Bacaan Popular

Isnin, 13 Februari 2012

Sebuah Kesah Cinta


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti".

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Yang Pelik-pelik


Timur Jepun Di Serang Obor-obor Gergasi



Obor-obor gergasi seberat 200 kg setiap satu ekor menyerang timur Jepun. Apakah alamat yang hendak Allah swt tunjukkan kepada kita semua? Hanya Allah swt sahaja yang memahaminya. Subhanallah...




Seorang nelayan Yemen sedang memikul ikan dari hasil tangkapannya.


Sepasang mata yang cantek dari seorang gadis di Pakistan.


Mendapatkan sedikit panas untuk kaki penghuni perkhemahan di Kabul, Pakistan


Pokok kelapa yang mempunyai 7 cabang, lokasi entah di mana.


Chim­panzee berumur 2 tahun menyusukan anak harimau berumur 2 bulan di sebuah zoo pinggir Bangkok, Thailand.



Kereta Air Pertama Di Dunia

Boleh bergerak di dalam air dan di darat. Kelajuan antara 60 ke 100 kmph. Harga Setengah Juta RM.





Taman Seni Ukiran Kayu Di Melbourne Australia











Salam Ukhuwah..~

Ahad, 12 Februari 2012

Kesah Lima Jari


Dah petang2 begini lepas solat asar kalau tak pekena kopi 'O' barang secawan memang seperti ada yang tak kena. Ada juga kawan2 tok ajak ke kedai mamak pekena nescafe tarik kurang manis sorang secawan tapi teringat lima jari teringat pula pesanan hati kepada diri sendiri,'Alahai...setakat nak minum kopi 'O' tu buat sendiri pun boleh, duduk di kedai kopi sudah pasti hati seriau, sudah pasti mata banyak melilau, sudah pasti masa banyak tersasau. Hati pun akan bertaambah risau. Jadi tok ambil keputusan 'korunk pergilah'. Biar aku bersendiri.

Petang nie tok nak cerita pasal 5 jari yang terdapat pada tangan kita yang Allah swt beri kepada kita. Tapi nak cerita hal jari ni tok kena pula related dengan satu peristiwa pada suatu subuh...okey..??

Pada suatu pagi sewaktu azan subuh belum lagi berkumandang maka kelihatan se susuk tubuh siap bersongkok sedang berjalan hendak menuju ke masjid. Niatnya untuk berjema'ah di masjid, berjema'ah solat suboh. Lelaki muda ini pasti bahawa perjalanannya memang itulah setiap pagi, sunyi, cuma sesekali ada sebuah atau dua buah kereta melintasi gelap pagi. Nak kata ada orang lain yang berjalan bersama-sama dengannya mesti takkan pernah ada. Lelaki ini yakin hanya dia seorang sahaja berada di jalan menuju masjid setiap pagi termasuk pagi pada hari dimana kejadian ini berlaku.

Tiba-tiba terasa seperti ada seseorang berjalan hampir di belakangnya. Lelaki ini menoleh ke kanan,'Assalamualaikum wbt' , begitu dia menoleh begitu laju salam yang lengkap dengan Rahmat Allah swt sekali terpacul dari mulut lelaki di sebelahnya itu. Lelaki dalam peringkat umur dewasa berserban putih mempunyai janggut putih serta jubah putih. Walau sudah tua namun cara langkahnya seperti dia masih muda perkasa.

'Wa 'alaikum salam wbt', jawab lelaki muda ini tanpa menampakkan rasa terkejutnya. Lelaki tua yang baru muncul entah dari mana itu cuma tersenyum. Tersenyum seperti teramat gembira.

'Rumah kat mana?', tanya lelaki yang berserban itu kepada lelaki yang muda.

'Kat lorong 4/1A' tu. Kata lelaki yang muda sambil tangan seperti menunjuk arah. 'Pakcik pula rumah kat mana?'. Tanya lelaki yang muda kepada lelaki itu sambil menghulurkan salam. Salam berbalas.

'Saya kat belakang bangunan menara tu, baru semalam pindah kemari dari Telok Intan.' Katanya ringkas sambil melangkah bersaing dengan lelaki muda. Mereka berdua berjalan beriringan menuju masjid. Memang masih jauh perjalanan untuk sampai ke masjid.

'Pagi2 macam gini payah nak jumpa orang muda macam awak berjalan kaki sorang-sorang pergi masjid.' Kata lelaki yang baru muncul itu tanpa memandang lelaki muda.

'Biasalah tu Pakcik, manusia tak nampak banyak perkara. Kalau nampak gerenti penuh masjid pagi hari ni.' Jawab lelaki muda.

'Awak ni boleh di katakan bagus juga sebab sanggup berjalan pagi2 hari semata-mata hendak berjemaah subuh kat masjid. Biasanya orang muda macam awak ni liat nak bangun pagi.' Kata lelaki itu.

'Takder lah Pakcik...ini cuma kewajipan saja. Kita sorang-sorang kat dalam bilik dapat pahala sikit. Kalau buat ramai-ramai kat masjid dapat berganda pahala.' Kata lelaki muda sambil tersengeh.

'Macam ni lah nak. Pakcik nak bagitau kat awak satu hal yang berkait dengan jari kita ni.' Kata lelaki itu sambil menunjukkan lima jari tangan yang di bukanya dan menunjukkan ke arah lelaki muda seolah-olah nak tengok naseb kat tapak tangan.

'Jari kita ini ada lima kesemuanya, yang membawa maksud kehidupan kita ada lima persinggahan. Jari yang paling kecil ini.' Sambil menunjukkan jari kelingking. 'Ia menceritakan persinggahan kita di alam roh, yakni alam sebelum kita berada di dalam perut mak kita selama 9 bulan. Semasa kita berada di alam roh dulu sebenarnya roh kita sudah berjanji kepada ar Rab untuk bersetuju menjadi manusia lelaki atau perempuan, setuju untuk menjadi anak Melayu atau anak India, setuju untuk menjadi anak orang miskin atau anak orang kaya, setuju untuk menjadi menggunakan wajah yang menarik atau wajah yang hodoh.' Kata lelaki itu dengan begitu tekun. Lelaki muda hanya mendengar dan mengangguk sahaja.

'Ketika kita redha dengan bakal lahir lelaki dari orang Melayu dan tidak kaya sebenarnya kita sudah ada sasaran bagi memperjuangkan Hak Allah swt. Kita pernah berjanji untuk menegakkan kalimah Allah. Dan bila bakal lahir kita dari perempuan yang cantik, orang Melayu serta kaya kita sebenarnya telah berjanji akan menggunakan kecantikan yang kita ada itu untuk membawa manusia yang tertarik sebab kecantikan yang Allah swt berikan kepada kita itu ke jalanNya. Dan kekayaan yang Allah swt berikan dari kelahiran keluarga kita itu akan kita gunakan pada jalan Allah swt. Namun hakikatnya apabila lahir kita ke dunia ini dan bila kita sedar kita sudah punya akal maka kita lupa segala janji kita semassa di alam roh dulu'. Kata lekaki itu bersungguh-sungguh.

'Kemudian jari kedua yang ini', sambil menunjukkan jari manisnya. 'Ia adalah persinggahan kita di dalam perut mak kita dulu, dan persinggahan kita itu kita tahu selama 9 bulan 10 hari. Kita tak tahu, tak ingat apa yang berlaku semasa kita di dalam perut mak kita. Namun sebenarnya kita mendengar segala pertuturan emak kita dengan orang di sekelilingnya. Kita sedar perbuatan2 mak yang bertentangan dengan perintah Allah swt yang perlukan pembetulan dari kita. Tapi sebaik lahir dan melihat dahsyatnya dunia ini kita rasa seperti nak masuk semula ke dalam perut mak kita dan nak kembali semula ke alam pertama tadi. Walau bagaimana pun setiap kelahiran sudah di janjikan, kita harus menurut setiap perkara yang sudah di tentukan oleh Allah swt.'

'Jari yang tengah ini ialah persinggahan kita sekarang ini, di atas dunia ini selepas kita keluar dari perut mak kita. Jari ini berada di tengah-tengah antara semua jari dan jari ini adalah lebih panjang dari jari yang lain membuktikan persinggahan kita di sini sangat bermakna untuk kehidupan kita di persinggahan yang akan datang.'

'Jari yang ini pula,' kata lelaki tua irtu sambil menunjuk jari telunjuk. ' Selalu kita gunakan untuk tunjuk kat situ atau tunjuk kat sini. Jari ini juga kita gunakan untuk menyoal orang lain atau untuk meperingati orang lain, contoh untuk memberi amaran kepada anak kita. Begitu juga keadaan persinggahan kita yang ke empat yakni di alam kubur. Kita akan di soal tentang itu, tentang ini. Semasa persinggahan ke 4 ini mungkin akal dan roh dapat melihat semula perkara-perkara itu dan ini yang pernah kita lalui dalam setiap persinggahan yang telah kita lalui sebelumnya.'

'Jadi semasa berada di persinggahan ketiga ini', kata lelaki itu sambil menunjuk semula jari tengah. 'Kita mesti gunakan peluang yang ada, peluang untuk berbuat amal kebaikan. Manusia sering berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan akan berbahagia bila sampai di perssinghan seterusnya. Kalimah “Hayya Ala Falah” yang bermaksud marilah menuju ke arah kejayaan yang dilaungkan sejak hari kelahiran memberi satu semangat untuk kita berjaya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Seolah hati tidak puas sehinggalah mencapai kejayaan yang tertinggi dalam hidup ini.'


'Persinggahan terakhir kita ialah di alam kekal yakni alam akhirat, jari ini.' sambil menunjukkan ibu jari. Kalau dalam persinggahan ke 3 itu bagus dan di alam kubur juga bagus maka ibujari ini akan naik ke atas. Sebaliknya jika persinggahan ke 3 itu tak bagus maka ibujari akan pergi ke bawah. Ia antara GOOD atau NO GOOD'. Kata Pakcik itu. Fulamakkk, cakap orang puteh juga Pakcik ni.

Tetiba terdengar ucapan 'Suhanallah walham dulillah wa Laillahailallah wallahu akbar. Allahumma solli ala Saidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi wabarik ya Karim', dari corong pembesar suara di masjid yang sudah hampir dengan kami. Suara ini menandakan sebentar saja lagi Bilal akan meemperdengarkan azan suboh.

'Dah dekat nak azan dah ni Pakcik'. kata lelaki muda kepada lelaki yang di sebelahnya sambil memandang ke arah lelaki tersebut. Tapi lelaki yang berjalan di sebelahnya sejak tadi sudah tidak ada. Dia memandang keliling namun tidak nampak. Dia yakin lelaki yang berserban putih itu sudah hilang. Siapakah dia? Hanya Allah swt yang tahu siapakah dia.

Yang pasti lelaki yang muncul itu bukannya setan. Dia pasti dari kalangan hamba-hamba Allah swt yang ta'at kepada perintah Allah swt. Kehadirannya yang cuma sekejap cukup berkesan bagi kehidupan di persinggahan yang akan datang.

Kejayaan sebenar adalah suatu kejayaan dalam setiap persinggahan, bukannya destinasi. Ini kerana di dalam setiap fasa pengembaraan dan persinggahan kita perlukan kepada kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan apabila seseorang itu berada dia sudah mencapai hasrat yang ditujuinya. Tetapi ternyata ianya adalah salah sama sekali.

Seorang yang berjaya di dalam bidang perniagaan, belum tentu dia akan berjaya selama-lamanya. Ada ahli perniagaan yang kaya-raya, akhirnya menjadi papa kedana apabila kemelesetan ekonomi berlaku. Ada juga yang sudah berjaya di tahap yang tertinggi dalam kariernya, tetapi akhirnya jatuh terjelepuk di dalam penjara akibat salah laku rasuah yang di lakukannya.

Bahkan Firaun yang telah berjaya membina sebuah tamadun yang hebat, akhirnya tersungkur dengan kuasa Allah SWT. Malah peninggalannya seperti piramid dan spinx masih kekal sehingga kini untuk menjadi peringatan buat orang yang masih melata diatas muka bumi.

Akhir sekali marilah kita ambil ikhtibar dari setiap persinggahan kita ini bagi menjamin persinggahan di hadapan kita akan lebih baik, dan jika persinggahan terakhir juga baik sudah pasti kita akan di berikan syafa'at untuk membantu saudara-saudara kita yang kita kasehi di persinggahan ke tiga ini.


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 11 Februari 2012

Kesah Di sebuah Masjid


Kira-kira 7 tahun dahulu, dalam pengembaraan ku untuk mengenal diri, aku bermusafir dari satu masjid ke satu masjid dengan berjalan kaki seorang diri. Mana-mana masjid tempat aku bersolat maghrib akan menjadi hotel ku sebagai tempat menumpang tidur untuk malam itu. Objektif ku ketika itu untuk iqtiqaf di 40 buah masjid dalam jangkamasa dua minggu.

Berbagai-bagai pengalaman telah ku tempuh dengan pertolongan ALLAH semata-mata. Kepayahan banyak mengajar erti sebuah kehidupan. 'Setiap kesusahan ada kesenangan.' surah Al Insyirah. Aku kenal erti tawakal yang sebenarnya dalam pengembaraan itu. Aku mengerti perkataan sabar dengan rasa.

Kisah ini ku tulis untuk menjana pemikiran semua supaya bertambah bijak dan matang. Pada satu hari yang cerah, aku telah tiba disebuah masjid dalam keadaan yang penat, berpeluh dan berdebu setelah berjalan lebih kurang 7 kilometer dari masjid tempat aku bersolat asar. Kalau aku berlari lebih cepat sampai, tapi aku tidak mahu terlalu banyak berpeluh memandangkan baju hanya ada dua helai sahaja.

Setelah membersihkan diri, aku solat maghrib berjemaah dengan penduduk setempat. Selesai solat maghrib, aku berjumpa dengan Pak Imam untuk memperkenalkan diri dan meminta izin menumpang bermalam di masjid kampung itu.

'Tak Boleh! Awak ingat masjid ni hotel percuma ke? Entah dari mana awak datang, nak mengotorkan masjid pulak. Awak ni orang tabligh ke?' Masih ku ingat jerkahan Pak Imam tersebut. Marah sungguh dia pada ku.

'Tapi..masjid ni kan rumah ALLAH. Saya hanya mahu menumpang iqtiqaf dan berehat di rumah ALLAH ini untuk malam ni saja. Esok, selepas subuh, saya keluarlah. Saya musafir yang sedang berjalan untuk mengenal diri.'

'Pasal ini rumah ALLAH lah saya tak benarkan. Rumah ALLAH bukan hotel. Selepas Isyak awak keluar dari masjid ini.' Tegasnya kepada ku.

Perasaan ku berbaur antara marah dan sedih.

'Apalah dangkal sangat orang ini? Kalau tetamu datang ke rumah kita, sudah tentu kita akan raikan dan berikan tempat tidur yang selesa, inikan pula rumah ALLAH yang Maha berkuasa lagi Maha mengetahui. Lagipun, ini bukan rumah dia, ini rumah ALLAH!' Hatiku berperang untuk melawan. Tapi ku tahan mulutku dari mengeluarkannya.

'Baiklah pakcik, saya minta maaf.'

Dan aku pun keluar selepas solat isyak dengan iringan kata-kata manis dari Pak Imam itu, 'Entah kutu berahak mana nak mencuri duit masjid. Pegikut ajaran sesat lah ni.'

Aku bersangka baik. Mungkin sudah pernah berlaku kecurian di masjid satu ketika dulu. Aku berjalan menuju ke depan di malam yang gelap. Terasa juga ada pontianak sedang mengintai di balik2 pokok getah itu. Tapi kalu berani dia menjerkah ku, akan ku jerkah dia balik lalu ku seligi kepalanya dan ku pakukan tengkuknya biar jadi bini aku (Mesti macam Maya Karin agaknya) kerana hatiku sedang membara ketika itu. Perasaan ku begitu sedih dan pilu sekali.

"Ya ALLAH..aku sedang belajar untuk mencintai Mu maka perkuatkanlah aku.'

Sekonyong2nya, berhentilah sebuah motosikal honda kapcai buruk yang berlampu malap. Rupa2nya, Tok Siak masjid tadi yang menunggangnya. Dia memberi salam kepada ku dan mengajak ku ke rumahnya. Aku menolak dengan cara yang baik tapi dia bersungguh mempelawa ku ke rumahnya.

Aku menolak dengan mengatakan bahawa niat ku bermusafir ini untuk beriqtiqaf di sebanyak masjid yang sempat aku kunjungi. Lalu dia mempelawa aku untuk makan malam dirumahnya dan kemudian dia akan hantarkan aku ke sebuah masjid yang lain malam itu juga.

Aku bersetuju dan membonceng motosikal buruknya itu. Setelah makan malam bersama keluarganya, iaitu isterinya, anak teruna dan dua orang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah, dia mengajak ku berbual2 seketika.

Dia mengatakan yang dia sudah terdengar perbualan ku dengan Pak Imam tadi dan meminta maaf atas sikap Pak Imam itu. Katanya, Pak Imam itu bekas askar lalu aku menyatakan padanya bahawa aku pun askar gaks. Baru sahaja gagal kursus komando.

'Patutlah..muka macam budak baru keluar pusat pemulihan dadah. Rupa tak semenggah. Pak Imam dah tersalah sangka dengan awak. Maafkanlah dia. dia tak tahu.' Kata Tok siak.

'Tapi tujuan awak bermusafir ini sangat bagus. Pakcik setuju dan suka sangat dengan cara awak ini.' Dia diam seketika lalu menyambung.

'Awak tak nampak ke ada pontianak sedang mengintai awak kat pokok getah tadi?' Tanyanya serius.

'saya dapat rasa benda tu..cuma saya tengah sedih sangat la tadi pakcik.'

Tok siak bertanya, ' Apa yg nak disedihkan? Takkan seorang komando pun sedih?'

Aku tersengih mendengar pertanyaannya itu.

˜Saya telah gagal untuk jadi seorang komando. Tak cukup fit dan cukup mental untuk habiskan kursus. Itu perkara yang menyedihkan buat saya kerana ianya adalah cita-cita saya dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya. Ada orang yang dengki dan tidak mahu saya berjaya. Saya telah digagalkan dengan sengaja.'

˜Takpelah' ada hikmahnya. Hikmah yang terbesar sekali, adalah keinginan untuk mengenal diri. Perasaan itu adalah imbalan yang terlalu besar atas kegagalan tadi. Sedikit sekali manusia yang dianugerahkan dengan perasaan itu.'

Aku terpegun mendengar pernyataan Tok Siak itu. Rupa-rupanya dia adalah dikalangan orang-orang yang mengetahui. Tak ku sangka, orang yang sebegini alim (berilmu dan memahami) hanya menjadi seorang siak masjid sedangkan orang sebegitu dangkal menjadi seorang Imam. Terbaliklah pulak.

˜Apakah kesudahan pencarian saya ini pakcik?. Adakah saya dapat mengenal diri saya nanti?' tanyaku jujur.

˜Cerita sebegini elok sangat diterangkan di masjid. Apa kata kalau kita iqtiqaf di masjid kampong ini? Boleh kita sama-sama qiam (qiamulail).'

˜Tapi, Pak Imam dah tak bagi saya iqtiqaf kat situ pakcik, nanti dia marahkan pakcik pulak.

˜Hai..sayakan siak masjid..saya penjaga masjid itu. Itu bukan rumah dia, itu rumah ALLAH. Awak sedang menjadi tetamu ALLAH di salah sebuah rumah Nya yang berjuta2 diserata dunia kerana awak adalah musafir yang sedang mencari Nya. Saya wajib memberi makan kepada awak dan melayan awak dengan penuh penghormatan.' Bersungguh Tok Siak menerangkan kepada ku.

Aku merasa amat gembira sekali dengan pernyataannya itu seolah-olah ianya adalah berita yang paling menggembirakan dalam hidup ku. Tak ku sangka, rupa-rupanya, ada manusia yang memahami dan mempunyai pemikiran yang selari dengan pemikiran ku.

˜Atau..awak sebenarnya kecut nak lalu jalan yang ada pontianak tadi?' duganya sambil tersenyum lebar.

Aku tergelak mendengar pertanyaannya itu. Aku tak terfikir pun pasal pontianak itu. Setiap kali aku teringat pasal pontianak, aku teringat Maya Karin. Tentu nikmat agaknya kalau dapat kahwin dengan pontianak yang secantik Maya Karin.

˜Takde lah pakcik. Saya tak hairan sangat dengan benda tu. Saya dok kusut memikirkan tentang diri saya dan ALLAH. Itu saja.'

˜Sedang elok dan memang cantik! Kalau begitu, mohlah kita ke masjid.' Ajaknya dengan segera.

Maka aku pun mengangkat beg dan mengucapkan terima kasih kepada isteri Tok Siak yang telah menghidangkan nasi berlaukkan gulai lemak pucuk ubi, ikan keli goreng (aku makan dua ekor plak tu), sambal tempoyak dan ikan masin. Aku begitu berselera sekali sehingga makan dua pinggan nasi tanpa sedar. Takde malu-malu lah. Lagi pun, aku baru saja selesai menjalani latihan lasak. Jadi selera ku memang tinggi apatah lagi masakan dari dapur seorang isteri. Biar pun isteri orang.

Kami tiba dimasjid lebih kurang pukul 11 malam. Pontianak tadi hanya bertenggek sahaja di atas dahan pokok getah. Kami selamba saja lalu dan sempat juga aku mengenyit mata kepadanya. Entah dia nampak entah tidak. Tapi dia tak menunjukkan sebarang reaksi. Naik juga bulu roma tengkuk aku. Ingatkan berani sangat. Yelah.. perasaan seram itu tetap ada tapi hati aku tak terusik dengan kehadirannya itu.

Aku rasa tak sabar nak mendengar cerita dan penerangan selanjutnya dari Tok Siak. Oh..ya..namanya, Ibrahim. Nama yang menunjukkan kebijaksanaan. Nama seorang Nabi yang bijaksana dan gagah. Pak Ibrahim ini telah menjadi salah seorang dari guru-guru ku yang mengajar erti ISLAM kepada ku dalam pengembaraan 14 hari 15 malam ku itu.

Sebaik tiba ke kawasan masjid, aku segera ke tandas yang berada di luar masjid, untuk menunaikan hajat yang terqada. Selesai urusan, aku keluar untuk berwuduk supaya lekas dapat aku solat sunat tahiyatul masjid dan sunat iqtiqaf. Sebaik saja aku keluar dari tandas, aku terdengar suara perempuan menangis. Sedih sekali bunyinya. Macam perempuan kematian anak. Mengongoi-ngongoi macam bunyi musang. Meremang bulu tengkuk ku.

Berdasarkan pengalaman yang dahulu, sah la, itu memang bunyi pontianak. Aku rasa dia nak mengorat aku. Tak pun, memang dia kenal Pak Ibrahim. Malangnya, aku tidak berminat untuk berkenalan dengan dia kerana hati aku sedang bercelaru. Tapi kalau dia cari pasal dengan aku, memang sungguh akan ku pakukan tengkuknya walau dengan ranting kayu sekalipun.

Aku berdiri di pintu tandas sambil merenung ke arah suara itu. Tiada apa yang kelihatan dalam gelap itu. Hanya pokok-pokok getah sahaja di depan.

Apabila terdetik saja perasaan seram dihati, segera aku bacakan doa, ˜Bismillahhi lazii la yadhurru maasmihi syaiun pi ard walaa pi samaa, wahuawal aliyul azim.' Sedang aku kyusyuk membaca doa itu 3 kali, tiba-tiba jer Pak Ibrahim sudah berada disisi ku sambil merenung ke arah yang sama. Terkejut ˜dog' aku!

˜Pergh' Kurus semangat', sambil aku mengurut dada. Pak Ibrahim gelak kecil.

˜Jom kita tangkap pakcik! Boleh saya buat bini.' Secara spontan aku tergerak bercakap seperti itu.

˜Dia minat kat kau ni.. tu pasal dia ikut kita. Sudah, abaikan dia. Dia adalah ujian buat kau.' Pak Ibrahim memotong stim ku.

˜Dia kira dah mengganggu kita. Jom kita setel kan dia ni dulu.' Rupa-rupanya, masih ada lagi semangat juang dalam diri ku ini. Aku geram kerana di ganggu. Itu pun sebab ada Pak Ibrahim, kalau sorang-sorang, belum tahu lagi.

˜Bukan ke itu kerja dia untuk mengganggu orang-orang macam kita. Cuba halusi peristiwa ini, elok-elok kau berniat nak iqtiqaf dan beribadat di masjid ini, sekarang sudah terpesong untuk menangkap pontianak. Takde nya dia tu boleh secantik Maya Karin kalau ditangkap. Hodoh lagi menakutkan ada laa. Sudah, jangan dilayan.' Potongnya sambil menarik tanganku.

Aku memandang tepat ke wajah Pak Ibrahim. Macamana dia boleh tahu yang aku menyamakan pontianak ni dengan Maya Karin, bukan ke perkara itu adalah rahsia hatiku dilubuk paling dalam. Memang pelik betul Pak Ibrahim ni. (seminggu kemudian barulah aku memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah 'kasyaf' seperti yang diterangkan oleh seorang lagi guru yang ku temui di masjid lain)

Melihatkan aku berat nak bergerak, Pak Ibrahim mengambil seketul batu lalu dibalingnya ke arah suara tersebut. Terdengar seperti bunyi kucing mengiaow kesakitan lalu senyap.

˜Haa..dah setel dah. Kucing je tu! Dah moh kita ke dalam.' Pak Ibrahim mula melangkah ke kolah masjid.

Aku terpaku lagi. Macamana pulak boleh bunyi macam kucing ni. Hai..pontianak..pontianak..jibam..jibam, tak fasal-fasal aku sibuk memikirkan hal kau. Hilang semua sedih aku tadi.

Aku bukannya sedih sebab gagal kursus komando. Tahun depan boleh ambik lagi. Aku sedih sebab akhlak Pak Imam masjid ni sebenarnya. Aku juga sedih bila terasa seolah-olah ALLAH halau aku keluar dari rumah Nya sedangkan aku sedang mencari kecintaan terhadap Nya.

Ibarat kena halau dari rumah boyfriend atau girlfriend yang kita minat. Sedih sangat rasanya. Seperti, ˜Keluar kau dari rumah Ku, kau tidak layak untuk tidur di sini.' Seperti itu yang ku rasa. Bayangkan kalau ALLAH halau kita keluar dari rumah Nya melalui mulut Pak Imam tu.

Tapi bila dipujuk balik oleh Pak Ibrahim, hati ku gembira semula. Pak Ibrahim seolah-olah mengatakan bahawa bukan ALLAH yang menghalau aku, tapi Pak Imam itu yang menghalau, kerana Pak Imam itu sedang dalam keadan salah sangka terhadap ku.

Maka timbul angan-angan untuk jadi seorang tua seperti Pak Ibrahim ini, yang tinggi lagi dalam ilmunya tetapi rendah hati dan berakhlak mulia. Bukan saja dia meminta maaf bagi pihak Imam, memberi ku makan, menghiburkan hatiku yang sedih, menyedarkan ku tentang ujian pontianak itu dan mengajarku ilmu tauhid serta tasauf secara terperinci pada malam itu.

Ada orang yang dangkal, ada orang yang bijak. Ada orang yang sombong, ada orang yang rendah diri. Jahat dan baik. Dengki dan berbakti. Cantik dan hodoh. Semuanya ada dua. Yang positif dan yang negative. Aku belajar mengenal kedua-duanya sekali. Rupa-rupanya, dah disebut dalam surah yaasin ayat 36. Diterangkan secara terperinci oleh pak Ibrahim ini.

˜Maka fahami dan terimalah kamu kedua-dua nya itu sebagai salah satu dari ilmu ALLAH! Ini adalah perkara asas dalam ilmu mengenal diri yang kamu cari itu.' katanya kepadaku. Lalu ku tangkap tangannya dan ku kucup syahdu. Meleleh air mataku apabila terasa betapa sayangnya ALLAH pada ku kerana di terangkan tentang perkara yang berlaku melalui mulut Pak Ibrahim. Kemudian kami solat sunat malam berjemaah.

Tahajud malam itu indah sekali. Begitu juga dengan solat tasbih. Wow..lazat tak terkata. Lapang dan permai. Seakan terlihat bintang-bintang bertaburan berkerlipan dilangit meskipun aku sedang sujud di muka bumi. Cantik lagi mengasyikkan tapi kecil dan tak berdaya. Nikmat sungguh tahajud apabila di rasai dengan sepenuh jiwa. Jiwa yang sedar. Jiwa yang tahu siapa kah dia.

Aku ini ibarat robot yang benar-benar tertakluk di bawah perintah dan kehendak tuan ku, sepertimana yang telah dilatihkan oleh tentera kepada ku.(Yes sir! Kami dengar dan kami taat, "taat setia" cogankata askar melayu) Tiada daya upaya ku melainkan mengikut saja apa yang telah disediakan oleh tuan ku untuk ku. Aku merasakan tidak perlu kan apa-apa pun dimuka bumi ini. Cukup dengan ALLAH!

Aku tertidur dalam keadaan bersujud sehinggalah Pak Ibrahim mengejutkanku supaya tidur dalam keadaan yang lebih sempurna. Aku hanya tersedar selepas lampu masjid dipasang. Dalam mamai itu, masih lagi aku terasa nikmat kelapangan yang seluas langit dan bumi itu diruang dada ku yang sempit ini. Aku bangun dalam senyum. Dengan segera aku berwuduk kerana aku tak sabar untuk bersolat semula.

Pak Ibrahim melaungkan azan subuh. Aku dengan segera bersolat sunat fajri dan sunat subuh. Dua orang penduduk kampong datang ketika aku bersolat. Aku sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Masih fana dengan solat tahajud malam tadi. Aku sehingga malas untuk mengangkat kepala. Bukan mengantuk tapi khyusuk. Hatiku asyik dengan ˜ALLAHUALLAH! Asyik sungguh. Rasa tidak mahu berhenti.

Keasyikanku itu terhenti dengan laungan iqamat oleh Pak Ibrahim. Dengan pantas aku berdiri, sepantas pergerakan ketika nombor ku dipanggil semasa dalam kursus dahulu.(˜cepat dan cergas' cogankata komando) Hanya ada lima orang sahaja pada solat subuh itu. Pak Imam yang menghalauku itu, dua orang pakcik yang sudah tua, Pak Ibrahim dan aku. Sedangkan aku masih lagi berseluar jeans dan ber t-shirt hitam sahaja. Itulah pakaian ku buat berjalan, tidur, makan dan bersolat. Yang lain lengkap berkopiah. Apa ku peduli, aku sedang asyik dilamun cinta. Pak Ibrahim pun tak cakap apa.

Pak Imam membaca surah Al fatehah dengan lantang dan merdu. Tapi entah kenapa, hatiku merasa tidak seronok mendengar bacaannya itu. Seperti ada yang tak lepas atau tak kena. Aku abaikan saja kerana aku sedang seronok sendiri mengadap Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. (ada kalanya perasaan takut yang teramat sangat pula, ada masanya perasaan sedih, dan banyak masanya plak takde perasaan)

Jadi..aku hargai perasaan yang datang itu dengan kesyukuran. Ianya anugerah yang terlalu besar buat ku. Ibarat berdiri di depan Yang Dipertuan Agong di atas padang kawad dengan pedang yang terhunus seperti di hari pentauliahan pangkat ku satu ketika dulu. Sedia berkorban dan sedia menurut perintah!

Selesai solat dan doa, kami bersalam-salaman. Aku hanya tunduk sambil bersalam dengan Pak Imam. Pak Imam menarik tangannya cepat-cepat seolah-olah jijik untuk bersalam denganku. Aku tak tersinggung pun walaupun aku pernah bersalam dengan YDP Agong, PM dan panglima2 tentera, mereka tidak pula menarik tangan secepat itu. Hanya Pak Imam sahaja yang berperasangka terhadap ku lantaran pandangan lahiriyahku yang tidak semenggah (senonoh) atau tidak semegah uniformku di bilik.

˜Ibrahim, cuba kamu periksa kalau-kalau ada barang yang hilang. Yang paling utama peti duit.' Pak Imam mengarahkan Pak Ibrahim sambil merenungku.

Aku hanya tunduk dan yang hairannya, aku tak terasa apa-apa pun dengan kata-katanya itu. Kemudian, aku mengangkat muka dan tersenyum kepadanya.

Pak Ibrahim menghampiri Pak Imam. ˜Pak Imam, saya iqtiqaf di sini dengan anak muda ini malam tadi. Namanya, Kapten Walid (bukan nama sebenar), dari Sg Udang, Melaka. Dia hanya menumpang iqtiqaf untuk malam ini sahaja dalam musafirnya mencari diri.'

Pak Imam sangat terkejut dengan kenyataan Pak Ibrahim itu. Dia merenung wajahku.

˜Tuan..dari PULPAK la ni ya? Kenapa tak cakap dari awal?', tanyanya sedikit gugup.

Aku sudah mahu ketawa. Aku teramat gelihati dengan keletah spontan Pak Imam. Sebaik saja mengetahui pangkat dunia ku, tiba-tiba saja dia memanggil aku 'tuan!(memang tradisi tentera untuk terus menghormati pegawai atasannya walaupun dia sudah bersara) Sedangkan aku hanya hamba sahaya yang hina dina.

Aku menyalam Pak Ibrahim, mencium tangannya, sambil mengucapkan terima kasih buat kali ketiga kepadanya lalu bersalam dengan Pak Imam. Aku berpusing mengambil beg lalu dengan segera keluar dari masjid itu dengan kaki kiri.

Aku ketawa sepuas-puasnya seperti orang gila sebaik saja keluar dari kawasan masjid itu. Hatiku bagai digeletek-geletek. Aku merasa kelakar dengan karenah manusia ini. Dan seketika, timbul pula rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Pak Ibrahim dalam keadaan yang begitu drastik.

Tapi tak mengapa, aku akan bertemu dengannya semula, tak di dunia, di akhirat jua. Sekejap gembira, sekejap sedih dan sekejap lagi asyik. Aku berjalan dengan tunduk kerana terasa malu pula untuk melangut muka seperti mana aku selalu berjalan satu ketika dulu.

Dan aku meneruskan perjalanan itu bagai orang gila dengan hati yang asyik. Baru ku tahu, bagaimana perasaan orang yang gila 'bahagia'.

kredit: sufi moden


Salam Ukhuwah..~

Peristiwa 12 Rabiul'awal 1433 di Florida USA


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.

Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.

Manakala imej kelihatan tidak mengancam, sebagai juruterbang yang berpengalaman, Hott telah dilatih untuk melalui semua kabus dan awan seolah-olah mereka adalah objek padu. Dia dan Schaeffer sangat berhati-hati menghampiri ruang di udara untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Mujurlah, kerana lokasi daripada kondominium, mereka mampu untuk mendekati gelombang awan dari sebelah dan tidak meletakkan diri mereka di jalan yang langsung di lalui oleh kabus itu.



Dari sudut sains, fenomena ini berlaku apabila udara luar pesisir sangat hampir pada titik tepu, dengan suhu yang berhampiran 20 º C dan titik embun kira-kira 19,5 º C. Di dalam udara pada suhu ini hanya boleh memegang jumlah wap air yang tertentu sahaja, dan berapa banyak ia boleh memegang bergantung kepada keadaaan suhu di situ dan pada masa itu. Jika anda menambah lebih air ke dalam udara, awan akan membentuk, tetapi anda juga boleh mendapatkan awan bentuk dengan menyejukkan udara. Menggugurkan suhu, dan ia tidak lama boleh mengadakan seberapa banyak wap air, sehingga ada yang akan memeluwap dan awan akan terbentuk.

Hott akan melihat ini berlaku satu atau dua kali setahun, tetapi penglihatan Ahad ini adalah jelas dan dia mampu untuk merakam semua gambar-gambar ini hanya lima minit! Dia lebih kagum memerhatikan gambar-gambar, berbanding dengan fenomena itu sendiri.



Namun di sudut yang bukan sains pula perkara ini di lihat segelintir pemikir Islam sebagai suatu peringatan dari Allah swt.

Nabi saw sendiri pernah menyebut perkara-perkara aneh dan pelik yang akan berlaku pada akhir zaman. Dan akhir zaman yang di maksudkan itu ialah sekarang.

Tetapi mengapa ianya berlaku pada 12 Rabiul'awal?

Sebenarnya ada beberapa peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul'awal. Nabi Muhammad saw di lahirkan pada 12 Rabiul'awal. Baginda saw wafat pun pada 12 Rabiul'awal. Baginda sampai di Yathrib di Madinah dalam peristiwa hijrah itu pun 12 Rabiul'awal juga. Dan satu lagi yang Tok Wan nak tambah bahawa ketiga-tiga peristiwa ini berlaku pada hari isnin.



Dan yang peliknya kenapa fenomena ini tidak berlaku di pantai-pantai lain seperti contoh pantai Carribean?

Nama Florida dalam bahasa Latin bermaksud 'ketibaan bomoh'. Bomoh bagi mereka termasuklah tukang sihir dalam bahasa kita. Jadi pantai Florida ini juga merupakan pantai yang mula-mula pasukan pelayar yang datang dari benua Eropah mendarat. Banyak juga peperangan dengan penduduk 'Red Indian' yang berlaku di pantai ini. Ramai yang di bunuh di pantai ini sekitar 200 tahun dahulu.

Namun pada hari ini pantai Florida ini lebih masyur dengan pantai untuk muda-mudi bertelanjang sambil menjemur batang tubuh kepada matahari. Dalam erti kata lain maksiat di pantai ini lebih dasyat dari pantai-pantai lain di dunia.

Bertepatan dengan waktu tengahari di Florida (hari ahad sewaktu kejadian) adalah jhari isnin kita di Malaysia dan lain-lain negaraa Asia. Kenapa hari isnin? Ruko'lah dan bersujudlah pada Allah swt dan dalam solat itu bertanyalah dalam hati apakah semua ini. Dengan izin Allah swt anda akan mendapat jewapannya.

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah swt supaya hidup dan mati kita tetap pada jalan yang Allah swt redha'i. Selawat serta ssalam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda saw.


Salam Ukhuwah..~

Keistimewaan Penjaga Solat


Allah swt mempermudahkan 5 perkara untuk mereka yang menjaga solatnya:



1- Allah swt mempermudahkan rezeki untuknya.



2- Allah swt akan menyelamatkannya daripada azab kubur.



3- Allah swt akan mengarahkan Malaikat agar memberi buku Catatan Amalan melalui tangan kanan pada Hari Hisab.



4- Allah swt akan memberi keupayaan kepadanya melalui Titian Sirat sepantas kilat.



5- Allah swt akan membenarkannya memasuki Syurga Allah swt tanpa hisab.


kredit: Fadhilat Amal


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 10 Februari 2012

Umat Islam Perlu Lahirkan Ramai Tenaga Pakar


Ilmu perubatan merupakan di antara bidang yang paling di gemari oleh orang-orang Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pengajian dalam bidang ini telah muncul seawal abad pertama Hijrah. Ramai tokoh-tokoh perubatan Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sains perubatan antarabangsa untuk beberapa abad lamanya.

Karya-karya tokoh perubatan Islam seperti al Razi dan Ibnu Sina merupakan rujukan asas dalam bidang perubatan di universiti-universiti Eropah kemudiannya.

Buku al Hawi karya al Razi dan beberapa karya lain kekal selama beberapa abad dan digunakan dengan begitu meluas sebagai rujukan dalam ilmu perubatan.


Qanun fi at Tibb Ibnu Sina yang diulang-cetak

Bagi karya Ibnu Sina yang terkenal bertajuk al Qanun Fi al Tibb pula telah di gunakan sepanjang 600 tahun, sejak abad ke 12 hingga ke 17 M sebagai rujukan asas dalam pengajian ilmu perubatan di Eropah termasuk di semua universiti di Perancis dan Itali. Pada abad ke 15M, buku ini telah dicetak sebanyak 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Hebrew. Buku ini kemudiannya telah di ulang cetak beberapa kali sehingga abad ke 17.

Di Baghdad, ibu kota Iraq telah memilih ilmu perubatan dan kedoktoran sebagai cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali di kaji secara sistematik. Banyak hospital atau rumah sakit yang telah di bina oleh pemerintah dengan kerjasama para sarjana Islam. Khalifah Harun al-Rashid (170H/786M – 193H/809M) telah mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara. Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah di asingkan di antara wad lelaki dan wanita. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pula telah membina hospital khas untuk merawat pesakit-pesakit kusta.

Tokoh perubatan Islam yang bernama Yuhana Ibn Musawaih telah melakukan kajian mengenai anatomi tubuh manusia. Oleh kerana pembedahan mayat belum lagi di lakukan, beliau melakukan kajian dengan membedah seekor monyet. Dengan pembedahan monyet itu ilmu anatomi mata telah berkembang dengan pesat. Beliau juga turut menghasilkan buku yang bertajuk “al-Asr Maqalat fi al-Ain” yang merupakan kitab tertua yang ditulis secara bersistematik menerangkan kaedah tentang oftalmologi.

Ibn al-Nafis, adalah seorang doktor perubatan dan merupakan seorang pakar bedah. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesilapan teori Galen Yunani. Al-Nadhr telah mempelajari ilmu perubatan dari bapanya al-Harith (meninggal 23H), beliau telah membuat pil-pil yang digunakan untuk merawat penyakit kuning (jaundice).


Abul Qasim az Zahrawi - Ketua bagi semua pakar bedah.

Ahli perubatan Islam juga telah mencapai kemajuan yang penting dalam bidang pembedahan. Di antara pakar bedah Islam yang terkenal ialah Abu al Qasim al Zahrawi yang meninggal dunia pada tahun 1013M. Karya beliau “Kitab al Tasrif” sebanyak 30 jilid dalam bidang ini telah dicetak dalam bahasa Latin pada tahun 1497M dan telah digunapakai sebagai buku rujukan perubatan dan pembedahan selama 5 abad di Eropah. Di barat beliau lebih dikenali sebagai Abulcasis – The Chief of All Surgeons (Ketua Semua Pakar Bedah).

Jelas bahawa ilmu perubatan adalah satu bidang yang sangat mulia yang mesti dikuasai semula oleh umat Islam dan tidak seharusnya bergantung kepada kehebatan dan perkembangan terkini yang dipelopori oleh Barat.

Sehinggakan Imam as-Shafie (sarjana Islam kelahiran Gaza) pernah berkata bahawa, “Aku tidak tahu satu ilmu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram (ilmu Fiqh’) melainkan ilmu perubatan tetapi ahli Kitab telah ‘mengalahkan‘ kita dengan menguasainya”.

Walaupun tajuk kali ini lebih khusus untuk bidang perubatan, namun secara umumnya kita amat meyakini bahawa umat Islam perlu mengutip dan memiliki kembali khazanah kehebatan Islam. Ini boleh dicapai dengan menjadikan generasi kita sebagai generasi yang hebat jati-diri Islamnya serta mahir dan pakar di dalam apa jua bidang yang di ceburi seperti bidang dakwah, pendidikan, perkembangan teknologi, kejuruteraan, ketenteraan, perundangan, kewangan, sains politik dan lain-lain sebagai langkah untuk memiliki kembali era cemerlang seumpama zaman kegemilangan Islam yang silam.

kredit: Peduli Ummah


Salam Ukhuwah..~