas dan segera mencempungku ke bilik kami, membawa aku ke lautan asmara yang terindah.


Scene 23

Kini, sudah hampir 3 tahun usia perkahwinan aku dan Irfan. Segalanya berjalan lancar seperti kebanyakkan rumahtangga orang lain. Kami cuba mewujudkan rumahtangga yang sakinah. Namun, sesekali pasti akan ada perselisihan faham, sengketa yang berpanjangan di antara aku dan Irfan, tapi segalanya dapat kami selesaikan dengan yang aku kira bersesuaian dengan cara hidup kami. Telatah Danial yang semakin bijak bercakap jugak menceriakan hidup kami seharian. Ada-ada saja kata dan gelagatnya yang pasti mencuit hati dan mengundang ketawa kami berdua. Namun, hingga kini permata kedua yang Irfan dan aku harap-harapkan sangat masih tidak kunjung tiba. Mungkin Allah belum mahu memberikan kami anugerah yang tidak ternilai itu untuk sekian kalinya. Aku dan Irfan juga masih tidak berputus asa mencuba dan terus mencuba. Tapi kami redha kerana semuanya pasti ada hikmah disebaliknya.

“Sayang bila agaknya kita nak dapat anak lagi?” soal Irfan tiba-tiba ketika aku sedang leka memerhatikan Danial yang terkial-kial memanjat tangga gelongsor di ruang permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak di Mid Valley. Aku membiarkan pertanyaan Irfan tergantung, ada sesuatu yang menyentuh hati aku saat itu.

“ElleaNur sayang kenapa?” aku hanya mengeluh lembut lantas tersenyum pahit. Irfan begitu mengharap kehadiran orang baru dalam keluarga kami tapi, sehingga kini aku masih belum dapat menunaikannya. Kecewakah Irfan?

“Maafkan Ellea abang, sampai sekarang Ellea tak dapat nak lahirkan anak untuk abang lagi” terangku mendatar. Irfan memandangku seraya merapatkan badan memeluk aku erat, sebuah ciuman hinggap di ubun-ubunku.

“Hei, abang tak kisahlah. Belum ada rezeki kita agaknya. Danial sorang pun dah cukup mengembirakan abang sayang...” Ikhlaskah Irfan? Seketika aku menolak jauh badan Irfan bila menyedari yang kami sedang berada di tempat awam. Irfan hanya tersenyum nakal memandang muka aku yang merona merah. Malu! Aku bukan macam Irfan yang suka menunjukkan sifat romantisnya walau dimana sekalipun.

“Papa, tengok muka mama merah, mama malu eh?” terdengar suara Danial dari ruang permainan. Aku segera bingkas bangun menuju ke arah Danial yang masih tersengih. Irfan turut bangun menghampiri Danial.

“Naughty boy!” usikku sambil mencubit lembut pipi gebu Danial. Anak kecil itu sungguh nakal, sama seperti Irfan. Aku menoleh sekilas ke arah Irfan yang masih tersenyum nakal. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!

“Ok Danial, jom kita pergi. Papa ada something nak belikan kat mama” kata Irfan seraya mendukung Danial, sebelah tangannya lagi mencapai tangan aku, menggenggam erat dan berlalu dari situ menuju ke satu ruang kedai. Seketika aku tertanya-tanya perlu apa Irfan ke sini? Diamond & Platinum!

“Happy birthday sayang. Pilihlah yang mana satu sayang suka, I buy for you” bisik Irfan lembut di cuping telingaku. Sebuah ciuman kasih hinggap di pipi, sekali lagi muka aku bertukar warna lantas sekali lagi mengundang tawa nakal Irfan dan Danial.

“Danial, wish happy birthday kat mama sayang” arah Irfan seketika kemudian pada Danial yang masih berada dalam dukungannya.

“Happy birthday mama. Danial sa...yang mama!” ucap Danial dengan ciuman yang bertalu-talu di kedua-dua pipiku.

Sungguh! Aku terharu dengan ucapan dan kejutan dari kedua-dua orang yang aku sayangi saat itu. Akhirnya, aku meminta Irfan sendiri yang memilihkan aku hadiah yang ingin diberikan. Irfan memilih seutas rantai emas putih berloket berlian berbentuk hati, sama seperti yang aku inginkan, sesuatu yang membuatkan hati aku terasa dekat dengan Irfan setiap masa dan ketika. Akan aku abadikan detik itu, di saat aku menyambut hari lahirku yang ke 28 tahun. Sebelum ini pun, setiap tahun Irfan akan membuat kejutan dan menghadiahkan aku sesuatu yang istimewa pada hari kelahiran dan juga ulang tahun perkahwinan kami. Tapi, aku dapat rasakan pemberian kali ini sangat bermakna, terasa kewujudan Irfan walau di mana aku berada. Semoga bahagia hari ini milik kami selamanya.


Scene 24

Di hujung minggu begini kalau tidak ke rumah mama dan papaku di Kajang atau ke rumah mertua di Damansara aku lebih senang di rumah kami, melayan Irfan dan Danial. Sesekali kami juga pergi bercuti tapi, sudah agak lama hujung minggu kami tidak kemana-mana memadangkan Irfan mempunyai tugasan di luar. Semenjak menjadi isteri Irfan jarang sekali aku bekerja pada hujung minggu, tumpuanku kini lebih kepada urusan rumahtangga, sementelah pulak Danial masih kecil dan memerlukan perhatian yang secukupnya. Aku tidak mahu hubungan kami renggang dan tiada kemesraan di antara ibu dan anak. Irfan pun sama cuma, sejak beberapa minggu kebelakangan ini dia seakan mempunyai banyak kerja, jadual hujung minggunya sentiasa penuh.

“Abang kita pergi rumah Alia petang nanti, dah lama tak jumpa dia” Cadangku seusai makan tengahhari. Sudah agak lama aku tidak bertemu dengan Alia. Kali terakhir semasa melawatnya sewaktu kelahiran anak keduanya, Maisarra. Alia tidak sampai 3 tahun kawin sudah 2 orang anak, dua-duanya perempuan, yang sulung Aisyah. Tapi, aku? Sudah rezeki Alia dan Riezal barangkali.

“Abang letihlah Ellea, lagipun petang nanti abang ada hal nak jumpa kawan” tutur Irfan memberi alasan. Aku hanya mengeluh lembut, sudah kerap kali Irfan memberi alasan yang sebegitu. Letih tapi jumpa kawan tak letih! Tak mengapalah mungkin Irfan benar-benar letih, getusku untuk menyedapkan hati yang gundah dengan alasan yang diberikan Irfan. Irfan ingin berjumpa kawannya, siapa? Ya Allah jauhkan hati aku dari kecurigaan ini.

“Kalau macam tu, Ellea pergi dengan Danial sajalah ya” balasku meminta keizinan dari Irfan yang sedang memejamkan mata. Penat sangat mengalahkan penoreh getah gamaknya. Irfan hanya terus mendiamkan diri, pura-pura tidak mendengar kata-kataku sebentar tadi.

“Abang, dengar tak?”

“Ermmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Irfan. Sedikit pun tak berusaha untuk membuka mata memandang ke arah aku yang mengharapkan jawapan. Sungguh! aku sedikit tersentuh dengan perlakuan Irfan saat itu.

Seketika kami hilang di bawa khayalan masing-masing di ruangan santai gaya Bali rekaan aku dan Irfan. Ruangan yang mampu memberi ketenangan jika aku mempunyai masalah. Aku menatap wajah Irfan dalam dengan sebuah keluhan. Lelaki itu kian berubah, tidak semesra dulu, bagaikan ada sesuatu yang membelenggu fikirannya. Dia kini lebih banyak mendiamkan diri dari berbual mesra dengan aku. Aku tahu ada sesuatu yang cuba di sembunyikan dari pengetahuan aku. Kemunculan Danial yang baru terjaga dari tidur membawa aku ke alam nyata. Ada bekas tangisan di bibir mata Danial. Pasti dia menangis kerana sewaktu terjaga, aku dan papanya tiada di atas.

“Danial sayang kenapa menangis ni?” tanyaku lembut, mengelak Danial dari menyambung tangisannya yang pasti menggangu ketenteraman Irfan saat itu. Segera Danial mendakap aku erat, menyembamkan mukanya di dadaku. Manjanya Danial, tapi dia lebih manja dan rapat dengan Irfan berbanding dengan aku yang melahirkannya. Anak lelaki mestilah rapat dengan bapanya. Seketika kemudian dengkuran halus Danial menyapa halwa telingaku. Danial kembali menyambung tidurnya di atas dadaku. Itulah satu-satu tabiat Danial yang mengundang cemburu di hati Irfan! Terukir senyuman kecil di bibirku bila terkenangkan gelagat kedua-dua orang lelaki yang aku sayangi. Seorang manjanya bukan main dan seorang lagi cemburunya melampau, selalu tak kena tempat!


Aku kembali meneruskan pembacaan yang tergendala, buku motivasi wanita dari Dr. HM Tuah Iskandar, ‘Membina hati bahagia” menjadi pilihan aku untuk minggu ini.
'Wanita adalah penyeri kehidupan. Mengapa tidak anda mantapkan hati dan membina kecemerlangan hidup berumahtangga bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul. Yakinilah pasangan anda adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang yang lebih baik daripadanya.'


Sinopsis yang sangat menarik perhatian aku sewaktu mencari beberapa bahan bacaan di MPH Alamanda kelmarin. Aku sangat gemar membaca buku-buku motivasi dan ilmiah yang sebegini selain sekali sekala membaca novel-novel terbaru yang ada di pasaran. Salah satu novelis yang sangat aku minati adalah Aisya Sofea, karyanya sungguh menyentuh perasaan aku sebagai seorang wanita. Tidak ketinggalan Maa Lee Chuswan. Aku mempunyai semua karyanya dan salah satu yang menjadi bahan bacaan ulangan aku adalah ‘Selamat tinggal sayang’. Cerita itu sangat meruntun perasaan, seakan berkait rapat dengan kehidupan aku. Tapi, bukankan novel-novel itu semua adalah ciptaan dan imaginasi manusia? Itu yang selalu di bidaskan oleh Irfan jika aku meminta pendapatnya untuk setiap novel yang akan aku beli dan baca. Namun, sesekali Irfan juga turut membelikan aku novel di samping bahan bacaan lain setiap kali dia keluar negara. Tapi, dari apa yang aku perasan menerusi pembacaan, semua novel yang dibelikan Irfan menjurus kepada kisah wanita yang tabah, kuat semangat, jauh sekali yang suka menghamburkan air mata dan manja! Adakah Irfan ingin merubah diriku yang sebenar? Sudah bosankah Irfan dengan sifat manja dan keanak-anakan aku? Adakah Irfan ingin membentuk aku menjadi wanita seperti itu? Wanita gagah tanpa air mata?


Scene 25

Bahagia yang aku harapkan berkekalan nampaknya tidak mungkin berpanjangan. Retak-retak rumahtangga mula melanda ke dalam kehidupan aku dan Irfan. Mungkin di pihak Irfan tidak ketara tetapi bagi aku, sebagai seorang isteri yang bernaung di bawah payung suaminya, bahang derita kian terasa. Kini, sudah hampir 2 bulan Irfan melancarkan perang dingin dengan aku. Semuanya gara-gara sikap cemburu Irfan yang keterlaluan dengan aku. Walau ianya cuba dinafikan dan di sembunyikan oleh Irfan tapi, aku tahu Irfan sememangnya cemburu dengan Arman. Aku sangat perasan akan hal yang satu itu kerana kedinginan Irfan wujud semenjak terjalinnya hubungan kerja di antara aku dengan Arman. Kalau selama ini aku boleh menerima jika dia cemburu akan keakraban aku dengan abang Farris, tapi tidak untuk kali ini. Arman, hanya seorang lelaki dari masa silamku! Dimanakah perginya kepercayaan dan kemesraan Irfan pada aku selama ini? Aku belum mempunyai kesempatan untuk bertanyakan tentang hal yang membelenggu hati dan fikiran aku. Hal yang membuatkan Irfan dingin sepanjang 2 bulan ini.

“Abang, ada masalah ke?” tanyaku sewaktu kami pulang bersama dari pejabat. Wajah Irfan yang mencuka mengundang pelbagai persoalan di benakku. Irfan hanya mendengus perlahan meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan pertanyaan aku.

“Arman datang jumpa Ellea tadi, ada sedikit perubahan dalam pelan rumah yang dia minta Ellea buatkan tu” kata-kataku hanya di sambung dengan dengusan kasar Irfan. Adalah yang tak kena tu! Cemburu? Memang sengaja aku memancing Irfan kepada punca permasalahan kami.

“Kenapa ni? Abang tak suka Ellea berurusan dengan Arman ke?” tanya aku selembut mungkin, takut ianya bakal mengundang kemarahan Irfan.

“Tak adalah! Armankan kawan baik Ellea, lagipun diakan client kita, takkan abang nak cemburu pulak!” jawab Irfan sinis. Aku tahu ada kemarahan yang cuba disembunyikan dalam sebaris ayat itu. Irfan, cakap di mulut lain, tapi apa yang ada di dalam hati lain! Kalau cemburu katakan cemburu abang! supaya aku tidak merasa bersalah begini. Atau mungkin memang benar Irfan tidak cemburu, barangkali ada masalah lain yang cuba disembunyikan dari pengetahuan aku, gumamku geram dalam hati.

“Abang cakap tak cemburu, tapi Ellea tahu abang cemburu dengan Armankan?” Dugaku bagi mendapatkan kepastian dari Irfan.

“Ellea rasa bagaimana?” Aku hanya mampu mengeluh hampa. Pertanyaan apakah ini? Perlukah aku memberitahu pada Irfan apa yang aku rasakan saat ini?

“Dulu janji tak nak cemburu! Mana pergi janji yang abang dulu? Janji palsu!” sindirku selamba lalu segera membuang pandang keluar, takut menanti reaksi dari Irfan.

“Ya! Memang abang cemburu dengan Arman. Abang cemburu tau tak! Puas hati Ellea sekarang???” jerit Irfan kuat seraya menghentak stereng kereta. Bentakkan Irfan membuatkan aku rasa sakit hati yang teramat sangat lalu mengambil jalan untuk mendiamkan diri. Ada airmata yang cuba aku sembunyikan dari pandangan Irfan. Sedih kerana tidak pernah aku di perlakukan sedemikian rupa oleh Irfan.

“Tolong percayakan Ellea, hanya abang di hati Ellea, takkan ada orang lain” pintaku perlahan sebelum membuka pintu kereta yang berhenti di depan taska Danial. Irfan hanya tersenyum pahit sambil menjungkitkan bahunya.

Setiba di rumah kami membawa haluan masing-masing. Irfan di bilik kerjanya dan aku pula setia melayani Danial. Aku masih berkecil hati dengan Irfan. Saat ini hanya Danial yang mampu meredakan kesedihan dan sakit hati aku atas perlakuan Irfan siang tadi. Telatah manjanya mengundang tawa dan senyuman di wajahku yang telah lama kehilangan serinya. Wajah yang sewaktu dulu menurut Irfan mampu mengundang rindu dan memberi ketenangan pada dirinya. Namun kini, wajah inilah yang telah mengundang kedinginan Irfan yang berlarutan. Pelukkan Danial secara tiba-tiba mengejutkan aku yang leka melayan perasaan.

“Mama, Danial sa...yang mama” tutur Danial dengan ciuman di kedua belah pipiku. Sungguh! Aku terharu dengan ungkapan Danial. Tulus, kasih seorang anak pada ibunya. Tapi, bagaimana pula dengan kasih Irfan padaku kini?

“Mama sayang Danial juga, sa...yang sangat” balasku dengan pelukan erat dan ciuman di ubun-ubun Danial.

“Mama sayang papa?” soalan Danial membuat aku sedikit terpana. Aku hanya tersenyum kecil menjawab pertanyaannya. Hanya papamu satu-satunya lelaki yang mama sayang Danial! Mana mungkin kasih sayangku beralih pada orang lain.

“Mama, papa sayang mama tak ?” Ya Allah Danial, banyak sungguh pertanyaanmu. Aku hanya menjungkit bahu. Masih sayangkah Irfan padaku seperti waktu dulu?

“Danial pergi tanya papa eh” Danial lantas berlari menuju ke bilik bacaan di saat aku masih tercari-cari jawapan untuknya.

“Danial!” jeritku cuba menahan Danial tapi hampa. Anak itu langsung tidak menghiraukan panggilanku. Aku menggeleng dengan senyuman pahit. Danial, masih sayangkah papamu pada mamamu ini? Anak kecil itu tidak akan pernah mengerti masalah yang melanda ini.

Irfan tidak sepatutnya meragui kesetiaan aku pada dirinya. Aku isterinya, apalah yang diharapkan oleh seorang isteri dari seorang lelaki lain jika dia sudah mempunyai suami, anak dan rumahtangga yang harmoni. Sungguh! Kini aku buntu untuk memahami hati seorang lelaki bernama Ezairil Irfan. Dulu, dia pernah berjanji untuk tidak menyentuh sebarang kenangan dan cerita silamku setelah kami berkahwin. Tapi kini semuanya bagaikan angin lalu. Arman hanya seorang lelaki dari zaman silamku. Lelaki yang pernah wujud dalam hatiku sebelum Irfan. Cinta monyet yang hanya menjadi kenangan. Atau, mungkinkah Irfan sekadar menjadikan Arman sebagai alasan untuk menutupi kesalahannya? Mungkinkah Irfan sengaja menjadikan isu ini untuk menyingkirkan aku dari hidupnya? Mungkinkah di hati Irfan ada perempuan lain? Mungkinkah...? Sungguh! Aku takut untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang lain, kemungkinan yang bakal meruntuhkan kerukunan rumahtangga aku dan Irfan!

Irfan kini sudah semakin jauh, jauh dari hati dan kehidupan aku dan Danial, walaupun hampir setiap hari kami bertemu baik dirumah ataupun di pejabat. Hanya rantai pemberiannya kini yang membuatkan aku terasa dekat di hatinya tapi, hakikatnya Irfan tetap jauh. Terlalu jauh perbezaan antara Irfan aku yang dulu dengan yang sekarang ini. Irfanku kini lebih pendiam, dingin dan beku bak salju, penuh sifat cemburu! Kedinginan Irfan menjadikan lidah aku kelu, minda aku buntu, hari-hari aku suram tak berlagu! Di manakah janji-janji Irfan yang dulu? Irfan yang penuh kasih sayang, penuh kesetiaan, penuh kepercayaan terhadap aku. Irfan yang berjanji untuk tidak sesekali cemburu dan jauh sekali meragui akan kesetiaan aku padanya. Sungguh! Aku rindu dengan Irfan aku yang dulu. Kini aku keseorangan, sepi melalui hari-hari mendatang, sakit menempuh kedukaan yang di hadiahkan oleh Irfan. Hanya airmata yang sesekali merembes keluar, menggambarkan segala keperitan hati saat terdera dengan perbuatan Irfan. Secara fizikal, memang Irfan tidak pernah mendera aku sepanjang usia perkahwinan, tapi tidak sedarkah Irfan, bahawa kedinginannya itulah yang telah banyak mendera emosi aku?


ElleaNur Eizurra...
::Asmara-Novia Kolopaking::

Sendiri....
Kukemas air mata di pipi

Tak percaya 'ku yang t'lah terjadi
Cintamu kini telah terbagi
Haruskah cinta aku akhiri
Hanya sampai di sini
Tak mungkin....
Aku berpaling dan menyudahi
Tercabik hati ingin meronta
Jangan kau rejam gairah yang ada
Haruskah aku mengemis cinta
Untuk menghilangkan duka
Asmara...
Kemana lagi akan kucari
Siapa yang 'kan mengusir sepi
Disaat 'ku sendiri
Asmara...
Mungkinkah kau sampaikan padanya
Walau hatiku penuh derita
Aku masih s'lalu cinta


Scene 26

Masih sayangkah aku pada ElleaNur? Irfan gelisah sendiri di pejabatnya memikirkan pertanyaan Danial kelmarin. Hingga hari ini dia masih gagal mendapatkan jawapan yang tepat untuk pertanyaan anaknya itu. Dia hanya mampu mengangguk kecil kepada Danial, tidak mahu menghampakan anak kecil itu. Kegirangan yang terpancar di wajah mulus Danial membuat dia menilai dan berfikir kembali akan perasaannya pada ElleaNur, juga kedinginan yang diwujudkannya terhadap wanita itu. Sungguh! Dia kini keliru dengan perasaannya. Hatinya berperang di antara rasa rindu dan sakit hati terhadap ElleaNur. Dia sayangkan ElleaNur, dia juga rindukan kemesraan mereka yang dulu, hidup yang penuh kasih sayang dan kegembiraan. Adakah ElleaNur juga merasakan sebagaimana yang aku alami saat ini? Kelmarin, aku lihat ada sendu di sebalik pandangan redup ElleaNur di saat mata kami bertentangan. Tiada sinar yang terpancar dari mata bundar milik ElleaNur. Wajahnya yang bersih itu juga seakan kehilangan serinya. Mungkinkah semuanya disebabkan aku?

Aku tahu ElleaNur tersinggung dengan kemarahan aku kelmarin. Bukan niat aku untuk mengeruhkan lagi hubungan kami. Tapi, aku tidak dapat menahan hati daripada bersikap cemburu dengan hubungan yang terjalin antara ElleaNur dan Arman. Walau rasa cemburu itu cuba aku nafikan dan sembunyi dari pengetahuan ElleaNur tapi, hatiku tidak selamanya mampu bertahan. Kemesraan mereka mengundang sakit hati yang teramat sangat. Lalu, kedinginan yang menjadi jalan terbaik untuk aku melepaskan kemarahan dan tanda protes terhadap hubungan mereka. Sudah beberapa kali aku cuba untuk mengawal perasaan, juga memulihkan keadaan tetapi sebaik melihat ElleaNur berurusan dengan Arman rasa cemburu itu datang lagi. Bukan aku tidak percayakan ElleaNur, malah aku pernah berjanji dengannya untuk tidak menanam sifat cemburu di dalam hubungan rumahtangga kami, di antara kami harus ada sifat saling mempercayai. Tapi, aku hanya manusia biasa, lelaki yang juga mempunyai perasaan cemburu dan irihati walau tidak sehebat cemburu seorang wanita. Sampai bila aku ingin terus dengan kedinginan ini aku sendiri tidak pasti. Hanya satu yang aku pasti saat ini, aku amat menyayangi dan mencintai ElleaNur. Aku tidak mahu kehilangan ElleaNur tapi....ah! amat sukar untuk Irfan mengungkap apa yang ada di hatinya saat itu.

Kemunculan ElleaNur di pintu pejabat biliknya menyedarkan Irfan dari lamunan yang panjang. Sesaat jantung Irfan bagaikan terhenti, lidah juga kelu untuk berbicara. Dia hanya memandang sepi sehinggalah ElleaNur meletakkan sehelai kertas putih di depannya. Ada kerutan di dahinya sewaktu membaca tulisan di kertas itu.

“Buat apa nak ambil cuti sampai 5 hari ni?” tanya Irfan dengan rupa hairan.

“Ellea ingat nak balik kampung nenek Hasmah, lagipun Danial cuti sekolah 1 minggu” Jawab ElleaNur pendek. Sudah agak lama dia tidak mengunjungi nenek sebelah papanya di Johor Bahru. Hatinya di runtun kerinduan lantas tanpa persetujuan Irfan dia bertindak membuat keputusan sendiri. Semoga hatinya kembali tenang bila berada di samping nenek kesayangannya itu.

“Lamanya” komen Irfan pendek. ElleaNur hanya menjungkit bahu, tiada rasa untuk mengulas komen Irfan. Kedinginan Irfan membuat aku rasa terpinggir, lalu biarlah untuk kesempatan yang ada ini digunakan untuk memujuk hatinya sendiri.

“Kenapa tak inform abang awal-awal?” Ingin membawa dirikah ElleaNur? Sudah bosankah ElleaNur menghadapi kedinginan aku? Tapi biarlah, mungkin kami memerlukan waktu untuk menilai kesalahan dan meredakan perasaan masing-masing. Tanpa menunggu jawapan dari ElleaNur, Irfan segera menandatangani kertas itu.

“Thanks” hanya itu yang diucapkan oleh bibir ElleaNur di saat kertas putih itu bertukar tangan.

“Errr...bila you pergi JB? naik apa?” pertanyaan Irfan segera mematikan langkah ElleaNur.

“Esok, I drive sendiri” jawab ElleaNur tanpa memalingkan wajah ke arah Irfan. Aiks sudah ber ‘I’ ‘You’ pulak! Mana perginya Ellea? ElleaNur? Sayang? ElleaNur sayang?

“Kenapa tak naik flight aje” ElleaNur hanya menjungkit bahu membalas usul Irfan.

Hanya keluhan berat Irfan yang kedengaran di saat ElleaNur meneruskan langkah. ElleaNur tahu selepas ini Irfan pasti dilanda kebimbangan mendengar dia akan memandu sendiri ke Johor Bahru. Sebelum ini, Irfan tidak pernah membenarkan dia memandu untuk perjalanan yang jauh. Takut terjadi sesuatu yang buruk, takut kehilangan katanya. Irfan! Tidak sedarkah yang dirimu sendiri yang membuatkan aku terasa ingin menghilangkan diri? Menyembunyikan wajah dari pandangan dinginmu yang penuh cemburu itu?

Mungkinkah ada kerinduan yang bertandang di hati aku sepeninggalan ElleaNur dan Danial nanti? Mungkinkah hubungan kami akan kembali seperti sediakala? Irfan berteka-teki sendiri, cuba mencari jawapan-jawapan yang pasti kepada setiap persoalannya. Seketika, Irfan merasakan angin sepi mula bertandang di dalam hatinya. Kebimbangan mengenangkan perjalanan ElleaNur dan Danial ke Johor Bahru juga mengganggu hati dan fikirannya saat itu. Semua yang di laluinya sepanjang hari itu bagaikan ada yang tidak kena. Fikirannya tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada tugasannya di pejabat, lalu seharian dia hanya duduk termenung melayan perasaan.


Ezairil Irfan...
::My Baby You-Marc Anthony::

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will sooth you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

Arianna I feel so alive


Scene 27

Venice. Percutian bulan madu yang terindah pernah aku alami dengan Irfan dan juga Danial. Namun dalam keindahan itu juga terselit bibit-bibit yang tanpa disedari membawa kepada kedinginan hubungan aku dan Irfan hari ini. Walau percutian selama 2 minggu itu sudah lama berlalu, kira-kira setahun yang lalu, tapi bahang keindahan dan kebahagian masih aku rasai. Hanya detik-detik indah disana menjadi pengubat hati aku dikala terguris dengan layanan Irfan semenjak kebelakangan ini. Irfan mula bersikap dingin dan menjauhkan dirinya daripadaku. Walaupun tak berapa ketara, tapi aku tetap dapat merasakan jurang yang mula wujud.

Masih aku ingat pertemuan secara tidak langsung aku dengan Arman di Venice. Semuanya kebetulan, sewaktu aku, Irfan dan Danial leka menikmati keindahan dan kehijauan pulau Torcello, secara tiba-tiba aku di sapa oleh seorang lelaki melayu, dan dianya adalah Arman, kenalan aku sewaktu di sekolah menengah. Sempatlah kami berbual-bual dan menukar nombor telepon. Irfan mengatakan dia nampak sinar cinta di mata Arman apabila sesekali lelaki itu memandang ke arahku. Setelah kerap didesak oleh Irfan aku akhirnya menceritakan perihal yang sebenar. Aku tidak menafikan dengan Irfan bahawa aku dan Arman pernah menjadi sepasang kekasih dahulu, tetapi terputus sebaik saja tamat persekolahan. Mungkin Arman masih mempunyai perasaan terhadap aku tapi tidak di pihak aku kerana semuanya sudah berakhir sementelah pula aku sudah pun berkahwin dengan Irfan. Jiwa dan Hatiku kini hanya untuknya. Jadi, Irfan tidak perlu bimbang akan kasih dan sayangku padanya. Masih segar di ingatan aku akan kata-kata Irfan sewaktu didalam penerbangan pulang ke Malaysia. Secara kebetulan pula, Arman juga di dalam pesawat yang sama. Arman yang duduk sebaris denganku kerapkali melontarkan jelingan matanya kearahku dan lebih malang pula ianya turut di perasan oleh Irfan.

“ElleaNur, suka jumpa kekasih lama, hmm?” tanya Irfan tiba-tiba. Walau sedikit tersentak dengan sebaris pertanyaan sinis Irfan, aku masih lagi boleh bersabar. Pertanyaannya hanya aku balas dengan seulas senyuman pahit. Senyuman orang yang terasa hati.

“Asyik benar abang tengok dia pandang sayang, macam ada apa-apa aje”

“Apa abang ni!” tingkahku dalam suara yang cuba dikawal. Kalau tak sedar yang aku dalam pesawat, dah lama aku menjerit geram, menunjukkan betapa aku marah dan tersinggung pada Irfan saat itu. Sudahnya, aku bertindak mendiamkan diri membiarkan Irfan melayan cemburunya yang keterlaluan. Sanggup dia mengesyaki aku ada hubungan dengan Arman, padahal semuanya sudah lama berakhir. Tiada sekelumit pun perasaan sayang atau cinta aku pada lelaki itu.

“ElleaNur taknak makan?” soal Irfan bila aku menolak hidangan yang disediakan oleh pramugari. Segera aku tepis sentuhan tangan Irfan yang ingin melingkari bahuku. Sengaja buat-buat sibuk melayan Danial yang ketika itu baru terjaga dari tidur.

“Marah dengan abang, merajuk? Ok, ok I’m so sorry” aku menjeling tajam ke arah Irfan dengan muka yang masih masam mencuka.

“Your jealousy always not on the right point!” tingkahku mendatar seraya membuang pandang keluar tingkap, menikmati pemandangan bumi yang menghijau dari dalam pesawat. Ada air jernih dibirai mata, sedih apabila disyaki oleh suami sendiri.

“Ok, abang janji takkan cemburu lagi. Tapi, sayang mesti janji dengan abang, takkan ada lelaki lain selain dari abang, boleh?” aku hanya mendengus perlahan dengan permintaan Irfan.

Masih tidak cukupkah kesetiaan aku padanya selama ini? Tidak sedarkah Irfan bahawa hatiku yang satu ini hanya untuk dirinya seorang? Kalaupun ada untuk orang lain, ianya hanyalah untuk anak kami, Danial. Setelah pesawat mendarat, sekali lagi Arman mendapatkan aku, bersalaman dengan Irfan dan berlalu pergi. Lelaki itu berjanji akan menghubungi aku kerana dia ada sesuatu hal yang ingin dibincangkan. Irfan disebelah yang mendukung Danial hanya mendengus kasar. Tangannya di genggam kuat, mungkin cuba mengawal perasaan cemburunya saat itu. Kedua-dua telinganya juga mula merona merah, marah!

“Irfan sayang…tadi dah janjikan takkan cemburu dengan I, hmm…” tuturku dengan senyuman nakal seraya mencuit dagu Irfan. Sengaja menyakat lelaki yang pasti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Aku mengenyitkan mata kepada Danial yang sedang ketawa, seakan gelihati melihat gelagatku yang menyakat papanya.

Selepas pertemuan terakhir di airport, Arman tidak lagi menghubungi aku seperti yang dijanjikan. Aku merasa sungguh lega kerana tidak perlu lagi melayani cemburu Irfan. Sungguh! Aku takut untuk menghadapi sikap cemburu Irfan yang keterlaluan, mengalahkan tahap cemburu aku pada Julia sedikit waktu dahulu. Julia, semenjak aku berjanji untuk tidak lagi cemburu kepada nama itu, hidup aku dan Irfan kembali ceria. Aku dan Irfan menjalani kehidupan rumahtangga seperti pasangan yang lain. Perselisihan juga jarang berlaku berbanding diawal perkahwinan dulu. Aku kini lebih bijak mengawal perasaan. Tapi segalanya...

“ElleaNur!” panggilan nenekku yang agak kuat membawa aku kepada realiti hidup. Sedari petang tadi lagi aku leka melayani perasaan di atas pangkin yang redup di bawah pohon mempelam, tempat yang banyak menyimpan nostalgia aku sedari kecil, juga nostalgia bersama Irfan dan tidak ketinggalan juga nostalgia aku bersama Arman. Segalanya bermain dan terbayang difikiran aku.

“Ya nek, ElleaNur ada dekat pangkin ni” Seulas senyuman aku hadiahkan, nenek menghampiri dan duduk disebelahku. Aku segera mengubah posisi, meletakkan kepala di pangkuan nenek, berbaring santai di atas pangkin itu.

“ElleaNur sayang, ada masalah dengan Irfan ya?” tanya nenek lembut sambil membelai rambut panjangku. Aku hanya menggeleng cuba menafikan telahan nenek. Semenjak aku sampai kelmarin baru hari ini nenek bertanya. Mungkin nenek mencari waktu yang sesuai untuk bertanya lanjut tentang masalah yang melanda aku, satu-satunya cucu perempuan nenek.

“Danial mana nek?” tanyaku cuba mengalih topik perbualan. Nenek hanya menggeleng dengan sebuah senyuman.

“ElleaNur, ElleaNur, tak perlu sembunyikan kedukaanmu sayang, beritahu nenek” Nenekku mula memainkan peranannya. Aku pasti akan kalah dengan kelembutan nenek.

Aku bingkas bangun, duduk berteleku di depan nenek, buat seketika aku hanya tertunduk menyembunyikan kekeruhan di wajah. Sebuah keluhan aku lepaskan sebelum menceritakan segala-galanya yang berlaku di antara aku dan Irfan kepada orang tua itu. Nenek memang seorang pendengar yang baik sedari dulu lagi. Tidak sekali orang tua itu menyampuk, segala tumpuannya hanya kepada butir bicaraku. Hampir semua yang terpendam selama ini aku luahkan, segala rasa hatiku terhadap perlakuan dan sikap Irfan aku ceritakan satu persatu kepada nenekku. Titisan airmata mengiring setiap butir bicaraku, airmata yang menggambarkan kepedihan hati aku saat itu. Sungguh! Saat ini dapat aku rasakan sedikit kelegaan, hati terasa lapang, kepala terasa ringan bagaikan terlepas daripada hempapan batu yang berat.

“Apa yang perlu ElleaNur lakukan nek? ElleaNur penat, letih nek...” rintihku seraya mendakap erat tubuh gempal nenek. Terasa usapan lembut nenek di belakang badanku. Aku menyambung tangisan di dadanya.

“ElleaNur menangislah sepuasnya sayang...nenek pasti semuanya mesti ada hikmah disebaliknya. Kedinginan Irfan tidak akan lama, sampai masanya nanti dia sendiri yang akan sedar daripada kesilapannya itu. Dengar nasihat nenek, ElleaNur kena banyak bersabar, takkan kemana cemburu Irfan tu. Bukankah cemburu itu tandanya sayang? Bersabar ya sayang” Semangatku sedikit kuat mendengar kata-kata nenekku itu. Ya, memang benar aku perlu bersabar dengan dugaan ini. Hidup ini tidak selalunya bahagia, pasti ada pasang surutnya.

“Terima kasih nek” ujarku seraya mencium manja di kedua belah pipi yang banyak menampakkan kedutannya. Tidak rasa ingin melepaskan pelukan yang damai ini.

“Manjanya cucu nenek ni. Danial pun tak manja begini” komen nenekku sambil mengesat airmata yang masih bersisa di kedua belah pipiku. Aku tersenyum malu.

“Alah nenek ni, bukan selalu ElleaNur dapat bermanja dengan nenek” balasku pendek, masih dengan suara yang manja. Seketika aku leka dalam pelukan erat nenek.

“Nek, Danial mana?” tanyaku tiba-tiba.

“Ada dengan datuk kamu, pergi ke kedai agaknya. Hah itupun mereka” Segera aku
berpaling ke arah yang ditunjukkan nenek. Kelihatan Danial melambai-lambai tangan ke arahku dan nenek dari atas bakul motor datukku. Gembiranya Danial.

“Danial sayang, pergi mana tadi? Tak ajak mama pun eh” saja aku menyakat Danial yang berlari girang medapatkan aku.

“Noyang Aki bawak Danial pergi tengok budak mandi sungai, best mama” jawab anak kecil lalu segera merebahkan badan ke atas pangkuan aku. Kepenatan barangkali.

“Danial tak mandi sama?”

“Tak, takut mama marah” Aku tersenyum gelihati melihat muka masam Danial. Sesaat terbayang wajah Irfan. Persis sekali!

“Siapa kata mama marah? Mama tak marahlah. Esok mama bawa Danial mandi sungai ya sayang” Danial melonjak riang mendengar cadanganku. Biarlah, bukan selalu dia dapat merasakan suasana kampung begini.

“Ok, before that, give me a big hug and kiss please” pintaku seraya mendepangkan tangan. Anak kecil itu bingkas memelukku erat dengan ciuman yang bertalu-talu. Damainya hati aku rasakan saat itu. Terubat sedikit kerinduan aku pada Irfan yang terpendam sekian lama. Rindukah Irfan pada aku saat ini sebagaimana aku merindui dirinya?

“Kalau papa ada lagi bestkan mama” bicara Danial segera mematikan senyuman di bibirku. Datuk dan nenekku yang sedari tadi memerhatikan gelagat kami berdua tersenyum dan berlalu menuju ke dalam rumah.

Terlalu cepat masa berlalu. Seminggu dirumah nenek membawa pelbagai perubahan dalam diriku. Hati dan fikiran terasa lapang, bebas daripada segala masalah yang membelenggu diri. Untuk seketika, aku bagaikan terlupa kedukaan yang di hadiahkan oleh Irfan pada aku semenjak kebelakangan ini. Aku kini kembali dengan semangat baru, cuba untuk menghadapi kedinginan Irfan dengan setenangnya. Aku perlu banyak bersabar sebagaimana yang dinasihatkan oleh nenekku. Kini, aku lebih senang mengikut rentak Irfan, sejauh mana aku boleh bersabar aku hanya berserah pada keadaan dan juga kehendak takdir. Aku juga berusaha untuk memulihkan kembali hubungan aku dengan Irfan. Akan aku cuba lenyapkan kedinginan Irfan dengan kasih sayang dan keharuman cintaku yang tulus lagi suci. Aku mahu Irfan sedar, tidak akan ada lelaki lain dalam hidup aku selain dirinya. Namun, semuanya juga terserah kepada Irfan sendiri, aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Atau perlukah aku menggunakan Danial untuk menarik kembali perhatian dan kasih sayang Irfan dalam hidupku?. Tapi...Ah! segalanya akan cuba aku lakukan untuk kebahagian kami.


Scene 28

Segalanya bermula beberapa bulan lalu apabila Arman menghubungi aku. Aku ingatkan dia sudah lupa akan janjinya, rupa-rupanya tidak sama sekali. Sudah beberapa kali Arman datang kepejabatku untuk membincangkan urusan pelan rumahnya di Rawang. Pada mulanya memang aku tidak mahu melibatkan diri tetapi apabila mengenangkan yang sewaktu dulu kami pernah berkawan baik maka aku bersetuju untuk membantunya. Hanya untuk kali pertama dan terakhir kerana aku bimbang ianya bakal mengundang ketidaksenangan di hati Irfan. Persetujuanku untuk membuat pelan rumah Arman juga adalah persetujuan bersama Irfan. Walau sedikit keberatan tapi akhirnya Irfan membenarkan aku untuk membantu Arman. Setiap kedatangan Arman kepejabat akan aku maklumkan terlebih dahulu kepada Irfan kerana aku tidak mahu dia mengesyaki sesuatu yang buruk antara aku dan Arman. Menurut Irfan dia tidak cemburu tapi, Irfan kerap mempersoalkan tentang Arman memandangkan semenjak akhir-akhir ini lelaki itu selalu datang berurusan dan menghubungi aku di pejabat. Arman sekadar ingin mengikuti perkembangan rekabentuk pelan rumahnya, rumah yang akan dia hadiahkan kepada kedua ibubapanya di Rawang.

Namun, apa yang aku bimbangkan selama ini kini sudah pun menjadi kenyataan. Sudah agak lama Irfan berubah laku, bersikap dingin denganku. Irfan sentiasa curiga dengan segala gerak-geri seharianku. Di manakah segala janji Irfan selama ini?. Walau pada mulanya tidak ketara tetapi aku dapat merasakannya, dan Irfan telah pun mengakuinya. Irfan seperti menjauhkan diri dari duniaku. Hampir setiap hari dia akan balik lambat, membuat aku terasa hati. Walau tidak mengabaikan keperluan aku dan Danial, tapi sebagai seorang isteri aku dapat merasakan kehambarannya. Kami tidak mempunyai masa untuk duduk berbincang. Sudah beberapa kali aku menunggu kepulangannya namun hampa. Seawal pagi Irfan sudah berangkat ke pejabat, meninggalkan aku dengan Danial. Selalunya kami bersama-sama menghantar Danial ke taska berhampiran. Tapi tak mengapalah, mungkin Irfan mempunyai urusan yang penting dipejabat yang perlu di selesaikan.

Tahukah Irfan? Bahawa hatiku terguris, tangkai hati seakan berdenyut sakit dengan setiap tindakkannya akhir-akhir ini. Di pejabat pula, masa Irfan lebih banyak dihabiskan dengan melawat tapak projek. Kalaupun kami pergi berdua, hanya kesepian yang melanda. Bercakap bila perlu, itupun hanya yang berkaitan dengan urusan kerja. Selebih dari itu Irfan lebih senang mendiamkan diri. Bila aku mula bersuara mengenai hal rumahtangga, Irfan akan cepat-cepat mengubah topik perbualan. Lalu, harus bagaimana aku lakukan? Sudahnya, aku bertindak mendiamkan diri, menyimpan segala yang berlaku didalam hati. Aku tahu, sampai saatnya akan aku hamburkan, dan aku harap Irfan tidak akan menyesali apa yang akan terjadi ketika itu. Selagi aku boleh bertahan dengan kedinginan Irfan, aku akan menghadapinya. Aku jangkakan keadaan akan kembali seperti sediakala sekembalinya aku dari kampung nenek, tapi nampaknya semakin parah. Irfan masih dengan kedinginannya. Hanya satu kini yang menjadi kekuatan aku, Danial! Itulah nadi yang membenarkan aku terus bernafas di sisi Irfan.

“Abang, Ellea ada hal yang nak dibincangkan” pintaku pada suatu pagi ketika sampai dipejabat. Irfan hanya memandang sekilas dan meneruskan kerjanya.

“Kalau hal personal, lebih baik kita bincangkan dirumah” jawab Irfan mendatar. Aku hanya mengeluh lembut, cuba merenung kearah wajah lelaki yang sudah lama dirindui, tapi Irfan terusan menundukkan muka, berpura-pura menyelak fail.

“Di rumah? Sudah beberapakali Ellea tunggu abang kat rumah, tapi..” aku menjungkitkan bahu seraya mengeluh, tanda hampa.

“Abang..apa salah Ellea bang? Kenapa abang terus bersikap dingin dengan Ellea. Adakah semuanya masih kerana cemburu abang dengan Arman atau ada sebab lain yang Ellea tak tahu?” tanyaku perlahan. Aku perlu mendapatkan penjelasan dari mulut Irfan sendiri. Aku tidak mahu sengketa ini berterusan.

“I only want to hear something that related to our business, Pn. ElleaNur! Bukan pasal buah hati you tu!” tingkah Irfan tiba-tiba. Ada kemarahan di situ yang membuat hatiku sedikit tersentap. Aku kuatkan hati, bangun menentang mata hitam Irfan. Aku menelan liur menahan gelodak perasaan.

“Baiklah En. Irfan, from now on, I takkan cakap tentang hal kita lagi, tapi satu yang perlu you tahu, Arman bukan buah hati I! I tak bersalah dan I akan buktikan! So now, terserah pada you untuk tentukan hubungan kita!” ujarku seraya berlalu pergi membawa sekeping hati yang berkecai.

Aku pasrah, apa nak jadi jadilah. Terserah pada Irfan untuk menentukan arah tujuan hidupnya, aku dan juga Danial. Aku yakin, seandainya, bahagia itu milikku, akan aku kecapi sewaktu waktu nanti dan kalau derita, maka derita itu tidak selamanya mendampingi hidupku.

Dan bermula detik itu, hubungan yang sememangnya hambar kini bertambah hambar. Aku kini lebih senang melayan perasaan sendiri memandangkan Irfan juga jarang berada di rumah. Malah sejak akhir-akhir ini, Irfan sudah berani untuk tidak pulang kerumah. Kemana dia tidur aku pun tak pasti. Kami hanya bertemu sekali sekala dipejabat, itupun tidak memberikan kesempatan untuk kami bertatapan mata dan berbual sepatah dua. Hujung minggu langsung tidak menampakkan batang hidungnya. Hanya aku dan Danial yang setia menghuni rumah banglo 2 tingkat ini. Rumah yang banyak menghimpunkan kenangan suka dan duka aku dan Irfan. Sekembali dari Venice, kami mengambil keputusan untuk pindah ke rumah ini, rumah impian aku dan Irfan. Kami sama-sama mereka bentuk dan menghias suasana rumah banglo ini. Namun kini semuanya bagaikan tidak bererti lagi. Kosong! Hanya statusku sebagai isteri Irfan yang merantai kaki aku untuk terus berada rumah ini. Jika suatu masa nanti Irfan sudah tidak memerlukan aku disini, barulah aku keluar dari ‘syurga’ ini. Aku masih melayan Irfan seperti biasa cuma tiada komunikasi di antara kami. Suara Irfan bagaikan emas, sukar untuk didengari, hanya Danial saja yang selalu mendengar butir bicara darinya.

Kegirangan suara Danial menyambut kepulangan Irfan mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Seketika, aku berasa hairan, sudah lama Irfan tidak pulang seawal ini, di saat matahari masih memancarkan cahayanya, di saat aku leka melayan perasaan di dalam kehehingan senja. Hanya mata bundarku yang seakan mengutarakan kehairanan pada mata hitam Irfan yang kebetulan memandang ke arahku dari ruang garaj. Rengekkan suara Danial yang minta didukung oleh papanya mematikan segala persoalan. Hatiku tersentuh melihat Danial yang bergayut di dalam dukungan Irfan, merangkul erat leher papanya bagaikan sudah lama tidak bertemu. Segera aku mengatur langkah mengambil briefcase Irfan yang tersadai di atas lantai dan berlalu ke dalam membiarkan bapa dan anak itu terus bergurau senda. Kewujudan aku saat itu bagaikan tidak di hiraukan oleh Irfan.

“Danial sayang, hero papa mana boleh manja begini” komen Irfan disaat Danial mencium pipinya bertalu-talu. Singgah satu cubitan kecil di pipi mulus Danial.

“I miss you so much papa”

“I miss you too. Hero papa ni dah mandi ke belum?” Irfan meletakkan Danial di atas tengkuknya dan berlalu ke halaman. Danial melonjak girang.

“Belum, mama kata sekejap lagi. Papa, tadi Danial dengan mama tanam pokok mangga kat belakang rumah. Nanti kalau dan berbuah bolehlah Danial panjat pokok mangga tu kan papa?” Danial petah bercerita.

“Iya, bila Danial beli pokok mangga tu? Dekat mana Danial tanam? Kenapa mesti nak panjat? Kita jolok dengan galah ajelah Danial” Irfan bertanya sambil kaki melangkah menuju ke arah yang ditunjukkan Danial.

“Uncle Arman bagi kat mama. Danial taknak guna galahlah papa. Danial nak panjat. Danial kan hero papa” Sebaris jawapan Danial yang pertama membuat Irfan terdiam, matanya tertancap kearah pokok mangga yang ditunjukkan Danial. seketika ada rasa yang mencengkam hatinya saat itu. Hilang moodnya untuk terus melayan Danial.

“Ok, Danial kita masuk rumah dulu. Papa nak mandi, Danial pun suruh mama mandikan ya” Irfan melangkah masuk melalui pintu belakang dan menurunkan Danial dari dukungannya. Renungan tajam di hadiahkan kepada ElleaNur yang sedang leka menyiapkan minuman petang di atas meja. Muka sengaja di masamkan.

“Abang, mari minum dulu, Ellea ada masak pengat ubi ni” perlawaan ElleaNur hanya di pandang sepi oleh Irfan sebelum lelaki itu mengatur langkah menuju ke tingkat atas. ElleaNur hanya mengeluh perlahan, terkilan dengan reaksi Irfan itu.

“Danial, jangan! panas!” jerit ElleaNur tiba-tiba di saat ternampak tangan kecil itu cuba mencedok pengat ubi yang masih panas di atas meja.

“Danial, cerita apa dengan papa tadi?” soalku pada Danial yang asyik mengunyah pengat ubi yang telah aku sejukkan khas untuk dia.

“Danial cakap kita tanam pokok mangga yang Uncle Arman kasi tu. Pastu kalau dah besar Danail cakap Danial nak panjat tapi papa suruh Danial guna galah. Tak nak lah mama!” Kini aku jadi pasti kenapa mood Irfan berubah tiba-tiba. Teringat pokok mangga yang di beri bapa Arman sewaktu aku pergi melawat rumah Arman yang masih di dalam proses pembinaan. Danial, Danial, kalau boleh semua benda nak di ceritakan pada papanya. ElleaNur Mengeluh hampa.

“Abang nak kemana tu? Taknak minum dulu?” ElleaNur bertanya sebaik Irfan muncul di ruang tamu dengan berpakaian kemas, jeans hitam dan T-shirt putih. Terserlah ketampanan lelaki beranak satu itu. Patutlah Julia masih lagi tidak berkahwin sampai sekarang, menunggu Irfan barangkali.

“Keluar cari pokok mangga!” sinis sungguh jawapan Irfan. Pokok mangga ke mangga muda? ElleaNur tersenyum pahit, Irfan tak habis-habis nak menyakitkan hati aku. Dengan pokok mangga pun nak cemburu! Sungguh! Kadang-kadang ElleaNur seronok dan gelihati melayan kerenah cemburu Irfan.

“Danial, esok nanti bolehlah kita tanam pokok mangga lagi. Kali ni kita tanam kat depan rumah pulak eh” sengaja aku menuturkan sebaris ayat itu kepada Danial yang tersengih di muka pintu, leka melihat papanya menyarung kasut.

“Ok set mama. Papa nanti beli yang macam Uncle Arman bagi tu tau” laju Danial memberikan jawapan. Irfan menjeling sekilas ke arahku. Aku hanya menjungkitkan kedua-dua belah kening, lalu berpaling ke arah TV, cuba menyembunyikan ketawa yang ingin meledak saat itu. Deruman kereta yang kuat menggambarkan rasa hati Irfan saat itu. Tapi, semua itu sudah tidak bermakna pada hatiku. Aku kini lebih selamba mengikut rentak Irfan, tenang menghadapi kedinginan dan kemarahan Irfan.


Scene 29

Urusan kerja aku dengan Arman masih lagi berterusan. Masih ada sedikit lagi kertas kerja yang perlu aku siapkan sebelum semuanya berakhir. Aku akan segera meletakkan jawatan kalau itu yang dapat memuaskan hati Irfan. Sekali sekala aku akan berjumpa denga Arman, semuanya atas urusan kerja. Kalau tidak di pejabat Arman sendiri, Arman akan datang kepejabatku. Bukan niat untuk mengeruhkan lagi hubungan aku dengan Irfan, tapi itu semua aku lakukan atas urusan kerja. Tidak sedikitpun aku mengambil peluang untuk mendampingi Arman kerana aku sedar status diriku. Hanya Irfan yang menganggap hal bukan-bukan. Tidak aku nafikan, kadangkala lirikan mata dan reaksi Arman membuat aku terfikirkan yang Irfan patut cemburu. Tapi Irfan sepatutnya tidak perlu bimbang kerana aku tahu akan perasaan dan rasa hatiku. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Hanya satu yang perlu Irfan lakukan, percayakan diriku sepenuhnya. Tapi hati manusia, tiada siapa yang dapat mengawalnya.

“ElleaNur, I ada hal nak…” tutur Irfan tiba-tiba dimuka pintu. Sebaik ternampak Arman dihadapanku, bicara Irfan terhenti serta-merta. Tergambar riak cemburu di wajahnya. Perlu apa Irfan cemburu dengan aku di saat hubungan antara aku dan dia yang sememangnya hambar ini. Bukankah dia sudah tidak mempedulikan aku lagi?

“Ok, tak mengapalah Nur, we discuss it later, nampaknya you ada hal penting yang nak dibincangkan” celah Arman seketika kemudian.

“Nur...sound good huh!” tutur Irfan sinis. Irfan melangkah menghampiri mejaku setelah pemergian Arman. Aku hanya duduk selamba memerhatikan Irfan di depanku, segera mengemas kertas kerja yang dibincangkan dengan Arman sebentar tadi.

“So, urusan you dengan Arman sudah habis ke belum?”

“Ada sikit lagi, kenapa?” aku menjawab malas.

“Atau you yang sengaja melambat-lambatkan...”

“En. Irfan, no personal matters in my office please! So, hal apa yang you nak bincangkan tadi?” ujarku selamba memintas percakapan Irfan. Sengaja mengingatkan batas yang di gariskan Irfan sendiri beberapa minggu lalu. Semenjak saat itu aku lebih senang mengikut rentak Irfan. Sudah tiada istilah 'abang' dan Ellea lagi. Kini aku lebih selesa menggunakan I dan You, walau hatiku tidak sepenuhnya rela dengan ungkapan itu.

“Ok! Weekend ni I will outstation to KK, so..”

“Kenapa mesti bagitahu I? bukankah selama ini kemana you pergi, mana you tidur, you balik ke tidak, you tak lagi inform I, so...is up to you En. Irfan” sekali lagi aku memintas selamba tanpa memandang ke arah Irfan. Perlu apa Irfan memberitahu aku kemana dia mahu pergi. Hendak tunjukkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang mithalikah? Irfan hanya mendengus kuat.

“You’re my PA remember? Nanti takdelah you tercari-cari kemana I pergi!” jawab Irfan dengan nada yang agak tinggi. Tersinggung dengan komen aku barangkali.

“I tak mencari En. Irfan, I hanya menunggu” jawabku perlahan. Ada lirih dalam nadaku kali ini. Ya, memang selama ini aku menunggu Irfan aku yang dahulu tapi, seringkali hampa kerana yang hadir hanya Irfan di depanku kini. Irfan yang penuh dengan ego seorang lelaki, penuh cemburu dan dingin bak salju. Aku tertunduk sedih. Saat mendongak aku dapati Irfan sedang mencapai tombol pintu bilik pejabatku.

“Irfan, weekend ni I dan Danial balik rumah mama I” sempat aku memberitahu Irfan sebelum dia menghilangkan diri dari balik pintu. Irfan hanya menjungkit bahu tanpa sebarang kata. Sebenarnya, aku sekadar memberitahu tanda meminta izin kerana aku masih sedar statusku sebagai isteri Irfan.

Hujung minggu itu, aku, mama dan papa dan Danial ke Alamanda, Putrajaya. Sekadar mengisi masa hujung minggu dan membawa Danial bersiar-siar kerana sudah agak lama aku dan Irfan tidak membawa dia beriadah. Semenjak aku dan Irfan berperang dingin, kami lebih banyak menghabiskan waktu hujung minggu dengan aktiviti masing-masing. Setelah puas membeli belah beberapa barang keperluan aku dan Danial, kami berempat menuju ke medan selera yang ada di pusat membeli-belah itu untuk menikmati minum petang. Agak ramai pengunjung pada hari ini, sementelah pula sekarang ini musim cuti sekolah. Hampir separuh tempat di medan selera itu di penuhi oleh pelajar sekolah.

Sedang aku leka memerhatikan gelagat dan ragam pelbagai manusia, tiba-tiba mataku tertancap kepada dua orang manusia yang sangat aku kenali. Seorang pernah menjadi musuh tradisiku sedikit waktu dulu dan seorang lagi lelaki yang selalu mendera emosiku akhir-akhir ini. Hati yang meronta mendorong aku untuk pergi menegur mereka. Tapi, sebaik saja menghampiri meja mereka aku menukar langkah ke arah gerai, segera membuat pesanan makanan untuk Danial juga mama dan papaku. Biarlah, aku tidak mahu mengganggu pertemuan dan kemesraan mereka. Seketika apabila aku berpaling mata aku sempat berlaga dengan mata hitam lelaki itu. Ada riak terperanjat di mata itu sebelum memberikan tumpuan kepada perempuan di depannya. Mungkin dia cuba menyembunyikan riak bersalah yang ketika itu memenuhi wajahnya yang putih kemerahan itu, bersalah kerana terperangkap dengan penipuannya atau kecurangannya?, yang mana satu hanya lelaki itu yang lebih tahu. Aku sekadar menjungkitkan bahu, melemparkan senyuman pahit sebelum berlalu mengambil tempatku semula. Apa yang aku rasakan selepas itu hanya tuhan yang tahu. Minta-minta mama dan papaku juga Danial tidak perasan akan kewujudan kedua-dua manusia itu. Adakah kedinginan Irfan denganku, cemburunya dengan hubungan aku dengan Arman selama ini sekadar alasan untuk menutupi hubungannya dengan Julia, menutupi kesalahannya? Atau mungkin sebagai jalan untuk memutuskan hubungan di antara kami? Pelbagai persoalan mula menerjah fikiran.

Setelah 2 hari berada di rumah mama dan papaku di Kajang, aku kembali ke rumahku di Subang. Irfan sudah berada dirumah ketika aku dan Danial sampai kira-kira 11pm. Kepulangan kami hanya disambut dengan pandangan kosong oleh Irfan yang sedang asyik menonton siaran HBO. Sedikit tidak mempedulikan kepulangan aku dan Danial. Danial yang sudah lena dari rumah mama lagi aku dukung dan bawa kebiliknya. Selesai mengangkat barangan aku menukar pakaian tidur dan turun kebawah untuk membuat minuman panas.

“Fan, you nak minum?” Lelaki itu hanya membisukan diri.

“Bila you balik dari KK?” Sengaja aku membawa Irfan kepada pokok persoalan yang membelenggu fikiran. Aku sekadar menjungkit bahu bila pertanyaan aku bagaikan angin lalu di telinga Irfan.

“Irfan tadi petang I jumpa kawan baik you Julia kat Alamanda” sambungku sengaja memancing reaksi Irfan. Jangan harap Irfan akan memulakan perbualan jika kami berdua begini. Ego! Irfan aku lihat hanya terus memandang kearah TV, sedikit pun tak memberikan sebarang respon. Aku mengeluh lembut, nak buat macam mana dah orang tak sudi nak cakap dengan kita.

“Dia dengan seorang lelaki, I kenal lelaki tu tapi...tak tau pulak dia kenal I ke tak, sebab dia bagitahu I dia nak ke KK, mungkin I tersalah orang agaknya” Selamba aku menuturkan sebaris ayat itu untuk melihat reaksi Irfan. Wajah Irfan mula berubah merah di saat aku menghulurkan secawan tea-o kepadanya.

“You perli I? Kenapa? You marah? Cemburu? Hmm?” tingkah Irfan tiba-tiba sambil mencengkam pergelangan tanganku kuat.

“You rasa bagaimana?” jawabku pendek, memulangkan paku buah keras. Irfan mendengus kuat.

“You tak perlu risau Irfan. Buatlah apa yang you rasakan perlu, you nak sakitkan hati I, teruskanlah. Kalau you nak kahwin dengan perempuan itu pun I tak kisah, I rela. You tahukan apa yang perlu you lakukan pada I kalau hal itu sampai terjadi? So, terserah!” tangan yang berada di dalam cengkaman Irfan aku rentap kuat. Sekilas jelingan tajam aku lemparkan sebelum berlalu ke atas. Pintu bilik aku hempaskan sekuat hati, sengaja menunjukkan kepada Irfan apa yang aku rasakan saat itu. Sungguh! aku bukannya manusia yang sabar dengan dugaan. Kesabaran aku juga ada hadnya!

Relakah aku membenarkan Irfan berkahwin lain? Ikhlaskah apa yang aku katakan sebentar tadi? Sengaja aku membangkitkan syarat yang pernah aku berikan pada Irfan sedikit waktu dulu. Aku tak rela di madu, lalu jalan terbaik Irfan harus memilih di antara dua. Irfan sedia maklum, sekali kepercayaanku dikhianati takkan ada kemaafan untuk dirinya. Sengaja aku biarkan pelbagai persoalan bermain di fikiran Irfan! Mana tahu ianya dapat membantu menjernihkan hubungan aku dengan Irfan. Aku hanya mampu mengeluh hampa setiap kali mengingatkan badai yang melanda rumahtangga kami. Hanya aku yang berusaha untuk memperbaiki retak rumahtangga yang melanda, Irfan aku lihat lebih senang menurut keadaan dan hatinya, tidak sekalipun cuba mengatasi masalah yang kian meruncing ini. Selama mana aku harus bersikap selamba dengan kedinginan Irfan?


Scene 30

Irfan pulang disaat aku hampir terlena. Sekilas aku menoleh ke arah jam di meja, 11.30pm, erm awal pulak balik hari ni, getus hatiku. Tanpa mempedulikan Irfan aku kembali menyambung tidur yang sedikit terganggu dengan cahaya lampu dari bilik air yang dibuka oleh Irfan. Seketika kemudian terasa ciuman lembut didahi dan pipiku membuatkan hati aku sedikit terharu. Aku sedar, walau sehebat mana pun perang dingin yang berlaku diantara kami, Irfan tidak pernah melupakan rutinnya yang satu ini. Satu-satunya rutin yang membuatkan aku tahu bahawa Irfan masih menyayangi dan mencintai aku sepenuh hatinya. Malah kami tidak pernah berpisah ranjang kerana aku tahu itu adalah petua kebahagiaan rumahtangga yang kerapkali dipesan oleh mamaku. Cuma ego Irfan sebagai seorang lelaki menghalangnya untuk terus menunjukkan kemesraan dan berbaik semula dengan aku seperti dulu.

Tiba-tiba terasa rangkulan erat dari Irfan, memaksaku untuk mengalihkan posisi menghadapnya. Seketika kami berpandangan. Aku tersenyum kecil seraya jariku mengusap lembut pipi lelaki itu. Sungguh! Ada rindu yang sarat disebalik pandangan yang redup itu. Rindu yang cuba disembunyikan oleh ego seorang lelaki. Malas membantah, aku membalas pelukan Irfan seperti selalunya. Sentuhan Irfan mula berubah rentak, apabila bibir kami bertaut, aku tahu apa yang dikehendaki oleh Irfan, belaian seorang isteri dan haknya sebagai seorang suami. Itu yang selalu ditegaskan oleh Irfan setiapkali aku cuba mengelak untuk memenuhi tanggungjawabku yang satu itu. Bukan niat aku untuk menderhakai suami, tetapi semenjak Irfan bersikap dingin, aku tidak rela didatangi oleh Irfan dengan hanya berlandaskan nafsu tanpa rasa kasih dan sayang diantara dua hati. Tetapi, Irfan tidak lagi pernah pedulikan itu semua. Tidak aku nafikan, Irfan memberikan aku layanan yang sepenuhnya saat itu, aku dibelai dengan penuh kelembutan dan terasa amat disayangi. Tetapi, apa yang aku kesalkan, Irfan akan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku diantara kami apabila cahaya pagi menjengahkan warnanya. Irfan berubah dingin dan akan segera ke pejabat, meninggalkan aku sendirian terkapai-kapai mengenangkan nasib diri. Sungguh! Kadangkala aku terasa seperti seorang perempuan simpanan yang hanya didatangi apabila diperlukan.

“Irfan, I nak bangun, I nak solat subuh” tuturku perlahan ditelinga Irfan seraya merungkaikan pelukan erat tangan Irfan dipinggangku. Irfan mendengus perlahan sebelum kembali menyambung tidurnya. Kalau dilihat pada keadaan Irfan saat ini, sudah pasti tiada siapa yang menyangka ada sengketa diantara kami. Aku perlu segera bangun, mandi dan solat subuh. Seusai mandi dan solat aku mengejutkan Irfan sebelum pergi mendapatkan Danial dibiliknya yang bersambung dengan bilik kami. Anak itu sedang nyenyak tidur, keletihan barangakali kerana semalam dia mengikut papa Irfan pergi memancing di Port Dickson.

“Fan, you taknak sarapan dulu” perlawaku disaat ternampak Irfan melangkah ke arah pintu.

“I makan kat cafe office aje nanti” jawab Irfan seraya mencapai kunci kereta.

“I ada masakkan nasi goreng kampung kegemaran you ni” Irfan sekadar menggeleng kecil dan berlalu keluar. Tersentuh dengan perlakuan Irfan, aku segera berlari ketingkat atas. Ingin aku hamburkan segalanya yang terpendam di hati saat itu. Sampainya hati Irfan! Sudah lama dia menolak untuk menyentuh masakkan aku.

Sudah lama aku tahan airmata ini dari mengalir keluar, selama ini aku cuba untuk menghadapi segalanya setenang mungkin. Tetapi, untuk hari ini, biarlah aku menangis sepuasnya, selepas ini aku berjanji tidak akan menangis lagi kerana Irfan. Dan andaikata, suatu masa nanti airmata aku tumpah lagi, itu bermakna aku sudah tewas dengan kehendak takdir dan tidak sesekali kerana Irfan. Aku sedar, semenjak menjadi seorang ibu semangat aku begitu kuat sekali. Semuanya kerana Irfan. Dia yang mengajar aku untuk menjadi seorang isteri yang tabah, wanita yang bersemangat waja, perempuan yang kuat. Aku juga diajar untuk lebih berdikari dan tidak terlalu manja. Mungkin inilah hikmah disebalik apa yang selalu dipupuk oleh Irfan didalam diriku sebelum ini. Perlukan aku menjadi wanita tanpa air mata? Atau mungkinkah sudah sampai masanya untuk aku merealisasikan impian Irfan itu?

Kedatangan aku ke pejabat hari ini adalah semata-mata untuk segera menyiapkan urusan projek aku dengan Arman yang tinggal sedikit sahaja lagi. Segalanya akan selesai dalam masa beberapa hari saja lagi. Selepas itu aku bercadang untuk meletakkan jawatan di Sinar Jaya. Sudah sampai masanya aku bertindak melepaskan jawatan aku disini dan menumpukan sepenuh perhatian aku kepada rumahtangga aku yang sudah semakin goyah ini. Mungkin juga sebagai jalan untuk menyembunyikan diri dari lelaki-lelaki yang mengundang cemburu di hati Irfan. Itukah yang di mahukan oleh Irfan? Puaskah hati Irfan? Dan Kalaupun tiada peluang untuk meneruskan hidup berumahtangga bersama Irfan, akan aku gunakan sepenuh masaku untuk mendampingi Danial, satu-satunya permata hati aku dan Irfan. Sesampai sahaja di lobi Sinar Jaya aku berpapasan dengan Irfan yang sedang jalan beriringan dengan En. Harris, bapa mertuaku.

“Hah Eizurra lambat datang hari ini?” tegur bapa mertuaku ramah. Lelaki disebelahnya hanya memandang selamba.

“Ermm, Danial meragam pulak pagi ni, dia tak nak ke taska. So , saya hantar ke rumah mama di Kajang. Tu yang lambat sikit papa” terangku dengan seulas senyuman. Sekilas aku memandang Irfan yang tersenyum penuh perli. Aku tahu hanya Irfan saja yang boleh memujuk Danial jika dia meragam begitu. Danial, pujukkan aku hari ini langsung tidak diendahkannya. Sudahnya aku terpaksa meminta bantuan mama untuk menjaganya.

“Wah, boleh tahan juga cucu papa tu ya, macam Irfan juga nampaknya. Degil, keras hati. Kenapa tak hantar ke rumah papa saja, kan dekat sikit” Tiba giliran aku pula untuk mempamerkan senyuman perliku yang termanis kepada Irfan.

“Tak mengapalah pa, saja tak nak menyusahkan mama” terangku pendek. Wajah aku yang sedikit sembab akibat menangis pagi tadi sedaya upaya aku sembunyikan dari pandangan kedua-dua lelaki itu.

“Oklah papa, saya naik office dulu” ujarku menamatkan perbualan. Tak sanggup aku untuk terus dipandang oleh lelaki yang sudah tidak berperasaan disebelahnya itu.

Amat sukar bagi aku untuk memahami hati dan apa yang ada difikiran Irfan saat ini. Puas aku mencari mencari kesilapan dan kekurangan diri, kesilapan yang membawa kepada kedinginan Irfan yang berterusan kepada diriku. Sungguh! aku keliru dengan Irfan. Lelaki itu boleh berubah sekelip mata. Hari ini dia mengaku cemburukan Arman tapi esok dia menafikan pula. Semalam mesra tapi hari ini berlagak seperti tiada apa. Sungguh! aku mula buntu mencari punca permasalahan kami. Ah, ego lelaki! Mana mungkin bagi mereka hendak mengaku kesilapan diri. Sungguh! Aku sudah letih , penat memikir dan menghadapi masalah ini bersendirian. Kini, aku pasrah mengikut keadaan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi dalam rumahtangga aku dan Irfan. Kemunculan Irfan secara tiba-tiba di muka pintu mengejutkan aku dari khayalan yang panjang. Seketika, mata kami berlawan pandang.

“Don’t you know how to knock the door!” sindirku mendatar.

“I dah ketuk, tapi you tu yang asyik sangat melamun. Ingatkan buah hati ke?” balas Irfan serius. Aku hanya mengeluh perlahan. Irfan! Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku.

“Teruskanlah menyakiti hati I Irfan. I tak kisah kerana masih ada sedikit lagi ruang untuk ianya disakiti” ujarku perlahan. Selebihnya aku ingin memaklumkan Irfan bahawa hatiku kini telah hampir penuh tercalar dengan tindakkannya. Irfan hanya tersenyum sinis. Bangga barangkali dapat mengguris hati aku saat itu.

“You menangis pagi tadi? Don’t tell me that you menangis kerana I” Aku hanya menundukkan wajah mencari jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Irfan.

“Ya, I menangis, kenapa? Pelik?” Selamba aku menjawab.

“You jangan bimbang En Irfan. I tak menangis kerana you, tapi kerana diri I sendiri. Sedih dengan kelemahan diri I sebagai isteri...” terangku perlahan, cuba menidakkan akan hal yang sebenar. Ya, memang aku menangis keranamu Irfan! tapi, tangisan pagi ini adalah tangisan aku yang terakhir untuknya. Irfan tidak perlu bimbang.

“Jangan menangis kerana I ElleaNur. Tangisan you takkan merubah apa-apa” tutur Irfan serius tanpa memandang ke arah aku. Egonya Irfan saat ini, sedangkan aku tahu hatinya turut tersentuh melihat setiap mendung yang terukir di wajahku saat ini. Aku juga tahu setiap titisan airmataku bagaikan racun di hatinya.

“I tahu, tapi satu yang I pinta dari you, segera leraikan kekusutan yang melanda ini” tuturku perlahan.

“Kenapa dah tak sabar nak bersama buah hati you tu!” tingkah Irfan kuat dengan muka yang mula merona merah.

“Ya Allah tabahkan hatiku” bisikku perlahan. Aku hanya mampu beristifar pendek menghadapi tuduhan Irfan.

“Sampai bila you nak terus mendera I Irfan? I tak boleh hidup dengan kecurigaan you sepanjang masa. You langsung tak mahu dengar penjelasan I. Dimanakah kepercayaan you pada I selama ini?” Luahku dengan penuh emosi. Sungguh! Aku buntu memikirkan jalan keluar dari dunia yang penuh kegelapan ini.

“Kalau you mahu I berundur I akan pergi dari hidup you Fan. Mungkin itu jalan yang terbaik untuk kita. Apa yang harus I lakukan Irfan? Katakan Fan, I sedia turuti” Sambungku terus, terasa denyutan di hatiku saat itu, sakit!

Hanya inilah kesempatan yang ada untuk aku meluahkan perasaan yang terpendam memandangkan Irfan seakan-akan memberikan lampu hijau untuk aku terus berbicara. Lelaki itu hanya bertindak mendiamkan diri, berdiri menghadap keluar tingkap pejabatku. Sesekali ada kerutan di dahi Irfan, mungkin cuba mencari jalan penyelesaian yang aku minta.

“I mahu you putuskan hubungan you dengan Arman! Jangan sesekali berjumpa dengan dia lagi!” Satu arahan yang aku rasakan amat tidak masuk akal.

Irfan mahu aku putuskan hubungan aku dengan Arman? Hubungan apa? Kerja? Irfan tidak boleh mencampur adukkan urusan peribadi dengan kerja. Tidak profesional! Lagipun tinggal sedikit saja lagi urusan antara kami dan semuanya akan berakhir, tidak bolehkah Irfan bersabar? Aku tidak mahu Arman memandang rendah akan kredibiliti kerja aku, secara tidak langsung juga menjejaskan kredibiliti Irfan sebagai anak pemilik Sinar Jaya.

“I ada sedikit saja lagi urusan dengan Arman Irfan. Semuanya akan berakhir beberapa hari lagi” terangku perlahan, cuba mengharap pengertian dari Irfan. Irfan mendengus kasar, merenungku tajam seolah memandang seorang musuh.

“Baiklah, kalau itu yang you mahukan. Tapi, jangan sesekali menyalahkan I kalau terjadi sesuatu dalam hubungan kita!!!”

“Bagaimana dengan hubungan you dengan Julia En. Irfan???” sempat aku menjerit kecil kepada Irfan yang berlalu meninggalkan aku. Hatiku berbuku, mendongkol marah. Fail di meja aku campakkan ke lantai untuk melegakan hatiku yang panas. Bengang dengan kata-kata Irfan sebentar tadi.

Sungguh! Kadangkala aku berasa sangat geram dengan Irfan, lelaki itu hanya tahu meletakkan segala kesalahan di bahunya seorang. Tidak pernah mahu bersama-sama duduk berbincang mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Semuanya aku yang perlu menanggungnya. Segala kemarahan di hamburkan pada diriku. Aku hanya seorang perempuan Irfan! Punya hati dan perasaan yang sensitif. Takkan selamanya hati perempuanku mampu menanggung segala derita yang dihadiahkan oleh mu Irfan. Sungguh! aku tidak akan sesekali menyalahkan Irfan di atas apa yang terjadi. Mungkin juga semuanya yang terjadi adalah atas kehendak takdir dan juga kelemahan yang datang dari diriku sendiri. Aku rela menghadapi segala tuduhan dan caci maki Irfan jika hanya dengan cara itu yang dapat memuaskan hati lelaki itu. Ya Allah berikanlah aku sedikit kebahagiaan, ketenangan hati dan fikiran untuk menghadapi dugaanMu ini.


Scene 31

Petang ini aku ada temujanji dengan Arman. Walau pada mulanya aku menolak tapi bila mengenangkan mungkin kali ini merupakan pertemuan kami yang terakhir, lalu aku menerima undangan Arman itu. Segala urusan kerja di antara aku dengan lelaki itu telah pun selesai sepenuhnya jadi, menurut Arman sebagai tanda terima kasih dia ingin belanja aku, sekadar makan-makan. Tapi satu yang aku bimbangkan kini, keizinan Irfan. Sudah puas aku cuba menghubungi handponenya tetapi gagal. Kemana menghilangnya lelaki itu dia sendiri tidak pasti. Kalau mengikut jadual Irfan, dia tidak mempunyai sebarang temujanji sepanjang hari ini. Tapi, pedulikah Irfan dengan apa yang akan aku lakukan? Kemana arah ingin aku tujui? Rasanya sudah terlalu lama diri ini tidak diberikan perhatian, selalu sahaja di abaikan. Cuma aku sahaja yang terhegeh-hegeh memberitahu dan meminta keizinan darinya, kemana dan di mana aku setiap masa. Lelaki itu bagaikan sudah tiada perasaan untuk melindungi aku. Segalanya terletak di bahuku sendiri. Selepas menghantar Danial kerumah mamaku, aku bergegas memandu menuju ke bandar.

“Sorry Arman, I terlambat” tutur ElleaNur sebaik saja mendapatkan Arman di Ristorante Bologna, Hotel Istana. Arman hanya tersenyum kecil melihat aku yang sedikit kalut.

“Takpa, I pun baru je sampai”

“Anak I meragam hari ni, dia tak mau ditinggalkan dengan mama I” Teringat Danial yang menangis semasa aku memandu keluar dari rumah mama tadi. Mujur papaku ada, bolehlah dia tolong pujukkan si Danial.

“I tak menyusahkan you ke Nur?” Mungkin Arman rasa bersalah mendengar alasanku tadi.
“Takde lah. It’s ok. So you dah order ke belum ni?”

“Belum lagi. I nak you yang order” Arman masih seperti dulu. Aku tahu Arman tidak akan membuat tempahan sendiri. Dia pasti menyuruh aku yang memilihkan makanan untuk dia. Tidak seperti Irfan yang selalu mendahulukan citarasanya jika kami makan di luar. Lain orang lain ragamnya. Aku mengeluh perlahan. Lagi-lagi lelaki itu yang aku ingatkan.

“La kan you yang nak belanja I, so you lah yang order?” Aku menjungkit bahu bila Arman menggeleng kepala.

“Well, Italian food la nampaknya ya?” Lelaki itu hanya tersenyum tanda bersetuju dengan cadanganku. Aku segera memanggil pelayan dan membuat tempahan. Keadaan kembali sunyi. Aku tiada idea untuk berbual. Sukar untuk aku mewujudkan kemesraan dengan lelaki ini sebagaimana waktu dulu. Seketika kami hanya diam membisu melayan perasaan masing-masing.

“Nenek Hasmah you apa khabar?” Arman memulakan bicara. Mungkin kali ini baru dia berkesempatan untuk menanyakan perihal nenekku. Sebelum ini semua perjumpaan kami lebih kepada urusan kerja.

“Alhamdulillah sihat” Arman memang rapat dengan nenekku itu. Dulu setiap kali cuti sekolah dia selalu mengikutku pulang ke kampung nenek memandangkan kedua ibubapanya menetap di Australia.

“Erm, lama I tak jumpa dia, mesti semakin comelkan, Aki you pulak mesti bertambah gantangkan?” komen Irfan meledakkan tawa di bibirku.

“Pandailah you! Mana ada orang semakin berusia semakin comel, semakin gantang”

“Ada. You!” jawapan Arman membuatkan tawaku terhenti. Mukaku yang polos dari sebarang solekan mula memercikkan warnanya. Tidak tahukan Arman bahawa wanita yang dipujinya itu adalah isteri orang.

“You bahagia Nur?” Soalan apakah ini? Aku membuang pandang ke cermin luar. Nampak sangatkah penderitaan yang aku alami ini?

“Ya, bahagia, kenapa Arman?” Berbohongkah aku? Tapi, ya! aku pernah bahagia sedikit waktu dulu, tapi kini rasa bahagia itu telah lenyap, yang tinggal hanya sisa-sisanya sahaja.

“You nampak sedikit kurus, berbeza masa I jumpa you di Venice”

“I terlalu banyak kerja lately ni, anak I Danial pun sudah semakin lasak. Tu yang buat I bertambah kurus agaknya” Arman hanya tersenyum menganggukkan kepala.

“You pulak bagaimana Arman? Bila nak kahwin?” Setahu aku dia masih solo, tapi tak tahu pula kalau dia sebenarnya sudah berkahwin.

“I masih seperti dulu Nur. Ingatkan dulu jodoh I dengan you tapi….” Arman mengeluh perlahan dan tersenyum pahit.

“Mungkin salah I, I pergi dan tak pernah cuba untuk menghubungi you” Ada nada kesal dalam sebaris ayat itu.

“Semuanya sudah berlalu Arman. I pun sudah berkahwin dan pun ada anak. Sudah takdir tiada jodoh di antara kita. Well, tujuan kita datang sini sebab you nak belanja I makan kan? So, apa kata kita makan dulu kemudian baru sambung cerita, ok?” Sungguh! Aku tidak mahu Arman menyentuh tentang masa lalu kami. Bagiku semuanya itu sudah tiada ertinya lagi.


“So, macam mana dengan rumah baru you tu? Any complaint from your parents?”

“Takda, diorang puas hati dengan hasil kerja you. Mereka dan tak sabar nak berpindah ke rumah tu dan….” Aku mengerutkan dahi apabila Arman berhenti dari terus berbicara.

“Suruh I cepat cari calon menantu untuk menemani mereka”

“So, dah ada calon ke belum ni?” Tanyaku pantas.

“Ada tapi….. dah melepas!” Arman merenungku, ada seulas senyuman pahit di bibir lelaki itu. Matanya merenungku terus.

“Arman please…….” Hilang selera aku untuk terus menikmati makanan di meja.

“Ok, ok, I’m so sorry. My parents jemput you masa kenduri kesyukuran nanti” aku sekadar mengangguk kecil menerima undangan dari Arman.

Banyak yang kami bualkan lewat pertemuan itu. Dari zaman persekolahan hinggalah yang menyentuh kisah-kisah peribadi dan kembali semula kepada realiti hidup. Arman seringkali cuba membawa fikiran aku kepada kenangan lama tapi segera fikiran aku pantas menolak. Sungguh! Aku tidak mahu mengenangkan kisah yang telah pun berlalu itu kerana sedikit sebanyak ianya pasti turut mengguris hatiku yang telah sedia tercalar dengan perbuatan Irfan sejak kebelakangan ini. Biarlah, Arman berhak untuk mempertikai atau memikirkan apa jua yang ada dalam fikiran dan kehidupan aku saat ini. Tapi satu yang aku ingin Arman fahami, kasih dan kesetiaan aku hanya pada lelaki yang bernama Ezairil Irfan. Biar berapa banyak godaan dan dugaan yang mendatang, setiaku hanya pada lelaki itu, walaupun Irfan sendiri kini kian menjauhkan dirinya dari kehidupanku.

Arman mungkin mempunyai peluang untuk hidup bersamaku jika dia kembali semula ke dalam hidup aku sebelum kehadiran Irfan tetapi tidak untuk masa ini kerana jiwa dan hatiku kini telah pun dipenuhi dengan cinta dan kasih sayangku untuk lelaki yang satu itu. Hanya Irfan yang aku rindu, yang aku dambakan siang dan malamku. Hanya wajah lelaki itu yang ingin aku tatap hari-hari. Hanya renungan dan suara Irfan yang bisa menggetarkan naluri perempuanku kini. Tapi, semuanya itu sudah lama pergi dari hidupku. Namun, aku tahu masih ada rasa kasih yang menebal dalam hati Irfan untukku. Kasih yang tidak perlu di ungkapkan dengan kata-kata, cukup sekadar melalui sinar yang terpancar dari sepasang mata hitam milik lelaki itu. Sungguh! kedinginan dan kemarahan yang di pamerkan Irfan gagal menutupi kasih sayangnya yang menebal itu terhadapku. Tidak sedarkah Irfan tentang satu hakikat, bahawa ego seorang lelaki walau yang setinggi KLCC sekalipun tidak akan berjaya menutupi api cinta yang ada dalam dirinya terhadap seorang perempuan yang mereka sayangi!

Rasa tidak sabar ingin segera pulang menemui Irfan kerana aku ada perkhabaran gembira untuk lelaki itu. Aku harap selepas ini kami mempunyai lebih banyak masa untuk bersama-sama melayari bahtera rumahtangga yang baru setahun jagung ini. Akan aku cuba memenangi kembali hati Irfan yang telah lama di bawa arus perasaan cemburu dan sakit hati di atas perhubungan yang wujud di antara aku dan Arman. Terbayang di ruang mata akan kebahagiaan yang bakal aku dan Irfan nikmati bersama-sama telatah manja Danial yang mencuit hati. Tapi, mungkinkah apa yang aku angan-angankan ini bakal menjadi kenyataan? Bagaimana dengan Irfan sendiri? Adakah dia juga turut memasang angan-angan yang sama sebagaimana yang aku impikan? Sudikah dia kembali menjadi Irfan aku yang dulu? Irfanku yang romantis, penuh dengan kasih sayang dan kepercayaan. Tapi bagaimana pula dengan kesetiaan Irfan? Bagaimana dengan Julia?. Ah! Rindunya aku pada lelaki yang satu itu.


Scene 32

Irfan gelisah sendiri di dalam bilik pejabatnya. Benarkah kata Julia yang dia ternampak ElleaNur dengan Arman di Hotel Istana? Perlu apa ElleaNur bertemu dengan Arman sampai di hotel itu? Apa selama ini memang ElleaNur ada hubungan dengan Arman? Apakah selama ini ElleaNur hanya berpura-pura dengan aku? Entah-entah dia masih mempunyai perasaan dengan Arman. Apa saja boleh terjadi! Tapi, bukankah ElleaNur sudah berjanji dengan aku takkan ada lelaki lain selain daripada aku? Dia tidak akan berpaling kepada lelaki lain walau yang datang sehandsome Ari Wibowo, pelakon pujaannya. Irfan menelan liur! Kalau ElleaNur sudah tidak mampu setia, sudah tidak dapat hadapi segala nista dan kedinginan yang aku beri...Ya Allah! tidak dapat aku bayangkan apa yang bakal terjadi pada rumahtangga kami. Tapi, bukankah selama ini aku yang sengaja mewujudkan sempadan di antara kami? Sengaja menyakiti hati ElleaNur? Habis itu untuk apa aku nyalakan api cemburu di hatiku sendiri? Aku tak cemburu, cuma..cuma apa? arghhh...aku sendiri pun tak pasti akan perasaan aku saat ini.

"ElleaNur!!!" jeritan Irfan bergema diruang tamu mengejutkan ElleaNur yang sedang melayan Danial di bilik permainan ditingkat bawah rumah. Segera ElleaNur pergi mendapatkan Irfan yang baru pulang dari pejabat di ruang tamu. Irfan kelihatan berang sekali di mata ElleaNur.

"Irfan! kenapa dengan you ni? menjerit tak tentu pasal!" tingkah ElleaNur geram. Dia sudah bosan melayan kerenah Irfan. Irfan tidak pernah mencari kesilapan dirinya sendiri, selalu sangat menghamburkan kemarahannya pada aku.

"Kenapa? Kenapa, you tanya I? Huh dasar perempuan tak ada harga diri!!!" Jerit Irfan kuat seraya menampar kuat pipi kiri ElleaNur. Seketika, kedua-dua mereka seakan terpana, memandang di antara satu sama lain.ElleaNur merenung terus wajah Irfan yang sedang menyinga merah, seakan tidak percaya dengan apa yang telah Irfan lakukan padanya sebentar tadi. Hinanya aku di mata Irfan saat itu. Ya Allah, apa yang telah merasuk Irfan hingga sanggup menampar dan mengeluarkan kata-kata yang berbisa itu kepada aku.

"Apa salah I, apa yang I dah buat, hmmm?" bidas ElleaNur dalam suara yang ditahan. Pipinya dirasakan sungguh berbahang saat itu. Tapi sakit di pipi tidak terlawan dengan sakit yang ada di hatinya saat itu.

"Dah buat salah tak nak mengaku! Julia bagitahu I yang dia nampak you dan Arman di hotel Istana petang tadi. Cakap dengan I apa yang you dah buat ElleaNur???" jeritan Irfan sekali lagi bergema di segenap ruang tamu. Bahu ElleaNur di goncang kuat.

"Ya, memang I ada berjumpa Arman petang tadi. Kami sekadar minum petang di situ. Salahkah? Lagipun I sedar I isteri orang walau sudah lama tak dilayan seperti isteri!" terang ElleaNur dengan suara yang bergetar. Salahkah aku kalau Arman sekadar ingin belanja aku makan setelah urusan busines di antara aku dan dia sudah selesai. Aku sekadar memenuhi permintaan seorang teman tanpa sebarang niat lain.

"Pergi makan atau melayan Arman? Takkan sebab I dah lama tak layan you seperti isteri you nak cari lelaki lain!" tuduh Irfan lagi.

"You mengesyaki I Irfan? You meragui kesetiaan I? How could you do that! Nampaknya you lebih percayakan Julia daripada I sendiri, you lebih rela menyakiti hati I daripada mencari kebenaran Irfan!!!" Lemah segala sendi aku rasakan saat itu. Sampainya hati Irfan menuduh aku begitu. Sungguh! aku tak sangka Irfan berfikiran sejauh itu. Aku tak sekeji anggapan Irfan itu. Aku masih ElleaNur yang dulu, ElleaNur yang akan terus mengasihi Irfannya sehingga ke nafas yang terakhir. Ada sendu yang cuba aku tahankan. Aku tahu selepas ini aku pasti menangis, menangis kerana tewas dengan kehendak takdir dan bukan sesekali kerana Irfan!

"Mana tau kalau you curang dengan I, sebab I dah lama tak menghiraukan you" tuduh Irfan selamba.

"You syaki I?" kataku sekali lagi meminta kepastian dari Irfan.

"Yes!!!" ElleaNur pandang wajah Irfan tidak berkelip. Tidak percaya dengan tuduhan Irfan, satu-satu lelaki yang dicintainya. Ada cecair jernih di birai mata aku rasakan saat itu. Aku perlu lakukan sesuatu untuk mempertahankan harga diriku, segera aku mengumpul kekuatan untuk menangkis tuduhan Irfan.

"Apa you ingat I sekeji itu, sehina itu Irfan? You tak sepatutnya membuat tuduhan seberat itu pada I! Selama ini I sanggup terima segala kedinginan you, caci maki you, segala kepedihan dan kedukaan yang you beri tapi tidak untuk tuduhan seberat ini. I sanggup hadapi segalanya tapi bila you syaki I bermakna you mengesyaki kesetiaan I pada you. You juga mengesyaki kasih sayang I pada you. Cinta suci I buat you malah kesucian I! Sungguh! I tak dapat menerimanya! You keterlaluan! I tak pernah buat apa yang you fikirkan, tak pernah!!! " jeritku kuat lalu berlari kedalam bilik tamu, menguncikan diri didalam bilik tu. Segera aku hamburkan airmata yang telah sekian lama aku halang daripada merembes keluar. Jatuhnya mutiara jernih ini bererti aku sudah tewas!

Sungguh! aku tidak pernah merasa sesedih dan sepedih ini sepanjang umur hidupku. Tapi, apabila orang yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati menghempapkan tuduhan yang seberat itu, aku kecewa. Hati yang sediakala pedih, terasa bagai ditusuk belati, sakit hingga ke tulang hitam. Saat ini, aku sedar tiada gunanya aku terus berada di rumah ini jika kesetiaan dan kesucian aku di curigai. Aku tidak boleh hidup di dalam dunia penuh kecurigaan ciptaan Irfan. Aku ada harga diri. Aku perlu membawa diri yang hina ini jauh dari pandangan Irfan. Aku pasrah dengan kehendak takdir. Biarlah malam ini menjadi malam yang terakhir aku bermalam dirumah yang banyak menyimpan cerita seribu kisah suka dan duka aku selama melayari hidup berumahtangga dengan Irfan.

Sebaik teringatkan Danial yang agak lama ditinggalkan sendirian, ElleaNur segera bangkit dari katil dan berlalu keluar. Seketika dia berpapasan dengan Irfan yang baru keluar dari bilik permainan Danial. Sedikit pun dia tidak berusaha untuk memandang ke arah lelaki itu. Lelaki yang meragui kesetiaan dan kejujuran aku sebagai isterinya. Untuk apa memandang jika hati telah hancur berkecai dengan tuduhannya itu. ElleaNur duduk memeluk lutut, memerhatikan Danial yang leka dengan legonya. Tahukan anak itu apa yang telah terjadi sebentar tadi? Tahukan dia akan kesedihan yang melanda dihati mamanya saat ini? Seketika apabila Danial menghampiri dan mendakap aku erat, aku sedar bahawa masih ada insan yang menyayangi diri aku sepenuh hatinya. Sungguh! aku bersyukur dengan kurniaan yang satu ini. Aku membalas pelukan Danial dan menangis untuk sekian kalinya. Tersedu-sedan mengenang nasib diri saat itu. Biarlah untuk hari ini aku menangis sepuas-puasnya.

“Mama, kenapa mama nangis?” Aku hanya tersenyum kecil mendengar pertanyaan dari Danial. Emosinya aku!

“Tak ada apa sayang. Mama sayang sangat dengan Danial sebab tu mama menangis” Alasan yang aku kira paling sesuai untuk anak kecil seperti Danial.

“Mama takut Danial pergi tinggalkan mama, takut Danial tak sayangkan mama lagi” sambungku terus. Aku rela kehilangan papamu tapi bukanmu sayang. Hanya Danial yang mama ada saat ini.

“Danial ada kat sini, Danial tak pergi mana-manalah mama. Mama jangan takut ya” Aku tersenyum mendengar jawapan Danial.

“Mama tahu sayang. Danial kan anak mama yang baik” kataku seraya mencium kepala anak kecil itu.

“Danial sa…yang mama” Tapi tidak papamu Danial, tergamaknya dia…Ah! Kau tak perlu tahu apa yang ada di hati mama saat ini Danial.


Scene 33

Abang,
Maafkan Ellea. Mungkin ini kesudahan hubungan kita. Sungguh! Ellea tak menjangkakan yang jodoh kita sampai setakat ini. Namun, Ellea redha jika itu sudah kehendak takdir. Mungkin sudah tersurat kebahagiaan Ellea bersama abang hanya untuk seketika. Ellea sangat bersyukur dan menghargai saat indah kita bersama. Namun, Allah yang berhak menentukan segalanya walau Ellea telah berusaha untuk menyatukan retak yang melanda ini. Ellea hanya seorang perempuan, hamba yang lemah,tidak mampu untuk menolak takdir ilahi.

Abang,
Selama ini, Ellea cuba untuk menjadi isteri yang baik, taat, sempurna di mata abang tapi, mungkin semuanya salah Ellea. Ellea telah banyak mengecewakan hati abang. Ellea tak dapat menarik perhatian abang malah sudah tidak dapat memberikan kebahagiaan pada abang dan rumahtangga kita lagi. Tapi, abang tak perlu bimbang kerana Ellea tidak akan sesekali menyalahkan abang di atas apa yang telah terjadi ini. Semuanya adalah atas kehendak takdir. Semuanya juga mungkin dari kelemahan dan kebodohan diri Ellea sendiri.

Abang,
Tidak banyak yang Ellea pinta dari abang selama ini. Hanya sedikit kasih sayang, kepercayaan dan pengertian dari abang untuk diri Ellea. Namun, Ellea sedar, Ellea tiada hak untuk mempersoalkan janji-janji abang di awal perkahwinan kita sedikit waktu dulu. Abang berhak untuk terus menyakiti hati Ellea, menghina malah membenci diri ini, Ellea tega. Ellea sanggup menerima segala kedinginan dan tuduhan abang, Ellea redha. Tapi, bila kesetiaan dan kesucian Ellea di curigai maaf, Ellea tidak dapat menerimanya. Dan disaat abang menghempapkan tuduhan seberat itu, Ellea sedar yang abang sudah tidak memerlukan Ellea lagi dalam hidup abang. Apa gunanya hubungan ini diteruskan jika kesucian dan kesetiaan Ellea sebagai isteri abang di curigai. Sungguh! Hinanya diri Ellea rasakan saat ini di mata abang.Semoga tiada penghinaan yang lebih teruk dari hari ini.

Abang,
Mengertilah bahawa tangisan Ellea semalam bukan kerana abang. Tidak sekali-kali kerana abang. Jangan abang kesalinya kerana ianya hanyalah tangisan seorang hamba yang tewas kepada kehendak takdir. Sudah lama Ellea pendamkan mutiara jernih ini daripada tumpah keluar. Ellea sedar saat jatuhnya airmata ini, bermakna Ellea tewas dengan kehendak takdir. Takdir yang menewaskan ikatan suci yang sangat Ellea sayangi dan sanjungi sepanjang hidup bersama abang. Sungguh! amat sedih dan sukar bagi Ellea untuk mempercayai apa yang telah pun menjadi kenyataan. Semoga tiada kesedihan yang lebih teruk dari hari ini.

Abang,
Sekali lagi, ampunkan Ellea dan Izinkan Ellea pergi dari hidup abang buat sementara waktu. Ellea perlu mencari kembali harga diri Ellea yang telah abang campakkan. Izinkan juga Ellea membawa Danial bersama kerana hanya dia yang Ellea ada buat masa ini. Ellea tidak akan sesekali memisahkan Danial dari hidup abang. Itu janji Ellea untuk abang.

Abang,
Ellea serahkan segalanya pada tangan abang untuk menentukan hala tuju hubungan kita. Ellea sedar berdosa seorang isteri meminta talak dari suaminya jadi, semuanya terserah pada abang. Apa jua keputusan yang bakal abang buat, Ellea setuju. Andai tiada jodoh di antara kita Ellea redha. Cuma, satu yang Ellea nak abang tahu, saat ini Ellea hamil, dan tolong jangan sesekali abang mempersoalkan kewujudan benih suci ini. Cukup Ellea seorang yang menanggung tuduhan dan nista dari abang. Satu lagi permintaan Ellea dari abang, andai abang ingin menceraikan Ellea sekali pun, abang tunggulah sampai Ellea selamat melahirkan anak ini kerana Ellea tidak mahu anak ini menerima cacian dari masyarakat diluar sana. Sungguh! Ellea takut untuk menghadapinya untuk sekian kali.

Abang,
Izinkan Ellea untuk meneruskan kandungan ini. Halalkan segala makan dan minum Ellea selama menjadi isteri abang. Ampunkan juga segala salah dan silap Ellea pada abang.


Sekian.
ElleaNur Eizurra



Ya Allah apa yang telah aku lakukan? Irfan terjelepuk di lantai sebaik habis membaca surat dari ElleaNur. ElleaNur pergi meninggalkan aku? Terlukakah hati ElleaNur dengan segala tuduhan yang aku lemparkan kepadanya semalam? Sungguh! Bukan niat aku untuk menyingkirkan ElleaNur dari hidup aku. Aku cintakan ElleaNur sepenuh hati, tiada wanita lain yang bertaktha dalam sanubari ini. Kejamkah aku? Sanggup aku mencurigai kesetiaan dan kesucian ElleaNur sedangkan aku tahu ElleaNur tidak akan sesekali melakukan perkara sekeji itu. Mungkinkah aku terlalu mengikut perasaan? Aku sedar sudah agak lama aku bersikap dingin dengan ElleaNur, selalu menyakiti hati wanita itu dengan pelbagai perkara. Tapi, semua yang aku lakukan juga di sebabkan oleh ElleaNur. Hubungan dia dengan Arman mengundang cemburu dan sakit hati pada diriku. Memang aku sendiri yang membenarkan ElleaNur membuat pelan rekabentuk rumah Arman, tapi, itupun setelah ElleaNur beriya-iya memujuk aku. Walau pada mulanya aku tidak cemburu, tetapi apabila mendapati yang masa ElleaNur banyak di habiskan untuk bersama Arman, rasa cemburu yang aku simpan bertukar menjadi satu perasaan sakit hati yang akhirnya aku lepaskan kepada ElleaNur. Seakan ada satu perasaan dendam aku terhadap wanita itu.

Irfan sendiri pun hairan bagaimana dia boleh mempunyai perasaan sedemikian terhadap wanita yang sangat dicintainya. Adakah kerana Julia? Ya, mungkin juga kerana wanita itu. Seingat Irfan, semenjak ElleaNur mempunyai urusan dengan Arman, Julia kerap bertemu dengannya, dan di dalam setiap pertemuan pasti akan ada cerita mengenai ElleaNur dan Arman. Julia seakan-akan cuba melaga-lagakan hubungan aku dan ElleaNur. Mungkinkah Julia masih menaruh hati kepada dirinya lalu dia menggunakan kesempatan ini untuk memisahkan aku dengan ElleaNur? Mungkinkah? Ya Allah! tetapi, kenapa baru hari ini aku menyedarinya setelah ElleaNur pergi meninggalkan aku. Sewaktu waktu dulu, aku pernah berjanji dengan ElleaNur untuk tidak mengungkiti masa silamnya, juga untuk tidak cemburu dengan Arman atau mana-mana lelaki sekalipun tapi, aku hanya seorang manusia, lelaki yang di kurniakan dengan sedikit sifat ego untuk melindungi harga dirinya. Kini, semuanya sudah terlambat, ElleaNur telah pergi membawa hatinya yang terguris. Sungguh! Aku amat menyesal! Ya, aku perlu melakukan sesuatu untuk mengubati hati ElleaNur, membawa dia kembali bersama-sama dengan aku dan Danial, juga anakku yang bakal lahir. ElleaNur hamil! Itu yang sangat Irfan kesalkan, teganya dia menyakiti hati ElleaNur di dalam keadaannya yang sebegitu.

Irfan bingkas bangun menuju ke arah almari pakaian dia dan ElleaNur. Segera pintu di buka, hampir kesemua pakaian milik ElleaNur telah di bawa pergi. Kemana arah tuju ElleaNur dan Danial membawa diri dia tidak pasti. Semalam, setelah pertengkaran, Irfan segera meninggalkan rumah mereka, keluar mencari ketenangan dan dia juga tidak pulang ke rumah sebaliknya bermalam di hotel. Sebaik pulang kerumah pagi ini, dia dapati kereta Honda Jazz milik ElleaNur tiada di garaj. Dan kini, hanya sehelai surat yang di terima dari ElleaNur, surat yang di letakkan bersama-sama rantai pemberiannya sewaktu menyambut hari kelahiran ElleaNur yang ke-28 tahun. Sungguh! Seakan ada sesuatu yang menyentap tangkai hatinya saat memegang rantai itu. Hadiah yang sengaja di pilih supaya ElleaNur selalu berasa dekat dengannya. Dekat dengan denyutan hatinya setiap saat dan ketika. Ya Allah, sudah tertutupkan hati ElleaNur untuk aku? Sungguh! Irfan gerun memikirkan apa yang ada di hati ElleaNur saat ini.

“ElleaNur….maafkan abang sayangggggg, maafkan abanggg” setitis airmata lelakinya jatuh di saat bibirnya merintih mengungkapkan sebaris ayat itu.

Sungguh! Hatinya bagaikan dipalu. Rantai leher ElleaNur digenggam erat dan dikucup lama. Irfan bersandar lemah di pintu almari. Seketika wajah sendu ElleaNur terbayang di segenap ruang. Wajah itu penuh kedukaan, penuh kesedihan. Wajah itu juga sangat meruntun jiwa lelakinya. Tiba-tiba rasa rindu, kesal dan bersalah mencengkam hebat di hatinya terhadap ElleaNur. Saat itu, cuma satu tekadnya, kembali mengubati luka dihati ElleaNur walaupun dia pasti agak sukar untuk dia berbuat demikian. ElleaNur, wanita itu punya hati yang cukup keras disebalik kelembutan wajah yang dipamerkan. Namun, segalanya sanggup dilakukan untuk meraih kembali hati wanita yang di cintainya itu.


Scene 34

“Hello, assalamualaikum papa, papa apa khabar?” tutur Irfan sebaik panggilannya di jawab oleh bapa mertuanya. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan bapa mertuanya itu, semenjak dia melancarkan perang dingin dengan ElleaNur, dia tidak lagi pulang ke rumah mertuanya itu. Hanya ElleaNur dan Danial yang akan menjengah mereka di hujung minggu.

“Alhamdulillah, papa sihat. Kamu bagaimana? ElleaNur dan Danial sihat-sihat saja kan?” jawapan dan pertanyaan dari bapa mertuanya itu menyedarkan Irfan yang ElleaNur dan Danial tidak berada di sana.

“Irfan macam biasa saja pa, ElleaNur dan Danial juga sihat” Nampaknya aku sudah pandai menipu, getus Irfan kesal. Tapi, dia mempunyai alasan untuk berbuat demikian, dia tidak mahu mertuanya itu risau akan keadaan ElleaNur jika dia tahu cerita yang sebenar. ElleaNur sangat rapat dan manja dengan papanya, sudah tentu mertuanya itu akan memarahinya jika sesuatu yang buruk melanda ElleaNur. Bukan dia takut akan kemarahan bapa mertuanya itu tapi, dia berasa segan dan malu akan segala yang telah dia lakukan pada ElleaNur.

“Oklah papa, Irfan saja telepon nak tanya khabar papa, sampaikan salam Irfan pada mama ya” tutur Irfan menamatkan panggilan. Seketika kemudian, dia duduk termenung di balkoni, memikirkan kemana ElleaNur membawa diri. Dia kerumah Alia di Ukay Perdana tetapi sudah tidak berpenghuni. Puas dia bertanya kepada orang-orang yang rapat dengan isterinya itu namun, hampa. Handphone ElleaNur juga gagal dihubungi. Sungguh! Dia buntu memikirkan cara untuk mencari ElleaNur dan Danial.

Sudah 2 hari Irfan tidak pergi ke pejabat. Menurut Rina, sudah 2 hari juga ElleaNur tidak datang kerja. Hari ini dia gagahkan juga langkahnya untuk menjenguk pejabat, mana tahu kalau-kalau ada berita mengenai ElleaNur. Sebaik tiba di biliknya, Irfan terpandangkan satu surat, terletak kemas di penjuru mejanya. Dia hanya mampu mengeluh berat apabila mendapati itu adalah surat perletakkan jawatan dari ElleaNur. Dia sudah menjangkakah hal yang satu itu. Mana mungkin ElleaNur akan terus berada di sini setelah apa yang aku lakukan padanya. Sedikit masa lagi pasti berita ini akan menjadi antara yang terhangat di Sinar Jaya. Pasti papa juga akan mengamuk dan tidak ketinggalan mama aku yang sangat sayang kepada menantunya yang satu itu. Tapi, pasti ada salah seorang di pejabat ini yang tahu dimana ElleaNur berada, mungkinkah Rina? Irfan berteka-teki sendiri.

“Rina, you tahu kenapa Eizurra tak datang kerja” soalan Irfan mengundang reaksi pelik di mata Rina. Hai..takkan isteri sendiri tak tau kot! Ini mesti ada krisis, getus Rina dalam hati. Sudah agak lama dia dapati tiada kemesraan di antara pasangan itu. Seakan ada perang dingin di antara Irfan dan Eizurra.

“Ermm tak tahu pulak saya En. Irfan. Your wife En. Irfan, takkan tanya saya pulak” sindir Rina sambil menjungkit bahu.

“Betul awak tak tahu ni? Habis tu siapa yang letak surat dari Eizurra atas meja saya?” tanya Irfan menduga Rina.

“Memang saya tak tahu. Tapi kalau pasal surat tu memang saya yang letak kat atas meja En. Irfan, itupun Eizurra yang telepon kelmarin suruh ambil dari biliknya dan beri pada En. Irfan” terang Rina panjang. Ada sinar kejujuran di dalam mata itu. Irfan mengeluh lemah lantas berlalu ke bilik pejabat ElleaNur. Nampaknya ElleaNur seakan sudah menjangkakan apa yang bakal terjadi dan bersedia untuk pergi meninggalkan aku.

Berada di dalam pejabat ElleaNur mengundang rasa kesal yang mendalam di dalam hati Irfan. Semua kenangan suka dan dukanya bersama ElleaNur bermain di layar mata, seakan menonton kisah sedih yang meruntun perasaan. Bermula detik pertemuan pertama di antara dia dan ElleaNur, kemudian kepada saat di mana dia mula bekerja sepejabat dengan ElleaNur. Terukir sedikit senyuman di bibir Irfan bila saja terkenangkan perbuatan nakalnya yang selalu mendera ElleaNur ketika itu. Ada saja helah dia untuk menyakat ElleaNur yang ketika itu amat sukar untuk di dekati. Pertunangan di antara dia dengan ElleaNur tidak seperti orang lain tapi dirasakan penuh kemanisan, banyak kenangan yang mencuit hati di alam pertunangan kami. Kenakalan aku dan kedinginan ElleaNur ketika itu amat mengusik perasaan. Terbayang juga detik-detik bahagia kami selepas berkahwin, di saat ElleaNur mengamuk di awal kehamilan dan melayan kerenah dan telatah manjanya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah setelah kehadiran Danial. Kebahagiaan semasa berbulan madu di Venice juga menjadikan Irfan rindu pada saat bahagia dia sekeluarga. Sungguh! Semuanya itu mengundang satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan, rindu dan kekesalan yang bercampur menjadikan dada Irfan sesak sekali. ElleaNur di mana kau sayang? Abang rindu! Seketika kemudian Irfan leka menatap gambar dia dan ElleaNur juga Danial yang terdapat di atas meja dan di beberapa sudut bilik itu. Jemarinya rancak mengusap photo ElleaNur. Seketika dia tersenyum kemudian wajahnya bertukar mendung, tersenyum dan kembali mendung, suram, sesuram hatinya saat itu. Sungguh! Tidak sanggup untuk dia terus berada di dalam bilik ElleaNur itu.

‘ElleaNur sayang… maafkan abang’ Irfan mengirimkan sms kepada talian handpone ElleaNur, berharap akan ada respon dari ElleaNur.

‘ElleaNur, where are you now? I miss you so much sayang’

‘ElleaNur, please turn on your handphone sayang, please…’ Sekali lagi sms di hantar kepada talian ElleaNur. Sudah banyak kali dia mendail nombor telepon ElleaNur tapi yang menjawab hanya peti simpanan suara.

Sungguh! Dia bimbang dengan keadaan ElleaNur dan Danial saat itu. Dia ingin segera bercakap dengan ElleaNur untuk mengetahui keadaan mereka berdua dan dimana mereka berada. Dia tahu ElleaNur pasti tidak mahu bertemu dengannya saat ini, tapi dia perlu memohon kemaafan dari wanita yang telah disakiti hatinya itu. Ingin dia diubati hati yang terluka itu. Akan dibaluti sekeping hati itu dengan cinta dan kasih sayangnya. Tidak akan sesekali dia melepaskan wanita itu pergi dari hidupnya. Kini, Irfan sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa ElleaNur Eizurra, satu-satu wanita yang dicintai sepenuh hatinya. Hidupnya hambar, hatinya sepi tanpa wajah mulus itu, wajah yang penuh ketenangan.

“Hah Irfan! Kenapa dengan kamu hari ni?” pertanyaan secara tiba-tiba dari papanya menyentakkan khayalan Irfan. Wajah tua papanya hanya di pandang dengan satu keluhan yang berat. Kalaulah papa tahu….

“Irfan tak berapa sihat pa”

“Eizurra pun tak sihat juga ke? Dah berapa hari papa tak nampak dia” Irfan hanya tersenyum pahit mendengar pertanyaan papanya. Perlukah dia menceritakan segala yang terjadi?

“Eizurra dah pergi tinggalkan Irfan pa” Irfan bersuara lemah, sesuram wajahnya saat itu.

“What??? Kenapa? Apa yang sudah terjadi ni Irfan? Cerita dengan papa Irfan!” En. Harris bersuara lantang. Irfan tenang kerana dia sudah menjangkakan reaksi papanya itu.

“Semuanya salah Irfan pa. Irfan tuduh ElleaNur ada hubungan dengan Arman…”

“Ya Allah Irfan…apa yang merasuk fikiran kau ni hah!!! Irfan, kau tak sepatutnya…”

“Irfan tahu, Fan tahu pa…semuanya salah Irfan. Irfan yang kejam, bertindak mengikut perasaan…Ah! Kalaulah masa boleh diundur pa….Irfan…Irfan..” Irfan tidak dapat meneruskan bicara lantaran dirasakan dadanya mula sebak mengenangkan apa yang telah dia lakukan pada ElleaNur. En Harris datang menghampiri Irfan, cuba menenangkan hati anak bongsu kesayangannya itu.

“So, bagaimana dengan Danial, Eizurra bawa dia sekali?” Irfan hanya mengangguk lemah.

“Kau tahu dimana mereka berdua sekarang ni?” Pertanyaan dari papanya itu hanya di jawab dengan gelengan kecil.

“Irfan tak tahu nak cari mereka di mana lagi pa. Dah puas Irfan cari. Semua kawan-kawan ElleaNur Fan dah called. Rumah papa dan nenek dia pun tak ada. Tolong Irfan pa. Apa yang perlu Irfan lakukan? Irfan tak sanggup kehilangan ElleaNur pa”

En. Harris hanya menggeleng kesal ke arah Irfan. Anak lelakinya itu kelihatan lemah, tiada semangat langsung. Baru beberapa hari kena tinggal sudah tidak terurus begini. Nanar bagai orang yang kematian isteri. Jambang merata sana-sini. Ada senyuman kecil dibibir tuanya. Dia kadangkala pelik melihat perangai anak lelakinya yang satu ini. Irfan keras hati, degil, pemberontak, tapi dalam masa yang sama Irfan juga seorang yang manja. Irfan selalu sangat mengikut perasaan dan darah mudanya. Bila sudah terjadi sesuatu yang buruk baru nak menyesal, baru nak minta nasihat dan pertolongan darinya. Kalaulah mamanya tahu mesti panas telinga Irfan saat ini. Seketika, En. Harris terbayang akan wajah isterinya, Maryam. Wanita itu mesti bagaikan cacing kepanasan apabila mendapat tahu berita menantu kesayangannya itu pergi meninggalkan Irfan. Pasti mulut becoknya bertambah riuh. Irfan memang saja cari nahas!

“Papa rasa ada eloknya Eizurra pergi dari hidup kau buat sementara waktu. Biarkan dia redakan dulu perasaannya. Takkan kemana rajuk isteri kau tu Irfan. Cuba pujuk dia baik-baik, ubati luka dihatinya. Jangan sesekali paksa dia Irfan” En. Harris menepuk perlahan bahu Irfan dan berlalu keluar. Irfan bukan boleh dipercaya sangat. Anaknya itu pasti terus mengikut kata hatinya. Pasti akan dipaksanya si Eizurra kembali kepadanya. Dasar pemberontak!

“Tapi pa mana Fan nak cari dia?” En. Harris hanya menjungkit bahu seraya meneruskan langkah.

Kali ini dia tidak akan membantu Irfan. Biarlah anak lelakinya itu sendiri yang menyelesaikan masalah rumahtangganya. Dia tidak akan sesekali mencampuri urusan rumahtangga anaknya itu. Dia juga mahu Irfan menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran untuknya menghadapi hari esok. Adat berumahtangga, pasti akan ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dia yakin Irfan pasti dapat meraih kembali hati Eizurra. Kedua-dua mereka saling memerlukan, saling mencintai dan menyayangi. Pasti ada rahmat di sebalik apa yang terjadi ini.


Scene 35

Sudah hampir 2 minggu ElleaNur membawa diri dari hidup Irfan. Bukan niatnya untuk melarikan diri dari Irfan tapi, dia memerlukan ketenangan buat seketika sebelum menghadapi Irfan. Dia memerlukan sedikit kekuatan, kekuatan untuk menghadapi kemungkinan kemusnahan ikatan sucinya dengan Irfan. Dia tidak pergi jauh, cuma membawa diri ke rumah Alia di Johor Bahru. Dia tahu, saat ini Irfan pasti sedang mencarinya. Irfan pasti pergi ke rumah Alia di Ukay Perdana. Irfan tidak tahu bahawa Alia sudah lama berpindah ke Johor Bahru, mengikut Riezal yang bertukar ke bandar itu. Sudah terlalu banyak pesanan yang di terima dari Irfan, Irfan meminta kemaafan, Irfan ingin aku kembali kepadanya, Irfan yang rindu dengan aku dan Danial, Irfan juga meminta aku menghubunginya. Semuanya aku biarkan memenuhi peti simpanan suara dan sms. Irfan tidak perlu bimbang, aku tidak akan sesekali melarikan Danial darinya kerana sampai masanya apabila perasaan aku reda, aku sendiri akan menghubungi Irfan.

“Mama, bila nak balik rumah kita?” sudah banyak kali pertanyaan itu menyapa telingaku setiap kali Danial terjaga dari tidur di waktu pagi. Anak kecil itu tidak mengerti masalah yang melanda mama dan papanya. Aku sedar, aku tidak boleh selamanya berada di rumah Alia, aku perlu kembali ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah di antara aku dan Irfan.

“Esok kita balik ya sayang” jawapan aku mengundang senyuman di wajah comel itu.

“Ye..ye.. esok kita balik, Danial nak jumpa papa!” Danial menjerit girang. Mungkin dia rindu dengan Irfan.

“Tapi kita tak balik rumah kat Subang tau”

Tidak sanggup rasanya untuk aku memijakkan kaki lagi kerumah itu buat masa ini. Aku sudah membuat keputusan untuk tinggal di apartmentku yang di hadiahkan oleh papa dan mamaku di Bukit Jalil. Mungkin itu tempat yang paling sesuai untuk aku menjauhkan diri dari Irfan. Lagipun sudah lama rumah itu tidak berpenghuni lantaran penyewanya berbangsa Pakistan telah kembali ke negaranya. Aku tidak perlu bimbang kerana segalanya lengkap di rumah itu. Duit simpananku juga cukup untuk aku menampung hidup aku dan Danial sehingga beberapa bulan selepas bersalin nanti. Selepas itu baru aku berkira-kira untuk bekerja semula.

Kehamilan aku kali ini tidak banyak ragam, mungkin bayiku ini mengerti penderitaan yang mamanya alami. Malah, pada mulanya aku tidak menyedari akan kehadirannya, sibuk memikirkan masalah aku dan Irfan barangkali sehinggalah hari sebelum berlakunya pertengkaran di antara aku dan Irfan yang membawa aku kemari. Gembirakah Irfan mendengar berita kehamilanku ini? Atau mungkinkah dia turut mengesyaki kehadiran zuriat ini sebagaimana dia mencurigai kesetiaanku? Sungguh! Aku takut memikirkan apa yang ada difikiran Irfan saat ini. Perlukah aku kembali ke pangkuan Irfan setelah segala penghinaan dan tuduhan yang Irfan lemparkan? Kini, hanya Danial tempat aku mencurahkan kasih sayangku, memeluk Danial seakan dapat melepaskan rinduku yang bersarang terhadap Irfan. Aku sedar masih ada rindu yang bertandang di hati aku untuk lelaki itu walau sehebat manapun aku di sakiti. Walau hatiku berdarah dengan tuduhannya, Eizairil Irfan tetap bersemadi di hati ini. Nama itu bagaikan sudah sebati di segenap penjuru hati, di dalam setiap degup jantung dan nadiku.

Aku tidak akan sesekali menyembunyikan kehadiran zuriat ini dari pengetahuan Irfan. Irfan berhak tahu kerana aku tidak mahu kelahiran anak ini mengundang cercaan dan caci-maki dari masyarakat. Aku lebih rela menerima kata nista dari Irfan. Semuanya sudah aku terangkan di dalam surat yang aku tinggalkan untuk Irfan tempoh hari. Terserah kepada Irfan untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Jika permintaanku dipersetujui oleh Irfan maka, aku akan menjadi isterinya sepanjang tempoh kehamilanku ini walaupun kami tidak akan tinggal bersama. Buat masa ini biarlah aku hidup bersama-sama Danial. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan yang terjadi ini. Jika masih ada jodoh di antara kami pada masa akan datang aku terima dengan redha. Kini, hanya kebahagiaan Danial dan anak yang bakal lahir yang menjadi keutamaanku. Aku tidak mahu Danial hidup di dalam dunia penuh kedukaan kerana dia masih kecil untuk menghadapi itu semua. Aku tidak akan sesekali memisahkan Danial dan Irfan kerana mereka berdua sangat rapat. Segalanya sanggup aku lakukan demi kebahagiaan orang-orang yang aku sayangi. Bahagia hidupku biarlah masa yang menentukan kerana aku sudah pernah mengecapinya sedikit waktu dulu.

“Pandu baik-baik tau” aku hanya mengangguk kecil mendengar pesanan dari Alia, satu-satunya sahabatku yang setia menemani aku dikala susah dan senang. Segalanya telah aku luahkan pada Alia. Hanya wanita itu yang memahami sekeping hati milik seorang perempuan bernama ElleaNur Eizurra.

“Ingat nasihat yang aku cakap semalam. Jangan buat keputusan melulu, ingat di antara kau dan Irfan masih ada Danial”

“Mana mungkin aku melupakan permata hatiku yang satu itu, Alia. Hanya dia yang aku ada sekarang ni. Hanya kebahagiaan hidupnya yang aku pentingkan” Ucapku seraya mendakap Alia erat.

“Ermm, aku faham perasaan kau Ellea, aku harap kau akan terus tabah dengan dugaan ini. Tapi, kau juga perlu fikirkan tentang kebahagiaan hidupmu Ellea. Atau kau nak aku sendiri berjumpa dengan Irfan. Bagaimana?” Aku menolak pantas cadangan Alia itu. Biarlah aku sendiri yang menyelesaikan masalah di antara aku dan Irfan. Kesudian Alia mendengar luahan hatiku dan menumpangkan aku dan Danial dirumahnya sudah aku kira satu pengorbanan yang cukup besar sebagai seorang teman.


“Terima kasih atas segalanya Alia. Hanya kau teman aku di dunia dan akhirat” ucapku dengan air mata yang mula memenuhi kolam mata.

“ElleaNur…. Janganlah menangis lagi. Berat hati aku nak lepaskan kau balik ni. Janji dengan aku Ellea, kau perlu kuat, tabah menghadapi segala kemungkinan tau. Telepon aku kalau kau perlukan apa-apa bantuan. Lagi satu, tu baby dalam perut tu jangan dilupakan pulak!” Alia mengesat air mata yang mula berjuraian jatuh dari mataku. Sungguh! Tersentuh aku dengan keperihatinan Alia saat itu.

“Aku ok ajerlah Alia. Kau tu aje yang lelebih sedihnya dari aku. I’m a strong woman, right?” usikku dengan gelak kecil , gelak sekadar untuk mengurangkan kebimbangan Alia dan juga rasa sedih yang mula bertamu di hatiku.

“Danial, mari, kita dah nak balik ni. Salam auntie Alia cepat” arahku bila melihat Danial yang sedang asyik bermain dengan Aisyah dan Maisarra di halaman rumah Alia. Anak kecil itu riang sepanjang masa. Lagi-lagi ada anak-anak Alia yang berdua itu. Alangkah seronoknya menjadi seorang kanak-kanak, ceria tanpa sebarang masalah.

Walaupun berat hati, aku gagahkan juga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku perlu segera menyelesaikan masalah aku dan Irfan. Tempoh waktu 2 minggu di Rumah Alia cukup untuk aku mengumpul sedikit kekuatan untuk menghadapi Irfan. Hatiku kini kembali tenang, fikiran aku juga sedikit lapang. Segalanya akan aku hadapi dengan tenang dan tabah. Keceriaan yang terpancar di wajah kecil Danial turut mengundang rasa bahagia di hatiku. Anak kecil itu tidak mengerti sama sekali kemelut yang melanda kedua mama dan papanya.

“Danial…duduk diam-diam! mama tengah drive ni kan!” tegurku kearah Danial yang ingin beralih ke tempat duduk belakang. Geram aku melihat dia dari tadi asyik beralih tempat.

“Danial sayang, merajuk kat mama ya?” Sekilas aku menjeling Danial di sebelah yang membungkamkan diri dari tadi. Aku tersenyum gelihati melihat muka Danial yang kelihatan merah. Mungkin dia cuba menahan diri dari menangis.

“Nanti sampai rumah Danial nak cakap kat papa. Biar papa marah mama pulak” tutur bibir mungil itu tanpa sedikit pun memandang ke arahku.

“Ermm..iyerlah tu. Sikit-sikit ngadu kat papa, sikit-sikit papa. Danial tak sayang mama eh?” sengaja aku mengusik Danial terus. Danial menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mencebik bibir.

“Ok, kalau macam tu sampai KL nanti Danial tinggal dengan papa kat rumah Subang. Mama tinggal sorang-sorang kat rumah Bukit Jalil, boleh?” Spontan aku mengeluarkan cadangan, cadangan yang menguji fikiran anak kecil itu barangkali.

“Tak nak! Tak nak!!!” Danial menjerit seraya menghentakkan kakinya. Sekali lagi wajah kecil itu bertukar merah. Anak dengan papa sama saja, getus hatiku geram.

“Habis tu? Danial kan tak sayang mama. So, Danial tinggallah dengan papa”

“Tak nak! Danial nak tinggal dengan papa, dengan mama” aku hanya mengeluh perlahan mendengar jawapan Danial. Akan tergugatkah keputusanku untuk menetap berasingan dengan Irfan? Ah! Anak kecil ini memang tidak dan akan pernah mengerti hati dan perasaanku saat ini.

“Ok, tapi buat sementara ni kita tinggal dekat rumah Bukit Jalil. Nanti kita balik rumah Subang pulak, boleh?” Tuturku cuba berkompromi. Alasan yang sengaja aku cipta hanya sekadar meredakan hati Danial. Walau anak itu menangis saat ini sekalipun, aku tetap akan memandu terus ke apartmentku di Bukit Jalil. Biarlah, aku sanggup menghadapi kerenah Danial daripada menghadap wajah Irfan. Semoga selepas ini anak kecil itu akan beransur memahami masalah yang melanda kedua mama dan papanya.

“Papa pun tinggal kat rumah Bukit Jalil ke mama?”

“Tak, papa kat Subang. Nanti bila papa tak kerja Danial bolehlah jumpa papa ya sayang” Danial di sebelah hanya mengangguk kecil. Sebelah tanganku mengusap kepala Danial perlahan.

“Ermm, macam ni lah anak mama” Danial anak yang bijak, walau dia suka memberontak, tapi kadangkala dia senang sekali menurut kata. Aku meneruskan pemanduan manakala Danial di sebelah sedang enak melayan mimpi.

Andaikan kau datang lagi...
::Andaikan Kau Datang-Ruth Sahanaya::

Terlalu indah dilupakan
Terlalu sedih dikenangkan
Setelah aku jauh berjalan
Dan aku kau tinggalkan

Betapa hatiku bersedih
Mengenang kasih dan sayangmu
Setulus pesanmu padaku
Kau kan menunggu

Andaikan kau datang kembali
Jawaban mana yang kan ku beri
Adakah jalan yang kau temui
Untuk kita kembali lagi

Bersinarlah bulan purnama
Seindah serta tulus cintanya
Bersinarlah terus sampai nanti
Lagu ini ku akhiri


Scene 36

"Irfan! Apa you buat dekat sini? Mana you tahu I ada kat rumah ni???” Segera aku menjerit geram ke arah lelaki yang tercegat di dalam bilik utama apartmentku. Wajahku segera memercikkan warnanya, bengang dengan kehadiran lelaki itu. Memandang wajah itu saat ini mengundang pedih di hati . Hati terasa beralun hebat, amat sukar mentafsirkan perasaannya saat itu. Sakit hati, benci, rindu, pedih, kasih, sayang, cinta kepada lelaki yang satu itu seakan-akan bertempuran di dalam dada, sungguh menyesakkan.

Sungguh! Seketika tadi aku terkejut, jantungku hampir gugur sebaik saja membuka pintu bilik tidurku. Sukar untuk di tafsirkan apa yang ada di hatinya sebaik terpandang wajah lelaki yang telah banyak menyakitkan hatinya di penjuru balkoni bilik. Irfan berpaling, berlagak selamba dengan seulas senyuman di bibir. Tenang lelaki itu memandang kearah wajahku, sedikit pun tiada riak orang yang bersalah. Seketika fikiranku sempat berfikir dari mana Irfan mendapat tahu yang aku akan pulang ke rumah ini. ElleaNur tahu yang Irfan juga mempunyai kunci pendua apartment ini dan dia boleh berada di sini bila-bila masa yang disukainya. Tapi, bagaimana lelaki itu tahu yang dia akan pulang ke KL hari ini. Mungkinkah ini semuanya angkara Alia. Ah! Temannya itu terlalu mengambil berat akan hubungannya dengan Irfan.

“Abang tunggu sayang dan Danial” Selamba Irfan memberi alasan.

“ElleaNur, maafkan abang sayang” sambung Irfan lagi seraya melangkah menghampiriku.

“Apa sayang-sayang! You tak sayangkan I! So, perlu apa menunggu I! Buat apa nak meminta maaf dari I!” Tingkahku kuat, tangan Irfan segera aku tepis kasar.

“Tak semudah itu untuk I memaafkan you Irfan!” Hatiku masih berbekas dengan segala tuduhan lelaki itu. Bukan mudah bagiku untuk melupakan setiap tuduhan dan hinaan yang Irfan lemparkan padaku. Irfan memandangku dengan rupa kesal. Wajah yang muram itu ketara tidak terurus. Jambangnya tumbuh meliar. Sengsarakah Irfan dengan perpisahan yang baru sementara ini?

“ElleaNur sayang, please…maafkan abang, maafkan abang sayang” Irfan berbisik perlahan, hampir di telingaku. Seketika kemudian dia memeluk badanku erat. Namun, aku masih lagi membatukan diri, terpana dengan tindakan lelaki itu, tidak terasa untuk membalas pelukannya. Betul-betul menyesalkah Irfan saat ini? Sungguh! Hatinya berbelah bagi. Perlukah dia memberi kemaafan kepada lelaki yang telah banyak melukakan hatinya itu. Wajahnya segera di paling dari terus memandang wajah yang mula gundah itu. Takut hatinya akan cair dengan pujukan Irfan.

“Irfan, please… berikan I masa untuk memikirkannya” tuturku lalu segera merungkaikan pelukan erat Irfan. Hanya alasan itu yang aku kira sesuai untuk Irfan saat ini. ElleaNur tahu dia tidak boleh berkasar dengan Irfan saat ini. Lelaki itu pasti akan mendesak dan terus mendesak. Kalau tidak kena cara pasti ElleaNur juga yang akan menjadi mangsanya. Dia sudah masak dengan perangai Irfan yang suka memaksa dan memberontak itu. Semua kehendaknya harus dipenuhi. Perintahnya perlu di ikuti. ElleaNur mengeluh perlahan, beg pakaian di lantai segera di letakkan di atas katil.

“ElleaNur!” Panggilan Irfan tidak aku hiraukan. Segera aku berlalu keluar meninggalkan lelaki itu termagu-magu di dalam bilik itu sendirian. Sekilas aku memandang Danial yang sedang berbaring santai menonton TV di ruang tamu, keletihan menempuh perjalanan yang jauh barangkali. Anak itu pasti tidak menyedari kehadiran papanya di rumah itu. ElleaNur yakin sesaat lagi wajah kecil itu pasti akan bertukar ceria.

“Papa……!” tiba-tiba kedengaran suara Danial dari ruang tamu. Anak itu melonjak girang.

Aku leka mengintai kedua beranak itu dari ruangan dapur yang agak terlindung. Kelihatan Irfan sedang mendukung Danial. Bertalu-talu ciuman Irfan hinggap di pipi dan kepala Danial. Danial pula tidak berhenti-henti ketawa. Seketika hatiku tersentuh melihat adegan itu. Gembiranya Danial! Sungguh! Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang terpancar dari sebalik wajah mulus anak kecil itu. Tapi bagaimana dengan aku? Gembirakah aku dengan kehadiran Irfan? Bahagiakah aku saat ini? Tapi, kenapa hatiku seakan hambar, beku? Sudah tidak berperasaankah aku terhadap lelaki yang satu itu? Kemana hilangnya rasa rindu, kasih dan sayangku terhadap Irfan selama ini? Mungkinkah sudah di bawa arus kekecewaan lalu?

“Danial pergi mana sayang? Kenapa tinggalkan papa?” Irfan bertanya kepada Danial tetapi matanya memandang ke arahku di sudut dapur.

“Rumah auntie Alia kat JB. Best papa, kat sana ada Maisarra and Aisyah. Uncle Riezal and auntie Alia pun baik papa” petah Danial bercerita kepada Irfan yang masih lagi menumpukan matanya kearahku. Aku buat-buat tidak nampak. Sengaja memaparkan muka selamba bagai orang yang tiada perasaan.

“Oh…” hanya itu yang kedengaran dari mulut Irfan. Irfan meraup mukanya sebelum menumpukan perhatian kepada Danial di depannya. Aku mengambil kesempatan untuk membawa diri ke dalam bilik memandangkan kedua-dua beranak itu sedang leka di ruang tamu. Biarlah Danial bermesra dengan Irfan sepuas-puas hatinya hari ini. Sudah agak lama anak itu tidak berjumpa dengan papanya itu.

“Mama, mama, mama bangunlah ma…” panggilan halus Danial di cuping telingaku mengejutkan aku dari lena. Aku membuka mata dan menoleh sekilas kearah jam di sudut bilik. Agak lama aku tertidur, selepas asar hingga hampir memasuki waktu isyak. Ada sedikit kesal di hati kerana hampir tertinggal waktu maghrib. Sampainya hati Irfan tidak mengejutkan aku. Lama memandu menjadikan badan aku letih sekali. Usia kandunganku yang hampir mencecah 3 bulan mengundang keletihan yang berganda.

“Ermm, ada apa sayang?” Tanyaku sambil cuba bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Terpancar sinar kegembiraan di wajah Danial.

“Papa kata dia dah nak balik”

“Ok, cakap kat papa thanks” Segera Danial berlari keluar mendapatkan papanya. Tapi, seketika kemudian dia masuk kembali menemuiku.

“Mama, papa tanya thanks for what?”

“Thanks sebab jagakan Danial untuk mama” Sekejapan Danial hilang dari biliknya dan kembali lagi untuk sekian kalinya.

“Mama, papa ajak mama makan kat luar” Ingin memujuk aku lagikah Irfan?

“Cakap kat papa mama tak ada selera nak makan. Kalau papa nak bawa Danial pergilah, mama izinkan” ujarku dengan seulas senyuman. Bukan niat untuk menolak perlawaan Irfan tapi, memang kebetulan aku tiada selera untuk makan semenjak beberapa hari kebelakangan ini. Kini, segelas susu sudah cukup mengenyangkan perutku yang mula menampakkan bentuknya ini.

Selepas Irfan dan Danial pergi barulah aku bingkas bangun, mandi, solat dan keluar ke ruang tamu. Ruang tamu itu kelihatan sudah berkemas, Mungkin Irfan yang mengemasnya sebentar tadi. Sementara menunggu kepulangan kedua beranak itu aku leka menonton TV sambil-sambil membaca majalah. Sekali-sekala fikiranku tidak terlepas dari memikirkan jalan penyelesaian yang seharusnya aku ambil. Berkira-kira sama ada mahu menerima Irfan kembali atau tidak. Sungguh! Hati dan fikirannya tidak dapat membuat sebarang keputusan saat ini. ElleaNur keliru. Dia memerlukan waktu yang lebih panjang untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik buat dirinya, Irfan dan juga Danial. Tidak mudah baginya untuk menerima Irfan setelah apa yang terjadi di antara mereka. Walaupun luka dihatinya hampir pulih, namun bekasnya masih ada. Sekitar pukul 10pm barulah Irfan dan Danial pulang. Sedikitpun aku tidak memperlawa Irfan untuk masuk ke rumah ketika aku mengambil Danial yang ketiduran di bahunya. Segera Danial aku cempung masuk ke dalam bilikku dan kembali ke luar untuk menutup kembali pintu rumah yang masih belum berkunci. Irfan masih lagi tercegat di luar pintu. Ada sesuatu di tangannya saat itu.

“ElleaNur, abang ada belikan bubur nasi, makan ya sayang” Huluran plastik dari tangan Irfan segera aku ambil. Tidak terasa untuk menolak pemberiannya itu.

“Terima kasih. Tapi, lain kali you tak payah susah-susahkan diri. Good night” ucapku seraya menutup pintu. Tersingguhkah Irfan? Ah! Perlukah aku memikirkan tentang perasaan lelaki itu lagi setelah apa yang telah terjadi? Satu keluhan berat dilepaskan. ElleaNur berlalu kedapur untuk mengisi perut yang mula teruja dengan semerbak bau bubur dari dalam bungkusan di tangannya.


Scene 37

Kini hampir setiap hari wajah Irfan pasti akan terjengul di muka pintu rumahku. Setiap hari Irfan menghantar dan menjemput Danial dari taska. Danial kembali memulakan persekolahannya setelah agak lama bercuti. Pada mulanya aku membantah keras, pelbagai alasan aku berikan namun, Irfan tetap dengan keputusannya. Dia mengunakan kuasanya sebagai seorang bapa untuk menundukkan kelemahan aku. Dalam sakit hati aku terpaksa bersetuju dan menurut cadangannya itu. Keadaan kesihatan juga menghalang aku untuk bergerak cergas seperti dulu tapi aku rasa masih mampu untuk menguruskan Danial cuma Irfan yang seringkali memperkecilkan akan kemampuanku itu. Lalu, kesempatan inilah yang di ambil oleh Irfan untuk selalu datang ke rumah aku, menjaga keselamatan aku dan Danial katanya. Aku tidak membantah kerana aku tahu usahaku itu hanya sia-sia belaka. Irfan pasti akan terus mendesak dengan pelbagai alasan. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan kata-kataku. Irfan juga turut mengungkit tentang janji aku untuk tidak memisahkan Danial darinya. Lalu, dalam sakit hati, hampir setiap aku terpaksa menghadap wajah selamba Irfan. Kini, aku terjerat dengan janji yang aku cipta sendiri. Janji yang semakin mendekatkan aku dengan Irfan, satu-satunya lelaki yang telah berjaya melukakan hati dan mendera emosiku.

“Irfan, tengah hari nanti you tak payah jemput Danial ok” kataku sewaktu memakaikan kasut sekolah Danial.

“Kenapa?”

“Ada kenduri di rumah parents kawan I petang nanti. So, I jemput Danial dan terus pergi”

“Rumah siapa? Dekat mana? Pukul berapa?” Laju Irfan bertanya. Perlukah aku memberitahu Irfan.

“Parents Arman, lepas asar” beritahuku perlahan. Tidak berani untuk memandang wajah Irfan saat itu.

“I ikut” Kata Irfan mendatar.

“Tak mengapalah, I boleh pergi berdua dengan Danial saja. Lagipun you kan kerja”

“I ikut! You tunggu, I datang ambil you lepas I jemput Danial petang nanti” Agak tegas Irfan bersuara. Aku menjeling tajam, tidak senang dengan sikap diktaktor Irfan saat itu.

“Jom Danial, kita pergi sekarang” Irfan mencapai tangan Danial.

“Kejap pa” Danial menarik tangannya dari pegangan Irfan. Danial pantas menyalami tangan dan mencium kedua pipiku, satu-satunya rutin harian yang jarang sekali dilupakan Danial. Seketika anak kecil itu memandang ke arah Irfan yang leka memerhati gelagat kami berdua. Sekilas pula wajah Danial menoleh ke arah wajahku di muka pintu.

“Papa tak cium mama?” Ada senyuman nakal dibibir kecil Danial. Irfan menggangguk kecil, tersenyum seraya menghampiriku. Kami berpandangan sebelum Irfan bertindak mencium lembut dahiku, lama! Aku terpana sebelum bertindak menolak jauh badan Irfan. Irfan mengenyit mata nakal. Wajahku mencuka merah. Gatal! Getus hatiku geram.

“Bye-bye, Danial sayang” ucapku pada Danial sebelum berlalu ke dalam, menutup pintu dan menyandar lemah di belakangnya. Mungkinkah Irfan sengaja menggunakan Danial untuk kembali kepadaku? Tidak pernah anak kecil itu meminta papanya itu menciumiku. Seakan ada pakatan di antara mereka berdua.

Lewat petang Irfan muncul bersama-sama Danial. Aku telah pun siap dengan sepasang kurung biru firus, hampir senada dengan baju yang dikenakan Irfan saat itu. Kami bertolak setelah aku selesai menukarkan pakaian Danial. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumah ibubapa Arman di Rawang. Hanya Irfan dan Danial yang rancak bercerita. Sesekali aku tersenyum kecil mendengar telatah nakal Danial yang mencuit hati. Irfan yang memandu di sebelah beberapakali cuba menarik perhatianku dengan pelbagai cerita. Semuanya hanya bagaikan angin lalu di telingaku. Ada keluhan di bibir itu dengan kebisuanku. Aku lebih banyak membuang pandang ke luar tingkap kereta, menikmati panorama bandar Kuala Lumpur. Danial di tempat duduk belakang leka memasang permainan yang dibeli papanya, hampir bertamburan bahagian-bahagian kecil permainan itu di lantai kereta. Seketika terasa tangan kiri Irfan mencapai tangan kananku dan di genggam erat. Aku cuba menarik tapi genggaman Irfan begitu kuat. Aku menjeling geram tapi lelaki itu selamba memandang ke depan, berpura-pura menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya.

“Irfan! Lepaskan tangan I lah!” kataku perlahan bernada geram.

“kalau I tak lepaskan you nak buat apa?” balas Irfan tanpa menoleh ke arah ElleaNur.

“I terjun dari kereta ni nanti!” ugutku geram. Irfan menjeling dengan senyuman sinis.

“Tak takut mati? Tak sayang abang? Tak ingat Danial? Hmmm?” Balas Irfan seraya menguatkan cengkaman tangannya. Sungguh! Irfan geram dengan kedinginan dan kebisuan wanita disebelahnya itu. Suara ElleaNur kini bagaikan sebutir emas.

“Irfan lepaskan tangan I! Sakitlah!” Irfan langsung tidak menghiraukan rintihanku. Mataku mula terasa pedih, bukan kerana sakit tapi geram kerana tidak dapat melepaskan kemarahan terhadap lelaki itu. Kalau tidak mengenangkan yang Danial ada bersama, sudah lama aku menjerit marah kepada Irfan. Irfan memang melampau. Lelaki itu memang bijak mengambil kesempatan. Dengan selamba Irfan membawa jemariku ke bibirnya dan di cium lama.

“Maafkan abang sayang, maafkan abang” Irfan bersuara perlahan seraya melepaskan tanganku. Ada maksud yang tersirat di sebalik permintaan maaf lelaki itu. Irfan masih lagi berusaha untuk meminta kemaafan dariku. Irfan pasti akan terus memburu kemaafan darinya, ElleaNur pasti akan hal yang satu itu. Keadaan kembali sunyi sehinggalah kereta Irfan berhenti di depan perkarangan rumah keluarga Arman.

Kedatangan aku sekeluarga disambut riang oleh kedua ibu bapa Arman, Uncle Rahman dan Auntie Marlisa. Tidak ketinggalan dua orang adik kembar Arman, Aiman dan Aireena. Agak ramai juga tetamu yang di undang pada petang itu. Selepas bersalaman, aku meninggalkan Irfan dan Danial diruang tamu bersama-sama Arman dan tetamu lelaki yang lain. Aku menuju ke ruangan dapur untuk membantu kaum perempuan menyiapkan hidangan. Auntie Marlisa tidak habis-habis menceritakan pada tetamu-tetamu di dapur akan perihal aku yang mereka bentuk pelan dan menghias rumah barunya itu. Wajahku beberapa kali merona merah, malu dan segan kerana dipuji berlebihan begitu. Mujur Irfan tiada ketika itu. Jika tidak pasti aku bertambah tidak selesa. Walaupun lelaki itu tidak lagi menunjukkan sikap cemburunya pada Arman tetapi, aku tetap berasa kurang enak kerana aku pasti sedikit sebanyak hati Irfan pasti akan tetap cemburu. Kami pulang sekitar pukul 6pm, seusai majlis kesyukuran itu.

“ElleaNur, mesti you seronokkan tadi?” aku hanya menjungkit kening memandang ke arah Irfan. Pelik dengan pertanyaannya itu.

“Yalah, tadi bapa dan adik-adik Arman tak henti-henti puji you. Mak Arman pun sama. Habis di canangkan nama you kat tetamu diorang. Lepas ni mesti you glamorkan, Nur?” Irfan tersenyum pahit. Sedikitpun aku tidak memberikan sebarang reaksi mendengar komen Irfan itu. Namun, hatiku dicuit rasa gelihati apabila Irfan menyebut namaku ‘Nur’. Janggal rasanya sebutan itu di bibir Irfan. Aku menahan diri daripada ketawa lalu segera membuang pandang kesisi.

“ElleaNur, you ok kali ni?” Tiba-tiba Irfan bersuara setelah agak lama menyepi. Aku mengerut dahi tanda tidak faham dengan pertanyaannya itu.

“Oh, I meant, our second baby, dia meragam tak?”

“Ermm, sometimes” Jawabku pendek. Nampaknya satu dari persoalan yang membelenggu fikiranku terjawab sudah.

“Harap-harap kali ni baby girl ya. Dania Insyirah” tutur Irfan seakan berbisik namun, masih kedengaran di telingaku. Hatiku tersentuh, Irfan masih ingat lagi nama yang dipilihnya untuk bakal anak perempuan kami sedikit waktu dulu.

Sebenarnya ElleaNur tahu niat Irfan saat itu. Lelaki itu sebenarnya ingin mengetahui keadaan dirinya. Mungkin Irfan berfikir yang dia pasti akan mengalami alahan yang teruk sebagaimana kandungan pertamanya dulu. Tidak dinafikan, memang dia mengalami alahan tetapi tidaklah seteruk sewaktu mengandungkan Danial. Setakat ini dia masih larat melakukan kerja-kerja rumah kecuali satu tugas yang dia langsung tidak dapat lakukan dari kehamilan pertama lagi, memasak. Kepalanya pening, tekaknya loya mencium apa jua bauan yang datang dari dapur. Sudahnya, hampir setiap hari dia dan Danial akan menikmati makanan yang di beli di luar. Mujur juga Danial bukan jenis yang memilih makanan.

“Ok, kita dah sampai. Danial, jaga mama untuk papa tau” pesan Irfan kepada heronya itu. Irfan memandu pulang sejurus menghantar aku dan Danial di depan blok apartmentku kerana sebentar nanti dia mempunyai temujanji dengan rakan niaganya dari Jepun.


Scene 38

Hari ini, seawal pagi hujung minggu begini, Irfan telah pun bertandang ke apartmentku. Irfan, lelaki itu langsung tidak memberikan aku peluang untuk bersendirian. Boleh dikatakan semenjak kepulangan aku dan Danial di rumah ini, hampir setiap hari pasti aku akan memandang wajah itu. Sudah acapkali aku memberitahunya yang aku inginkan waktu hujung mingguku tanpa kehadiran dan gangguan darinya. Au hanya ingin mengisi waktu yang terluang bersama-sama Danial. Cukuplah aku mengadap wajahnya itu setiap kali dia menjemput dan menghantar Danial ke taska. Tetapi, bercakap dengan Irfan kini bagaikan mencurah air di daun keladi, lelaki itu bagaikan orang yang hilang deria pendengarannya. Muka aku yang masam dan ronyok seribu setiap kali menyambut kemunculannya di muka pintu bagaikan tidak membawa apa-apa makna bagi Irfan. Lelaki itu bagaikan orang bodoh, Irfan kini bagaikan sudah tidak punya perasaan malu, dengan selamba dia akan melangkah masuk.

“Hai my darling sweetheart. How are you today?” Tutur Irfan sebaik melangkah masuk. Wajahnya tunduk ingin menciumi dahiku tapi sempat aku mengelak. Lelaki itu mengeluh perlahan, tersenyum pahit memandang wajahku.

“ElleaNur, Danial dah bangun?” pertanyaan Irfan aku biarkan saja. Dengan selamba aku melangkah ke dapur menuang segelas susu segar dan berlalu ke bilikku.

Kewujudan Irfan di rumahku langsung tidak aku hiraukan. Aku lebih senang mengurungkan diri di dalam bilik dan membiarkan Irfan melayan Danial. Namun, belum sekali pun aku menyentuh tentang hubungan kami. Biarlah Irfan sendiri yang memulakannya. Barangkali dia bersetuju dengan permintaanku yang satu itu lantaran tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Irfan mengenai letak duduknya hubungan kami. Irfan aku lihat lebih ke arah untuk mengubati dan memujuk hatiku yang kecewa. Pelbagai cara di lakukan untuk memenangi hatiku kembali, namun semua usahanya itu hanya aku pandang sepi. Hanya renungan tajam dan tutur bicara romantisnya yang kadangkala mencuit hati dan perasaan perempuanku terhadap lelaki itu. Sungguh! Kini rasa rinduku pada lelaki itu mula bertandang kembali cuma egoku menyekat untuk mempamerkannya secara terbuka.

“ElleaNur, keluar makan sayang” Terdengar ketukan di luar pintu disertai dengan suara Irfan. Aku hanya mendiamkan diri, berbaring malas di atas katil. Kepalaku terasa sedikit berat.

“ElleaNur, benarkan abang masuk boleh?” Belum sempat aku menjawab wajah Irfan sudah pun terpacul dimuka pintu. Irfan selalu begitu. Aku mendengus geram.

“ElleaNur sayang...abang dah panaskan lauk, marilah makan, sikit pun takpa” Irfan terus memujuk. Dia berdiri bercekak pinggang memerhatikan kearah aku yang masih lagi berbaring diselimuti comforter.

“I kenyang. Nanti lapar I makanlah. Kalau you nak balik, baliklah. Jangan lupa lock pintu” Balasku mendatar. Segera aku mengiringkan badan membelakangkan Irfan. Bukan niat untuk menghalau tapi sekadar memberi alasan. Terdengar derapan kaki Irfan menghampiri katilku, sepantas kilat lelaki itu bertindak mencempung tubuhku yang hanya berbaju tidur nipis ketika itu.

“Heiiii kenapa dengan you ni hah! Turunkan I, turunkan I Irfan!!!” Jeritan suaraku langsung tidak dipedulikan, Irfan segera membawa aku ke ruangan makan. Badanku diletakkan di atas kerusi di depan hidangan yang telah pun tersedia.

“Sekarang I nak you makan” Arah Irfan tegas.

“I tak mahu!”

“Makan!!” Arah Irfan lebih kuat dari suara ElleaNur.

“I tak mahu, I kenyang tahu tak?”

“Jangan nak tipu abang, abang tahu dari siang lagi sayang tak makan” Suara Irfan berubah rentak, lebih lembut dari tadi, cuba memujuk hati wanita itu. Kerasnya hatimu sayang, Irfan hanya mampu mengeluh perlahan.

Irfan tidak nampak bila masanya ElleaNur makan, semenjak siang tadi wanita itu mengurungkan diri di dalam bilik, menyembunyikan diri dari pandangannya. Bukan sekali dua kehadirannya ke sini tidak dihiraukan ElleaNur. Seharian dia menanti wanita itu menjengukkan wajah, tapi hampa. Hanya Danial yang setia menemaninya setiap detik. Hatinya tersentuh tapi, dia masih boleh bersabar kerana dia sedar akan kesalahannya. Dia memahami apa yang ada di hati ElleaNur saat ini. Bukan niatnya untuk terus memaksa ElleaNur, dia cuba untuk tidak menggunakan kuasanya sebagai suami. Dia juga tahu ElleaNur amat tidak senang dengan sikapnya yang suka mendesak, tapi memang hari ini dia terdesak. Kesihatan ElleaNur sangat membimbangkan hatinya saat ini. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk melanda ElleaNur dan kandungannya itu. Dia tidak dapat memaafkan dirinya andai sesuatu terjadi kepada wanita itu.

“Atau sayang nak abang tolong suapkan, hmmm?” Irfan sekali lagi bersuara bila mendapati ElleaNur masih lagi mematungkan diri, wanita itu hanya merenung masam hidangan yang ada di depannya itu.

“I tak mahu, I tak ada selera Irfan! kepala I sakit, you tahu tak!” ElleaNur bersuara agak kuat. Geram melihat Irfan yang terus-terusan memaksanya untuk makan. Dia bukannya budak kecil seperti Danial yang boleh dipaksa-paksa sesuka hati.

“You sakit kepala sebab you tak makan, tahu tak!” Irfan membalas dengan nada yang sama. Bibirnya diketap, hatinya geram dengan kedegilan ElleaNur. Tanpa berlengah dia terus mencapai pinggan nasi dan diletakkan sedikit sup sayur, lauk yang dibelinya untuk ElleaNur semasa keluar makan bersama Danial di Sri Petaling sebentar tadi. Tanpa bertanya, dia terus menyuakan sesudu nasi ke arah mulut ElleaNur. Agak lama baru ElleaNur membuka sedikit mulutnya untuk menerima suapan Irfan.

“Irfan, you tak perlu lakukan semuanya ini pada I. I masih mampu menguruskan hidup I sendiri Irfan!” tutur ElleaNur geram. Irfan di depannya hanya diam tidak bersuara. Suapan demi suapan memasuki mulut ElleaNur.

“Kenapa you bersusah payah begini Irfan???” Sambung ElleaNur, masih bernada geram, segera dia menolak suapan Irfan yang seterusnya. Bibirnya di ketap, dia geram, hatinya sakit dan keliru dengan kebisuan Irfan saat itu.

“I suami you, sudah menjadi tanggungjawab I untuk menjaga kebajikan you dan Danial” Terang Irfan, segelas air suam di sua ke mulut ElleaNur. ElleaNur meneguk perlahan.

“Tapi kenapa dulu you tega mencurigai diri I, you menuduh I dengan Ar...” kata-kataku terhenti lantaran Irfan meletakkan jarinya di bibirku, menahan aku dari terus menuturkan kata-kata.

“I mengaku I bersalah. I tak sepatutnya meragui kesetiaan you sebagai isteri I. I menyesal sangat-sangat” Ada sinar penyesalan di sebalik sepasang mata hitam itu.

“ElleaNur, maafkan abang sayang. Tolonglah terima abang kembali dalam hidupmu sayang” Irfan mengesat airmata yang berjuraian di pipiku. Sebelah tangannya menggenggam tanganku erat. Aku merenung dalam sepasang mata hitam milik Irfan lama, lalu menggeleng lemah.

“Bukan mudah untuk I melupakan segala tuduhan you, menerima apa yang telah you lakukan pada I sebelum ini Irfan. You baliklah, tinggalkan I sendirian. I perlukan waktu untuk memikirkannya” Kataku perlahan dan segera berlalu ke ruang tamu mendapatkan Danial yang sedang tidur lena di atas sofa. Wajah mulus Danial di atas sofa ditatap dalam. Damainya wajah kecil tu saat ini.

“ElleaNur, Abang balik dulu. Take care sayang” ucap Irfan perlahan, mencium lembut dahiku, kemudian beralih kepada Danial di sofa dan terus berlalu keluar. Seketika hati ElleaNur berubah pilu. Tersentuh melihat wajah muram Irfan saat itu. Terngianga-ngiang di telinganya akan nada lirih Irfan sebentar tadi. Hatinya sedih, dadanya sesak sekali. ElleaNur berlalu ke balkoni apartmentnya, menikmati hembusan angin malam. Hatinya dirasakan sungguh sepi, sesepi malam ini, malam yang suram tanpa kerlipan bintang yang bergemerlapan.

Sungguh! Irfan hampir berputus asa untuk memujuk kembali hati ElleaNur. Telah pelbagai cara dia lakukan untuk membaluti sekeping hati yang terluka itu. Dia sudah puas memujuk, sudah puas merayu meminta kemaafan tapi, ElleaNur masih tidak memberikan sebarang respon. Wanita itu tidak menolak dan tidak pula menyatakan kemaafannya. Irfan masih boleh bersabar kerana dia sedar semua kesalahan berpunca dari dirinya. Irfan juga sentiasa ingat akan pesanan papa dan mamanya untuk tidak terlalu mendesak dan memaksa ElleaNur walaupun kadangkala dia terpaksa juga melupakan pesanan papanya itu. Irfan takut ElleaNur semakin jauh dari hidupnya jika keadaan ini masih berterusan. Dia tahu ElleaNur perlukan masa untuk menerimanya kembali tapi, sampai bila dia harus menunggu. Hatinya tidak tertahan lagi untuk menanggung kerinduan yang mencengkam terhadap wanita yang satu itu. Sungguh! Dia rindu dan amat mendamba kehadiran ElleaNur di sisinya setiap saat dan ketika. Atau, mungkin juga dia perlu bersetuju dengan ElleaNur, wanita itu memerlukan waktu untuk membuat keputusan, perlu bersendirian buat sementara waktu. Biarlah, aku sanggup menunggu selama mana sekalipun, aku rela asalkan wanita yang amat aku sayangi itu bahagia. Dan jika keadaan mendesak, Irfan tahu apa yang perlu dia lakukan.


Scene 39

“Irfan, mama nak kamu pujuk, bawa balik ElleaNur dan Danial secepat mungkin ke rumah kamu. Tak baik tinggal berasingan lama-lama!” Pn. Maryam membebel panjang.

“Tapi ma...”

“Mama tak peduli, dalam minggu ni juga ElleaNur dan Danial mesti balik ke rumah kamu di Subang!”

“Ok, tapi kalau...”

“Tak ada kalau-kalau!”

“La... mama ni. Irfan cakap, kalau Irfan dapat bawa balik ElleaNur, mama nak buat apa?” Sengaja Irfan ingin bergurau dengan mamanya itu.

“Ok, mama buat kenduri kesyukuran boleh?” Balas Pn. Maryam setelah agak lama mendiamkan diri, mencari idea barangkali.

“Good Idea. Tapi lagi bagus kalau mama buat kenduri lenggang perut sekali, macammana ma?” Tanya Irfan dengan senyuman nakal.

“Apa? Maksud kamu ElleaNur mengandung lagi?” Pn. Maryam bertanya dengan riak terperanjat. Irfan tersenyum ceria.

“Yup, mama. Kenapa tak percaya ke?” Irfan ketawa lalu menutup mulut mamanya yang sedikit ternganga. Sebuah ciuman kudus hinggap di pipi mamanya itu.

“Hisssshh kamu ni Fan, manja sangat. Ingat, kamu tu dah nak beranak dua” komen Pn Maryam seraya cuba menolak jauh muka Irfan yang masih lagi menempel di pipinya.

“Alah mama ni..Irfan nak bermanja sikit pun tak boleh. Sudahlah ElleaNur tinggalkan Irfan. Irfan rindu, hati Irfan sedih tau mama” Adu Irfan selamba.

“Hah! Itulah, ada bini mengata itu ini, tuduh sembarangan, cemburu tak bertempat! Sekarang dah kena tinggal baru nak mengadu sedihlah, rindulah!” Bebel Pn. Maryam terus. Dia geram dengan perangai anak lelakinya yang satu itu.

“Mama nak kamu bawa ElleaNur balik hari ini juga, bagaimana?” Irfan menarik muka masam mendengar permintaan mamanya itu.

“Mana boleh ma...” Pn. Maryam berlalu ke dapur dengan senyuman mengejek.

“Tak perlu kamu memaksa sangat si Eizurra tu Irfan” Tiba-tiba saja papanya yang sibuk membaca akhbar di ruang tamu mencelah. Irfan menjeling sekilas ke arah papanya sebelum berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia ingin melayan perasaan hatinya yang sepi saat itu. Sepanjang peninggalan ElleaNur, amat jarang sekali dia balik ke rumahnya di Subang. Suasana di rumah itu kini suram dan hambar, sehambar sehatinya.

Entah apa yang sedang di lakukan ElleaNur dan Danial saat ini. Bagaimana keadaan mereka berdua terutama sekali keadaan ElleaNur? Masih terukkah alahannya? Bagaimana dia menguruskan Danial? Sudah agak lama Irfan tidak menjengah mereka berdua. Sungguh! Dia rindu untuk menatap wajah ElleaNur dan melayan telatah Danial saat ini. Tapi, dia perlu menghormati permintaan ElleaNur. Biarlah dia terseksa melayan rindu asalkan sekeping hati milik ElleaNur tenang, fikiran wanita itu lapang tanpa gangguan dari dirinya. Akan terdetikkah perasaan rindu di hati wanita itu sepanjang kehilangannya beberapa hari ni? Tapi, Irfan seakan dapat merasakan kerinduan di hati ElleaNur untuknya saat ini. Seakan ada satu jalinan gelombang di antara hatinya dan hati ElleaNur setiap saat. Jiwanya seakan sudah sebati dengan jasad ElleaNur. Di mana-mana dia akan terasa aura wanita itu. Terngiang-ngiang di telinganya suara gemersik ElleaNur memanggil namanya, sesekali suara kecil Danial turut menyapa telinganya. Mungkinkah sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka berdua? Irfan berteka-teki sendiri. Fikirannya buntu saat itu. Tidak tahu jalan mana yang harus di laluinya.

Irfan melangkah lemah ke pejabatnya. Sudah beberapa hari dia seakan hilang semangat untuk malakukan tugasannya. Semuanya kerana ElleaNur. Wanita itu tidak mahu bertemunya. Sudahnya dia mengambil jalan untuk turut mendiamkan diri. Bukan mengalah tapi, dia cuba untuk memberikan ElleaNur masa untuk memikirkan tentang hala tuju hubungan mereka yang seterusnya. Sampai waktunya jika ElleaNur tidak memberikan sebarang keputusan, dia sendiri yang akan bertindak. Dia sudah mula menyedari makna yang tersirat di sebalik mata bundar ElleaNur. Ada rindu yang sarat di sebalik pandangan wanita itu. Ada sinar kasih yang terpancar dalam keredupan matanya. Irfan pasti, kasih dan sayang ElleaNur tetap utuh untuk dirinya. Mungkin juga wanita itu sudah memaafkan dirinya cuma tidak diungkapkan secara jelas. Bukankah wanita itu dikurniakan dengan sifat yang penuh kelembutan, terutama tentang hati dan perasaan mereka? Bukankah wanita itu juga seorang yang pemalu? Segan untuk mengungkapkan apa yang ada di hati mereka?

Hati Irfan begitu meronta untuk mengetahui keadaan ElleaNur dan Danial saat itu. Tangannya ingin segera mendail nombor telepon ElleaNur tetapi hatinya membantah keras. Dia takut, bimbang seandainya sikapnya yang terburu-buru merenggangkan lagi hubungannya dengan ElleaNur. Tapi, desakkan mamanya menghantui dirinya setiap masa. Semalam sewaktu pulang ke rumah mamanya, hatinya pedih, telinganya panas menadah setiap leteran berbisa dari orang tua itu. Mamanya itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya di atas apa yang terjadi. Orang tua itu memaksanya memujuk kembali ElleaNur secepat mungkin. Mama menyuruh dia bertindak sedikit tegas, aggresif tapi tidak bagi papanya yang kerapkali menyuruhnya bersabar, tidak terlalu memaksa ElleaNur. Kadangkala dia geram dengan desakkan mamanya dan kesabaran papanya tapi, dalam masa yang sama juga dia turut bersetuju dengan mereka berdua. Bukankah kedua mereka lebih dulu makan garam daripada dia dan ElleaNur sendiri.

Ya, mungkin sudah sampai masanya dia menggunakan kuasanya sebagai suami. Seketika terbayang jelingan mata ElleaNur yang tajam setiap kali dia memaksa wanita itu menuruti perintahnya. ElleaNur, dalam keras hati masih mahu menurut katanya. Irfan menggeleng kepala, tercetus senyuman kecil di bibirnya saat itu. Baru saja dia ingin mencapai ganggang telepon, wajah Julia terpacul di muka pintu pejabatnya. Irfan mendengus perlahan tapi masih sempat melemparkan senyuman kecil.

“Yes Ms. Julia, ada apa-apa yang boleh I bantu?”

“Eh you ni Irfan janganlah formal sangat”

“So?” Irfan menjungkit keningnya kepada Julia yang telah pun duduk di depannya.

“Saja I datang nak jumpa you. ElleaNur dan Danial apa khabar?”

“Ermm, ok. Seperti biasa juga. Cuma mereka masih di Bukit Jalil” Irfan menjawab perlahan.

“Semuanya salah I kan Irfan? I betul-betul minta maaf dengan you dan ElleaNur. Kalaulah mulut I ni tak...” Julia mengeluh kesal. Wajah Irfan yang muram menambah kekesalan di hatinya.

“Well... you kenal dengan Arief? Shahrin Arief coursemate kita dulu?”

“Yup..Kenapa dengan dia?”

“We’re getting engaged” Terang Julia dengan wajah yang berseri.

“Really? So, congratulation, Julia. Macam mana I boleh tak tahu ni?”

“I’ll talk with you later, ok. I nak cepat ni. So, jemputlah datang hujung bulan ni. Jangan lupa tau Irfan. Bawa ElleaNur and Danial sekali, ok” Ujar Julia lantas berlalu pulang. Irfan mengeluh lega. Entah mengapa dirasakan hatinya lapang sekali saat mengetahui yang Julia bakal berkahwin. Mungkinkah hidupnya bakal kembali bahagia bersama-sama dengan ElleaNur?

Julia. Irfan mengenali wanita itu sebagai seorang yang baik hati dan agak keanak-anakkan. Walau nampak sedikit sosial tetapi pergaulannya terbatas. Tutur bicaranya lemah lembut. Mereka berkawan rapat sewaktu di Australia. Hubungan mereka mula renggang kerana Irfan menyedari yang wanita itu sedikit sebanyak menjadi punca pergaduhan di dalam rumahtangganya dengan ElleaNur. Dia tidak menuduh Julia tapi sekadar cuba menjauhkan diri dari wanita itu buat sementara waktu. Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini wanita itu seakan mengikut kata hatinya. Julia terlampau melayan perasaan sakit hatinya terhadap kemesraan aku dan ElleaNur. Julia seakan tidak dapat menerima hakikat yang di antara aku dan dia sememangnya tiada jodoh. Berkawan rapat di antara lelaki dan perempuan tidak semestinya bercinta. Barangkalai waktu itu, Julia keliru untuk membezakan di antara perasaan seorang teman dan kekasih. Namun kini Irfan bersyukur. Julia telah menyedari akan kesilapan yang dia lakukan. Dia sudah menerima hakikat yang hatiku bukan miliknya. Wanita itu sendiri yang datang meminta kemaafan darinya juga ElleaNur. Dan kini, dia turut tumpang gembira mendengar berita pertunangan Julia dengan Arief teman seuniversiti mereka di Australia. Terbayang wajah hitam manis milik bakal tunang Julia itu. Sedikit waktu dulu, Arief selalu mengusik Julia, tidak sangka pula yang di antara mereka akan bertemu jodoh.


Scene 40

Rutin harianku sama dengan kebanyakkan suri rumah lain yang tidak bekerja. Masaku kini lebih banyak di habiskan menguruskan Danial dan juga urusan rumahtangga cuma, yang membezakannya hanyalah tanpa kehadiran seorang suami di sisi, walau pada hakikatnya, hampir saban hari selepas waktu pejabat Irfan pasti akan berada di rumahku. Hampir tengah malam baru lelaki itu akan pulang. Tapi, itu seminggu yang lalu. Kini, sudah lebih dari seminggu lelaki itu tidak menampakkan wajahnya. Merajukkah Irfan? Kecewakah Irfan kerana aku masih lagi belum mengungkapkan kata maaf untuk dirinya? Tersinggungkah Irfan dengan kedinginan aku? Walau kadangkala terasa sedikit kesepian tanpa kehadiran lelaki itu, namun aku gagahkan jua untuk meniti hari-hari mendatang bersama Danial.

Tidak aku nafikan, sesekali rasa ingin di belai dan di sayangi sang suami mengintai di ruangan hati dan fikiran. Jika benar Irfan mahu aku kembali ke dalam hidupnya, aku redha tapi biarlah untuk sementara ini aku melayani rasa sakit hati yang masih bersisa ini. Aku juga mahu menguji sejauh mana usaha lelaki itu untuk memujuk hati dan perasaanku. Biar Irfan sedar, bukan senang untuk mengubati hati perempuan yang telah dilukai. Aku juga mahu Irfan benar-benar menghargai kehadiran seorang isteri di dalam hidupnya. Isteri bukannya tempat untuk seorang suami melepaskan kemarahan dan rasa sakit hati mereka. Kesetiaan dan kepercayaanku sebagai seorang isteri tidak perlu dipertikaikan jika Irfan benar-banar mencintai dan menghargai diriku. Tapi, nampaknya lelaki itu seakan sudah mengalah. Irfan tidak lagi ghairah untuk memujuk aku kembali kepadanya. Buktinya, sudah hampir 2 minggu batang hidung lelaki itu tidak kelihatan, telepon bertanya khabar jauh sekali.

“Mama…papa nak cakap” Jeritan Danial dari ruang tamu mengejutkan aku dari lamunan. Danial yang menginjak usia 4 tahun sungguh petah bercakap. Pertuturannya telus dan perwatakkannya sungguh mencuit hati sesiapa saja yang memandangnya.

“Cakap dengan papa, mama ada kerja” Aku tiada mood untuk menjawab sebarang panggilan saat ini. Hatiku seakan merajuk dengan lelaki itu.

“Tapi, Danial dah cakap kat papa yang mama tengah termenung” Laju Danial menjawab.

“What? Ok, cakap kat papa, mama tak nak cakap” Sahutku masih lagi duduk di balkoni. Aku jadi geram dengan sifat Danial yang satu ini. Semua yang aku lakukan kalau boleh ingin di adukan kepada papanya.

“Mama, papa cakap, dia nak cakap juga dengan mama” Jerit Danial lagi.

“Ok, ok, sekejap cakap papa” Akhirnya aku terpaksa juga mengalah.

Irfan menelepon setelah agak lama menyepikan diri. Perlu apa Irfan menelepon aku? Ingin memujuk aku lagikah? Fikirku dia sudah mengalah. Nampaknya, lelaki itu tidak pernah kenal erti putus asa, terus saja mendesak. Sifatnya itu tidak pernah berubah. Lambat-lambat aku menghampiri Danial yang seperti tidak sabar untuk menghulurkan ganggang telepon. Danial juga seperti Irfan, suka mendesak dan memberontak, yang menjadi mangsanya adalah aku, tersepit di antara dua insan yang aku sayangi. Ada senyuman manis di wajah comel itu sewaktu aku mengambil gangang telepon dari tangannya. Gembira barangkali dapat berbual dengan papanya. Danial, apalah yang dia tahu apa yang ada di hatiku saat ini.

“Hello, assalamualaikum” Tuturku perlahan. Kedengaran hembusan halus nafas Irfan di hujung talian. Seketika hanya hembusan nafas yang berbalas di antara talian.

“Waalaikumsalam. ElleaNur sayang, apa khabar? Everything ok kan? Dania Insyirah pun ok kan?” Pertanyaan Irfan mencetuskan senyuman kecil di bibirku. Irfan seakan begitu yakin yang kali ini dia akan mendapat anak perempuan. Sungguh! Aku tersentuh, hilang kerinduanku yang terpendam tatkala mendengar suara lelaki itu.

“Ok, semuanya macam biasa, you bagaimana?” Agak janggal untuk aku berbual dengan Irfan. Sudah lebih dari seminggu aku tidak mendengar suara itu. Lelaki itu seakan merajuk dengan kedinginan aku. Tapi, tidak sedarkah Irfan bahawa dia yang membuatkan aku jadi dingin begini.

“Tapi, Danial bagitahu tadi , dia dan mamanya demam, betul?” Aku mengetap bibir memandang Danial di ruang tamu, menunjukkan tanda amaran kepada Danial yang tersengih memandang ke arahku. Pertanyaan Irfan aku biarkan tidak berjawab.

“Rindu....ElleaNur sayang, demam sebab rindu kat abang ya, hmmm?” Bisik Irfan menggoda. Mukaku merona merah, hatiku terusik saat itu lantas mendiamkan diri.

“Ermm ok, abang macam biasa juga, setiap hari rindu, rindu pada yang di sana. ElleaNur, hujung minggu ini kita keluar boleh?” Suara Irfan berubah rentak. Pertanyaan Irfan aku biarkan sepi. Lidah seakan kelu untuk menjawab.

“ElleaNur...bagaimana?”

“Ermm” aku menjawab perlahan.

“Ok, nanti abang datang jemput sayang dan Danial”

“ElleaNur!” Suara Irfan yang sedikit kuat menghalang aku dari meletakkan ganggang.

“Ya En. Irfan!” Irfan tergelak besar mendengar jawapanku yang agak sedikit kuat.

“Sayang... rindu kat abang kan? I miss you too, sayang” Bisik Irfan perlahan. Segera ganggang aku letakkan pantas. Ah Irfan! lelaki itu suka sangat bermain dengan hati dan perasaan wanitanya. Bibirku mengukir senyuman panjang. Sungguh! Hatiku terasa sangat lega saat itu. Berbunga-bunga. Mungkinkah aku sudah mula menerima Irfan kembali?

“Mama, Kenapa senyum-senyum ni?” Danial bertanya sebaik aku menghampirinya.

“Tak ada apa-apalah. Sibuk. Kenapa nak tahu?”

“Alah Danial tahu. Mama rindu kat papa ya?” Usik Danial nakal.

“Pandai jer eh. Danial tu yang rindu kat papa sampai demam-demam” Balasku seraya mencubit pipi tembam Danial. Aku membawa Danial ke pangkuanku, memeluk erat anak kecil itu.

“Alah, mama pun sama jugak. Hari tu Danial nampak mama muntah-muntah kat dapur. Hah mama demam lah tu” Aku tersenyum gelihati mendengar komen Danial.

“Mama muntah sebab Danial nak dapat adik tau” Bicaraku membuatkan Danial mulut terlopong seketika sebelum dia melonjak girang.

“Iyer ke mama? Danial nak baby girl macam baby Sarra”

“Ermm tapi, Danial kena janji dengan mama, Danial tak boleh manja dan nakal-nakal lagi, ok?”

“Ok, ok mama, Danial Janji” tutur Danial seraya memusingkan badan dan merangkul leherku. Tangan kanannya di angkat gaya orang yang sedang berikrar. Dia masih lagi melonjak riang di atas pangkuanku.

“Danial...sakit perut mama sayang. Tadi dah janjikan tak nak nakal-nakal kan. Hmmm, tak ingat dah?” Danial tersengih manja mendengar teguranku.

“Nanti baby kat dalam perut mama marah eh?” Aku mengangguk kecil. Danial tiba-tiba tunduk dan mencium perutku yang ketara membulat.

“Baby girl, maafkan abang Danial ya” Danial berbisik perlahan. Hatiku tercuit dengan perbuatan Danial itu. Nampaknya Danial dan Irfan mempunyai firasat yang sama.

“Danial sayang, jom tukar baju. Kita pergi rumah Atuk Din ngan Nek Anah”
“Ok” Balas Danial, lebih girang dari tadi.

Memang benar Danial baru saja pulih dari demam 2 hari lalu. Semuanya gara-gara Irfan. Danial merengek meminta aku menghubungi papanya tapi langsung aku tidak mengendahkan permintaannya itu. Lagipun, aku berasa segan hendak menghubungi lelaki itu lantaran aku sendiri yang memintanya untuk tidak menghubungi dan mengunjungi aku buat sementara waktu. Bukan niat untuk mementingkan diri sendiri, tidak sekali-kali. Sengaja aku ingin menguji akan hati dan perasaanku sendiri. Dan ternyata ianya menunjukkan tanda-tanda yang positif, berhasil. Sepanjang hampir 2 minggu ini bukan Danial saja yang demam bahkan aku sendiri. Malah lebih teruk dari anak kecil itu tapi tidak aku tunjukkannya kepada Danial. Aku berusaha memujuk diriku sendiri, aku baluti luka di hati demi kebahagiaan orang-orang yang aku sayangi. Sungguh! Sepanjang tempoh itu, hatiku di baluti rasa rindu yang hebat terhadap lelaki itu. Kini, aku amat pasti akan perasaanku pada Irfan. Hanya kehadiran lelaki itu yang aku dambakan saat ini. Hanya kehadiran insan itu saja yang akan mengusir kesepian yang telah lama bertandang di hatiku.



Scene 41

“Hai sexy!”

Sapaan yang tiba-tiba dari Irfan mengejutkan aku yang sedang leka mengeringkan rambut di depan cermin meja solek. Aku menjeling sekilas kearah lelaki bergaya santai yang sedang berdiri di muka pintu bilik. Tanpa memperdulikan Irfan aku megibas-ngibaskan rambut yang sedikit panjang itu. Aku yang bersiap lambat atau Irfan yang datang terlalu awal. Melihatkan jam di dinding melalui cermin aku tahu yang aku tidak terlewat tetapi lelaki itu yang tidak menepati masanya. Danial masih lagi enak di tilam empuknya. Sedangkan aku baru sahaja selesai mandi. Entah apa yang dikejarkan lelaki itu seawal pagi sudah terpacak di dalam rumah ini.

“Apa you ingat you ada kunci spare, you boleh datang sesuka hati yang you suka, masuk tanpa kebenaran I Irfan!” Ujarku tidak senang dengan cara Irfan yang hanya mengikut hatinya. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan hak privasi dirinya.

“Alah…abang tak sabarlah nak jumpa sayang” Irfan menjawab manja, masih lagi berdiri di muka pintu. Aku mencebik bibir, jelik dengan suara Irfan saat itu. Rambut yang hampir kering aku biarkan lepas bebas. Aku mendengus geram melihat wajah selamba Irfan yang tersengih panjang melihat keadaan aku yang hanya bertuala separas dada. Tanpa mempedulikan kewujudan Irfan di muka pintu, aku segera menghilangkan diri ke dalam bilik air untuk menyarung pakaian. Seketika kemudian, aku keluar dengan hanya di baluti kaftan merah samar. Wajah Irfan tidak lagi kelihatan. Mungkin ke ruang tamu ataupun ke bilik Danial.

“ElleaNur, I miss you so much, sayang” Bisik Irfan perlahan hampir di cuping telingaku. Terkejut, hampir terjatuh jantungku. Sungguh! ElleaNur tidak perasan bila masanya Irfan melangkah rapat kearahnya, dia leka membelek wajah di cermin meja solek.

“Eh, hello En. Irfan, mind your step ok?” Ujarku bagi menutup debaran di dada. Irfan menjungkit bahu seraya mengeluh perlahan. Dia masih lagi berdiri tercegat di belakangku, memerhati setiap gerak geriku yang selamba mengenakan solekan di wajah. Sesekali mata kami bertembung di dalam cermin tapi segera aku larikan.

“ElleaNur, tak perlu bersolek, sayang memang dah cantik, seksi lagi” Komen Irfan seraya memeluk badanku dari belakang. Tangannya meraba permukaan perutku yang ketara membulat di sebalik baju kaftan yang aku pakai. Sentuhannya mula berubah rentak. Seketika, aku seakan terpana dengan tindakkan berani Irfan. Bibirnya pula tanpa segan silu merayap di sekitar tengkuk dan telingaku.

“Irfan!” Jeritku kuat cuba menyedarkan Irfan. Jeritan itu juga untuk menyedarkan diriku sendiri.

“ElleaNur, please…..” Suara Irfan mendesah perlahan lalu tangannya pantas memusingkan badanku supaya mengadap kearahnya. Aku memejamkan mata, cuba menenangkan diri saat itu, tidak sanggup untuk terus memandang wajah lelaki yang penuh mengharap itu.

“I love you sayang” Bisik Irfan seraya memagut pantas bibir merahku. Aku terkedu sesaat. Namun, dalam dingin aku turut membalas ciuman lelaki itu. Seketika, aku menolak jauh badan Irfan membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.

“ElleaNur, just one hot kiss, please….” Irfan merengek bagaikan anak kecil. Permintaan Irfan tidak aku endahkan. Aku berlalu dan terduduk lemah di birai katil. Wajah yang merona merah aku sembunyikan dari pandangan mata kuyu Irfan saat itu. Pandangan mata yang penuh nafsu!

“Irfan, you keluar sekarang!” Kataku dalam suara yang bergetar.

“ElleaNur please….” Lelaki itu masih lagi merayu bagaikan anak kecil. Irfan seakan tidak mahu berganjak selagi keinginannya tidak dipenuhi. Irfan bagaikan musafir yang kehausan!

“Oh, I’m so sorry” Irfan meraup mukanya. Lelaki itu bagaikan baru tersedar dari mimpinya lantas segera berlalu keluar meninggalkan aku sendirian. Sesaat kemudian terdengar jeritan girang Danial dari biliknya. Pasti saat ini Irfan dan Danial sedang berpeluk mesra melepaskan kerinduan masing-masing.

Sungguh! Dia tidak menduga Irfan seberani itu mencumbu rayu dirinya sebentar tadi. Hatinya memang sudah menerima kehadiran lelaki itu buat kali kedua, tetapi, bukan bermakna dia membenarkan Irfan mengambil kesempatan ke atas dirinya semudah itu. Walau pada mulanya dia sendiri seakan ingin menyerah dan mengikut rentak Irfan itu tapi, akal warasnya pantas menolak. Hatinya tiba-tiba bertukar sakit. Fikirannya keliru. Dia juga geram dengan kelemahan dirinya sendiri apabila berada dekat dengan Irfan. Hatinya meronta untuk membalas pelukan Irfan tetapi fikirannya menolak keras lalu dia hanya berdiri kaku, sengaja membekukan diri di saat bibir Irfan memagut bibirnya sebentar tadi. Sungguh! dia jatuh kesian melihat wajah rawan milik lelaki itu. Walaupun wajah Irfan sudah bersih, bebas dari jambang yang meliar namun, wajah itu tetap muram, seakan ada sesuatu yang menyiksakan di sebalik pandangan mata hitam miliknya. Mata itu seakan menanggung perasaan rindu yang sarat terhadap dirinya. Terseksakah Irfan dengan perpisahan ini? Ya Allah, berdosakah aku terhadap lelaki itu?

“Danial sayang, sudah bangun? Mari mama mandikan” Kataku kepada Danial yang masih berbaring malas di atas katilnya. Irfan yang turut berbaring di sebelah Danial memandang ke arahku selamba. Bibirnya bergerak menuturkan 3 perkataan keramat itu. Aku memberikan jelingan tajam apabila Irfan mengenyitkan matanya kepadaku. Ada sebuah senyuman nakal terukir di bibirnya saat itu.

“Alah...sekejaplah mama… Danial nak baring-baring ngan papa, kejap jer” Suara halus Danial merengek manja seraya merangkul leher papanya membelakangiku. Aku mengetap bibir. Geram dengan anak kecil itu yang seringkali mengabaikan aku jika bersama papanya. Ada senyuman kecil di bibir Irfan di saat aku memandang sekilas ke arahnya.

“Danial….kan papa nak ajak kita keluar hari ini” Balasku cuba memancing reaksi Danial. Teringat janji aku kepada anak kecil itu kelmarin. Adegan yang menyentuh hatiku sebentar tadi segera aku lontarkan jauh. Biarlah, aku tidak mahu kegembiraan Danial lenyap dengan hanya peristiwa itu. Aku tidak boleh mementingkan perasaanku sendiri. Kebahagiaan Danial yang aku utamakan.

“Kita nak pergi mana papa?”

“Kita nak pergi Cameron, tidur sana” Jawapan Irfan mengundang keceriaan di wajah Danial tetapi tidak di wajahku.

“Irfan! Kita nak buat apa pergi sana? You pergi berdua dengan Danial, I tak mahu pergi” Spontan bibirku membantah. Aku fikirkan Irfan hanya ingin membawa aku dan Danial ke sekitar KL saja.

“Mama please……” serentak kedua beranak itu merengek manja.

“No!” Bantahku kuat.

“ElleaNur, you dah janjikan” Wajahku mencuka bila Irfan menuturkan sebaris ayat itu. Memang aku sudah terlanjur berjanji tapi, bukan untuk ke Cameron.

“Mama…….pleaseeeeeee” Sekali lagi Danial dan Irfan merengek panjang apabila melihat aku masih mendiamkan diri. Sengaja membiarkan mereka ternanti-nantikan persetujuan dariku. Aku mengeluh perlahan dan berlalu keluar.

“Yessssss” Jeritan girang kedua beranak itu mematikan langkahku. Aku berpaling geram melihat Danial yang melompat-lompat di atas katilnya.

“Danial! Stop it ok! And you En. Irfan, sila mandikan Danial, now!” Arahku dengan suara sedikit tinggi sebelum berlalu keluar. Kedua-dua mereka terdiam sebelum kembali menjerit girang. Anak dan papa serupa, sama-sama suka mendesak dan terus mendesak!

Sementara menantikan Irfan memandi dan menyiapkan Danial, aku mengemas barang dan pakaian aku dan Danial sepanjang di Cameron nanti. Hati dan fikiranku masih lagi tertanya-tanya perlu apa Irfan membawa kami berdua ke sana. Kelmarin, memang aku menerima perlawaannya kerana aku sangka tentunya hanya ke sekitar KL saja. Memikirkan yang Danial merindui papanya, lalu tanpa berfikir panjang aku lantas memberikan persetujuan di atas perlawaan Irfan ketika itu. Langsung aku tidak terfikirkan yang Irfan mempunyai agendanya yang tersendiri. Irfan, lelaki itu selalu membuat keputusan tanpa persetujuan dariku. Selalu saja mendahulukan kehendak hati dan perasaannya tanpa memikirkan hak orang lain.

“ElleaNur, dah siap?” Pertanyaan Irfan yang tiba-tiba menyedarkan aku yang masih lagi berkhayal. Pantas aku mengangguk kecil menjawab pertanyaannya.

“Kita bertolak sekarang. Danial dah tak sabar-sabar kat luar tu”

“Irfan, berapa malam kita stay sana?”

“Erm tengoklah, semalam ke, 2, 3 or you nak seminggu pun I tak kisah” Jawab Irfan selamba.

“Irfan!” Aku menjerit geram. Irfan tidak serius menjawab pertanyaan aku tadi.
“Apa sayang?”

“Ok, ok, 2 or 3 nights kot” Irfan menjawab pantas bila mendapati ada riak marah di wajahku.

“You dah book hotel? Berapa bilik? Dua?” Laju aku bertanya.

“Sudah. I booking apartment, 1 bilik. Kenapa?”

“I tak mahu pergi” Jawabku perlahan seraya melangkah kembali ke dalam bilik.

“ElleaNur……. you tak kesian kat Danial kat luar tu?" Irfan cuba memancing persetujuanku.

"Kesiankan Danial ke kesiankan you?" Tingkahku kuat.

"ElleaNur sayang.........."

"No! I tak mahu"

"ElleaNur........yes"

"No!!"

"Yes!!!"

"Ok, tapi ada syaratnya" Aku terpaksa mengalah akhirnya. Wajah Irfan yang tersenyum bangga di sisi katil aku pandang geram.

Sejurus sampai di Cameron Highland, kami terus mendaftar masuk di Shal’s Holiday Apartment. Irfan berkeras mahu menginap di apartment, langsung tidak mempedulikan permintaanku yang inginkan kami menyewa 2 bilik hotel sepanjang di sini. Aku bersetuju akhirnya memandangkan Irfan berjanji untuk menempah apartment dengan 2 bilik tidur. Itupun setelah aku puas mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. Walau Irfan sedikit marah dengan kedegilan aku sebentar tadi tapi, akhirnya dia terpaksa juga mengalah dengan kemahuanku. Sungguh! Aku belum bersedia untuk tinggal bersama-sama dengan Irfan saat ini walaupun dengan kehadiran Danial. Agak janggal untuk melalui keadaan itu semua setelah agak lama hidup berasingan. Mungkin, aku memerlukan persediaan dari segi fizikal dan mental yang kuat untuk kali yang kedua ini.


Scene 42

Hampir seharian di tanah rata ini, menikmati panorama di ladang bunga dan strawberry menjadikan aku letih yang teramat. Irfan dan Danial masih kelihatan segar, mereka meneruskan untuk menyusuri ladang teh yang agak berbukit. Aku hanya duduk memerhatikan mereka berdua dari lereng bukit. Tidak larat untuk turut serta mendaki ladang yang terbentang luas itu. Walaupun penat tetapi badanku terasa sedikit segar kerana udara yang dingin di kawasan itu. Sesekali Danial melambai tangan ke arahku dari puncak ladang. Anak kecil itu sungguh lasak, sedikit pun tidak merasa penat malah lebih bertenaga dari Irfan sendiri. Kami kelihatan bagaikan sebuah keluarga yang bahagia, aman harmoni walau pada hakikatnya tidak begitu. Keceriaan terpancar di wajah Irfan dan Danial. Malah aku sendiri turut merasai tempias kegembiraan mereka berdua. Hati dan fikiranku terasa lega dan lapang dari segala masalah yang selama ini melingkari kehidupan aku dan Irfan. Menjelang senja, kami bertiga berjalan pulang menuju ke apartment. Danial yang sudah mula letih minta di dukung oleh papanya, anak kecil itu menangis tidak mahu berjalan. Mungkin tenaganya sudah kehabisan sewaktu menyusuri ladang teh bersama Irfan sebentar tadi.

"Papa....please dukung Danial papa..."

"Aiks, takkan dah penat kot hero papa ni. Tadi tu bukan main ligat lagi dia eh"

"Danial penat ni, please pa...." Danial masih lagi merengek. Aku hanya diam memerhati sambil melangkah perlahan beriringan dengan mereka berdua.

"Papa pun penat jugak" Irfan pantas memberi alasan. Sebentar lagi aku pasti Danial akan menangis jika Irfan masih lagi berterusan menyakatnya.

"Mama? Mama boleh dukung Danial?" Bibir kecil Danial pantas mencari alternatif lain. Aku menggeleng kecil.

"Mama lagi penat sayang. Tengok mama nak kena bawak baby ni lagi. Mama tak mintak papa dukungkan pun" Aku membalas perlahan. Mukaku merona merah di saat menyedari keterlanjuran kata-kataku itu.

"Oh, jadi mama nak suruh papa dukungkan jugak ke? Papa tak kisah" Irfan pantas mencelah. Sekilas matanya menjelingku dengan senyuman kecil yang sengaja di buat-buat. Aku memaparkan riak selamba sambil meneruskan langkah.

"Fan, Danial mana?" Tanyaku tiba-tiba bila mendapati Danial tiada bersama-sama kami. Segera aku dan Irfan menoleh serentak ke belakang, serentak itu juga kami berdua menghamburkan ketawa yang agak kuat.

"Ya Allah, bertuah punya anak!" Jerit Irfan seraya berlari mendapatkan Danial yang selamba duduk di tengah-tengah jalan. Anak kecil itu menangis kecil, sedikit meronta bila Irfan ingin mendukungnya. Mungkin Danial merajuk kerana kami berdua tidak mahu mendukungnya sebentar tadi. Agak lama juga Irfan mengambil masa untuk memujuk Danial yang sememangnya kuat merajuk itu.

“ElleaNur, letih?” tegur Irfan melihat aku yang tersandar lemah di atas sofa.

“Ermmm” Jawabku perlahan dengan mata yang terpejam.

“Nak abang urutkan?” Pantas aku menggeleng mendengar cadangan Irfan itu.

“Fan, Danial mana?” Aku bertanya lemah, menarik nafasku beberapa kali. Perutku terasa senak sekali.

“Tidur, kenapa?”

“Kejutkan Danial, tak baik tidur waktu maghrib”

“Ok, tapi abang kena kejutkan mamanya dulu” Bicara Irfan hilang dari halwa telingaku.

“Bangun sayang, tak baik tidur waktu maghrib” Bisik Irfan tiba-tiba seraya mencium lembut kelopak mataku yang masih terpejam. Aku tersentak lantas kusyen yang berada di tangan pantas aku baling ke arah Irfan yang ingin berlalu dari ruangan itu. Lelaki itu ketawa kuat seraya menghilangkan diri ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Danial. Semalam Danial merajuk, anak kecil itu marah kerana aku berkeras untuk tidak tidur bersama-sama dengannya dan Irfan. Puas aku memujuknya dengan pelbagai alasan lantaran Irfan mengambil jalan untuk menjadi pihak berkecuali. Semoga malam ini anak kecil itu tidak lagi mendesaknya. Sungguh! kadangkala dia jadi takut dengan desakkan Danial.

Selepas maghrib, kami bertiga keluar menikmati makan malam di restoran berhampiran. Aku hanya mencuit sedikit makanan yang terhidang. Perut aku yang terasa senak semenjak petang tadi mematikan selera makanku. Gesaan Irfan untuk menambah nasi langsung tidak aku hiraukan. Aku lebih rela memerhatikan kedua-dua lelaki di depan ku yang begitu asyik menghabiskan makanan di meja. Seusai makan, Irfan menahan aku dari terus pulang ke apartment. Ada sesuatu yang ingin di bincangkan dan aku pasti ianya mesti mengenai hubungan kami ini. Aku tidak membantah memandangkan sudah sampai masanya untuk kami segera meleraikan kekusutan yang melanda.

“ElleaNur, ada sesuatu yang abang nak bincangkan, mengenai kita” Irfan memulakan bicara sebaik saja Danial melangkah ke arah kolam ikan yang ada di restoran itu.

“Abang sedar semua yang berlaku adalah salah abang. Mungkin abang terlalu mengikut perasaan, banyak menyakiti hati dan perasaan sayang, malah sanggup pula mencurigai kesetiaan sayang sebagai isteri abang. Sungguh! Abang menyesal sangat-sangat” Laju Irfan berbicara. Aku seakan kehilangan kata, tekun mendengar, sesekali pandangan aku lontarkan ke arah Danial di sudut restoran itu.

“ElleaNur, masihkah ada peluang untuk abang mendiami hatimu sayang? Abang tidak mahu memaksa tapi abang masih berharap untuk hidup bersama seperti dulu. Melayari bahtera rumahtangga bersama-sama sayang, Danial dan bakal anak kedua kita” Irfan merenung penuh makna ke dalam anak mataku, syahdu sekali. Namun, mulutku masih berat untuk mengeluarkan bicara.

“Apa yang perlu abang lakukan untuk untuk sebuah kemaafan? Katakan ElleaNur. Segalanya sanggup abang lakukan”

“ElleaNur, please say something” Irfan merayu bila aku masih lagi mendiamkan diri.

“Fan, jom kita balik, perut I sakit ni” Balasku seraya pergi mendapatkan Danial. Irfan mengekori aku dari belakang selepas membayar bil.

“Ok Danial, jom kita balik” Ujar Irfan seraya memaut pinggangku erat. Aku menolak pautannya perlahan dan berjalan mendahului dirinya dan Danial. Hanya suara Danial yang memecahkan keheningan malam sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Aku dan Irfan bagaikan kehilangan kata untuk berbicara.

Malam itu aku dan Irfan membawa haluan masing-masing. Aku kehilangan minat untuk melayan Danial apatah lagi hendak mengadap wajah muram Irfan. Lelaki itu semenjak pulang dari makan malam tadi masih belum berbicara sepatah kata denganku. Hanya mata kami yang seakan-akan menggamit dan berbicara di antara satu sama lain.Dia lebih banyak merenung dari mengeluarkan bicara. Merajukkah Irfan? Mungkinkah Irfan terasa hati dengan kebisuanku tadi? Kecewakah Irfan kerana aku masih belum lagi mengungkapkan kata-kata maaf untuk dirinya? Bukan niatku untuk mengecewakan hati Irfan. Sungguh! Hatiku sudah lama memaafkan segala kesalahan lelaki itu. Cuma, bibirku terasa berat untuk mengungkapkannya. Hatiku meronta untuk segera mengungkapkan kata maaf tapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku dari menzahirkannya. Tapi, tidak sedarkah Irfan, aku tidak akan sesekali mengikutnya ke mari seandainya hatiku masih membenci dirinya, seandai hati aku masih belum lagi memaafkannya. Aku tidak akan sesuka hati membiarkan diriku berada dekat dengannya. Kedinginanku sudah pun lama berakhir, yang tinggal hanyalah cebisannya saja, itu pun sudah hampir lenyap di saat aku mendengar kata-katanya di restoran sebentar tadi.

Sungguh! kebisuan Irfan yang berterusan mendera perasaan, membuatkan aku rasa bersalah yang amat sangat. Lelaki itu masih tidak mahu berbicara denganku. Irfan lebih senang melayan Danial, membiarkan aku keseorangan melayani perasaan. Danial pula seperti biasa akan hilang perhatian terhadapku jika sudah bersama papanya. Sudahnya, aku turut sama membisu, memerapkan diri di dalam bilik keseorangan. Hari ini kami bertiga tidak kemana-mana tambahan pula cuaca hujan menyebabkan segala yang di rancang tergendala. Mujur juga aku ada membawa beberapa bahan bacaan untuk mengisi masa-masa yang terluang ini. Sedikit sebanyak kekecewaan aku dengan kebisuan Irfan dapat di lupakan.

“Mama” Panggil Danial di saat aku sedang membawa majalah Wanita.

“Ya sayang, ada apa ni?”

“Ma, papa ada belikan mama nasi goreng. Papa suruh mama makan”

“Mama kenyang lagi. Sekejap lagi mama makan ya sayang” Jawabku seraya mengusap lembut kepala Danial yang duduk di sisiku di atas katil.

“Mama, mama gaduh dengan papa eh?”

“Taklah”

“Habis tu, dari semalam mama diam aje dengan papa. Mama merajuk dengan papa? Papa marah mama ke?”

“Tidak sayang. Mama tak berapa sihat. Lagipun, Danial tu asyik nak suruh papa layan Danial aje. Danial pun kalau ada papa sikitpun tak pandang kat mama. Danial tak sayang mama ya?” Sengaja aku berkata begitu, cuba untuk menidakkan telahan Danial. Anak kecil itu hanya tersengih manja, mungkin menyedari kesalahannya itu.

“Danial sayang mama, sayang sangat. Tapi, Danial sayang papa jugak” Ucap Danial seraya memelukku erat. Mukanya di sembamkan ke dada ku. Aku mengubah pembaringan agar sedikit selesa dengan keadaan Danial begitu.

“Danial sudah makan?”

“Dah dengan papa kat bawah tadi”

“Ermm. Kenapa tak ajak mama? Sampainya hati Danial dengan papa tinggalkan mama ya?” Entah mengapa aku seakan meluahkan kekecewaaan aku terhadap Irfan kepada Danial.

“Taklah mama. Papa cakap mama tak sihat tak boleh ikut”

“Oh, begitu. Tak mengapalah” Jawabku separuh berbisik. Seketika terdengar denguran halus Danial. Anak itu masih dengan tabiatnya sedari kecil, selalu akan tertidur lena apabila berada di dalam dakapanku. Sudahnya, aku terpaksa menghentikan pembacaan, membelai perlahan kepala Danial, permata hatiku.

“ElleaNur” Kedengaran suara Irfan di muka pintu bilikku.

“Ermm”

“Abang ada belikan nasi goreng” Ujar Irfan seraya mengangkat Danial untuk di bawa ke biliknya.

“Biarkan saja Danial tidur di sini”

“Ok” Irfan lantas meletakkan Danial di sisiku.

“Fan, you marah kat I?” tanyaku seraya bingkas duduk menyandar di kepala katil.

“Esok pagi kita balik” Kata Irfan mendatar dan berlalu keluar. Seketika, aku terasa jauh hati sekali dengan reaksi Irfan sebentar tadi. Nampaknya Irfan benar-benar terasa hati dengan diriku.


Scene 43

Irfan sengaja bertindak mendiamkan diri, sengaja membuatkan ElleaNur dihujani rasa bersalah. Sungguh! Bukan dia merajuk tapi dia terasa hati dengan ElleaNur semenjak semalam. Dia bengang, geram dengan kebisuan wanita itu. Sudah puas dia memujuk rayu untuk sebuah kemaafan namun, ElleaNur seakan tidak mengendahkannya. Wanita itu tekun mendengar dia berbicara tetapi langsung tiada tindak balas dari bibirnya. Hanya sinar sepasang mata bundar milik ElleaNur yang menggambarkan apa yang ada di hatinya saat itu. Irfan tahu, hati wanita itu mungkin sudah kembali sejuk, perasaan marahnya mungkin sudah reda, lukanya mungkin sudah sembuh tapi, Irfan mahu mendengar sendiri kata-kata maaf dari bibir ElleaNur. Dia mendambakan sebuah kemaafan yang tulus dari hati wanita itu. Dia mahukan kepastian yang jitu dari ElleaNur sendiri agak hati lelakinya tenang, bebas dari rasa sangsi. Kadangkala dia merasakan ElleaNur sudah pun memaafkannya dan di lain waktu pula dia rasa seolah-olah cuba di jauhi oleh ElleaNur. Sungguh! Irfan keliru.

Irfan bukan mempertahankan egonya sebagai seorang lelaki, tidak sesekali. Tetapi, selama mana egonya itu harus di ketepikan. Sudah agak lama dia meletakkan ego lelakinya di paras yang paling bawah semata-mata untuk menggilap kembali permata yang dia sendiri hilangkan sinarnya. Dia sedar rajuk, kemarahan dan kedinginan ElleaNur itu berpunca dari dirinya lalu dia rela melakukan apa saja untuk kembali memujuk hati ElleaNur, satu-satu wanita yang di cintainya. Dia tidak mendambakan kehadiran wanita lain walau yang hadir itu jauh lebih baik dan cantik dari ElleaNur. Dia tidak tergoda dengan pesona milik wanita lain. Hidupnya sudah lama hambar tanpa kehadiran ElleaNur. Hatinya kosong, wajahnya rawan. Seketika dulu, dia hampir menjadi nanar bila ElleaNur dan Danial pergi meninggalkannya. Mujur juga dia ada kedua ibubapa yang sudi membantu, walaupun mereka kerap memarahi dirinya namun, dia menerima semua teguran dan nasihat yang di berikan tanpa sedikit pun membantah. Dan, dia lebih bersyukur kerana ElleaNur mempunyai seorang kawan yang sebaik Alia. Alia yang memberitahu kemana dan di mana ElleaNur membawa diri setelah hampir 2 minggu dia kehilangan arah mencari ElleaNur dan Danial. Sahabat ElleaNur itulah yang telah banyak memberikan dorongan untuk dia terus memujuk sekeping hati milik ElleaNur.

Dia mendapatkan banyak nasihat dan tunjuk ajar , dia juga menemui banyak jalan, katakan apa saja, semuanya hampir dia lakukan. Kalau pun yang dia tidak lakukan hanyalah merentangi lautan api, untuk apa jika yang di dambakan sudah ada di depan mata. Tapi, selama mana wanita itu hanya menjadi santapan mata? Yang aku inginkan adalah hati dan jiwanya. Danial, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa juga kadangkala menjadi salah satu cara untuk dia mendekatkan dirinya dengan ElleaNur. Dia tahu, Danial menjadi kelemahan utama wanita itu. ElleaNur sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan Danial. Dan, dia seringkali menjadikan Danial sebagai umpan untuk memancing reaksi dan perhatian dari ElleaNur. Mujur juga Danial seorang anak yang bijak, anak kecil itu mewarisi hampir semua sifat dan perwatakkan dia. Danial manja dan nakal malah suka sangat mendesak dan memberontak sebagaimana dirinya. ElleaNur selalu merungut dan menyamakan Danial dengan diriku. Namun, Irfan bersyukur sedikit sebanyak kerana Danial turut memainkan peranan penting dalam usaha menyatukan kembali hubungan kami yang renggang ini.

Irfan boleh memaksa ElleaNur kalau dia mahu. Tapi, dia tidak tergamak untuk melakukannya kerana dia bimbang wanita itu akan semakin menjauhkan diri. Dia takut seandainya luka di hati yang sudah hampir pulih itu kembali berdarah, dia takut andai kedinginan yang mula surut bertukar menjadi beku, sedingin salju. Sungguh! Dia amat berhati-hati di dalam setiap tindakkan yang dia lakukan dalam usaha menawan kembali hati ElleaNur, walau kadangkala hatinya sendiri yang merasakan kepedihannya. Sudah lama dia mengabaikan segala rasa yang terdetik di hatinya setiap kali ElleaNur mendengus dan melemparkan jelingan marah. Hatinya tersentuh setiap kali ElleaNur menolak perlawaannya, menyindir dirinya. Namun, itu semua tidak sepedih di saat ElleaNur dengan selamba menolak sentuhannya, menjauhi dirinya seolah-olah dirinya amat jijik untuk terus berdampingan dengan wanita itu.

ElleaNur tidak pernah tahu apa yang ada di hatinya, dia tidak sesekali memaparkan riak hampa, kekecewaan hatinya kepada ElleaNur. Dia sentiasa ceria, bergelak ketawa, bergurau senda untuk menutupi kesedihan, gelodak dan rasa hati lelakinya. Dia tidak merintih jauh sekali untuk menangis hiba. Cukuplah sekali dulu airmata lelakinya tumpah kerana saat itu dia amat menyesali ketelanjurannya menyakiti hati wanita kesayangannya itu. Sungguh! Hanya itulah sekali dia menangis kerana wanita sepanjang hidupnya. Dia tidak pernah menumpahkan airmata di saat mamanya mengidap penyakit barah rahim yang hampir meragut nyawa. Dia tabah menghadapi segala kemungkinan di saat mamanya berada di ambang maut sebelum pembedahan yang di jangkakan tidak akan sepenuhnya berjaya. Dan dia juga tidak menangis gembira sebaik mendapat tahu nyawa mamanya berjaya di selamatkan. Tapi, di saat dia mendapat tahu ElleaNur pergi meninggalkannya, airmata lelakinya begitu senang sekali menitis tanpa menunggu sesaat dua pun. Tapi, ElleaNur tidak pernah tahu itu semua dan barangkali wanita itu sememangnya tidak patut tahu akan hal yang satu itu. Biarlah ianya menjadi rahsia hidupku.

Sungguh! Irfan buntu saat itu. Otaknya tidak dapat berfikir dengan waras. Dia kehilangan arah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk dirinya dan ElleaNur. Dia meletakkan Danial di antara mereka berdua. Dia boleh mempertimbangkan permintaan ElleaNur, tapi dia memikirkan perasaan dan kebahagian Danial. Dia tidak memikirkan dirinya kerana dia boleh berusaha untuk melupakan wanita itu walaupun dia sendiri tidak begitu yakin akan kemampuannya. ElleaNur, wanita itu barangkalai memang sudah bersiap sedia dari awal. Aku tahu ElleaNur wanita yang tabah dan kuat semangat di sebalik kelembutan dan sifat manja perempuannya itu. Tapi, bagaimana dengan Danial? Anak kecil itu pasti kecewa kerana dia begitu menyayangi kami berdua. Akan tertekankah Danial seandainya perpisahan ini benar-benar terjadi? Ah! Irfan takut untuk terus memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.

“Papa!!!” Jerit Danial kuat di telinga Irfan.

“Danial! Sakit telinga papa tahu tak??” Marah Irfan. Dia betul-betul tersentak dengan panggilan Danial yang seakan mahu memecahkan gegendang telinganya tadi.

“Papa tu, Danial panggil dari tadi papa buat tak tahu aje” Terang Danial dengan suara seakan ingin menangis. Mukanya sudah bertukar merah. Tidak sangka yang Irfan akan memarahinya begitu sekali.

“Hah, menangis. Papa marah sikit menangis!” Tegur Irfan, masih lagi dengan intonasi marah. Anak kecil itu sudah mula menitiskan airmata.

“Papa memang tak sayangkan Danial. Tadi mama pun marah Danial” Dalam tangisan Danial masih sempat membalas.

“Papa dengan mama marah Danial sebab Danial tu nakal!” Sekali lagi Irfan melepaskan kemarahannya kepada Danial.

“Semua dah tak sayangkan Danial. Danial benci papa! Danial benci mama!” Jerit Danial dalam tangisan yang kuat, dia berlari menuju ke bilik, sejurus terdengar pintu bilik di tutup kuat.

"Danial..." Irfan duduk termagu di ruang tamu. Ada rasa kesal di hatinya saat itu. Kesal kerana telah melepaskan kemarahannya kepada anak kecil yang tidak bersalah itu. Namun, semuanya sudah terlewat. Irfan mengeluh berat.

Irfan mundar-mandir di ruang tamu. Apa yang dia lakukan bagaikan ada yang tidak kena. Fikirannya buntu, hatinya gelisah, bersarang dengan rasa bersalah. Ingin memujuk Danial, pintu bilik berkunci. Puas dia memanggil namun hampa tiada balasan. Hatinya hiba mendengar tangisan halus Danial dari dalam bilik. Seketika, matanya bertemu pandang dengan sepasang mata bundar milik ElleaNur dari sebalik pintu bilik wanita itu. Mungkin wanita itu mendengari kemarahan aku kepada anaknya sebentar tadi. Dan sudah pasti dia turut mendengari tangisan kuat Danial yang memecah keheningan senja. Agak lama mata mereka bertatapan sebelum ElleaNur kembali menutup pintu biliknya. Kini, mereka bertiga seakan-akan melayan perasaan masing-masing. ElleaNur, wanita itu seharian tidak melangkah keluar dari biliknya. Danial pula masih melayan rajuknya dan ketika ini mungkin sudah ketiduran. Dan aku pula masih setia di balkoni apartment ini, melayani sepoi angin senja yang damai, berfikir dan terus berfikir.



Scene 44

Sedang ElleaNur sibuk mengemas pakaian ke dalam beg, Irfan dan Danial tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Sudah berbaikkah mereka berdua? Ah! Nampaknya Irfan begitu senang memujuk Danial berbanding dengan dirinya. Kedua-dua beranak itu sudah siap dengan pakaian tidur mereka sementara ElleaNur masih lagi dengan pakaian petang tadi. Kedatangan mereka mengundang rasa pelik di hati ElleaNur. Sebenarnya, dia masih terasa hati dengan sikap Irfan terhadapnya semenjak semalam. Seharian dia seakan mogok dengan lelaki itu. Langsung tidak di sentuhnya nasi yang di beli oleh Irfan siang tadi. Lelaki itu pun tidak berusaha untuk memujuknya, sudah putus harap barangkali. Tanpa mempedulikan Irfan yang duduk di birai katil memerhatikannya, ElleaNur segera ke bilik air untuk mandi buat sekian kalinya. Entah mengapa semenjak kehamilan kedua ini, setiap masa dia terasa badannya panas walaupun keadaan cuaca di sini agak dingin.

“ElleaNur, kenapa mandi malam-malam ni, tak elokkan” Komen Irfan sebaik ElleaNur muncul di muka pintu.

“Panas” Jawab ElleaNur sepatah. Irfan hanya mengangguk kecil. Matanya masih tertancap ke arah ElleaNur yang sedang mengenakan pakaian tidurnya. Isterinya itu kelihatan bertambah berisi dan berseri. Dia tahu ElleaNur terasa hati dengannya hari ini. Irfan sengaja melayan rajuk hatinya dari semalam lagi, dia geram dengan ElleaNur yang memandang sepi rayuan kemaafan darinya. Namun, kini hatinya telah kembali reda. Irfan sedar dia perlu mengalah demi kebahagiaan mereka bertiga.

“Danial, tak tidur lagi? Dah lewat ni kan” Tanyaku pada Danial yang masih menonton TV di bilikku. Anak kecil itu menggelang laju, terus menyarap di atas katil menghadap ke arah peti TV.

“Irfan, you kenapa kat sini?” Mataku beralih kepada Irfan yang duduk di hujung katil.

“Danial suruh abang temankan dia tengok TV”

“Kenapa tak tengok kat luar?” Irfan hanya menjungkit bahu menjawab pertanyaanku. Matanya terarah kepada Danial.

“Danial, pergi tidurlah sayang. Esok pagi kita dah nak balikkan” Aku cuba untuk memujuk supaya Danial segera tidur. Dia bimbang, esok pagi Danial pasti akan meragam kalau di kejut bangun awal pagi.

“Danial nak tidur sini, dengan mama dengan papa” Jawab Danial sedikit kuat.

“Danial tidur dengan papalah sayang, ok?” Pujukku perlahan. Sekilas dia menjeling ke arah Irfan yang masih lagi merenung ke arahnya.

“Tak mahu!”

“Danial…..”

“Tak ma..hu!”

“Ok, ok. Sekarang cepat tidur” Akhirnya aku terpaksa juga mengalah. Aku mendengus perlahan memandang ke arah Irfan yang mendiamkan diri. Lelaki itu bukannya ingin membantunya memujuk Danial malah dengan selamba turut mengambil tempat di sebelah Danial. Bagaikan ada kesepakatan di antara lelaki berdua itu. Lambat-lambat aku mengambil tempat di atas katil. Danial yang berbaring di tengah-tengah di antara aku dan Irfan masih terkebil-kebil memandang ke arah siling, sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

“Danial, tidurlah sayang” bisikku perlahan di telinga Danial. Pipi mulusnya aku usap perlahan.

“Mama, Danial dan papakan boy, mamakan girl” Tiba-tiba saja Danial bercakap, mengejutkan aku yang baru saja hendak melelapkan mata. Irfan di sebelahnya kelihatannya sudah berlayar jauh.

“Ermm kenapa?” aku bertanya malas. Ada-ada saja celoteh Danial malam-malam begini.

“Sekarang mama tidur tengah, biar Danial tidur tepi. Malam ni biar Danial dan papa yang jaga mama, ok” Terang Danial laju seraya melangkah badanku mengambil tempat di bahagian tepi katil.

“Danial!” Aku menegur keras. Geram dengan kerenah Danial malam ini. Tangan anak kecil itu dengan pantas menolak-nolak badan aku supaya beralih ke tengah katil. Dalam terpaksa aku mengalih posisi baringan ke tengah. Sekilas aku menjeling Irfan di sebelah yang kelihatan begitu nyenyak tidur, letih barangkali.

“Good night mama” Bisik Danial seketika kemudian dengan sebuah ciuman kecil di pipiku. Aku tersenyum kecil sebelum kembali melelapkan mata. Badanku mengiring mengadap ke arah Danial. Rasa mengantukku hilang sama sekali di sebabkan Danial. Sudahnya aku hanya terkebil-kebil memerhati wajah Danial yang telah pun lena. Danial, cerdik dan nakal, penuh dengan helah yang kadangkala menjerat diriku. Namun, segalanya sanggup aku lakukan demi kebahagiaan anak kecil ini.

“Good night sayang” Seketika terdengar bisikan kecil di cuping telingaku di sertai dengan pelukan yang erat di pinggang. Aku mengeluh, rupa-rupanya lelaki itu masih belum tidur.

“Irfan, you tak tidur lagi ya? You yang mengajar Danial ya, hmm?” tanyaku perlahan. Kini aku pasti siapa dalang di sebalik kerenah Danial malam ini.

“Danial is a clever boy, He’s intelligent you know” Bisik Irfan perlahan. Danial mengeluarkan pelbagai syarat dan menuntut beberapa janji darinya. Dan, kerana janji Danial jugalah yang membawa dia kemari, berada di sisi ElleaNur saat ini. Irfan tersenyum gelihati apabila teringatkan permintaan dan kerenah Danial sewaktu dia berusaha untuk memujuk kembali hati anak kecil itu sebentar tadi.

“Bapak borek, anak rintik!” Getusku perlahan. Irfan ketawa kecil seraya membalikkan tubuhku menghadapnya.

“Fan…you..” Kataku terhenti tatkala Irfan dengan pantas memeluk tubuhku erat, seakan tidak mahu di lepaskan.

“You’, tak ada ‘abang’ untuk abang lagi ke sayang? Hmm?” Bisik Irfan menggoda sekali. Aku segera melonggarkan pelukan Irfan. Sungguh! Nafasku terasa sedikit sesak dengan keadaan itu. Irfan mengeluh berat dan merenung wajahku dengan rupa sedikit kesal.

Seketika kami hanya berpandangan, hanya mata yang berbicara membisikkan kata hati, cuba menyampaikan rasa di hati masing-masing saat itu. Irfan mengelus rambut dan pipiku perlahan, menghadiahkan sebuah ciuman di situ. Aku hanya membisu, tidak terasa untuk membantah tindakkan Irfan itu. Tiba-tiba hatiku tersentuh, sedih mengenangkan hubungan kami yang retak dan dingin selama ini. Aku merapatkan diri ke dada Irfan, menyembunyikan wajah di dada bidang itu lalu menghamburkan tangisan kecil di situ. Sungguh! Kesedihan hatiku saat itu tidak dapat di bendung lagi. Irfan kembali merangkul tubuhku lebih erat, cuba menenangkan hati dan perasaanku barangkali. Agak lama aku mencurahkan airmata, tidak pasti sama ada airmata ini tanda sebuah kegembiraan atau sebaliknya. Malam ini, biarlah aku menangis sepuas-puasnya, meredakan hati dan perasaan yang telah lama sengsara dengan perpisahan yang menyiksakan ini.

“ElleaNur, adakah airmata ini tanda kemaafan untuk abang?” Aku hanya mengerdip mata perlahan menjawab pertanyaan Irfan itu.

“Terima kasih sayang. Leganya hati abang saat ini” Ungkap Irfan dengan sebuah ciuman kudus di dahiku. Aku masih lagi menangis teresak-esak bagaikan anak kecil di dalam pelukan Irfan.

“ElleaNur sayang, janganlah menangis lagi”

“ElleaNur, pandang abang sayang” Arah Irfan separuh berbisik. Aku mendongak perlahan mencari anak mata Irfan. Jemari Irfan mengusap perlahan pipiku yang basah dek air mata.

“Kenapa mesti menangis sayang? Macam budak kecik tahu tak. Sikit-sikit nangis, mengalahkan Danial pulak, menangis saja kerjanya” Rungut Irfan dengan suara mengejek.

“Ellea sedih tahu tak? Abang yang buat Ellea menangis begini!” Balasku geram dalam sendu yang tertahan-tahan, tanganku laju menumbuk dada bidang Irfan beberapa kali.

“Ini kali yang terakhir, selepas ini takkan ada kemaafan untuk abang lagi. Ingat tu!”

“Heiii ElleaNur sayang, sakitlah dada abang! Nak bunuh abang ya? Tak sayangkan abang lagi, hmm?” Irfan menjerit kecil seraya mencapai kedua-dua tanganku yang masih lagi rancak menumbuk dadanya lalu di genggam erat.

“ElleaNur… Abang berjanji tak akan buat sayang menangis lagi, itu janji abang untuk sayang. I miss you and I love you so much” bisik Irfan perlahan, membawa jemariku ke bibirnya dan di cium lama. Aku hanya diam memerhatikan wajah Irfan yang kelihatan berseri di dalam kesamaran cahaya lampu.

“Ellea pun rindukan abang, rindu sangat” Luahku penuh perasaan. Sungguh! Hatiku terasa puas sebaik mengungkapkan sebaris ayat itu. Jemariku mengusap perlahan wajah lelaki yang aku rindukan sekian lama. Seketika, kami hilang di bawa khayalan masing-masing.

“Abang….” Bisikku perlahan setelah agak lama membisu.

“Ermm, manjanya. Ada apa sayang?” Balas Irfan.

“Ellea laparlah, nak makan. Abang masakkan something boleh?”

“Tu lah, tadi abang belikan nasi goreng tak mahu makan, jual mahal”

“Abang….bukan Ellea yang lapar tau, ni yang kat dalam ni, tahu tak?” Jawabku sambil menggosok perlahan kandunganku yang berusia hampir 5 bulan itu. Irfan mencebik bibir.

“Alasanlah tu, dia yang lapar cakap baby Dania” Jawab Irfan mencubit manja pipiku.

“Abang…boleh ke tidak ni?”

“Ok, ok, jom kita bangun, nanti merajuk pulak. Mari kita tengok apa yang ada kat dapur tu” Irfan bingkas bangun.

“Abang nak dukung” Pintaku manja, sengaja mengusik Irfan yang saat itu berdiri di tepi katil menunggu aku bangun.

“Mengada! Hari tu abang cempung meronta-ronta tak mahu. Awak tu berat tahu tak?” Komen Irfan selamba. Namun, Irfan membongkokkan juga badannya untuk mencempungku tapi segera aku tolak. Aku ketawa gelihati lalu bangun mengekorinya ke dapur.

“Bagaimana, boleh?” Irfan memandangku menjungkit keningnya. Hanya ada sebantal ropi gardenia di dapur saat itu.

“Ermmm” Aku menjawab lemah. Irfan membancuh segelas susu anmum yang aku bawa dari rumah. Dia hanya memerhatikan aku makan, sesekali turut menyuapkan roti yang di cicah dengan air susu ke mulutku. Hampir dinihari baru kami berdua masuk kembali ke kamar tidur.


::Rahsia Rasa Hati::

Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?

-ElleaNur05-


Scene 45

Seawal pagi aku sudah terjaga dari tidur. Setelah agak lama, baru malam tadi aku dapat tidur nyenyak, aman dan tenteram. Berada di dalam pelukan Irfan semula seakan memberikan semangat baru, kesepian yang telah lama bertandang dengan sendirinya berlalu pergi, meninggalkan aku di dalam sinar mentari pagi yang mula megah memercikkan warnanya. Selesai solat subuh, Irfan kembali menyambung tidurnya manakala aku mula berkemas barang-barang milik kami bertiga. Hari ini aku akan pulang semula ke KL setelah beberapa hari berada di tanah rata ini. Percutian kali ini sangat bermakna buat diriku.

“Abang, Danial, bangunlah…. Kita dah lewat ni kan” Aku segera mengejutkan kedua-dua beranak itu sebaik selesai mandi tapi langsung tiada respon. Kedua-duanya masih enak melayan mimpi sedangkan matahari sudah pun berada tinggi di langit.

“Morning mama” Beberapa minit kemudian suara halus Danial menyapa telingaku.

“Morning sayang” Aku menoleh sekilas ke arah katil, Danial dan Irfan sudah terjaga tetapi masih berbaring malas di atas katil. TV di depan katil sudah mula bersiaran. Danial begitu tekun menonton cerita kartun yang di tayangkan manakala Irfan mula kembali memejamkan matanya tapi aku tahu dia tidak tidur.

“Danial, semalam, siapa yang jaga siapa? Danial yang jaga mama ke mama yang jaga Danial? hmm?” Tanyaku kepada Danial seraya duduk di birai katil. Sengaja memaparkan wajah serius kepada anak kecil itu. Danial dan Irfan saling berpandangan dan berbalas senyuman.

“Danial nak jaga mama malam tadi tapi….”

“Tapi apa?” Serentak aku dan Irfan bertanya.

“Papa dah jaga mama dulu. So, Danial kasi can kat papalah” Jawapan Danial membuatkan aku dan Irfan berpandangan. Segera aku memalingkan wajah, cuba menyembunyikan wajah yang mula merona merah saat itu.

“Hah, macam tulah baru anak papa” Irfan mencuit hidung Danial.

“Eh, tapi mana Danial tahu papa yang jaga mama? Danial kan dah tidur semalam”

“Alah Danial tahulah. Ada orang tu siap nangis lagi. Papa marah eh?” Sekali lagi Danial membuatkan muka aku yang merah bertambah merah. Irfan pula tergelak besar.

“Papa marah mama sebab papa sayangkan mama tau” Ujar Irfan tiba-tiba bingkas duduk di belakang dan memelukku erat. Kepalanya dilentokkan di bahuku memandang ke arah Danial. Aksi Irfan itu segera mengundang cemburu di hati anak kecil itu. Muka Danial mula mencuka.

“Abang! Apa ni. Malulah sikit dengan Danial tu!” Tegurku geram. Irfan masih seperti dulu, tidak pernah malu menunjukkan kasih sayangnya padaku. Namun, aku senang sekali walau kadangkala terasa sedikit janggal bila ianya turut mendapat perhatian orang lain.

“Papa sayang mama, mama sayang papa tau. Kan mama kan?” Irfan terusan mengusik Danial. Aku tersenyum dan mengangguk kecil, tiba-tiba rasa ingin berpakat mengenakan Danial.

“Erm, semalam Danial tak marah papa pun masa papa marah mama. Mama nangis Danial tak pujuk pun. Danial tak sayang mama kan?” Laju aku menuturkan kata seraya mengenyit mata ke arah Irfan. Lelaki itu kelihatan cuba menahan tawanya.

“Ala…Danial pun sayang mama jugak” Balas Danial seraya bangun, merangkul leherku erat. Kami berdua tergelak besar melihat telatah Danial itu. Kini, kedua-dua lelaki itu memeluk tubuhku. Irfan di belakang dan Danial pula bergayut di depan badanku.

“Ya Allah. Kalau macam gini lemaslah mama dan baby Dania” Rungutku cuba mengelakkan muka dari ciuman mereka berdua. Kedua-duanya cuba menunjukkan kasih sayang mereka padaku.

“Sudah-sudah, both of you pergi mandi cepat. Bau busuk, mama tak tahan dah ni!” Arahku sambil berusaha untuk bangun, melepaskan diri dari kedua-dua lelaki itu. Irfan dan Danial melepaskan rangkulan dan kembali berbaring di atas katil. Aku masih lagi duduk di birai katil, hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah kedua-dua lelaki itu.

“ElleaNur, kita balik esok aje lah, boleh?” Irfan tiba-tiba berbicara.

“Bolehlah mama….” Danial menyambung pantas.

“No, no, tak boleh. Kita kena balik hari ini juga. Mama ada appointment dengan Dr. Sofia esok pagi” Aku segera memberikan alasan. Sememangnya esok aku mempunyai temujanji dengan Dr. Sofia untuk pemeriksaan bulanan kehamilanku.

“ElleaNur, sayang dah buat scanning?” Irfan bertanya, tangannya bermain-main di permukaan perutku.

“Belum, kenapa?”

“Abang rasa tak payah sebab memang sah baby girl”

“Sebabnya?”

“Sebabnya, sayang asyik merajuk, menangis aje. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit menangis. Orang perempuankan kuat merajuk, gembing. Jangan Dania macam sayang sudah. Tak larat abang nak pujuk tau. Lagi-lagi kalau dua-dua merajuk"

“Iya? Yakinnya abang. Bukannya abang ke yang buat Ellea merajuk, menangis? Heh, lupalah tu” Balasku selamba. Irfan hanya tersengih panjang.

“Lagipun you look so beautiful, berseri-seri and….”

“And what?” Pantas aku bertanya.

“Gem….mokkkkk. Mon…telll, so chub…byyyy” Selamba Irfan mengutuknya.

“Oh, gemuk, montel, chubby ek? Ok, lain kali jangan buat I gemuk begini lagi, ada faham?” Balasku pura-pura marah.

“Yang itu abang tak boleh nak janji. But, to be honest, I love it! Tak kiralah sayang gemuk macam tempayan ke, kembang semangkuk ke, bulat macam belon ke, sayang tetap cantik di mata abang” Jawapan Irfan mengundang tawa di bibirku. Aku senang sekali.

“Sudah, sudah jangan nak merepek. Pergi mandi cepat. Tengok Danial pun dah tertidur semula dah tu” Segera aku mengarah Irfan, merungkaikan tangannya yang sedari tadi melingkari perutku. Kalau di layan alamatnya sampai ke tengah harilah lelaki itu akan terusan berbaring di situ. Lambat-lambat baru lelaki itu bingkas menuju ke bilik air.

Banyak yang kami bualkan lewat malam itu, mencurahkan segala yang terpendam di dalam hati masing-masing sepanjang perpisahan yang berlaku. Sama-sama merungkai tali yang telah lama tersimpul. Biarlah segala rahsia rasa hati aku dan Irfan tersingkap dan terungkap kerana sudah tiba masanya semua rasa itu untuk kami kongsi bersama. Segala pahit manis itu lumrah kehidupan manusia. Semoga selepas ini semua yang menyakitkan itu akan menjadi sejarah rumahtangga aku dan Irfan. Sesungguhnya, sengketa dan perpisahan ini memberikan pengajaran yang amat bernilai kepada aku dan Irfan untuk lebih menghargai hubungan di antara satu sama lain. Biarlah segalanya menjadi lipatan sejarah kami berdua.

Sungguh! Aku benar-benar gembira, perasaan aku tidak dapat di luahkan dengan kata-kata. Hati berbunga-bunga, bibir terukir indah, mata membiaskan sinar, wajah memancarkan serinya. Hari ini kami akan pulang untuk memulakan lembaran baru, bersama-sama melayari bahtera rumahtangga, menikmati keindahan berumahtangga bersama-sama permata hati, Danial Imran dan mungkin juga Dania Insyirah. Kini, hati aku juga seakan mempunyai firasat yang sama dengan Irfan dan Danial. Dan kalau pun, ianya sama sekali menyimpang aku tetap bersyukur dengan kurniaan yang tidak ternilai ini. Sungguh! Aku bagaikan tidak sabar untuk menghadapi hari esok, menantikan detik bahagia itu memancarkan sinarnya sekali lagi. Semoga kebahagiaan ini milik aku selamanya. Semoga dua jiwa, Ezairil Irfan dan ElleaNur Eizurra bersatu dalam damai hingga ke akhir hayat.




kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~