Bacaan Popular

Jumaat, 5 Mei 2017

Apabila Masjid Kosong

Apabila masjid kosong maka Allah akan buat keputusan terhadap sesebuah kampong tersebut untuk menurunkan bala bencana. Seperti yang lazim kita lihat Allah datangkan banjir atau kemarau. Bagi mereka yang sibuk berniaga di luar masjid tatkala orang lain menunaikan solat pernah Allah datangkan angin menerbangkan paying serta barang-barang perniagaan mereka. Ini berlaku kerana Allah sudah beri peringatan dalam al Quran, bahkan Allah ta'ala memuji 'Lelaki yang jual beli tidak melalaikannya dari menyertai solah berjemaah'. Sebab masjid adalah tempat yang di sukai oleh Allah ta'ala dan pasar adalah tempat yang di benciNya.

Masjid yang ramai manusia bersolat di dalmnya tidak memadai bahkan tidak cukup untuk menolak bala yang akan Allah turunkan. Kita lihat ada masjid yang retak dan langsung tidak boleh digunakan untuk solat kerana bahaya dan ada masjid yang kuat bertahan dari berbagai bencana yang Allah datangkan. Lalu kita lihat bahawa di masjid tersebut ada amalan-amalan lain yang Allah suka seperti majlis takleem, majlis tazkirah atau majlis membaca halaqah Quran. Banyak lagi amal-amal yang boleh di lakukan untuk memperkukuhkan kekuatann masjid di tempat kita masing-masing.

Ada masjid yang mempunyai senarai nama anak-anak yatim lalu ada tabong khas untuk menutip derma bagi di ageh-agehkan kepada anak-anak yatim setiap bulan. Namun ada masjid yang ada tabung bagi anak-anak yatim tetapi pembahagian kepada anak-anak yatim di kariah tersebut cuma dilakukan setahun sekali yakni bulan Ramadhan.

Masjid yang dalam kariahnya ada anak yatim atau orang fakir harus berwaspada terhadap ancaman Allah.  Sebab di dapati ada masjid yang baru di bina dengan belanja berbelas juta ringgit Malaysia dan Ahli-ahli Jawatankuasanya bermesyuarat dalam bilik air-condition dengan menu sate, bihun goreng bersulam udang galah dan lain-lain makanan mewah. Selepas mesyuarat makanan yang berlebihan dibungkus dann di bawa balik kerumah oleh AJK masjid sedangkan ada keluarga yang lapar.

Adakah wang yang di salurkan melalui tabung masjid digunakan untuk jamuan mesyuarat yang bermewah-mewah? Adakah masjid menyediakan petak-petak khas bagi Jawatankuasanya meletakkan kereta. Bahkan ada masjid yang kereta jenazahnya berada di hujan panas sedangkan kereta AJK berbumbung elok. Ini pun akan di Tanya oleh Allah ta'ala di akhirat kelak.

Marilah kita perbaiki keadaan masjid di kariah kita masing-masing. Nampak yang tak baik kita kena tegur. Rugi kalau kita tak tegur sebab kawan kita terpaksa bersusah payah di masyar nanti untuk menjawab berjuta-juta soalan berkaitan amanah mereka masing-masing. Lagi rugi bila kita sudah mati tanpa dapat menasihatkan mereka yang menjadi AJK masjid.

Dalam masa yang sama kita usahakan dengan mengajak anak-anak muda ke masjid dengan kasih saying. Belanja mereka makan pun tak rugi sebab kita masih ada wang yang Allah beri dan masih ada nyawa dibadan.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

1 ulasan:

  1. I truly like you're composing style, incredible data, thankyou for posting. Searching the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    BalasPadam