Bacaan Popular

Jumaat, 25 September 2015

Nilainya Dunia

Gambar sekedar hiasan
 
Allah ta'ala berfirman dalam sebuah hadith qudsi, Jikalau dunia ini bernilai sudah pasti Allah tidak memberi minum kepada orang-orang kafir walaupun seteguk air. Dan dalam sebuah hadith qudsi yang lain Allah berfirman yang mahfumnya lebih kurang begini; jikalau Allah kehendaki nescaya Allah ta'ala telah beri kekayaan kepada orang-orang kafir sehingga bumbung-bumbung rumah mereka diperbuat daripada emas, namun kekayaan yang ada pada orang kafir hanya cukup agar tidak menyakiti hati orang-orang Islam. Begitu Berlemah LembutNya Allah ta'ala (sifat al Latiff) untuk menjaga hati orang-orang Islam.
 
Dizaman kerajaan hebat Nabi Allah Sulaiman, Allah ta'ala telah tunjukkan Kekuasaannya bagi memeahkan takhtanya Nabi Sulaiman a.s. Dua batang tiang menara yang tinggi di istana Nabi Sulaiman yang selebar 12 meter itu diperbuat daripada emas. Lantai-lantai dalam istana juga daripada emas. Bahkan jika dikumpulkan kekayaan seluruh orang-orang yang kaya didunia pada hari ini dan dibandingkan dengan kekayaan kerajaan Sulaiman a.s. pasti kekayaan Nabi Sulaiman a.s. mengatasi kekayaan semua.
 
Sehingga dikatakan seluruh makhluk termasuk Jinn dan haiwan takluk kepada pemerintahan Nabi Allah Sulaiman pada waktu itu. Kehebatan Nabi Sulaiman a.s. menjadikannya Nabi yang terhebat sebelum kedatangan Nabi kita Muhammad s.a.w.
 
Suatu hari dimana hari dan masa yang telah ditetapkan maka berkumpullah semua menteri dan ketua-ketua haiwan untuk bermesyuarat dengan Nabi Sulaiman a.s. Tujuan mesyuarat selain mengambil karguzari juga memikirkan bagaimana Agama Allah ta'ala dapat berkembang keseluruh alam. Semua jinn dan haiwan telah berkumpul kecuali burung Hud-hud yang tidak hadir.
 
Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada burong dan haiwan yang lain, ada yang kata tadi Nampak dia pergi kearah utara dan ada yang kata tadi Nampak dia pergi kearah barat. Namun tidak lama kemudian maka burong Hud-hud pun muncul dan mengambil tempat dalam mesyuarat. Seketika kemudian Nabi Sulaiman a.s. menyoal Hud-hud akan kelewatannya menghadiri mesyuarat maka dijawab oleh Hud-hud.
 
"Saya agak lewat sampai ini kerana takaza agama bukan maksud musyakah wahai Nabi Sulaiman." kata burong Hud-hud.
 
"Takaza bagaimana", soal Nabi Sulaiman a.s.
 
"Terdapat satu negeri disebelah sana," sambil menunjuk arah dengan paruh dan sayapnya, "masih terdapat seorang pemerintah yang bergelar Ratu yang menyembah matahari, seluruh rakyatnya juga menyembah matahari. Itulah saya fikir bagaimana setelah Allah ta'ala mengirim seorang Nabi untuk memberi khabar agama yang benar masih terdapat penyembah matahari." kata burong Hud-hud.
 
"Cara fikir kamu itu pasti Allah ta'ala suka kerana Allah mengetahui setiap sesuatu." kata Nabi Sulaiman a.s. "Dan sebelum aku mengutus surat kepada Ratu itu aku mahu tahu apa nama Ratu itu wahai burong Hud-hud."
 
"Namanya Puteri Balqis wahai Nabi Sulaiman". kata Hud-hud.
 
"Baiklah, aku akan menulis sepucuk surat kepada Puteri Balqis agar dia bersdia masuk Islam atau diserang. Tapi aku mahu tahu siapakah antara kamu semua ini yang sedia untuk hantar surat tersebut?" Tanya Nabi Sulaiman kepada semua haiwan dan jinn. Semua diam dan tunduk.
 
"Kalau begitu biar saya yang menghantarnya wahai Nabi Sulaiman lagipun hanya saya saja yang tahu arah istana Ratu itu." kata Hud-hud.
 
Maka sepucuk surat ditulis kemudian dihantar oleh burong Hud-hud kepada Puteri Balqis. Setelah membacanya maka Puteri Balqis bertanyakan kepada menteri-menteri dan tentera-tenteranya akan hasratnya untuk masuk Islam saja daripada diserang. Namun tentera-tenteranya berkeras tidak mahu masuk Islam dan lebih rela berperang.
 
 
Diringkaskan cerita akhirnya Puteri Balqis masuk Islam. Tulisan kali ini bukan untuk cerita pasal Puteri Balqis tapi adalah akan Nilai Duinia ini. Tujuan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi tarbiah kepada Umat Muhammad bahawa suatu masa dulu ada seorang Nabi yang Allah jadikan dia kaya. Suatu masa dulu ada seorang Nabi yang Allah jadikan dia miskin bahkan tersangat miskin. Suatu masa dulu Allah telah berikan penyakit yang berpanjangan kepada salah seorang NabiNya. Pada suatu masa dulu ada seorang Nabi yang memiliki suara yang tersangat merdu. Suatu masa dulu ada seorng Nabi yang memiliki wajah yang sangat tampan.
 
Sekali lagi diulang, Allah memiliki segala-galanya. Dunia ini tiada nil;ai disisi Allah dan jika dunia ini bernilai maka sudah pasti Allah ta'ala tidak memberi minum kepada orang-orang kafir walaupun seteguk air.
 
Apa yang bernilai disisi Allah ialah Iman dan Amal kita.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan